Bila anak sudah 5 tahun dan masih suka merajuk dan mengamuk, memukul orang, menyakitkan orang, ini petanda semasa anak itu mengamuk semasa dia kecil, emosi amuk itu tidak dikendalikan dengan baik. Ibu bapa hanya menggunakan kaedah marah dan tengking untuk senyapkan anak.

(sumber foto dari google.com)

Pada masa itu anak memang senyap, tapi emosi itu tidak dilepaskan dengan baik. Oleh itu anda akan mendapati anak ini mengamuk dengan lebih kuat dan mula ada ciri-ciri degil dan mungkin mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.

Ini petanda hati anak ini sudah banyak terluka dan dia sudah banyak merasakan tidak dikasihi. Jika ini berlaku, anda perlu mengatur langkah membetulkan persepsinya.

Di sini anda perlu bijak dan mengawal marah namun anda perlu tegas dan perlu mendisiplinkan anak itu. Kerana anak ini sudah terluka disebabkan banyak kekecewaan terutamanya di dalam perhubungan diantara dia dan anda atau pasangan anda, perkara itu perlu dibetulkan. Pada usia ini, anak itu mungkin akan mengatakan rasa hatinya, bahawa dia tidak dikasihi.

(sumber foto dari google.com)

Jika ini berlaku, tarik nafas dan duduk di sebelah anak itu dan tenangkan hatinya dan cari punca yang menyebabkan dia merasakan dia tidak lagi dikasihi. Kadang-kadang puncanya mungkin semudah anda sudah tidak memandikannya dan menyuruh dia mandi sendiri. Terutama sekarang sudah ada adik baru. Ini kita namakan salah faham. Maka selesaikanlah salah faham ini.

Walaupun bila anak merajuk dan mengamuk kita perlu membetulkan anak dengan kelembutan, adakalanya semasa ini, kerana jeritannya begitu kuat dan membaling barang tidak mengikut kira, maka jika perlu anda boleh meninggikan suara untuk mendapatkan perhatiannya, siapa yang memimpin di sini.

(sumber foto dari google.com)

Namun, bila meninggikan suara, lihat mata anak itu dengan kelembutan kasih-sayang. Dalam hati anda boleh berkata kepada hati, ‘aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik Aku sayang anak ku ini’.

Mengapa anda mahu mengatakan di dalam hati demikian? Kerana ini membentuk niat dan ini membantu anda memastikan bahawa bila suara kuat itu keluar, ianya keluar dengan tenaga kasih-sayang yang menerjah masuk ke hati anak yang terluka itu dan menjadikan hati itu menerima tenaga kasih-sayang itu. Inilah diantara cara kita mengawal keadaan dengan tegas dan penuh kasih-sayang. Kata kunci ialah pandang dengan kasih sayang. Anda perlu ‘take control’ dengan ‘tough love’.

(sumber foto dari google.com)

Jika anak itu ditengking dan dimarah atau bila dia merajuk diturutkan semua kehendaknya. Pada usia ini, anak itu sudah tahu dia mempunyai kuasa ke atas ibu bapanya dan ibu bapa boleh diatur-atur olehnya. Ini sangat merbahaya kerana anak itu boleh menjadi seperti ‘Anakku Sazali’.

Mengapa ini boleh berlaku, kerana bila anak meminta sesuatu, semua permintaannya dipenuhi walaupun ada yang tidak baik untuknya dan anda telah mengatakan tidak boleh, namun sebab hendak anak berhenti membaling barang, anda ambil jalan singkat, ikutkan saja kehendak anak itu.

(sumber foto dari google.com)

Kata kunci di sini, BERTINDAK SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN dan bukan seorang yang mudah dimanipulasikan.

Nota Ringkas:
Bagaimana berhadapan anak 5 tahun yang mengamuk?
1.Tarik nafas dan ubah kedudukan kita untuk dapatkan ketenangan.
2.Lihat mata anak dengan penuh kasih sayang.
3.Kata dalam hati, “Aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik. Aku sayang anak ku ini”.
4.Tinggikan suara untuk dapatkan perhatian anak.

InsyaAllah, kalau yang keluar dari hati, akan sampai ke hati juga.


Salam Kasih,

Ibu Rose ❤️ ❤️ ❤️

Parenting Bijak Pro (Audio Class)

Pakej 3 dalam 1 yang mengandungi Parenting Bijak Audio Class, Multiple Intelligence & VAK

  • Parenting Bijak Audio Class + Multiple Intelligence & VAK

    Parenting Bijak Audio Class merupakan set lengkap 6 Modul berasaskan seminar Parenting Bijak Ibu Rose. Ia merangkumi tujuan utama keibubapaan, mendalami diri anak anda, bagaimana untuk membebaskan kehebatan mereka dan perkara penting dalam pertumbuhan anak dari 0 hingga 17 tahun.
    Ilmu padat ini merupakan asas penting bagi Ibu Bapa yang ingin membesarkan anak-anak secara menyeluruh tanpa mencacatkan tumbersaran mental, emosi dan rohani mereka.

Kombo Parenting Bijak Pro & Ebook

Kombo 4 dalam 1 yang paling berbaloi untuk dimiliki.

  • 4 produk dengan harga menarik!

    Kombo ini mengandungi Parenting Bijak Pro yang terdiri daripada Parenting Bijak Audio Class, Multiple Intelligence (MI) dan VAK Bijak Belajar beserta Ebook 6 Rahsia Utama Didik Anak Cemerlang Berjaya dan Berjasa.

  • Kombo istimewa hanya untuk anda

    Kesemua produk ibu diatas boleh dibeli dengan harga yang istimewa. Tidak perlu membeli satu persatu. Dapatkan kombo ini untuk penjimatan yang lebih tinggi 🙂

Love & Sabar Video Class

10 Perkara yang bakal anda perolehi daripada Love & Sabar Video Class Mastery Programme ini

  • 4 Video 3 RAHSIA Membina Sabar
  • 6 Video MENINGKATKAN SABAR (Attain Higher Patience)
  • Ebook 17 Idea Parenting Berjaya (versi BM & BI)
  • 17 Video Untuk 17 Idea Parenting Berjaya
  • Learning Journal
  • FB Group Istimewa
  • Video Terapi Tenang & Sabar
  • Audio Terapi Tenang & Sabar
  • Ebook 10 Tips Didik Anak Bijak & Sabar

Comments

comments