Elak Buli Raya Blog Ibu Rose

Anak dan Anda Sering Dibanding-bandingkan Semasa Hari Raya? Ini Bagaimana Untuk Elakkan Buli Raya!

“Geram tahun lepas pun tak habis lagi! Alahai, saban tahun anak dan aku dibanding-bandingkan semasa hari raya!” Begitulah keluh seorang ibu muda kepada Ibu.

Sedih juga kalau asyik kena cemuhan begitukan.

Tak pe, Hari Raya pada tahun ini kita nak elakkan buli raya.

=========================================

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita untuk saling kunjung-mengunjung semasa hari raya. Namun, ada satu perkara yang ingin sekali kita elakkan terjadi semasa hari raya.

Ramai yang menjadi komentar tidak bertauliah!

Ini Satu Pembulian Emosi dan Mental Sebenarnya!

Semasa hari raya inilah akan terdengar komen-komen negatif dan pendapat yang membuatkan para ibu bapa merasakan  seperti ‘bad parents’.

Komen seperti  ni  memang agak sensitif. Mungkin mereka merasakan seperti satu penghinaan.

Bayangkan apabila anda sudah sebaik mungkin menjadi ibu bapa yang terbaik tetapi kemungkinan anak anda terlepas kelakuan semasa Hari Raya dan anda mendapat komen sebegitu.

Elak Buli Raya by Ibu Rose

 

Empat Kuasa Diri (4 Personal Powers)

 4 kuasa diri Ibu Rose

Perbuatan membandingkan antara satu sama lain boleh memberikan kesan yang negatif.

Allah memberikan kita empat Kuasa Diri (4 personal powers).

Ianya terbahagi kepada 2 (dua) kuasa dalaman (internal powers) dan 2 kuasa luaran (2 external powers).

Dua kuasa dalaman itu ialah apa yang kita fikirkan dan apa yang kita rasai.

Dua kuasa luaran pula adalah apa yang kita katakan dan kita lakukan.

Apa yang kita lakukan dan katakan sangat memberikan kesan kepada orang yang menerima dan mendengar.

Jika kita bersalaman dengan baik, orang akan rasa gembira.

Tetapi  jika kita menolak orang, orang akan terkesan negatif terhadap perbuatan kita itu.

Jadi kita perlu faham, dalam hidup kita ini tujuan kita adalah  untuk membawa perbezaan positif ke dalam dunia ini. Dan bukan sebaliknya.

Apabila kita mengeluarkan kata-kata dan perbuatan yang boleh atau akan menyebabkan orang yang berhadapan dengan kita itu merasakan kurang senang, kita sudah menggunakan kuasa kita di tempat yang salah.

Semasa kita berkumpul ramai-ramai dengan sanak saudara dan sahabat handai, kita perlu menjaga tata tertib kita. Tetapi, kadang-kadang kita sudah menjaga perlakuan kita, tetapi orang lain pula  tidak menjaga perbuatan dan perkataan mereka.

Apa yang  Ibu nak tekankan di sini ialah, orang lain mungkin boleh katakan dan lakukan apa sahaja.

Tetapi anda juga mempunyai kuasa dalaman anda sendiri.

Apabila orang mengatakan perkara yang negatif kepada kita, kita sebenarnya boleh halang ianya dari memberikan kesan kepada kita.

 

Bagaimana Menghalang Dari Terkesan dari Perkataan atau Perbuatan Negatif Orang Lain?

 

Pentingnya kita mempunyai ilmu bagaimana untuk kita tapis perkara sebegini.

 

Apabila kita berbicara mengenai minda, kebolehan mengendalikan pemikiran negatif adalah sama penting dengan berfikiran positif.

 

Kita perlu pandai mempunyai perisai  untuk menapis perkara-perkara negatif seperti ini.

 

Katakan apabila anda datang beraya nanti, datang orang yang ingin membanding-bandingkan anak anda,  anda tak mahu benda negatif itu masuk ke dalam minda anda dan anak anda.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan?

Anda perlu kawal pemikiran dan perasaan anda sendiri.

Gunakan empat kuasa tindakan anda.

