Mendidik anak, Tanggungjawab Siapa?

Di dalam membesarkan anak-anak tidak akan tersanggup dan terpikul jika cuma seorang sahaja yang melakukan tugasan harian. Lihat betul-betul tanggung-jawab yang dipikul dan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pasangan masing-masing. JANGAN membuat andaian sahaja. Bahagi tanggungjawab dan bekerjalah sebagai sebuah pasukan.

Kasih-sayang dan hormat-menghormati akan lebih menebal bila kita menghargai pasangan kita.

Jika kita membesar di dalam suasana yang hanya seorang dari pasangan itu yang memikul segala tugasan penting, berhenti meniru dan meneruskan legasi itu. Tanya diri, adakah ini cara yang terbaik untuk zaman ini? Adakah cara ini membahagiakan pasangan saya? Adakah cara ini yang Allah kehendaki dan ditunjukkan oleh Rasulullah (jika kita seorang Muslim)?

Petanda jika pasangan kita terpaksa memikul beban yang besar ialah dia akan sering marah-marah kerana keletihan, Namun, selidik dahululah kerana ramai juga yang marah-marah sebab itulah karekternya. Tak banyak melakukan tanggungjawab pun akan marah-marah dan berlagak seperti BOS. Namun, jika dia nampak sering kelesuan akibat keletihan, maka itu satu petanda dia memikul terlalu banyak tugasan. Mungkin tugasan di pejabat dan mungkin tugasan di rumah. Jika di pejabat, maka berilah dia sokongan moral dan jika di rumah, maka buatlah perbincangan dan lihat apa tugasan yang boleh diambil alih atau di adakan sistem bantuan.

Ramai diantara kita menjadi kurang prihatin dengan pasangan hidup kita kerana kita tidak terfikir dan to a certain extend taking our spouse for granted.

Love our spouse genuinely and start being a more responsible partner to him/her.

Lebih ramai pasangan yang tenang kerana rasa dihormati dan dikasihi, lebih banyak keluarga yang aman damai. Lebih banyak keluarga yang aman damai, lebih berkurangan masalah sosial. Lebih berkurangan masalah sosial, lebih selamat anak-anak dan cucu-cicit kita semua.

Semuanya bermula dari diri kita; kita mampu mengubah dunia dengan kita memastikan kita adalah contoh yang terbaik untuk anak-anak kita dan dunia.

Ibu doakan kesejahteraan sayang semua. <3

Ikuti lebih banyak perkongsian di page Ibu, www.facebook.com/familyguru

Comments

comments