Adakah anda biasa mendengar kata-kata ini? Bagi anda yang lelaki, Ibu rasa anda biasa mendengarnya terutama semasa kecil. Sebenarnya ini adalah satu pembohongan.

Good boys or big boys do cry!
Bila anak anda menangis, baik lelaki ataupun perempuan bukanlah bermaksud dia anak yang tidak baik. Mengapa kita hendak kaitkan baik dengan tidak menangis dan jahat dengan menangis?

(sumber foto dari google.com)

Anak itu sedang berkomunikasi
Tangisan hanyalah cara anak mencanangkan ketidakpuasan hatinya. Anak itu sedang berkomunikasi dengan kita, ibu bapanya. ANAK ITU SEDANG BERKOMUNIKASI! Jika dimarah semasa dia sedang berkomunikasi, lama-lama dia akan berhenti berkomunikasi dengan anda. Adakah itu yang anda mahukan, sayang? Tentu tidakkan. Bila tiada komunikasi, maka tiadalah pertalian! 

Itu lagi satu perkara yang sangat kita khuatiri juga, bukan? Apa bakal terjadi jika kita dan anak-anak kita tiada pertalian kukuh? Bila anak mengangis begitu kuat atau meraung, kita boleh minta dia kurangkan kadar suaranya. Kita boleh minta dia berhenti menangis. Namun janganlah kaitkan dengan samada dia baik atau jahat. 

Kerana ini amat mengelirukan anak itu. Bagaimana jika terjadi suatu hari nanti, dia terlihat anda menangis, adakah itu bermaksud anda tidak baik? Pertama mengapa Ibu tidak menggalakkan anda mengatakan kata-kata begini kerana ianya sesuatu yang amat mengelirukan anak-anak kita. 

Bila anda sering mengatakan kata-kata begini, cuba bayangkan suatu hari kita bercerita kepada anak kita tentang seorang yang kita kagumi contohnya Nabi Muhammad s.a.w. Cerita semasa baginda kecil, semasa kematian ibu dan datuk baginda dan baginda menangis. 

Ini diantara contoh yang boleh mengelirukan anak kecil kita. Kita kata Nabi s.a.w itu seorang yang baik. Tapi mengapa baginda menangis? Begitulah yang akan anak itu fikir. Jadi ini boleh menjadikan salah sangka.

(sumber foto dari google.com)

Kata-kata seperti Berulang Akan Menjadi Satu Kepercayaan
Kata-kata seperti Good Boy Don’t Cry bila disebut berkali-kali akan menjadi satu kepercayaan di dalam diri anak-anak kita. Kesannya ia masuk ke belief system anak itu. Bila ini terjadi akan ada dua kemungkinan. 

Satu, kerana dia perlu menangis dan juga kuat menangis, maka dia mestilah bad boy…itu satu kepercayaan yang mungkin dia akan ambil tanpa kita berniat untuk itu terjadi. Kedua, sebab mahu pastikan dia good boy, dia pendam rasa sedih atau sakit. Dia pendam perasaannya. Kerana dia tidak hargai perasaannya, maka lama-lama dia lupa untuk berperasaan. 

Jadi bila sudah besar, dia tidak tahu untuk menyatakan sedih dan tidak berani untuk menangis. Masalahnya, bukan itu sahaja perasaan yang dia tidak mampu zahirkan. Suka, gembira dan kasih dan sayang pun payah untuk dia rasa dan zahirkan.

(sumber foto dari google.com)

3 Cara Tangani Anak Menangis
Oleh itu jika tidak mahu anak menangis melalak contohnya boleh buat begini:-
1. Tanya dengan ikhlas kepada apa yang menyebabkan dia menangis. Jika dia tidak tahu, bolehlah beri ‘menu list’ sebab.
Contoh;

“Sayang, apa yang menyebabkan sayang menangis?” Atau .
“Sayang sedih? Sayang marah? Sayang have bad dream?”
2. Bila sudah tahu, barulah ‘offer’ bantuan.
3. “Kalau mama peluk okay tak? atau nak mama duduk dekat abang jer?”