 

Fahami Apa yang Ada di dalam Pemikiran Pembuli

 

Ibu nak kupas sikit kenapa pembuli melakukan sebegitu.

Mungkin apabila anda faham apa yang meyebabkan pembuli menjadi pembuli, anda akan lebih faham dan empati.

Mungkin ianya akan menerbitkan satu perasaan baru dalam diri anda.

Mungkin anda pula yang merasakan seperti ingin menolong mereka.

Pembuli menjadi pembuli kerana dia merasakan sesuatu atau dirinya tidak cukup.

Dia rasa dia tidak cukup hebat, tidak cukup bagus- hormat diri (self-esteem) dia tercalar atau rendah.

Mengapa ianya berlaku?

Ini semua ada bersangkut paut dengan parenting.

Sekarang, ramai orang di luar menjadi pembuli. Apabila mereka bercakap seolah-olah merekalah yang terhebat di dunia dengan cara menekan dan mengutuk orang lain.

Mereka suka mencari kesalahan orang lain.

Bila kita jumpa semasa berhari raya nanti anda akan nampak akan orang seperti  ini.

Jadi, apabila anda faham apa sebenarnya disebalik kelakuan pembuli ini, anda akan rasa empati pada mereka kerana mereka sebenarnya mempunyai low self-esteem.

Mungkin semasa mereka kecil dahulu, mereka sering dimarah, sering dikatakan dengan perkataan-perkataan yang negative seperti “kamu ini tak guna” dan sebagainya.

Jika anda ingin memahami psikologi ini, anda boleh menonton cerita Doraemon.

Elak Buli Raya by Ibu Rose

Walaupun cerita itu adalah cerita kartun, dari segi psikologinya bagus.

Dalam kartun Doraemon, ianya menceritakan mengenai kisah sekumpulan kanak-kanak.

Ada satu karakter namanya Giant. Giant suka membuli Nobita. Kerana apa?

Jika anda perhatikan, Giant sering dibuli atau dimarah oleh mak dia.

Ianya menggambarkan keadaan sebenarnya yang berlaku dalam dunia nyata dari segi bidang psikologi manusia.

Sangat penting untuk ibu bapa faham.

Apabila ibu bapa sering marah, kutuk, tengking dan jerkah kepada anak-anak  ianya akan meninggalkan kesan yang buruk kepada anak-anak.

Ianya akan meruntuhkan hormat diri (self esteem) anak itu.

Ada yang bertanya,

“Ibu, tak boleh jerit langsung ke? Kalau anak saya di atas, saya di bawah tak boleh jerit langsung ke? ”

Mestilah boleh, sayang.

Ini tak termasuk seperti apa yang kita bincangkan.

Tetapi kalau jerit panggil anak dengan marah-marah, YA ianya termasuk sekali dalam perbincangan ini.

Banyak eksperimen yang telah dilakukan mengenai kesan-kesan perkataan negatif kepada pokok, nasi dan banyak lagi.

 

Elakkan Buli Raya by Ibu Rose

Ini semua menjadi satu kitaran.

Kadang-kadang anda tak tersedar anda sedang melakukan perkara ini kepada anak anda. Jadi apabila anda sudah sedar, and harus berhenti melakukan perkara ini.

 

Dua Tips Bagaimana Untuk Elak Buli Raya Tahun Ini

 

Sekarang anda sudah memahami empat kuasa anda, jika anda menghadapi situasi dimana kenalan anda cuba membuli anda semasa hari raya ini, ini dua perkara yang anda boleh lakukan:

Pertama:

Katakan kepada dia, “Terima kasih atas apa yang awak katakan. Saya ingin beredar dahulu”.

Anda jangan cuba menggalakkan perbuatan dia.

Beredar dari situ. Tak perlu cepat sedih hati atau terasa.

Sebab jika apa yang dikatakan orang yang itu tidak benar anda tidak perlu terima. Anda ada pilihan untuk terima atau tidak terima.

 

Contoh:

Dia kata anak anda aktif, nakal,buas, menyusahkan. Anda tidak perlu terima apa yang diperkatakan oleh dia.

