IN THE GRACE OF ALLAH

Ibu Rose akan tampil sekali lagi dengan seminar untuk ibu bapa demi memenuhi permintaan ramai ibu bapa yang MERAYU krn runsing akan berbagai ISU MENDIDIK anak-anak.

“Ramai anak-anak kita dah TENAT,” begitulah rungutan ramai. Ibu bapa pula ramai yang TERTEKAN dgn anak-anak asyik mengamuk, payah diurus, tak mendengar cakap, ketagih gajet, salah pilih kawan, malas belajar, malas solat dan banyak lagi. Sudahlah sibuk bekerja, balik rumah nak hadap semua ni pula. Itu tidak termasuk dgn isu anak baru 7 tahun dah pandai tgk porno. Astagfirullah!

PENING kepala ibu bapa bila anak-anak begini. Hati, sayang kan anak, tapi anak-anak pulak payah nak dididik. Stres tahap gaban yang menyebabkan ramai ibu bapa, terutamanya para ibu menangis di dalam hati dan bertanya hati…”AM I A BAD MOTHER?”… “AKU NI IBU YG TERUK KE? Tak cukup itu; ada pula suami-isteri yg bertengkar sbb cara didikan masing-masing…

JANGAN BERSEDIH SAYANG…

Sebenarnya anda tak perlu lalui itu semua pada tahap maksima dan berterusan pula.
Anda bukan ‘bad mother or father”. Ada belum tahu jalannya saja. Bak kata Maher Zain, INSYAALLAH ada jalannya.

Trust Ibu.

TAHUKAH ANDA?

  • Anak-anak sangat mudah mendengar cakap?
  • Anak-anak boleh dengan senang berhenti mengamuk?
  • Anak-anak boleh tak ketagih gajet?
  • Anak-anak boleh pandai pilih siapa kawan yang baik?
  • Anak-anak boleh suka belajar?
  • Anak-anak boleh suka solat dan baca Quran?
  • Anak-anak boleh hormat dan sayang ibu bapa?

Senang sebenarnya nak lakukan. Cuma ramai orang malas nak ambik tahu rahsianya. IAITU DAPATKAN KEMAHIRAN mendidik anak-anak ni… BILA TAK DE KEMAHIRAN APA PUN SUSAH. Tapi dgn parenting ni tak ramai yang nampak keperluan tu. Bila problem dah besar, baru garu kepala…jangan jadi macam ni…raih kemahiran tu segera…

JANGAN IKUT MEREKA INI

“Alah, nanti besar jugak…tak payah nak belajar-belajar parenting ni…nanti dapat anak pandai lah…habiskan duit jer…anak jadi macam tu jugak…anak dia tu bagus sebab nasib dia…kita ni dapat anak macam Chimpanzee… dah nasib”

TAK SAMA

Tak sama orang yang ada ilmu dengan yang tiada. Bila ada ilmu, skil dan sikap yang betul, cara bercakap dengan anak-anak pun berbeza. Tahu aje apa yang boleh terus ke kalbu anak yang menyebabkan anak senang jer nak dengar cakap.

MAAF IBU NAK TANYA SIKIT

  • Adakah anda mengalami situasi anak payah nak diurus?
  • Anda tak cukup masa? Langsung tak de masa untuk diri sendiri krn anak-anak melekat, suka buat hal dll?
  • Tak boleh nak berfikir langsung sebab rumah sering bising dgn anak-anak bergaduh?
  • Anak asyik jeles? Beribut attention...ish penat kan?
  • Anak asyik memerap dalam bilik, cold war dgn kita…itu anak remajalah tu.
  • Anak tak hormat pun cakap kita?…cakap orang lain, dgr pulak...apa lg ckp kawan...huhuhu
  • Suami isteri tak sependapat dlm bab parenting ni…sorang nak kasar…sorang asyik lembik jer… love love love anak tak hormat jugak…naik kepala adalah?

LA TAHZAN…Jangan Bersedih ya sayang…sebab Ibu boleh bantu jika sayang datang ke seminar Ibu, belajar dan hayati…dah ramai dah yang terbantu, lebih 350 ribu orang.

