6 CARA BAGAIMANA NAK KENDALIKAN LEDAKAN EMOSI ANAK YANG BARU MASUK SEKOLAH?

Minggu ini adalah minggu persekolahan pertama bagi pelajar darjah satu dan yang baru masuk tadika.
Ibu teringat akan zaman-zaman anak-anak masuk sekolah. Seminggu, dua minggu sebelum tu dah ada hari suai-kenal, tunjuk kantin, kelas mereka, tandas dll. Yang lebih berdebar adalah Ibulah. My husband, biasa jer. Dia cool orangnya. Anda yang dah pernah jumpa dia di SJLP baru-baru ni, tahu apa yang Ibu katakan. Maklumlah engineer masa itu. Orang kata engineer jarang tunjuk perasaan. Ya tidak tak pasti. 🙂

Selalu pada minggu pertama agak tak keruan jugak Ibu. Terutama anak Ibu yg kedua itu bila dia masuk sekolah. Setiap hari balik sekolah pasti meragam. Menangis tak tentu hala.
Adakala Ibu pujuk, adakala Ibu marah kuat jugak tak sabar dengan kerenahnya. Bila diingatkan kembali dan bila dia dah besar, baru faham, sebenarnya dia amat letih dan overwhelmed.

anak overwhelmed

(sumber foto dari google.com)

Tahu maksud overwhelmed? Maksudnya terlalu banyak perubahan dan stimulasi diterima dan badannya, mindanya, emosinya tak larat nak cope. So, dia jadi macam alat eletrik yang terlebih caj eletrik.

So, sayang Ibu semua, jika anak yang baru masuk sekolah atau tadika banyak meragam bulan pertama, ingat pesan Ibu ni. SABAR ya. Tenangkan hati dan katakan pada diri; InsyaAllah ini akan berakhir dan minggu depan dia akan.

NAK TAHU KENAPA INI BERLAKU?

Sebab anak-anak anda tidak biasa dengan keadaan yang dia lalui di sekolah. Sekolah tak sama dengan tadika. Tadika lebih kepada play school. Sekolah ada undang-undang yang lebih ketat. Dalam satu darjah pun ramai murid. Cikgu pun dia tak kenal. Ada Guru Besar yang orang selalu takut-takutkan lagi. Walaupun GB itu sebenarnya baik. Oh, bayangkan kegerunan hati anak-anak anda.

Masa itu sesetengah budak lepaskan saja kegerunan hati dengan meraung. Ada yang lebih boleh control akan menanggung dalam senyap dan bila balik lepaskan pada adik-adiknya. Tiba-tiba anda tengok anak anda jadi lebih agresif dan suka marah-marah adik-adiknya. Dulu okay jer.

Ini petanda anak anda itu sedang mengalami ledakan emosi yang hebat dalam dirinya.

NAK TAHU CARA MENGENDALI EMOSI MEREKA? JOM SAMBUNG BACA 

1. KAWAL EMOSI ANDA – BERTENANG DAN PRO AKTIF

tenang

(sumber foto dari google.com)

Bila anda lebih tenang, maka anak anda boleh rasa selamat kembali dan dia rasa anda memahami apa yang sedang dia lalui. Maka dia tidak terasa terabai.
Jangan sekali-kali perlekehkan perasaannya. Janganlah wahai ibu dan bapa nak suruh anak jadi machokonon sekarang ini. Fahami perasaannya. Align and Redirect. Macamana tu?

2. ALIGN & REDIRECT

Maksudnyanya, macam Tai Chi. Kita beritahu dia, dulu kita pun macam tu. Atau kaitkan dgn mana-mana situasi yang lebih kurang sama yang anda hadapi. Contoh, masa nak present paper pada boss ke, board of director ke. Dan kemudian ceritalah bagaimana anda kendalikan perasaan gementar, takut, berkecamuk tu. Dan direct dia untuk fokus kepada kejayaan yang dia mahu. Contohnya, dapat belajar best best. Dapat kawan-kawan dan banyak lagilah yang anda boleh redirect pemikirannya. Tak payah sogok dengan hadiah! Tak manfaat pun bila dilakukan demikian.

Kenapa kita perlu samakan dgn keadaan diri kita. Barulah anak itu tak rasa sorang-sorang atau dia alien.

nasihat

(sumber foto dari google.com)

Sesetengah mak ayah masa inilah hendak bercerita dan membanggakan diri yang dulu dia tak seperti itu. Konon-konon sangat hebat dalam harapan anak akan menjadi hebat. Tapi apa yang jadi, anak semakin rasa tak relevan nasihat anda dan lama-lama malas nak dengar nasihat anda. Siapa yang rugi?