Memang ramai yang tersalah sangka akan anak-anak yang aktif dan melabelkan dengan pelbagai label.

 

Kisah Benar Cucu Pertama Ibu Yang Aktif

Cucu Ibu yang sulung sangat aktif. Dia memang tak boleh duduk diam.

Grandfather  dia (dia memanggil datuknya dengan gelaran Grandfather.. unik kan?)   sedar akan perkara ini dan  mendaftarkan cucu Ibu menyertai gimnastik.

Sekarang dia pandai menyalurkan tenaga yang dia ada (aktif), jika tidak bulan puasa setiap langkah dia, dia akan melakukan cartwheel (satu aksi gimnastik) seolah-olah ianya sangat natural untuk dia.

Disebabkan  dia ada skil itu, dia dapat menyalurkan tenaga dia yang memang semulajadi banyak yang ada dalam diri dia.

Jadi bagi kami, kami faham itu adalah cara dia membebaskan tenaga dalam diri dia dengan cara yang selamat dan tidak membahayakan.

 

Kesimpulannya disini, jika anda kenal anak anda, anda boleh membetulkan persepsi yang dikatakan oleh orang lain terhadapnya.

Untuk anak pula, apabila dia sudah mendengar kata-kata negatif dilemparkan kepada dia, dia perlu diberikan kata-kata positif yang lebih banyk pula untuk memansuhkan kata-kata negatif tadi..

 

Anda boleh ambil anak anda ke tepi dan katakan kepada dia

“Sayang seorang yang aktif dan anak yang bijak. Tak salah menjadi aktif tetapi sayang perlulah bergerak dengan keadaan yang selamat”

Menjadi aktif bukanlah satu kesalahan.

Ibu minta anda yang membaca tolong sampaikan ini kepada kawan-kawan anda.

Anak yang dihalang menjadi aktif lama-lama mereka  akan atau boleh menjadi lembab.

Oleh kerana dia tidak dibenarkan bergerak atau aktif, jadi kebiasaannya mereka akan disumbat dengan makanan dalam mulut mereka.

Ini adalah untuk mereka duduk diam sehinggalah badan dia menjadi semakin besar dan lama-lama menjadi malas.

Anak-anak ini sudah dibuli dengan perkataan-perkataan seperti ini sehingga mematahkan semangat beliau.

Lama-kelamaan, jadilah mereka pemalas dan tidak suka belajar.

 

Kedua

Buat sesuatu kerana anda faham dan bukan kerana anda ingin ikut orang.

Cari ilmu. Apabila anda ada ilmu anda tidak akan mudah melatah biar apa pun yang orang kata.

Bila anda ada ilmu, cara anda berbeza. Orang boleh katakan apa sahaja, tetapi anda kenal siapa anda dan anak anda.

Jika anda sudah tahu anak anda aktif, anda juga perlulah menjadi PROAKTIF .

Jika anda tahu anda akan membawa anak-anak anda berjumpa dengan ramai orang.

Ini apa yang anda boleh katakan kepada anak anda:

“ Abang, hari ini kita akan pergi melawat rumah saudara. Akan ada ramai orang. Abang memang anak yang aktif, hari ini mungkin abang boleh cuba aktif dengan membantu nenek di dapur atau tolong atuk di laman”

Cara ini akan mengajar anak kita akan self-control.

 

Ini adalah antara idea yang boleh anda lakukan. Jika anda ingin mengetahui lebih, anda boleh ikuti perbincangan Ibu mengenai dunia parenting dan anak-anak dalam FB Live Ibu setiap Jumaat, 12.30 tgh hari di www.facebook.com/iburoselove. Pastikan anda set SEE FIRST ya!

Ibu ada menyediakan satu home study audio class komprehensif yang dinamakan Parenting Bijak Audio Pro. Anda boleh memahami perkembangan anak dari usia 0 ke 17 tahun. Audio Class ni senang dan mudah untuk anda dengari. Paling penting anda boleh dengar ulang-ulang kali. Komprehensif dan praktikal.

Rujuk sini Parenting Bijak Audio Pro 

Comments

comments