ATAU ANDA NAK DATANG SEMINAR NI SEBAB

anda memang suka belajar parenting ni sebab anda nak pro-aktif?

anda memang ibu atau bapa yang best…suka nak upskill and upgrade ilmu sebab anda tahu besarnya peranan anda sebagai parent.

anda nak cekap, nak anak hormat, nak hormat dan adil dgn anak-anak. Nak anak tahu anda adalah pemimpin yg baik?

Syabas pada anda yang begini! Sebab seminar ni akan bantu anda jadi lebih hebat lagi! 

Tiba-tiba anda faham lebih betapa besarnya kaitan ANDA, PARENTING dan DUNIA ini….silap-silap airmata kesyukuran akan mengalir. Trust me…ia akan melegakan…sebab dah ramai dah yang sertai seminar Ibu dan Ibu dah tengok berkali-kali kesan begini…maaf nya Ibu bukan cakap besar. Ini adalah tanggung-jawab yang Allah beri Ibu, dan Ibu terima dengan rela hati… Menyampai mesej hingga menusuk hati…InsyaAllah akan membawa perubahan kekal.

APA YANG ANDA AKAN PELAJARI

7 Perkara yang bakal anda pelajari daripada Seminar Joyful & Loving Parenting
In The Grace of Allah (versi BM)

  • Parenting Hari Ini Berbeza.

    Ia memerlukan PENINGKATAN KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN. Fahamkan ini dan anda dapat mengelak 5 PERANGKAP keibubapaan. Nak elak Perangkap, belajar The Power of SYUKUR. Macamana syukur boleh mendapatkan JOY dalam parenting dan jadikan anda loving & firm dalam mendidik anak-anak!

  • Kepimpinan Dalam Keibubapaan.

    Apa maksud memimpin sebenarnya? Kalau kita faham RAHSIA mengapa kita ibu bapa dan bukan anak-anak kita yang menjadi ibu bapa kita, kita akan berhenti mengatakan – IKUT SAJA CAKAP MAMA/PAPA jangan degil! Kita akan berhenti MEMAKSA, MENGARAH dan meminta DITAATI,-

    Malah kita akan INSAF, lalu menggunakan cara BIJAKSANA yang menyebabkan anak MUDAH MENDENGAR KATA dan CERIA JER melakukan permintaan kita dan ikut undang-undang yang kita kuat-kuasakan. Suka?

  • Siapa Sebenarnya Anak Anda Ini?

    Kenapa ye dia itu anak anda dan bukan anak jiran anda? Pernah tak terfikir? Ada rahsia di sini. Nothing is by chance. Semua adalah by DIVINE DESIGN.

    Nak didik anak dengan berkesan perlulah tahu kat mana yang nak dituju – Ibu akan BONGKAR RAHSIA EMPAT DIMENSI DIRI dan bagaimana dengan memahami rahsia ini dan menghayatinya, anda dapat membesarkan anak-anak dengan ceria. Dan anak-anak membesar dengan seimbang. Maksudnya?

    Tidak de lah badan saja besar tapi tak matang. Umur 15 tahun, emak juga masih kena kemas bilik. Emak juga yang kena kejut tiap2 pagi untuk ke sekolah. Masak nasi pun tak tahu. Bila buat baik asyik nak upah…tentu anda rasa penat begini kan?

  • KOMUNISKASI DAN JALIN PERHUBUNGAN BERKESAN DENGAN NEURO-SEMANTIC NLP.

    Sains Komunikasi Minda dan Badan yang sangat berkuasa. Membolehkan anda mudah berkomunikasi dengan anak dan menjalinkan perhubungan yang erat. Lantaran menjauhi anak-anak terjebak dengan masalah sosial.

    Ramai orang bila tak nak anak buat sesuatu atau nak anak buat sesuatu; marah adalah cara yang digunakan. AUTHORITATIVE. ‘Jangan baik sangat nanti anak naik kepala!’ kata mereka. Dan ramailah yang percaya.

