5 Sebab anak tak dengar kata

Suruh punya suruh tapi anak tak berganjak pergi mandi. Penat dah menyuruhnya. Sabar pun sudah semakin nipis.
Alahai, stressnya rasa bila apa yang kita katakan, pesan atau nasihati anak tak diikut. Kalau kita dah mengulang-ulang benda yang sama banyak kali juga, masih tak memberi kesan, kat mana lagi yang tak kena. Kadang-kadang rasa nak ‘give up’!

anak tidak dengar kata

(sumber foto dari google.com)

 

MasyaAllah, sebenarnya kalau nak tau, ada 5 sebab kenapa anak tak dengar kata. Dengan memahami 5 sebab ini, InsyaAllah, kita akan lebih tahu apa yang sepatutnya dan bagaimana harus kita tangani isu-isu bersama anak-anak kan.


Baiklah, dipendekkan cerita, bersama-sama ini dikongsikan 5 sebab tersebut iaitu :

1. Kerana mereka pernah melihat ibu bapa mereka tak dengar cakap datuk atau nenek mereka.

Opss…inilah yang dikatakan pimpinan melalui tauladan. Jangan lupa, anak-anak kita punya mata dan sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Kuasa tindakan lebih besar dari kata-kata. Apa yang kita lakukan sebagai ibubapa kebiasaannya lebih mudah diikuti anak-anak berbanding apa yang kita pesan atau katakan pada anak-anak. Betul ke betul? 🙂

Kerana mereka pernah melihat ibu bapa mereka tak dengar cakap datuk atau nenek mereka

(sumber foto dari google.com)

2. Dia punya idea sendiri dan mahu didengari ideanya.

Walaupun idea anak kita tu kelihatan agak kelakar, pada langkah awal, dengari dan raikan dulu. Ini akan membuat anak, rasa dirinya berharga dan dihargai. Begitu juga kita kan, kalau pun idea kita mengarut, tapi kalau ada yang sudi mendengar penjelasan kita, seronok juga kan? Mendiang Covey, penulis buku 7 Habit mengatakan, dalam berkomunikasi; “Seek first to understand, then be understood,” berusaha untuk memahami, kemudian baru lah meminta untuk difahami.

Dia punya idea sendiri dan mahu didengari ideanya

(sumber foto dari google.com)

3. Mak-ayah tidak memberi perhatian apa yang nak disampaikan.

Bila anak-anak menyampaikan sesuatu perkara, kita buat endah tak endah je. Kadang tu, anak nak memberitahu dengan penuh perasaan, tapi kena pula masa tu kita sibuk di dapur atau di hp. Sudahnya, anak pun dah tak minat bercerita apa-apa pada kita sebab kita tak peduli apa yang dia mahu ceritakan. Kesian kan.

Mak-ayah tidak memberi perhatian apa yang nak disampaikan

(sumber foto dari google.com)

4. Tak faham apa yang disampaikan (faktor usia iaitu melibatkan kematangan akal)

Hal ni selalu juga terjadikan. Soalan kita pada anak, soalan kemahiran berfikir aras tinggi. Tak searas dengan perkembangan akal anak kita masa itu. Alahai, memang susah lah budak tu nak faham. Kesudahannya, anak dikatakan tak mendengar cakap, walhal kita sendiri memberi nasihat atau soalan yang tak searas dengan perkembangan akalnya.

Tak faham apa yang disampaikan

(sumber foto dari google.com)

5. Menyelamatkan diri

Ada juga anak yang bijak, berlakon tak dengar cakap kita sebab nak selamatkan dirinya. Alahai…dia pun pandai, mencari jalan nak selamatkan diri daripada kena marah daripada ibubapanya. Kadang-kadang tu, ada sesetengah soalan tu, kita kena bijak tune supaya tidak menjadi soalan yang menyoal siasat. Yang ini kenalah belajar lebih lagi tentang berkomunikasi dengan anak-anak.

Menyelamatkan diri

(sumber foto dari google.com)

Pentingkan belajar berkomunikasi yang betul dengan anak dan kita sendiri kena perbaiki banyakkk perkara. Keep upgrade ilmu ya, ilmu parenting, komunikasi, pengurusan emosi, playtherapy dan banyakk sangat.
Kalau rasanya posting ni bermanfaat, sudi-sudikanlah #SHARE, dan #KOMEN.

InsyaAllah, kita jumpa lagi dimasa akan datang.

~ Ibu Rose~

Comments

comments