Jom jadi ibubapa yang lebih sabar lebih hebat.

Baiklah, kali ini saya nak kongsikan pula bagaimana untuk tangani fasa individuating anak yang berumur 4 tahun.

Sebenarnya, Fasa individuating ini seharusnya berakhir pada umur 3.5 tahun. Namun, ada juga anak-anak yang sedikit lambat perkembangan emosinya. Banyak faktor yang menyebabkan fasa ini lambat berakhir.

(sumber foto dari google.com)

Apa yang berlaku pada anak 4 tahun, seharusnya anak ini sudah mula memahami emosi, mula bijak mengurus emosi sendiri, sudah pandai meluahkan dengan cara yang betul dan mampu untuk mengikut arahan. Namun, untuk mencapai tahap ini, ibubapa sudah banyak mendidik dan membimbing emosi anak pada usia sebelum 4 tahun.

Janganlah pula ibubapa merasa gagal, apabila pada umur ini, anak masih berkelakuan seperti anak umur 2 tahun. Tiada istilah gagal dan terlambat dalam parenting.

Kita adalah ‘leader’, ‘person in charge’ pada anak-anak.

Mereka hanya mengikut corak dan acuan kita. Terus upgrade ilmu dan perkasakan amalan, mudah-mudahan anak-anak akan lebih bijak EQ dan SQ nya. Kenapa bukan IQ? IQ penting juga, tapi EQ dan SQ jauhhh lebih penting dan besar pengaruhnya dalam kehidupan hingga dewasanya dia.

(sumber foto dari google.com)

Baiklah, ‘straight to the point’. Saya berikan satu gambarkan satu situasi agar ibubapa mudah memahami apa yang dikatakan tangani fasa ini bagi anak umur 4 tahun dengan kata-kata dan tindakan.

====

Situasi :
Ibu mahu membeli barang di kedai dan akan bawa anak berumur 4 tahun bersama.

====

Ingat ya ibubapa hebat semua, kita semua mahu jadi ibubapa yang loving&firm, penyayang & tegas BUKAN penyayang ATAU tegas. Lain tu.

So, sebelum si ibu ini mahu keluar, ibu ini perlu beritahu anak ke mana yang mereka mahu pergi dan buat perjanjian. Ini sangat bagus ye, bagi mengelakkan berlakunya ‘drama’ yang tidak diingini.

Ibu boleh katakan pada anak, “Adik, kita akan ke kedai kejap lagi. Ibu akan bawa adik bersama. Ibu hanya mahu beli gula dan tepung. Di kedai nanti akan ada banyak barang. Adik boleh beli barang di situ nanti. Tapi hanya SATU barang dan harga tak lebih dari RM2. Sebab ibu akan bawa duit cukup-cukup saja. Sekiranya adik mahu lebih dari RM2, kita terpaksa pulang tanpa adik dapat beli apa-apa. Boleh kan.” Kemudian anak kata boleh.

Seterusnya kita ke kedai yang dijanjikan. Ingatkan lagi perjanjian di rumah tadi sebelum masuk ke kedai.

Tapi, setibanya di kedai anak buat akal. Dan ‘break the agreement’.

So, apa yang ibu perlu buat hanya kotakan kata. Sebelum tu, ingatkan semula perjanjian di rumah tadi.

“Ingat lagi tak, kan kita dah janji kat rumah tadi, adik cuma boleh beli SATU barang yang tak lebih RM2. Kita manusia berpegang pada janji. Maka kita terpaksa balik sekarang tanpa adik dapat beli apa-apa”.

Andai anak tetap mahu dengan kehendaknya yang luar perjanjian, kita cepat-cepat dapatkan barang kita dan kita terus pulang. Ya, drama itu akan berterusan. Biarkan dan buat muka tebal. Buat dekkk je kat mata-mata yang memandang. Ini anak kita, kita yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik.

Bila dah sampai rumah, dan setelah anak reda dan tenang. Kita rasionalkan padanya kenapa kita bertindak begitu. Ulangkan apa yang kita janjikan sebelum itu dan kenapa kita tak beli apa yang dia mahu.