    Tapi anak-anak mrk bukan setakat naik kepala, siap tak dengar kata dan bila dah besar langsung tak hormat dan hingin nak duduk dengan mak bapak.

    Sedangkan semua ini boleh dielakkan bila ada skil komunikasi mahal ni. Ibu akan dedahkan nanti.

  • Perkembangan Kematangan Anak.

    Kerana berkobar2 nak anak cepat matang, ramai ibu bapa yg expect anak faham dan mampu buat benda yg tak sesuai dengan umur anak. Maaf ya, itu namanya ZALIM! Zalim maksudnya meletakkan benda bukan pada tempatnya. Ibu tahu, ibu bapa tak berniat, sebab itu kita kena belajar perkembangan kematangan anak-anak. Kita kena menjawab pada Allah nanti apa yg kita lakukan pd anak-anak.

    Fahami tahap perkembangan anak-anak & ‘Otak Magik’ mereka agar terhindar dari tidak sengaja menzalimi anak-anak kerana tidak tahu tahap perkembangan anak-anak.

  • LOVE INSTALLATION.

    Kuasa kasih-sayang memang diketahui boleh mengubat, memulihkan dan mengubah dunia. Ia dalah sebuah tenaga yang sangat diperlukan di dalam hidup kita ini. Sesaorang boleh berdaya sangat tinggi dengan hadir dan penuhnya kasih-sayang di dalam dirinya. Ketandusan kasih-sayang inilah yang menjadi punca anak-anak menjadi bermasalah.

  • SOAL JAWAB.

    Anda juga dapat bertanya secara LIVE dan PERSONAL untuk mendapatkan nasihat daripada IBUROSE semasa didalam seminar.

SAYA NAK! SAYA NAK! !
NAK IBU…SY NAK BLJR SGT ILMU2 HIGH VALUE NI IBUUUU…

Kejap! Baca dulu…
Apa kata mereka yang telah hadir ke program Ibu Rose

“Kuatnya aura Ibu Rose. Ibu nak tau tak, sampai harini anak sulong saya tak moody2. Tak grumpy. Tak buli adik2. Sdgkan dr dulu hgga lah minggu lepas, dia selalu marah2, sensitif, selalu rasa kita tak sayang dia. Ajaib! Nangis saya sambil tulis ni. Tangisan syukur. Saya belum apply apa2 pun teknik Ibu. Baru pergi kelas pertama. MasyaAllah.

Betullah bila kita fikir yg baik2, dtg yg baik2. Bila kita berada dekat dgn org2 yg punya gelombang kasih syg, kita menarik ramai org lain utk berkasih syg. “

“Semasa saya menghadiri sesi bersama ibu Rose, hati saya melonjak-lonjak untuk balik ke rumah. Bukan sebab saya tak suka pada sharing ibu rose. Sebab saya suka dengan apa yang ibu rose share lah saya tak sabar-sabar nak balik rumah. Saya nak peluk anak-anak saya. Aura kasih sayang ibu meresap dalam hati saya. Saya berazam untuk menjadi seorang ibu yang lebih prihatin dan lebih menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak.”

Kelas Ibu rose ini sangat memberi satu input yg relevan tentang asas parenting & bagaimana parenting yg memegang kemas prinsip Al-Quran & As Sunnah boleh membina satu generasi yg baik dan seimbang dari segi dalaman & luaran. Akak belajar mcmana nak berkomunikasi dgn budak-budak, belajar kenapa mereka boleh mereaksi dgn perangai2 yg membuatkan kita rasa bingung, bagaimana nak handle anak-anak yg begini dgn karenah2 berbeza. Akak belajar bagaimana kita yg dewasa ini perlu mengubah diri Kita juga, yg negatif digantikan dgn positif sbb Kita ni adalah cermin pada anak2 kecil terutamanya umur2 kritikal ni.

“Saya menggalakkan Ibu-Bapa terutamanya IBU BAPA yang MUDA hadir bagi mendapat BIMBNGAN ILMU yang BETUL dalam mendidik anak dan menjadi Ibu-Bapa cemerlang.”

