Langkah-langkah Didik Anak Berakhlak Mulia

Semasa anak masih di dalam kandungan

Begini, sejak anak itu masih di dalam kandungan, kita sudah memberi input mengenai pentingnya berakhlak mulia, apa itu akhlak mulia dsbnya.

Selepas Lahir

Bila dia sudah lahir, kita teruskan memasukkan ke dalam mindanya akan bagaimana perbuatan yang baik itu dan kenapa. Siapa contohnya dsb. Kita nyanyikan dan dodoikan dia dengan lagu-lagu yang bersenikata yang membina akhlaknya.

Bila dia sudah boleh tengok buku, kita bacakan kepadanya cerita-cerita yang memberi contoh perbuatan yang baik untuk diikut dan apakah yang tidak baik untuk diikut.

Anak 2 Tahun

Maka setelah dia mula menunjukkan kemahuan sendiri (2 Tahun) kita kuatkan lagi input itu dan ingatkan dia akan nasyid, buku dan semua cerita yang kita bacakan dulu untuk reinforce.

Namun pada usia ini dia belum boleh memikirkan kesan natijah. Jadi walaupun sayang mengingatkan dia, dia tetap dengan kemahuannya.

It is ok…ianya proses.

 

Masuk Fasa 3 Tahun atau 4 Tahun

Masuk 3 tahun atau 4 tahun, masa itu tekankan contoh-contoh yang telah diberi dan puji perbuatan yang baik dan mula memberi amaran jika melakukan perbuatan yang salah. Contohnya, memukul orang, bercakap kasar dsbnya.

Pada masa ini anak perlu diberi faham setiap perbuatannya ada kesan dan natijah dan dia perlu mula menggunakan kepintarannya untuk memikirkan kesan yang dia mahu…namun ingat pada usia 4 tahun itu, dia masih macam orang bawak kereta lesen L. Oleh itu bila buat Time Out tu berpada-padalah.

Jika sayang sudah memberi anak-anak garis panduan untuk berkelakuan, sebab dan musabab serta cara dan contohnya sayang sendiri dan orang-orang sekeliling adalah teladannya, maka anak pada usia 5 tahun, tidak akan membaling barang jika marah, sepak bila tak dapat apa yang dikehendaki atau menggunakan kata-kata kesat. Jika dia melakukan juga, anda perlu tegas dan memberi dia hukuman supaya dia tahu perangai itu tidak baik dan dia belajar berperangai dengan akhlak terpuji.

Comments

comments