Warkah untuk lelaki bergelar SUAMI – Pesanan dari Ibu Rose

Para suami yang Ibu kasihi dan hormati,

Sesuatu yang ingin Ibu kongsikan agar dengan pendedahan ini, sayang semua akan menjadi lebih memahami keadaan isteri sayang.

Jika sayang mempunyai isteri yang stay home mum, ketahuilah bahawa walaupun dia stay home, sebenarnya untuk berehat walau sebentar pun payah untuk diperolehi.

Bila anak-anak kecil berderet, maka tiada lagi istilah masa untuk dirinya, kecualilah jika sayang memahaminya dan mengambil alih tugasnya untuk dia boleh bernafas seketika.

Dia akan menelefon anda dan bertanya bila akan balik, bukan kerana dia mahu skodeng anda atau mahu memastikan anda tidak melencong. Apa yang selalunya para isteri ini mahu lakukan ialah dia mahu memastikan semasa anda melangkah masuk rumah nanti, anak-anak sudah siap dimandikan dan sudah coel-comel semuanya, rumah sudah dikemaskan dan makanan anda sudah termasak menunggu untuk disajikan.

Ini adalah yang ideal di dalam harapannya, namun kebanyakkan kalinya, dia seminit anda bakal membuka pintu, tiba-tiba terjadilah sesuatu yang menunggang-langgangkan kembali rumah itu.
Sabar ya sayang, senyum sahaja dan walaubagaimana letih pun anda, ingatlah dia juga letih dan memerlukan senyuman dan pelukan anda. Andalah tiang untuk dia berdiri kukuh.

Apa yang ramai orang tidak tahu, para ibu yang duduk di rumah menguruskan anak-anak yang kecil sendirian, mereka ini seperti di dalam keadaan kecemasan 24 jam. Siapa yang telah merasa akan faham apa yang Ibu katakan ini.

Membesarkan anak-anak di bawah 6 tahun berderet begini memerlukan mata berada di belakang kepala dan view 360 darjah 🙂
Oleh itu, segala kata-kata penuh lembut dan kasih sayang dari anda wahai suami budiman, adalah sangat menenangkan hatinya.

Ya, ini bukan untuk memberi alasan untuk para ibu ini menjadi kurang cekap atau efektif, ini bukan alasan. Perkongsian ini sekadar untuk memberi kita yang di luar ini lebih faham dan tahu bagaimana untuk membantu. Kerana di dalam perbincangan Ibu dengan ramai para suami yang bertanggung-jawab, ramai yang mahu membantu isteri yang mereka kasihi, hanya kadang-kadang itu keliru apa yang boleh dan patut dilakukan.

Ibu mendoakan agar sayang semua para suami prihatin akan terus menjadi contoh teladan yang baik kepada isteri anda dan kepada pemilik mata-mata yang kecil yang memerhatikan kepimpinan anda.

Sesuatu yang Ibu bermohon kepada anda semua, Ibu berharap bila menulis komen, tulislah yang akan menjadikan hati tenang membacanya. Kita tidak perlu kutuk-mengutuk. Yang kita perlu ialah menghargai dan menghormati satu-sama lain, suami dan isteri.

Dan jika isteri tag suami atau suami tag isteri ambillah ia sebagai satu usaha menguatkan lagi kasih-sayang diantara satu sama lain dan bukan untuk menyalahkan satu sama lain.

Semoga Tuhan Mengikat hati kita suami isteri anak beranak dengan kasih-sayang keranaNya.

Salam kasih, Ibu Rose

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

Comments

comments