Ibu dan anak bongsu Ibu, Fia

Kisah Anak Bongsu Ibu
Semasa anak Ibu yang bongsu tu masih kecil, bila dia letih, demam atau sedih dia akan menangis. Dan bila Ibu tanya memang dia tidak boleh memberitahu. Jadi Ibu akan katakan kepadanya…“Fia boleh merengek pada mummy, merengeklah, mummy peluk Fia. Fia tak perlu menangis kuat sebab, I am here and I love you”. 

Sekarang ni dia sudah 20 tahun. Dia bercerita kembali kepada Ibu bahawa ia sangat membantu dia mengendalikan perasaannya pada masa itu, bila Ibu izinkan dia mengeluarkan frustration dengan cara merengek. Sebenar tidaklah susah sangat kita hendak menenangkan anak-anak kita. 

Yang penting kita jangan suka sangat melabelkan anak kita itu dengan nama-nama yang akan menjadi identiti yang tidak membantu dia dan kita langsung. Contohnya, memanggil anak kita cengen. 

Ingat ya, kata-kata kita boleh menjadi doa yang tidak kita sengajai. Seperti yang Ibu katakan bahawa kesabaran memerlukan skil mengendalikan ‘state’ kita. Dan untuk kita boleh mengendalikan ‘State’ kita, kita perlu skil dan ilmu.

Salam Sayang,
Ibu Rose

Ibu baru mengeluarkan buku bertajuk, Tersemat Di Hati FIRST CLASS PARENTS, Anak ku, kau layak berjaya.

Boleh dapatkan buku Ibu terbaru di http://bit.ly/firstclassparents

#BetterParentBetterChildren #BPBC
#IkonMemperkasakanIbuBapaDanKeluarga
#ParentingBijakProCombo
#IbuRoseLove
#FirstClassParentsMovement

Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram.
Klik link ini t.me/iburoselove

Follow Instagram Ibu – https://www.instagram.com/iburoselove/

View this post on Instagram

Bersama @nash_idrus. Finalist Apperentice Asia dan buku First Class Parents. Tadi Ibu buat short talk on First Class Parents dan Nash was one of the audiences. Bila Ibu tanya sapa boleh beri RM50. He came out first and gave me RM100. Dan of course Ibu akan tanya yg lain knp Nash boleh beri, banyaklah yg jawapan daripada peserta. Dan one of them Pn Hasbiza dari Ana Edar SB menjawab, krn dia ada. Ya, kita hanya boleh beri apa yg kita ada baik atau buruk. Itu baru 80% jawapannya. 20% lagi adalah kemahuan memberi. Kita berpotensi dgn kasih sayang yg besar dlm diri kita. Adakah kita mahu menggunakannya utk manafaat ramai. Patutlah Nash sgt berjaya, he was willing to give more than asked. Apa jadi dgn duit RM100 Nash? Of course lah dpt balik dan Ibu beri buku First Class Parents senaskah kpdnya sebagai tanda penghargaan kpd sikap positifnya. Nash n @sazzyfalak are both great parents. #firstclassparents #firstclassparentsmovement

A post shared by Dr. Rozieta Shaary | IBU ROSE (@iburoselove) on

Kombo Parenting Bijak Pro & Ebook

Kombo 4 dalam 1 yang paling berbaloi untuk dimiliki.

  • 4 produk dengan harga menarik!

    Kombo ini mengandungi Parenting Bijak Pro yang terdiri daripada Parenting Bijak Audio Class, Multiple Intelligence (MI) dan VAK Bijak Belajar beserta Ebook 6 Rahsia Utama Didik Anak Cemerlang Berjaya dan Berjasa.

  • Kombo istimewa hanya untuk anda

    Kesemua produk ibu diatas boleh dibeli dengan harga yang istimewa. Tidak perlu membeli satu persatu. Dapatkan kombo ini untuk penjimatan yang lebih tinggi 🙂

Love & Sabar Video Class

10 Perkara yang bakal anda perolehi daripada Love & Sabar Video Class Mastery Programme ini

  • 4 Video 3 RAHSIA Membina Sabar
  • 6 Video MENINGKATKAN SABAR (Attain Higher Patience)
  • Ebook 17 Idea Parenting Berjaya (versi BM & BI)
  • 17 Video Untuk 17 Idea Parenting Berjaya
  • Learning Journal
  • FB Group Istimewa
  • Video Terapi Tenang & Sabar
  • Audio Terapi Tenang & Sabar
  • Ebook 10 Tips Didik Anak Bijak & Sabar

Comments

comments