Jangan Matikan “Suis Kehebatan Anak Mu”

Anak kecil, tidak pernah merasakan batasan untuk melakukan sesuatu. Walaupun dia tidak tahu, dia senantiasa merasakan dia boleh melakukan segala-galanya.

Ibu masih teringat akan cucu sulung Ibu yang semasa itu dia baru berusia 1 tahun; kami sedang berbincang siapa yang akan menghantar anak bongsu Ibu ke sekolah hari itu.

Walaupun Az-Zahraa cucu sulung Ibu semasa itu belum boleh bertutur, kami faham bahasa dia. Dia yang mendengar kami berbincang itu, terus menyampaikan kepada kami dengan gelagatnya, bahawa dia boleh menghantar Mak Su nya.

Kami ketawa melihat gelagatnya dan perasannya dia bahawa dia tahu dan boleh membawa kereta.

(sumber foto dari google.com)

Namun, jauh di sudut hati, Ibu tersedar dan disedarkan satu peringatan yang bagi Ibu adalah sangat besar. Iaitu, anak-anak kecil seperti Az-Zahraa ini, tidak pernah merasakan mereka tidak boleh melakukan sesuatu.

Bagi mereka tiada yang mustahil. Bagi mereka semuanya boleh dilakukan. Namun, sehari demi sehari anak kecil ini belajar bahawa mereka tidak boleh melakukan segala-galanya. Kekecewaan demi kekecewaan melanda diri mereka dan jika ibu bapa mereka tidak pandai mendidik, anak ini akan merasakan putus asa untuk mencuba melakukan sesuatu.

Maka ramai yang akan membesar dengan penuh kekecewaan di dalam diri. Apatah lagi bila mereka sering dilarang melakukan apa yang mereka ingin lakukan. Dan bertambah teruk jadinya bila mereka dimarah, dihalang dengan kasar dan dipukul kerana mahu melakukan sesuatu. Bermulalah perasaan curiga terhadap diri. Bermulalah perasaan “Aku memang tidak mampu melakukan apa-apa!’.

(sumber foto dari google.com)

Hari saban hari anak-anak kecil yang sudah merasakan demikian membesar menjadi remaja dan kepercayaan ini kemudian ianya beranak menjadi, ‘Aku memang tidak penting’ dan kemudiannya ‘ Aku tidak berharga!’

Bila ini melanda diri seseorang, maka semua benda menjadi susah. Semua benda menjadi bosan! Life have no meaning! Life is boring!

Kita melihat keadaan ini berlaku pada orang dewasa, remaja malah ramai sudah anak-anak sekecil 6 tahun sudah pandai mengatakan…” Saya rasa bosan!”

Bayangkan, bagaimana seorang yang begini menjalani hidupnya?

(sumber foto dari google.com)

Seolah-olah suatu suis di dalam diri telah dimatikan! Hidup menjadi tiada haluan dan sekarang dikawal oleh orang lain ibarat zombi!

Bagaimana perasan anda jika ‘suis’ ANDA sudah dimatikan?

Atau itu yang sedang terjadi kepada anda sekarang?

Mungkin juga anak-anak anda?

Ibu doakan TIDAK.

Sayang Ibu, jika suis itu telah dimatikan, sayang perlu membukanya kembali. Terlalu banyak kebaikan yang ada di dalam diri mu. Jangan sia-siakan. Anda perlu ingat dan memahami betapa Kau Berharga! Dan kenapa amat perlu dirimu merasakan begini.

(sumber foto dari google.com)

Jika dikau matikan suis mu maka, suis anak-anak mu pun akan turut mati. Payah untuk anda membantu anak-anak anda mengeluarkan kehebatan mereka jika anda sendiri tidak menghargai kehebatan diri mu.

Dan ingat, menghargai kehebatan itu adalah salah satu cara kita bersyukur kepada Allah diatas ciptaannya, iaitu diri kita.

Ibu abadikan beberapa komen dari beberapa orang ibu muda mengenai perkongsian ini semasa Ibu kongsikan pada kali pertama di FB.