Kalau anda memang jenis berani dan memang tidak ada situasi macam itu berlaku dengan anda, maka ingatkan apa yang pernah anda lihat, kawan-kawan anda ke atau sepertinya. Di dalam Haraki Keperluan manusia yang dibawa oleh Abraham Maslow, sense of belonging itu adalah sangat penting. Anda nak dia tergolong dengan pengecut atau mereka yang boleh mengatasi ketakutan.

“Courage is Action in the PRESENCE of Fear” , “Keberanian adalah aksi yang dilakukan dalam kehadiran ketakutan” ya bukan tanpanya.

3. MALAM-MALAM NAK TIDUR BUAT ANGAN-ANGAN UNTUK JADI LEBIH BAIK ESOKNYA.

Semasa menidurkan anak, ambillah masa 5 minit untuk ajak dia berangan-angan bagaimana bestnya hari dia esok. Ini sangat penting. Ini namanya dari segi sains adalah THE LAW OF MIND CREATION.

mimpi

(sumber foto dari google.com)

Minda kita ni dijadikan oleh Allah boleh mencipta. Semua yang dicipta oleh manusia di dalam dunia hari ini pernah ada di dalam minda sesaorang. Kalau kita tak direct pemikiran anak kita, maka takutnya itu yang dikuasai oleh syaitan akan mecipta apa yang dia tidak mahu. Fahami Law of Universal Attraction LUA. Baca penulisan En. Zuhari Nopiah mengenai LUA.

4. BAGI ANAK BEREHAT

Jika boleh bagi anak tidur sebelum pukul 10 malam. Dan ajar anak berdoa selepas solat memohon kekuatan dari Allah. Di sini adalah peluang sangat sesuai mengajar anak-anak memohon kekuatan dari Allah dan kuatkan ikatan mereka dengan Allah. Connect With Allah.

Dan ajar anak-anak menghafal surah Al-Insyirah atau Suarah Alam Nasyrah. Dan ajar dia untuk membacanya setiap kali dia berasa gementar atau kepenatan yang amat sangat.

tidur awal

(sumber foto dari google.com)

Pesan Nabi Muhammad s.a.w

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.

5. BAGI SUPPLEMENT

Walaubagaimana pun kekuatan semangat anak anda, anda perlu pastikan fizikal dia juga kuat. Pemakanan yang sihat perlu diberi. Pastikan dia tidak membeli makanan merapu di kantin. Dan sangat penting mendapatkan pemakanan tambahan untk menguatkan fizikal, sistem imunnya dan meningkatkan kecerdasan otaknya. Carilah supplement yang baik.

supplement untuk anak

(sumber foto dari google.com)

6. PENUHKAN HATINYA DENGAN KASIH SAYANG

Anak yang merasai dirinya difahami akan merasa dengan dikasihi. Kasihkan anak bukan bermaksud memanjakan dan buatkan semua untuk dia. Kasihkan anak adalah diantaranya

– Menjaga tuturkata kita agar ia menjadi penawar kepada mereka.
– Menjaga perbuatan kita agar ia menjadi contoh kepada mereka
– Menjaga pertalian baik dengan guru-guru dan kawan-kawannya.
– Wujudkan rutin sihat masa belajar dan berehat untuk mereka.
– Wujudkan rutin membantu kerja rumah, house chores.
– Dan yang sangat penting ucapkan kata-kata kasih sayang kepada mereka selalu.

kasih sayang

(sumber foto dari google.com)

Banyak lagi yang boleh anda lakukan, namun jika anda boleh lakukan perkara ini semua, anda akan dapati keredaan ledakan emosi anak anda yang baru masuk sekolah itu akan cepat berlaku.

Ibu mendoakan agar Allah memudahkan urusan sayang.

Sayang boleh hubungi Ibu di iburoseservice@gmail.com atau lebih baik, ikuti page Ibu ini yang mana Ibu akan Live di page Ibu, www.facebook.com/iburoselove hampir setiap Jumaat 12.45 pm.

Jika ini bermanafaat, KOMEN, LIKE & SHARE dgn kawan-kawan anda terutama pasangan anda agar menjadi sehati-sejiwa.

Salam kasih, Ibu Rose

P/S- Jika anda berminat untuk mendalami ilmu parenting; khususnya memahami perkembangan kanak-kanak agar anda boleh membina keyakinan diri anak-anak anda, jemput dapatkan AUDIO CLASS MP3 PARENTING BIJAK PRO INI yang ibu cipta khas untuk para ibu bapa yang sibuk tapi tetap mementingkan ilmu parenting.

(Combo bermaksud, anda dapat Audio Class Mp3 Parenting Bijak Pro dan juga ebook 6 Rahsia Mendidik Anak Cemerlang Berjaya dan Berjasa).

Comments

comments