Ini yang dinamakan TEGAS. Bab penyayang dan tegas ni memang Ibu ada explain panjanggg lebar dalam kelas Audio Parenting Bijak Pro. Memang terbaik audio ni sebab kita akan dibelajar pelbagai perkara dari umur anak 0-18 tahun. Details boleh tengok di SINI.

Baik, kita sambung balik.

Kita sedang mendidik anak untuk berpegang pada janji dan memahami yang ibu tegas dan berpendirian. Banyak yang anak dapat pelajari dari peristiwa ini. Belajar ber’negosiasi’, bertolak ansur, berpegang pada janji, tetap pendirian…MasyaAllah, bila dari awal lagi anak sudah di didik begini, apakah natijahnya bila dewasa?. Mudah-mudahan akan jadi anak yang berjaya dan berjasa.

Itu yang dikatakan mendidik anak fasa individuating bagi anak 4 tahun dengan kata-kata dan tindakan. Tindakan yang bertegas. Dalam konteks kisah ini, ibu pulang ke rumah atas perjanjian bersama sebelum itu.

Ingat ya, ibubapa adalah pemimpin. Didik anak dengan lembut dan tegas.

(sumber foto dari google.com)

Mari amalkan Loving & Firm Parenting Style. Mudah-mudahan generasi yang kita sedang bina adalah generasi yang bijak emosi yang mampu bersimpati dan berempati pada orang lain.

Wallahualam.

Team Ibu Rose – Yasmin Sari

~Olahan ilmu Ibu Rose~
Yasmin Sari – Team Ibu Rose

#SHARE, #LIKE dan #KOMEN andai ia bermanfaat.
.
Mahu anak jadi bijak dan berakhlak mulia. Mari belajar ilmu, skil dan sikap positif untuk mendidik anak-anak kita.
.
Mari ikuti Ibu menerusi Audio Class Parenting Bijak Pro. Maklumat lanjut boleh didapati di SINI.
.
#BetterParentBetterChildren #BPBC
#IkonMemperkasakanIbuBapaDanKeluarga
#ParentingBijakProCombo
#IbuRoseLove
.
Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram.
Klik link INI
.
Follow Instagram Ibu – https://www.instagram.com/iburoselove/

Parenting Bijak Pro (Audio Class)

Pakej 3 dalam 1 yang mengandungi Parenting Bijak Audio Class, Multiple Intelligence & VAK

  • Parenting Bijak Audio Class + Multiple Intelligence & VAK

    Parenting Bijak Audio Class merupakan set lengkap 6 Modul berasaskan seminar Parenting Bijak Ibu Rose. Ia merangkumi tujuan utama keibubapaan, mendalami diri anak anda, bagaimana untuk membebaskan kehebatan mereka dan perkara penting dalam pertumbuhan anak dari 0 hingga 17 tahun.
    Ilmu padat ini merupakan asas penting bagi Ibu Bapa yang ingin membesarkan anak-anak secara menyeluruh tanpa mencacatkan tumbersaran mental, emosi dan rohani mereka.

Kombo Parenting Bijak Pro & Ebook

Kombo 4 dalam 1 yang paling berbaloi untuk dimiliki.

  • 4 produk dengan harga menarik!

    Kombo ini mengandungi Parenting Bijak Pro yang terdiri daripada Parenting Bijak Audio Class, Multiple Intelligence (MI) dan VAK Bijak Belajar beserta Ebook 6 Rahsia Utama Didik Anak Cemerlang Berjaya dan Berjasa.

  • Kombo istimewa hanya untuk anda

    Kesemua produk ibu diatas boleh dibeli dengan harga yang istimewa. Tidak perlu membeli satu persatu. Dapatkan kombo ini untuk penjimatan yang lebih tinggi 🙂

Love & Sabar Video Class

10 Perkara yang bakal anda perolehi daripada Love & Sabar Video Class Mastery Programme ini

  • 4 Video 3 RAHSIA Membina Sabar
  • 6 Video MENINGKATKAN SABAR (Attain Higher Patience)
  • Ebook 17 Idea Parenting Berjaya (versi BM & BI)
  • 17 Video Untuk 17 Idea Parenting Berjaya
  • Learning Journal
  • FB Group Istimewa
  • Video Terapi Tenang & Sabar
  • Audio Terapi Tenang & Sabar
  • Ebook 10 Tips Didik Anak Bijak & Sabar

Comments

comments