ROTANLAH ANAK SUPAYA MEREKA TAKUT DENGAN KITA DAN TAK JAHAT?????

ROTANLAH ANAK SUPAYA MEREKA TAKUT DENGAN KITA DAN TAK JAHAT?????

Bila kita sayangkan anak bukan bermaksud kita tak boleh marah dan menghukum. Ingat!

Jika kita nak disiplinkan anak juga tidak bermaksud kita perlu merotan atau memukul dengan batang paip atau tali pinggang! INGAT ini juga!

Selalu sangat dikaitkan disiplin dengan merotan dan memukul!

Kasih-sayang pula dikaitkan dengan membiarkan sahaja anak-anak itu melakukan apa yang dia mahu dan dimanjakan.

Betul ke cara berfikir ni?

Stop sekejap!

Dari mana kita dapat kefahaman ini?

Siapa kata kalau sayang tu tak boleh gentik, tegur, hukum?

Siapa juga kata kalau nak disiplin dan jadikan anak baik mendengar kata mesti dirotan, dipukul dengan batang paip, hanger bagai???? dan bangga bila melakukannya?

Siapa kata penjenayah dan mereka yang dalam jail tu, mak ayah mereka tak pernah rotan mereka? Dan mereka tu semua Anak ku Sazali? Macamana kefahaman ini menular dan diizinkan masuk ke minda anda? Jika dah masuklah!

Dari mana kita dapat kefahaman bahawa nak didik anak biar dia TAKUT dengan kita? Baru dia dengar cakap? Dah tu bila dia dah lebih besar dan dah tak takut, macamana?

Rasa-rasanya dia nak dengar cakap anda yang dah lagi kecil dan lemah dari dia? Kes yang sepak terajang mak ayah bila mereka dan tua tu adakah anak-anak yang tak pernah di marah dan dirotan sahaja? Fikir dan fikir betul-betul!

Ni apa kesnya nak kaitkan anak-anak yang menerima kemalangan tragis di Johor itu dengan tidak dirotan?

Sudahkah kajian dilakukan bagaimana mereka dididik oleh ibu bapa mereka?

Mengapa begitu cepat membuat andaian mereka ini tidak dirotan oleh itu tidak takut keluar malam? Jangan cepat membuat andaian sebelum kajian dibuat. Kita tidak tahu hal sebenar!

Ya, Ibu setuju ramai ibu bapa zaman dahulu lebih bijak mendisiplinkan anak-anak. Tapi magic weapon mereka bukan rotan dan batang paip. Faham betul-betul. Ya, mungkin mereka ada merotan tapi tengok yang lain yang mereka lakukan juga.

Cuba duduk diam-diam dan fikir balik, apakah perkara betul yang mak ayah kita buat dahulu yang menyebabkan kita hormat dan sedikit kuatir mengecilkan hati mereka?

Bagi Ibu yang tidak pernah dibesarkan dengan rotan ni…apa yang ketara bagi Ibu adalah kepimpinan mereka. Kebolehan mereka mendisiplinkan anak tanpa mengikut marah hati.

Didikan agama dan nilai-nilai murni yang disemaikan. Contoh teladan yang baik ditunjukkan dan doa ikhlas diucapkan dan senantiasa memantau dan memimpin sehinggakan bila berjauhan di asrama dan luar negeri pun terasa bagaikan tangan ini terpimpin oleh mereka.

Selain itu yang juga sangat besar, mereka berjaya menghidupkan kasih dan hormat yang besar sehinggakan mahu berkorban untuk mereka.

Bila melakukan kesalahan, nasihat diberikan dengan penuh hormat dan kasih-sayang. Degil juga, hukuman diberi dengan penuh kasih sayang tanpa membiarkan kemarahan berlebihan mengawal emosi semasa menghukum. Yang dirasai, adalah kasih-sayang mereka dan tidak mahunya mereka melihat anak-anak mereka terus lemas dalam kealpaan diri.

Ibu bapa ini pula ambil berat sakit demam. Ambil masa untuk membelai anak-anak. Tidaklah asyik kata sibuk tapi belek telefon tidak berhenti! handfon pun tak de masa tu 🙂 . Kalaunak dijadikan alasanlah.

Anak-anak nampak betapa bersusah payahnya mak ayah mencari rezeki, duit tak ada, tapi dicari juga untuk membeli baju raya untuk anak-anak sedang baju sendiri pun tidak berganti bertahun-tahun. Mana tak timbul belas di dalam diri anak-anak.