“Ilmu yang ramai tidak tahu & tak sedar berlaku dalam kehidupan seharian yang selama ini hanya mengikut apa yang kita alaml dari kecil”

SEDUTAN SEMINAR PARENTING IBU ROSE

SIAPA YANG PATUT DATANG KE SEMINAR INI?

Adakah anda mengalami situasi-situasi di bawah?

  • Anda yang mencari jawapan sapa boleh bimbing anda dalam parenting utk zaman mencabar ni.

    “Saya tercari-cari akan seorang guru yang boleh pimpin saya dalam parenting ni. Alhamdulillah saya dah jumpa.”
    – Puan Razni, Ibu berkerjaya dan mempunyai 2 orang anak

  • Anda yang keliru cara macamana yang nak saya ikut.

    Ada yang kata perlu garang. Ada yang kata perlu lembut. Saya pening. Sebab mereka kata jer tapi tak de explanation yang Islamik dan Sainstifik dan masuk akal.

  • Anda yang tak suka orang kutuk anda kononnya seorang ibu yang tak pandai didik anak.

    Lantas anda nak buktikan anda ada ilmu, ada skil da nada kefahaman jitu mengapa anda melakukan apa yang anda melakukan. Anda tak suka orang ingat anda ni tak tahu apa-apa. Anda seorang wira yang mahu memperbaiki diri. Dan yakin layak berjaya!

  • Anda yang sering menangis di bucu katil sebab anak tak hormat dan tak dengar cakap anda. Penat!

    Jangan risau, ada caranya anda tingkat KUALITI KEPIMPINAN ANDA. Datang jer dan belajar! InsyaAllah, dah tak perlu menangis di bucu katil dah.

  • Anda yang YANG MEMANG SUKA UPGRADE DIRI

    Anda tahu PENTINGNYA ilmu parenting ini dan besarnya kesan parenting terhadap dunia. Dan anda adalah ibu bapa yang PRO-AKTIF. Bukan yang dah terantuk baru nak terngadah.

SIAPA IBU ROSE

Ibu Rose ialah Family & Love Guru yang telah berkecimpung di dalam bidang Pembangunan Modal Insan dan pendidikan melebihi 25 tahun. Pengalaman beliau yang luas mendidik ribuan peserta daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang, menjadikan beliau seorang penceramah yang sangat berpengalaman dan bijak. Ditambah pula dengan kemahiran beliau menggunakan teknologi terkini di dalam komunikasi berkesan seperti Accelerated Learning, Subliminal Dynamic, Neuro-Linguistic programming, Sains Minda dan Sains Tenaga menjadikan program-program kendalian beliau ceria, amat berkesan, dinamik dan kaya ilmu.

Selain itu Ibu Rose banyak mengendalikan program bercorak pembentukan kecemerlangan diri bagi korporat. antara mereka ialah organisasi tersebut PETRONAS, PERODUA, PROTON, ARB, ESSO, SHELL SIMEDARBY, PUSPAKOM,SIME SEMCORP, TELEKOM BERNAS, JABATAN PEMBANGUNAN WANITA dan banyak lagi.

Ibu Rose merupakan Master Practioner NS-NLP Bertauliah. Beliau juga seorang yang berpengalaman luas di dalam bidang ‘Pembangunan Sumber Manusia’ (Human Capital Development). Beliau bukan sahaja seorang jurulatih yang dinamik dan berdaya tinggi tetapi juga berpengalaman serta mempunyai ilmu yang luas di dalam bidang ini. Oleh itu beliau sering muncul di ruangan temubual samada di media cetak mahupun media elektronik. Di antara mereka ialah, Berita Harian, Pa & Ma, Mingguan Wanita, dan beberapa lagi. Program-program TV dan radio, seperti Selamat pagi Malaysia, Selamat Pagi Malaysia, Hello On Two, Malaysia Hari Ini, Wanita Hari ini, Malaysia Hari Ini, ASTRO, Suri, Radio IKIM, dan beberapa lagi.

