“Saya Takut Anak Saya Tidak Hormat Saya”

Forum Anda Bertanya, Ibu Rose Menjawab

Soalan:

Masalah saya Ibu, anak sulung saya bila saya marah ada masa-masanya dia macam memberontak atau jalan hentak kaki dan lain-lain.. Saya rasa sedih dan tak tau macam mana nak handle dia.. sebab pada saya marah-marah sampai bab menengking-nengking bukan penyelesaiannya.. Macam mana bu ye? Saya tak nak adik-adik mengikut kelakuan si abangnya.. Dan saya paling Takut anak-anak tak hormatkan kita lagi.. Mohon pandangan Ibu..

JAWAPAN

Thank you sayang kerana sudi bertanya:

Bila anak remaja berkelakuan begini, itu menunjukkan dia memberontak dan menyatakan dia tidak suka. Namun, ini masih ‘mild’ yakni masih boleh dikawal dan baru pada peringkat awal.

Persoalannya di sini, mengapa anak remaja itu perlu menghentak kaki untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya? Bila kita faham akan soalan ini, maka kita akan mengambil langkah untuk memberi ruang anak-anak remaja kita menyatakan ketidakpuasan hati mereka dengan cara yang lebih sihat.

Bagaimana?

Di sinilah sejak anak itu kecil kita perlu memberi mereka ruang untuk bersembang dan memberitahu kita apa yang mereka tidak puas hati baik kepada kita mahupun orang lain.

Dan bila kita menerima ketidakpuasan hati mereka itu, apa yang perlu kita buat BUKANlah memberi alasan dan menyuruh mereka taat. Tetapi memberi penerangan mengikut kefahaman mereka agar mereka betambah faham.

Oleh kerana usia, mereka tidak akan faham sedalam kefahaman kita ibu bapa. Namun, bila kita menyediakan ruang untuk mereka menyatakan perasaan hati mereka, maka apa yang sayang akan dapati adalah pemberontakan itu akan jarang-jarang sekali berlaku.

Oleh itu untuk kes sayang tadi, untuk membetulkan situasi, biarkan dia reda dahulu. Bila dia sudah reda, datanglah kepadanya dan berbincang dan DENGAR apakah yang menyebabkan dia marah.

Dan beritahu kepadanya bahawa dimasa akan datang, jika dia rasa tidak puas hati, dia tidak perlu menghentak kaki atau memberontak, dia hanya perlu datang kepada sayang dan memberitahu dengan baik, supaya puan boleh membantunya untuk faham atau membetulkan keadaan.

Dan bagi adik-adiknya yang belum remaja dan yang melihat, ambillah masa setelah keadaan dengan remaja itu selesai, untuk memberi mereka faham bahawa mereka juga boleh menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada anda dengan cara baik.

Ramai orang membesar dengan keadaan perlu menyatakan ketidakpuasan hati dengan marah-marah. Sehinggakan ini terbawa ke dalam hidup dewasa kita. Contohnya di dalam komunikasi suami-isteri, bos dan pekerja, pelanggan dan service or product providers.

Lantaran itulah perang-perang kecil ini berlaku dan membawa kepada peperangan dunia yang besar.

Many people are not able to manage their state.

I love you <3

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

Comments

comments