Kecil-kecil lagi anak-anak dilatih melakukan kerja yang besar. Membanting padi, bercucuk tanam, angkat benda berat yang termampu. Angkut air dari perigi, jaga adik-adik kecil. Bersihkan rumah dan laman dan macam-macam lagi! dari kecil dididik menggalas tanggung-jawab. Mana hati anak tak faham kesusahan mak ayah dan timbul belas kepada mereka.

Nah, semua ini diwujudkan tanpa sebarang sebat terkena di kaki atau di mana-mana bahagian badan ini sehingga berbirat!

Ramai jer sebenar ibu bapa zaman dahulu yang tak merotan anak-anak mereka dan anak-anak mereka berjaya besar dan hormat kepada mereka. Jiwa anak bebas untuk berjaya besar mengharumkan nama mak ayah! Tapi ini tidak dibuat liputan kan? Ini tidak disebarkan! Cubalah fikirkan kenapa?

Janganlah memberi kuasa yang terlebih kepada rotan dan batang paip dan semua yang sewaktu dengannya!

Jangan juga memberi excuse tambahan kepada mereka yang memang suka merotan, memukul dan menempeleng anak ini untuk kepuasan nafsu mereka! Konon takut anak tak jadi manusia. Yang menempeleng, meroton, memukul ikut nafsu tu manusia ke? Nafsu manusia?

Fahamkan betul cara Nabi s.a.w bagi yang Muslim. Anak dah 10 tahun meninggalkan solat dengan sengaja setelah dididik dengan baik, setelah diberi amaran baru diizinkan untuk merotan dan TANPA birat ya! Bukan berbirat!

Yang merotan, menempeleng dan menyepang anak sekecil 2 -3 tahun tu kenapa? dan bangga pulak tu? Ikut sunnah Nabi konon? Buat mencemarkan agama Islam sahaja!

Berhentilah mempromo parenting ganas!!!

Gunalah rotan itu dan hukuman itu dengan wajar, dengan berpada. Marahlah dengan emosi kasih bila perlu untuk membetulkan anak. Tak salah rotan bagi umur yang telah lebih 10 tahun dan kerana kesalahan yang memang berat. Tapi didiklah dari kecil dengan nilai murni, boundaries, akhlak mulia, perkenalkan yang baik dan yang buruk itu apa. Umur 7 tahun, anak dah ada kapsiti mengenal baik dari buruk.

Ibu benar berharap sangat agar kita faham bahawa mendidik anak-anak untuk lebih berkesan adalah dengan Kasih sayang dan ketegsan. Bukan kasih sayang tapi ketegasan.

Bukan TAPI tau, DAN. Kerana kasih-sayang datang dengan ketegasan. Ia datang dengan rules, boundaries, contoh yang boleh diikuti, wawasan, forgiveness, kesabaran, membebaskan kehebatan dan keyakinan anak itu mampu berjaya!

Ibu tinggalkan pesan Ibu ini dengan sebuah kata-kata perbualan Ibu dengan beberapa orang bekas banduan yang Ibu berpeluang berjumpa beberapa tahun lepas. Mereka menangis kepada Ibu dan membuka cerita mereka.

” Ibu kami tersalah langkah dalam hidup. Ibu kami tidak pernah kenal kasih-sayang semasa kami membesar. Tiada siapa yang sayang kami. Kami sering dipukul rotan dan diherdik. Kami benci diri dan benci orang lain…kami tak tahu di dunia ini ada kasih sayang! dan selama hari dulu, itulah yang kami perlukan…kami tercari-cari. Kami perlu kasih-sayang dan tunjuk ajar! ”

Jangan hanya ingat rotan itu menjadikan sesaorang itu manusia. Ia juga boleh menjadikan sesaorang itu ‘haiwan ganas’!

Rotan adalah alat. Jika digunakan dengan betul, maka ia akan membentuk hati dan jiwa.

Digunakan dengan salah, ia akan merantai dan meruntun hati dan jiwa. Dan berjalanlah orang itu dengan luka yang berdarah!
Janganlah menjadikan diri penyebab dunia ini terbakar dengan kebencian dan kemarahan hasil dendam kesumat.

Ibu mendoakan agar kita diberi Allah kebijaksanaan mengenal strategi syaitan dan Iblis yang mahu menghancurkan cucu-cicit Adam a.s. Semoga mata hati kita senantiasa terbuka untuk menerima petunjuk dari Allah.

Dan kita sentiasa ingat anak-anak kita hari ini adalah sumber manusia hari esok. Mereka perlu dididik dengan bijak dan sabar. Oleh itu kita mesti UPGRADE diri kita supaya kita boleh mendidik mereka dengan lebih berkesan. Ini sebuah tanggung-jawab yang besar.

Salam Kasih,
Ibu Rose-Mesejnay Kasih
www.facebook.com/familyguru

Comments

comments