Apa kata followers Ibu dari FB Page Ibu.

“Ada satu cerita dikongsi sahabat saya, masa kecil minatnya menulis cerita. Macam-macam cerita ditulisnya, ada dari imaginasi sendiri ada juga dari kisah dongeng atuknya.

Suatu hari, dia menunjukkan buku cerita karangannya pada ayahnya. Malang, kata- kata yang keluar dari bibir ayahnya bukan seperti yang dia harapkan.

Dia diperlekehkan kerana banyak berangan. Menulis cerita dongeng yang bukan-bukan.

Dikata seperti Mat Jenin, berangan itu perbuatan orang pemalas.

Sejak dari itu dia berhenti menulis cerita. Bukan hanya berhenti menulis cerita. Malah sudah malas membuat kerja sekolah.

Ibu..

Itulah sebabnya saya disini, semoga saya dapat belajar menjadi ibu yang mendorong anak saya :)”

Laila Raihana

Huhu betul tu ibu…semoga Allah jadikan kita semua yg terbaik buat ank2 kita…
berusaha dan berusaha lagi 💪 💪 💪(pesanan buat diri sendiri)…tq ibu 😉 😉

Nurull Hasnida Manseri

Semoga dilorongkan jalan untuk buka semula ‘switch’… aamiin

Muna Mohd

Terima kasih Ibu Rose sedia memberi tunjuk ajar agar kami jadi ibu bapa yang lebih peka terhadap perkembangan anak2. Moga anak-anak kami menjalani hidup dalam suasana yang lebih ‘positif’

Jaja Errieza

Setuju tu ibu.. Hilang kepercayaan diri itu sungguh bahaya.. ibarat seekor burung helang yang merasa kemampuan diri hanya seperti seekor ayam. Tidak percaya boleh terbang tinggi..

Laila Raihana

Sila turunkan komen anda jika ada di bawah;-

p/s
Gambar hiasan ini adalah gambar cucu Ibu Az-Zahraa semasa dia 2 tahun. Dengan penuh keyakinan dia merasakan dia boleh bermain piano itu- bukankah kita juga pernah begitu – yakin ‘SAYA BOLEH‘. Bilakah bermulanya kita meragui kebolehan kita? Cuba ingat kembali. Dan elakkan kita meneruskannya pada anak-anak kita.

Az-Zahraa bermain piano

Salam Kasih,

Ibu Rose

Jika anda hendak belajar lebih banyak mengenai ilmu parenting, anda boleh dapatkan Audio Class Parenting Bijak Pro –Combo sekali dengan ebook 6 Rahsia Didik Anak-anak Cemerlang Berjaya dan Berjasa.

Kombo Parenting Bijak Pro & Ebook

Kombo 4 dalam 1 yang paling berbaloi untuk dimiliki.

  • 4 produk dengan harga menarik!

    Kombo ini mengandungi Parenting Bijak Pro yang terdiri daripada Parenting Bijak Audio Class, Multiple Intelligence (MI) dan VAK Bijak Belajar beserta Ebook 6 Rahsia Utama Didik Anak Cemerlang Berjaya dan Berjasa.

  • Kombo istimewa hanya untuk anda

    Kesemua produk ibu diatas boleh dibeli dengan harga yang istimewa. Tidak perlu membeli satu persatu. Dapatkan kombo ini untuk penjimatan yang lebih tinggi 🙂

Love & Sabar Video Class

10 Perkara yang bakal anda perolehi daripada Love & Sabar Video Class Mastery Programme ini

  • 4 Video 3 RAHSIA Membina Sabar
  • 6 Video MENINGKATKAN SABAR (Attain Higher Patience)
  • Ebook 17 Idea Parenting Berjaya (versi BM & BI)
  • 17 Video Untuk 17 Idea Parenting Berjaya
  • Learning Journal
  • FB Group Istimewa
  • Video Terapi Tenang & Sabar
  • Audio Terapi Tenang & Sabar
  • Ebook 10 Tips Didik Anak Bijak & Sabar

Comments

comments