Pendekatan unik beliau serta mesej yang dikongsikan membolehkan beliau memberi impak yang besar kepada golongan korporat, ibu bapa, para pelajar dan juga pelbagai golongan yang lain, baik di dalam kursus, seminar mahupun penulisan beliau. Penulis buku ‘ A Love World’ dan ‘Aku Layak Berjaya’ ini berpegang dengan prinsip bahawa ‘Kasih adalah Pendorong Terkuat’ dan ini menjadi pendorong utama beliau mengajak setiap insan untuk mengatakan, ‘Saya Membawa Perbezaan Ke Dunia Ini’.

Dengan mesej kasih yang beliau sebarkan melalui penulisan dan ceramah beliau membawa beliau ke pentas dunia. Buku A Love World penulisan beliau kini berada di pasaran dunia.

Ibu Rose adalah Certified Trainer Neuro-Semantic- NLP Certified Master Practitioner in Neuro Semantics and Neuro Linguistic Programming.

SIAPA TUAN M. MARZUKI MOHAMED

Marzuki Mohamed ialah seorang yang berpengalaman luas di dalam bidang ‘Pembangunan Sumber Manusia’ (Human Capital Development). Beliau bukan sahaja seorang jurulatih bertaraf antarabangsa yang dinamik, berdaya tinggi, dan mempunyai ilmu yang luas tetapi pengalaman beliau di bidang ini menjangkau hingga kepada pengurusan dan pengemudiaan sebuah syarikat yang bertaraf antara bangsa di bidang pembinaan. Syarikat pembinaan yang pakar di dalam bidang membaik pulih tanah yang di kemudikannya telah meraih kejayaan perniagaan apabile jumlah dagangan meningkat 50 puluh kali ganda dalam jangka masa kurang daripada 6 tahun. Perniagaan syarikat ini menjangkau hingga ke Singapura, Brunei, Thailand dan beberapa negara lain.

Beliau berjaya dibidang ini disebabkan prinsip yang dipegang olehnya,.iaitu sesaorang individu itu adalah amat unik dan istimewa serta membawa perbezaan kepada dunia. Dengan prinsip kukuh ini, beliau telah melangkah ke bidang latihan supaya mesejnya dan usahanya dapat disebarkan dengan lebih luas dan efektif. Pengetahuan beliau yang luas dan pengunaan beliau yang tepat mengenai ‘Neuro & Behavioural Sciences’ di dalam semua latihan beliau menyebabkan para perserta mendapat menfaat yang tinggi serta kesan yang mendalam daripada laithan kendalian beliau. Melalui ini, beliau dapat meningkatkan dayasaing, komitmen serta prestasi individu, pasukan dan seterusnya syarikat menuju ke arah matlamat korporat.

Didalam pengendalian latihan Marzuki menggunaan kaedah ‘Accelerated Learning’ yang telah terbukti dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan peserta terhadap konsep dan pengajaran yang disampaikan. Selain di Malaysia Marzuki telah mengendalikan seminar, ceramah, kursus dan menjadi juru runding pengurusan di SINGAPURA, BANGKOK, HO CHI MINH CITY, HANOI dan beberapa negara lain. Pengalamannya yang luas menjangkau dunia luar telah menjadikannya amat berharga dan amat dicari oleh syarikat termasuk JKR, PETRONAS, JPS, TNB, UTM, DRB-HICOM, IKRAM, VERSATILE CORPORATION, HOLIDAY VILLA, JK SEA, SILVERPARK RESORT, PD SANCTUARY, YAYASAN BASMI KEMISKINAN, JABATAN AUDIT NEGARA, GD LEARNING, ITALIAN THAI DEVELOPMENT, PORT OF SINGAPORE AUTHORITY, HYUNDAI dan PUBLIC WORKS DEPARTMENT VIETNAM.

Marzuki Mohamed sekarang ini adalah Pengarah dan Ketua Eksekutif A.L. Advancement of Human Potential Sdn. Bhd.
Marzuki Mohamed adalah NS-NLP Master Trainer yang bertauliah.

