Part 2: Peranan Ayah Dalam Keluarga – Mendidik Anak Dua Tahun

Sambung….

PART 2: PERANAN AYAH DALAM KELUARGA – MENDIDIK ANAK DUA TAHUN…

Pada usia dua tahun atau lebih atau kurang sikit, merupakan masa yang paling mencabar ibu bapa. Seperti yang Ibu selalu katakan sebelum ini. Jika bijak ibu bapa kendalikan perangai anak-anak kecil itu semasa ini, InsyaAllah, akan lebih mudah menguruskan mereka bila sudah remaja nanti.

Tantrum yang sering ditunjukkan anak-anak kecil masa ini adalah cetusan-cetusan perasaan, rasa tidak selesa atau tak puas hati. Kadang-kadang tu, hanya sebab tak pandai makan dengan sudu pun dah boleh menyebabkan mereka mengamuk.

Kenapa?

Sebab pada usia ini dia nak buat macam orang dewasa tapi motor skil belum mahir. Itulah yang menyebabkan dia kecewa. Malah dia ingat dia dah dewasa pun. 🙂

Relaks, jangan cepat nak melenting bila dia jatuhkan sudu ke, apa ke. Kita pun jatuhkan sudu dan buat macam tak pandai makan dengan sudu juga…pasti dia terheran and tantrum terhenti…

Pada usia ini anak-anak hanya ada Attention dia belum ada Intention (niat).

Pada usia ini anak-anak tidak ada niat buat sesuatu kerana sesuatu. Contohnya, dia tidak menangis sebab nak beri ayah-mama pening! Dia tiada niat begitu pun!

Bila kita faham akan perkara ini, maka untuk menghalang anak-anak dari terus mengamuk kerana hendakkan barang atau nak menghalang anak dari pergi ke tempat yang bahaya…wujudkan sesuatu yang akan menarik perhatiannya dengan LEBIH lagi.

——
Mengapa tak elok kita marah terlebih pada mereka bila mereka show tantrum?

Sebab anak-anak kecil ni memang tak faham lagi dan bila kita marah terlebih, yang akan jadi adalah mereka menjadi lebih degil atau takut macam kura2 masukkan kepalanya. Oleh itu bila dia dah usia besar sikit, maka kedegilan yang ketara akan menjadi-jadi atau penakut dan tak confident yang teruk akan melanda anak itu…penat nak tarik dia nak belajar ke, nak buat apa-apa ke.

Jangan risau bila kita layan dengan baik anak itu tetap tantrum…bila dia nak menangis dan tantrum, kita beri dia peluang asal jangan membahayakan diri. Kita boleh duduk dekat dengannya, atau bawa dia ke tempat lain dan basahkan mukanya sambil sebut ” Ayah faham sayang letih…ni ayah dukung and peluk!”

Wahai ayah-ayah semua…gentlemen dan amazingnya anda jika anda bersabar begini…you show a higher level of leadership dan anak itu akan belajar akhlak mu 🙂

Orang akan kata…kita manjakan anak…itu orang yang tak faham mengenai perkembangan kanak-kanak! Kita tak perlu ikut kata-kata mereka. Bayangkan anak tu baru 2 tahun, kecil tu…dah nak ditengking dan dipukul bagai hanya kerana dia menangis kerana letih atau kecewa toys kena rampas ke…sepatutnya, kita bimbing dia macamana nak kendalikan frustration dia dan bukan kita pulak yang frustrated dengan anak kita yang comel tu…

Ibu mendoakan agar sayang semua akan bertambah bijak dan sabar mendidik anak-anak. <3

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

Part 1: Peranan Ayah Dalam Keluarga – Mendidik Anak Dua Tahun

PERANAN AYAH DALAM KELUARGA – MENDIDIK ANAK DUA TAHUN..!

Semasa bersembang dengan beberapa ayah muda tempuh hari, seorang itu amat terkejut bila Ibu mengatakan anak-anak berusia 2 tahun memang akan tidak mendengar cakap. Malah sering mengatakan NO, atau yang sewaktu dengannya.

Dia agak terkejut kerana selama hari ini dia menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil dan macam biadap pun ada katanya.

Ibu katakan kepadanya, “Tak, itu bukan degil ke biadap dan buruk akhlak. Anak itu sedang melalui fasa Individuating…iaitu fasa yang menegapkan kewujudannya. Fasa dimana dia mahu menyatakan dia juga punyai hak memilih. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk bila anak itu besar nanti”

Nampak bulat mata si ayah-ayah tu. Soalannya yang seterusnya pula; ” sampai bila fasa ni Ibu?” Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap jer iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa ini dengan baik.

Jangan cepat melabel anak itu dengan label yang buruk sebab itu akan membawa kepada identiti diri anak itu dan pada usia 3 tahun, anak itu akan mengambil identiti yang sering diulang terhadap dirinya. Contoh, ‘budak degil, hiperaktif, jahat, nakal dan segala yang sewaktu dengan itu!

“Tak boleh marah ke Ibu?” tanyanya lagi…”marah berpatutanlah jika perlu sangat…tapi perlu faham anak pada usia ini belum faham pun.

