PELUK ANAK – Besarnya Kesan Baiknya

Tahukah anda bahawa pelukan boleh mengubat?
Tahukah anda pelukan boleh menenangkan perasaan yang dipeluk dan yang memeluk?
Tahukah anda pelukan boleh menguat ikatan kasih-sayang pemeluk dan yang dipeluk?

Jangan pandang rendah KUASA PELUKAN ia amat besar. Salah satunya adalah ia boleh menjadikan anak-anak anda bijak!
Namun ada pula sesetengah berpendapat bahawa memeluk anak akan menjadikan anak itu manja dan lembik.
Kalau hendak menjadi ibu bapa yang cemerlang, jangan asyik ikut kata-kata orang yang kurang cemerlang dalam keibubapaan.

(sumber foto dari google.com)

Jika kita main ikut-ikut saja tanpa benar-benar memahami apakah sebenarnya sesuatu tips atau nasihat itu, maka kita juga boleh kecundang. Sebab ramai orang yang suka bagi nasihat tapi tak ramai yang faham kesan nasihat mereka itu.

Contoh; Ramai ibu bapa muda pening bila ada yang menasihat untuk tidak memeluk anak banyak-banyak nanti anak jadi manja berlebihan. Sedangkan pelukan boleh mengubat. Peukan penuh kasih-sayang tanpa syarat boleh menimbulkan emosi positif yang boleh menghasilkan endorphin. Endorphin ini akan memberi tenaga positif kepada sel-sel di dalam badan dan menjadikan seorang itu lebih berdaya dan berfikiran positif.

(sumber foto dari google.com)

Bagi yang hanya mengikut saja tanpa faham, bencana dalam perhubungan mereka dengan anak akan terjadi.

Kerana ternyata nasihat seperti ini tidak jelas dan tiada berdasarkan kajian. Apatah lagi jika dikaitkan dengan pendidikan tarbiyatul aulad cara Nabi s.a.w. Jauh sekali menyalahi amalan Nabi s.a.w. Kerana Rasulullah sering memeluk dan mencium anak-anak dan cucu-cucu Baginda.

Anak menjadi lenja dan manja bukan sebab sering dipeluk, tetapi sebab semua kehendaknya diikutkan ibarat raja dan dia diibubapakan secara permisif. Semua diikut cakapnya. Semua kehendaknya dipenuhi walaupun ianya tidak langsung membantu dia malah membahayakan dia pada jangaka panjang. Contoh, anak tidak mahu ke sekolah kerana hendak main game di rumah. Dibiarkan saja, atas alasan; “Alah, sekali-sekala sahaja!”

(sumber foto dari google.com)

Lagi satu, bila anak melampaui batas bercakap dan berkelakuan dengan ibu bapa, sedangkan usianya sudah lebih 7 tahun, dibiarkan sahaja, kononnya tidak elok marah-marah atau takut nanti anak akan merajuk. Banyak lagi sebab mengapa anak-anak menjadi lenja dan manja. Namun, sering memeluk bukanlah sebabnya.

Memeluk adalah salah satu bahasa kasih. Anak yang dipeluk merasa kasih dan sayang ibu bapanya. Pelukan dan belaian penuh kasih ibu bapa nya ditambah dengan dispilin yang betul menjadikan anak itu seorang yang berjiwa kuat dan berperikemanusiaan.

(sumber foto dari google.com)

Disiplin membentuk karekter.
..
Salam sayang – Ibu Rose
.
SHARE DENGAN KAWAN-KAWAN DAN SAUDARA-MARA SERTA JANGAN LUPA PASANGAN ANDA YA.

Semoga cepat kita dapat membina Generasi Berjiwa besar, berkemampuan tinggi.
.

Iklan
Mahu belajar dan menjadi ibubapa yang lebih penyabar?
.
Mari ikuti Ibu menerusi Program Mastery Video Class LOVE&SABAR. Maklumat lanjut boleh didapati di www.iburose.com/lovensabar

Love & Sabar
.
#BetterParentBetterChildren #BPBC
.
Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram.
Klik link ini t.me/iburoselove
.
Follow Instagram Ibu – https://www.instagram.com/iburoselove/

Comments

comments