INFO PENTING SEMINAR JOYFUL & LOVING PARENTING In The Grace of Allah 2017

Baca btl2 ya… Jgn trtinggal skit pon…

TARIKH KELAS: 16 Disember 2017 (SABTU)
MASA KELAS: 8 am ke 1.30 pm

LOKASI: Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Jalan Damansara, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur.
Koordinat GPS: 3.131119, 101.643894

BERSAMA: Ibu Rose & Tuan M. Marzuki 

“WAH! SAYA WAJIB DTG NI. SEGALA HAL LAIN, SAYA URUSKAN DULU DN YG TAK PENTING TOLAK TEPI DLU.. SAYA NAK JADI IBU/BAPA YANG BIJAK DAN SABAR…SAYA NAK ANAK-ANAK SY RASA DIKASIHI”

Countdown

Jangan bertangguh. Daftar Segera sementara kerusi masih ada!

0Weeks0Days0Hours0Minutes0Seconds

Terlepas Early Bird Ala… JANGAN terlepas lagi!

SEMPENA BIRTHDAY 2 CUCU IBU, 2 ORANG ANAK dan SEORANG SUAMI bulan Disember ni…

Rebut Special offer hingga 7 Disember
RM195 utk 2 orang!

Kalau nak diikutkan, NILAI YG ANDA BAKAL DPT BILA SEDUT ILMU JOYFUL & LOVING PARENTING – In The GRACE of ALLAH ni; NILAI nya adalah lebih dari RM998.. Mana taknya, dgn ilmu Self- Actualization Psychology, NS-NLP, Installation Sabar & Kasih sayang dan banyak lagi,… Memang BEST
.

Neuro Semantic NLP tu kita bawa seorang pakar yang hebat dalam bidang ni. Beliau sering dijemput di TV Al-Hijrah, RTM2 bercakap mengenai ilmu NS-NLP dan pengendalian hidup yang bermakna tinggi.

Beliau ni juga pada tahun 1990an, syarikat beliau terlibat terus dalam pembinaan PETRONAS TWIN TOWER!

WOW, BEST KE BEST? Nak tahu sapa?

Nanti kat gambar ada tulis… suspen sikit 🙂

BANYAK SGT IBU CKP NI…BERAPA HARGA TIKETNYA IBU?

okay, Ibu ckp sekarang 🙂 Satu tiket adalah RM150 je

dan 2 tiket hanya RM250…

SEMINAR JOYFUL & LOVING PARENTING IN THE GRACE of ALLAH 2017

Pendaftaran EARLY BIRD SPECIAL telah TAMAT pada 00.01 AM 3rd Dec 2017. Dan tempat yang masih tinggal hanya sedikit sahaja. Dapatkan tiket anda SEGERA ya. Jumpa di sana <3

ADA LAGI BENDA YANG DAPAT

Sepanjang seminar parenting Ibu Rose

Goodie Bag

Beg Program

Buku Thinking Learning Journal

Pen

Jamuan Teh

JAMINAN

Sekiranya anda hadir SEMINAR SJLP NI, dan rasa sharing yg diberikan slps 1-2 jam tidak bermanfaat, atau biasa2 jer kpd parenting anda, anda boleh terus pulang, dan tuntut yuran registration anda! No hurt feeling..
100% Guaranteed!
Tak delah anda nak risau..klu tak best camne? Rugi jer…ni klu tak best…boleh jer money back guarantee. Tp Alhamdulillah, sepanjang 27 tahun lbh ni, Allah izinkan semua peserta rasa amat berbaloi.

SEMINAR JOYFUL & LOVING PARENTING IN THE GRACE of ALLAH 2017

Pendaftaran EARLY BIRD SPECIAL telah TAMAT pada 00.01 AM 3rd Dec 2017. Dan tempat yang masih tinggal hanya sedikit sahaja. Dapatkan tiket anda SEGERA ya. Jumpa di sana <3

Ada soalan? Perlukan bantuan?

Telefon atau whatsapp kami di talian 017-6802364 (En. Anwar) sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.