Jika ada benda bahaya ambil sahaja dia dari situ dan tunjukkan benda yang selamat. Jika dia meronta, pegang jer dan sooth him…jangan kita pulak sama nak naik berang. Memang anak pada usia akan menangis bila disekat anginnya. So, just expect that without thinking anak itu degil atau anda ayah atau ibu yang bodoh.

It is just a phase…so chill a little bit 🙂 <3

“Zaman dulu mak ayah tak pun sibuk akan fasa ni? Ada juga yang berkata begitu.” sambungnya lagi. Jawapan Ibu, “siapa kata?”
“Sayang ingat ke macamana sabar emak ayah kamu mendidik? Mungkin ingat sikit-sikit ayah dukung atas bahu bawak pergi tengok burung, buah etc…itu bukankah cara si ayah mengalihkan pandangan supaya sayang tak menunjukkan tantrum…emak ayah dulu pun tahu dan ramai diantara mereka sangat sabar…mereka sering berkata…ala budak…kan? ada jugalah yang tak tahu dan tak sabar…itulah yang anak-anak mereka kemudiannya ada masalah emosi sikit dan mungkin banyak… nak pilih contoh yang mana?” tanya Ibu kepada yang bertanya tadi.

Termenung jugalah para ayah muda yang prihatin tu…kata-kata akhir seorang tu…”Eh, banyak kena tahu ni….besar tanggung-jawab ni.” ” Nanti Ibu cerita lagi boleh?” Ibu menganguk bersyukur.
Ibu senyum bersyukur dalam hati Ibu mendoakan mereka. Inilah contoh para Ayah yang senantiasa mahu memperbaiki diri demi kesejahteraan anak-anak dan isteri dan mereka ini tahu peranan besar mereka mendidik dan membentuk Ummah.

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

Warkah untuk lelaki bergelar SUAMI – Pesanan dari Ibu Rose

Para suami yang Ibu kasihi dan hormati,

Sesuatu yang ingin Ibu kongsikan agar dengan pendedahan ini, sayang semua akan menjadi lebih memahami keadaan isteri sayang.

Jika sayang mempunyai isteri yang stay home mum, ketahuilah bahawa walaupun dia stay home, sebenarnya untuk berehat walau sebentar pun payah untuk diperolehi.

Bila anak-anak kecil berderet, maka tiada lagi istilah masa untuk dirinya, kecualilah jika sayang memahaminya dan mengambil alih tugasnya untuk dia boleh bernafas seketika.

Dia akan menelefon anda dan bertanya bila akan balik, bukan kerana dia mahu skodeng anda atau mahu memastikan anda tidak melencong. Apa yang selalunya para isteri ini mahu lakukan ialah dia mahu memastikan semasa anda melangkah masuk rumah nanti, anak-anak sudah siap dimandikan dan sudah coel-comel semuanya, rumah sudah dikemaskan dan makanan anda sudah termasak menunggu untuk disajikan.

Ini adalah yang ideal di dalam harapannya, namun kebanyakkan kalinya, dia seminit anda bakal membuka pintu, tiba-tiba terjadilah sesuatu yang menunggang-langgangkan kembali rumah itu.
Sabar ya sayang, senyum sahaja dan walaubagaimana letih pun anda, ingatlah dia juga letih dan memerlukan senyuman dan pelukan anda. Andalah tiang untuk dia berdiri kukuh.

Apa yang ramai orang tidak tahu, para ibu yang duduk di rumah menguruskan anak-anak yang kecil sendirian, mereka ini seperti di dalam keadaan kecemasan 24 jam. Siapa yang telah merasa akan faham apa yang Ibu katakan ini.

Membesarkan anak-anak di bawah 6 tahun berderet begini memerlukan mata berada di belakang kepala dan view 360 darjah 🙂
Oleh itu, segala kata-kata penuh lembut dan kasih sayang dari anda wahai suami budiman, adalah sangat menenangkan hatinya.

Ya, ini bukan untuk memberi alasan untuk para ibu ini menjadi kurang cekap atau efektif, ini bukan alasan. Perkongsian ini sekadar untuk memberi kita yang di luar ini lebih faham dan tahu bagaimana untuk membantu. Kerana di dalam perbincangan Ibu dengan ramai para suami yang bertanggung-jawab, ramai yang mahu membantu isteri yang mereka kasihi, hanya kadang-kadang itu keliru apa yang boleh dan patut dilakukan.

Ibu mendoakan agar sayang semua para suami prihatin akan terus menjadi contoh teladan yang baik kepada isteri anda dan kepada pemilik mata-mata yang kecil yang memerhatikan kepimpinan anda.

Sesuatu yang Ibu bermohon kepada anda semua, Ibu berharap bila menulis komen, tulislah yang akan menjadikan hati tenang membacanya. Kita tidak perlu kutuk-mengutuk. Yang kita perlu ialah menghargai dan menghormati satu-sama lain, suami dan isteri.

Dan jika isteri tag suami atau suami tag isteri ambillah ia sebagai satu usaha menguatkan lagi kasih-sayang diantara satu sama lain dan bukan untuk menyalahkan satu sama lain.

Semoga Tuhan Mengikat hati kita suami isteri anak beranak dengan kasih-sayang keranaNya.

Salam kasih, Ibu Rose

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru