Sabar Ajar Anak Tidur Berasingan

Seorang bapa yang sangat prihatin pernah bertanyakan Ibu soalan penting.

Beliau mempunyai anak perempuan (sulung) berumur 5 tahun. Anaknya sangat rapat dengannya berbanding ibunya. Si bapa ini mahu mendidik anak agar tidur berasingan darinya dan isteri. Namun seringkali tidak berjaya. Si anak seringkali menangis teresak-esak dan katakan ayahnya sudah tidak sayangkan dia lagi. Buntu memikirkan bagaimana lagi harus dilakukannya.
Para ibu bapa penyayang yang Ibu kasihi, ini adalah beberapa idea yang boleh membantu.

Buat supaya dia akan rasa sangat seronok dan tidak sabar.

(sumber foto dari google.com)

1. Buat supaya dia akan rasa sangat seronok dan tidak sabar.

Bila anak sangat rapat dengan kita seperti anak bapa tadi, kita perlulah menjual idea untuk dia tidur berasingan dengan kita itu dahulu. Buat supaya dia akan rasa sangat seronok dan tidak sabar.

Pisah Tempat Tidur Tapi Masih di Bilik Sama

(sumber foto dari google.com)

2. Pisah Tempat Tidur Tapi Masih di Bilik Sama

Selepas itu, buat perlahan-lahan implimentasinya. Di dalam bilik yang sama pula, mungkin sediakan dia tempat yang istimewa, yang jarak sikit dari ibubapanya. Namun, sebelum tidur spend time sedikit dengannya berbual dan bercerita serta berseloroh.

Hias Bilik Tidurnya Bersama

(sumber foto dari google.com)

3. Hias Bilik Tidurnya Bersama

Kemudian ajak dia sediakan bilik tidurnya. Hias dan cat atau letak perabut dan banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat bersama supaya dia berasa teruja untuk duduk di bilik itu.
Mula dengan hanya tidur siang di situ. Pada malam hari, biar dia masih tidur bersama di dalam bilik yang sama di tempat yang telah disediakan di dalam bilik bersama itu.

Jual Idea

(sumber foto dari google.com)

4. Jual Idea

Kemudian, setiap malam, ajak dia baring di biliknya. Anda berceritalah, spend time lah dengan dia di situ. Semasa itu, gunakan cara halus menjual idea untuk dia seronok tidur sendiri. Ajar dia doa yang boleh melindungi dirinya jika dia takut. Namun, bila sudah habis bercerita, bawalah dia masuk ke dalam bilik anda dan tidur seperti biasa.

Raikan Kematangannya Dan Cari Aktiviti Bersama

(sumber foto dari google.com)

5. Raikan Kematangannya Dan Cari Aktiviti Bersama

Satu malam, jika anda rasa dia sudah bersedia, maka galakkan dia untuk tidur di biliknya. Dan offerlah sesuatu perkara lain untuk dia dapat bersama dengan anda. Contohnya, anda akan bawa dia berjalan atau beri dia sesuatu tanda dia sudah menjadi seorang yang matang.
Contohnya, jika selama hari ini anda ada sesuatu yang anda tidak memberi anak-anak menggunakannya, tetapi kerana dia telah menunjukkan dia sudah boleh berdikari dan bertanggung-jawab, maka anda memberinya menggunakannya untuk beberapa ketika. Ini anda perlulah kreatif. Ini adalah untuk anda dan dia meraikan bahawa dia sudah besar dan boleh tidur di bilik sendiri.


6. Pamerkan Kasih Sayang

Dan anda perlu setiap hari mempamerkan kasih dan sayang anda kepadanya supaya dia tidak merasakan dia disisihkan. Jika dia ada adik, maka anda juga boleh sediakan satu tempat tidur untuk adiknya di dalam biliknya, supaya dia tahu bila cukup umur adiknya juga akan dipisahkan dari tempat tidur.
Oleh itu dia tidaklah menyangka anda pilih kasih dan kasih anda kepadanya berkurangan dan itulah sebabnya dia disuruh tidur di bilik sendiri.

Pamerkan Kasih Sayang

(sumber foto dari google.com)

Ada anak yang memerlukan sedikit masa didalam menyediakan dia untuk tidur berasingan. Namun, kita perlu cekal agar matlamat kita tercapai. Ibu tidak percaya dengan menggunakan kekerasan dan paksaan sebelum menggunakan kelembutan yang tegas. Kerana kesan paksaan dan kekerasan akan menonjol bila anak itu remaja nanti.
Bagi anak-anak yang begini, ibu bapa meimplimentasi yang lembut, perlahan-lahan serta berterusan dan tegas di dalam kelembutan.
Ibu mendoakan anda akan berjaya
Salam kasih – Ibu Rose.

Love & Sabar

Comments

comments