CABARAN MENDIDIK ANAK-ANAK ZAMAN SEKARANG DAN BAGAIMANA MENGATASINYA

Cabaran setiap zaman dan keluhan ibu bapa mengenai mendidik anak-anak zaman itu adalah sama sebenarnya. Keluhan kerana tak sama anak-anak zaman sekarang berbanding dulu adalah keluhan yang biasa dilafazkan oleh ibu bapa.

Ramai yang menyalahkan zaman dan apa yang ada pada zaman itu.

Contoh keluhan;

Anak sekarang mudah MENGAMUK, MELAWAN CAKAP, DEGIL, ASYIK BERGADUH… MALAS BELAJAR…dan KETAGIH GAJET?

Dahlah mak ayah zaman ni selalu kesuntukan masa, kerja bertimbun… dek sebab itu selalu LETIH… PENAT bila dah penat maka mudahlah marah-marah dengan anak…lepas itu akan rasa bersalah ya amat…

Tak cukup dengan itu ramai yang sering down dikatakan ibu bapa yang tak pandai didik anak?

(sumber foto dari google.com)

Ada yang sudah mula rasa tak yakin boleh berjaya didik anak-anak dan nak give up.

“Ya Allah mengapalah bebudak ni suka sangat bergaduh? Stres betul! Macamana nak buat? risau tersalah langkah?” bergitulah keluhan yang sering keluar dari mulut mereka. Yang lagi sedih bagi ibu bapa ni, mereka ada terdetik bersungut kepada Tuhan mengapalah diberi anak begini…bila dah terlintas di fikiran itu…maka di hati rasa bersalah yang amat sangat mula bersarang.

Tapi rasa bersalah itu tidak pula dapat menghentikan ketidaksabaran itu. Malah rasa hampa pada diri itu menjadikan marah-marah dan rasa nak give up tu bertambah-tambah lagi.

Apa yang menjadikan situasi ini sebenarnya bukanlah perubahan zaman. Sebab perubahan itu TETAP akan berlaku.

(sumber foto dari google.com)

Yang menjadi masalah adalah ketidakbersedianya ibu bapa dengan perubahan itu. Dan ini adalah kerana ramai yang menghadapi masalah itu menyangka mendidik anak-anak ini tidak memerlukan persediaan. Bila ada anak nanti kepandaian mendidik anak itu akan datang sendiri. Maka mereka sekadar menyediakan dari segi fizikal sahaja dan langsung tidak tahu dan tidak menyediakan diri mental, emosi dan jiwa.

Bila tidak PROAKTIF dan bersedia, maka inilah yang terjadi. Tidak tahu menangani masalah walaupun ianya sebenar tidak besar.

Semua ini terjadi kerana kurang kebolehan memahami situasi. Kurang kemahiran menangani masalah.

(sumber foto dari google.com)

Mengapa kemahiran ini kurang?

Kerana kurang berlatih. Tidak menyediakan diri sebelum perkara itu berlaku.

Apa yang perlu disediakan diri?

Sebelum Ibu menjawab, Ibu nak menyatakan suatu penjumpaan Ibu mengenai kebolehan keibubapaan di dalam diri seseorang itu.

Ibu mendapati bila seseorang itu telah dilatih menjaga adik-adik atau anak-anak kecil dengan baik oleh ibu bapanya, bila dia mendapat anak, dia lebih mudah menguruskan anak-anaknya.

Tetapi jika dia tidak pernah menjaga adik, menyalin lampin, memberi makan dan sebagainya, maka bila dia mendapat anak, memang dia akan terkial-kial. Ditambah pula jika dia tidak membaca dan mendapatkan ilmu dan menyangka bahawa membesar dan mendidik anak ini mudah saja, maka sememanglah dia akan melalui pengalaman yang tidak indah. Kenapa? Kerana dia tiada skil dan ilmu untuk menjaga, mendidik anak kecil itu. Dan bila sikapnya juga adalah anak itu perlu ‘behave’ bila dia suruh, maka sememangnya, dia akan lemas mendidik anak-anaknya dan akan menggunakan marah dan jerkah untuk anak-anaknya mendengar cakap.

(sumber foto dari google.com)

Akhirnya dia langsung tidak merasakan keindahan dan kemanisan membesarkan anak-anaknya. Dan bila anak-anaknya dah besar; maka dia akan merasakan kepedihan hasil buatan tangannya. Anak remajanya tidak mahu langsung bertegur-sapa dengannya!

Jangan pandang remeh ilmu parenting ini. Jika kita ibu atau bapa, kita akan disoal mengenai perkara ini di Akhirat nanti.

Jom Ibu kongsikan sedikit azimat yang boleh membantu anda yang menghadapi cabaran begini.

Untuk mudah membesarkan dan mendidik anak-anak dengan tenang dan sabar serta bijaksana agar anak menjadi manusia berguna. Baca seterusnya…

(sumber foto dari google.com)

  1. Fahami bahawa anak-anak hanya akan menjadi tak terurus (chaotic) perangai mereka bila mereka tidak tenang dan merasa tidak selamat dan dikasihi.

    (sumber foto dari google.com)

  2. Anak boleh mendengar kata-kata dalam fikiran dan hati anda walaupun anda tidak keluarkan. Mereka tahu jika anda merasakan mereka itu menyusahkan dan membebankan mereka.

Azimat yang Ibu nak beri ni…sila ambil perhatian betul-betul ya sayang.

(sumber foto dari google.com)

  1. Tarik nafas dan HARGAI DIRI MU. Walaupun sayang tidak tahu nak selesaikan masalah ini dan rasa nak give-up, fahami ini semua datang dari rasa sayang kepada anak-anak dan keluarga. Hanya orang yang sayangkan anak-anak mereka akan sakit bila mereka menyakiti anak-anak mereka. Mereka ini mahu jalan keluar… ANDA MAHU JALAN KELUAR, BUKAN? Oleh itu hargai perasaan ini. Honour The Struggle.

    (sumber foto dari google.com)

  2. Tekun dan bersungguh untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Ketahuilah, cabaran menjadi masalah bila kita tiada sikap, skil dan ilmu yang betul untuk menanganinya. Dan semua ini boleh dipelajari.

Contoh; Sebelum anda pandai menggunakan smart phone anda, ianya amat mencabar bukan? Tapi anda perolehi sikap, skil dan ilmu untuk menggunakannya dengan baik. Sekarang anda sudah mahir.

Begitu juga dengan mendidik anak-anak. Kita perlu ada sikap, skil dan ilmu yang betul. Barulah kita tak perlu rasa stres dan menahan marah. Yang penat tu sebab nak tahan marah. Tiba2 meletup! Bila dan ada 3 perkara tadi…bila terjadi situasi anak bergaduh ke, anak bermain gajet berlebihan ke, anak degil ke…anda tak akan marah sebab anda tahu apa nak buat dan bagaimana nak selesaikan. Itulah MAGIKNYA!

Ini kunci untk berjaya mendidik anak-anak zaman ini.

(sumber foto dari google.com)

SIKAP

– Elak fikir anak itu beban dan memang gone case. Malah lihat anak itu sebagai HADIAH yang sangat berharga dari Allah. Kerana dia amat berharga, maka banyak benda best di situ. Explore!

(sumber foto dari google.com)

SKIL

– Anak jadi degil bukan krn dia benda yang ‘rosak’ tapi kerana ibu bapa tak tahu berKOMUNIKASI dengan dia supaya senang dia dengar cakap.Dan bila dah remaja jadi melawan adalah kerana mak ayah tak bina RELATIONSHIP erat dan membina sejak kecil.

Berkomunikasi dengan anak kecil sama jer dengan anak remaja…itu memang anak-anak remaja tak boleh terima!

Bila nak anak-anak melakukan sesuatu, pendekatannya hanyalah arah atau ugut! memanglah bila dah remaja anak tak minat dah nak dengar dan patuh.

Kenalah belajar cara berkomunikasi dan membina pertalian yang erat, jika nak didik anak-anak zaman ni.

(sumber foto dari google.com)

ILMU

– Mengharapkan anak 2 tahun dah faham cakap kita seperti anak 12 tahun memanglah seperti mengharap matahari tak kan terbenam.
ilmu yang sangat penting untuk ibu bapa punyai untuk ke hadapan dalam membesarkan anak-anak zaman ini adalah ilmu mengenai PERKEMBANGAN KANAK-KANAK. Termasuk di situ perkembangan fizikal, mental, emosi dan spirit anak itu.

Menyedari akan cabaran untuk ibu bapa mendapatkan ilmu inilah; Ibu dah sediakan a complete programme yang InsyaAllah akan membantu ibu bapa memudah diri untuk menjadi bijak dan tenang mendidik anak-anak.

Program ini Ibu susun berdasarkan Ilmu dari Quran dan Psikologi Kehebatan Manusia. Yang bila ibu bapa perolehi akan membawa keluar Parenting Genius ibu bapa itu.

Oh ya, tahukah anda Allah memang ada bekalkan ibu bapa dengan potensi menjadi ibu bapa yang hebat di dalam diri anda?

(sumber foto dari google.com)

Namun, untuk membawa ia keluar, ibu bapa perlulah ada kuncinya. Kuncinya adalah mendalami ilmu keibubapaan dan yang terbaik adalah ilmu yang bersandarkan apa yang diajar di dalam Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Contoh; ada yang mengajar ibu bapa untuk marah-marah dan garang dengan anak-anak supaya anak-anak tidak naik kepala. Ini kononnya ilmu parenting timur yang dikaitkan dengan Islam. Namun, jika kita seorang Muslim, maka wajib kita mengkaji cara yang disarankan di dalam Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Adakah kasar dan garang cara Baginda mendidik anak-anak? Tentunya tidak. Silakan mengkaji untuk lebih yakin.

InsyaAllah, Ibu akan tulis dengan panjang lebar mengenai ilmu keibubapaan yang dikatakan di atas.

Semoga berjumpa lagi. Ibu mendoakan agar semua yang membaca ini, dilindungi Allah segala musibah samada berbentuk perkara yang dikongsikan atau yang lain.

Semoga sayang yang membaca ini dilimpahi rahmah dan dapat mewujudkan Syurga di rumah. Yang membawa kepada rumah di Syurga.

Salam Sayang,
Ibu Rose

Comments

comments