Posts

BERDESING TELINGA DENGAN TEGURAN CHEF WAN! Ibu Rose mengupas teguran Chef Wan

BERDESING TELINGA DENGAN TEGURAN CHEF WAN!
Ibu Rose mengupas teguran Chef Wan

========================================

Baru-baru ni, Chef Wan menulis di dalam Instagram beliau mengenai isu segelintir tetamu yang berkunjung ke rumah beliau.

Teguran beliau banyak kepada ibu bapa yang tidak mengawal anak-anak berkelakuan semasa bertandang.

( Jika nak tahu, baca entri Instagram beliau)
Sebab ia berkaitan dengan mendidik anak-anak, maka ramai yang menunggu komen Ibu.

Ramai juga ibu bapa muda yang sedih ditegur sedemikian.

Rasa dikecam macam dikata tak pandai mendidik anak-anak.

 

Komen Ibu Rose mengenai Chef Wan

 

Dan ini Ibu selitkan Adab bertamu yang Ibu ambil dari Blog Islam Dinamis.

Buat perbandingan bijak. Lihat sendiri dimana salahnya Teguran Chef Wan.

 

 

Ibu Rose Komen Chef Wan Adab Bertamu 1

 Ibu Rose Komen Chef Wan Adab Bertamu 2

 

 


Melihat points rungutan Chef Wan dan Adab bertamu dari Islam Dinamis, muslim.or.id dan fadhlihsan.wordpress.com, anda mungkin boleh membuat kesimpulan sendiri. Di bawah ini adalah kesimpulan Ibu pula.

 

Oleh sebab Ibu mengulas isu teguran Chef Wan mengenai bertamu, maka kesimpulan Ibu ini adalah mengenai Adab Bertamu. InsyaAllah di penulisan yang lain Ibu akan mengulas mengenai Adab Menjadi Tuan Rumah.

 

Sebenarnya, apa yang Ibu perasan, selama hari ini, ramai yang lebih memberatkan Akhlak Tuan Rumah dalam menerima tetamu.

Namun ramai yang lupa untuk mengkaji Akhlak Tetamu dan semasa bertamu di rumah orang.

 

Jika kita faham akhlak bertamu, maka kita tidak akan marah pada teguran Chef Wan itu.

Malah kita berterima kasih kerana beliau sanggup menegur kesilapan kita.

 

Hak Tuan Rumah dan Hak Tetamu

Kadang-kadang kita lupa bahawa ada adab dalam bertamu iaitu Adab sebagai Tetamu.

 

Dan bila kita terlupa akan perkara itu maka kita akan lupa bahawa kita TIDAK ada hak untuk  memaksa rules kita ke atas orang yang kita kunjungi.

 

Jika bagi kita tidak mengapa orang sepahkan rumah kita, dan lebih sepah lebih meriah bagi kita, itu tidak bermaksud dan TIDAK membolehkan kita memaksa orang yang kita kunjungi mengambil cara kita bila kita berkunjung ke rumahnya. Bukankah dia tuan rumah dan itu rumah dia?

 

Elakkan

Entitlement Mindset


Maka sebagai seorang yang berbudi pekerti tinggi, kita hormatlah rules dia. Seperti juga dia, kalau bertandang ke rumah kita, dia tidak lah boleh pula suruh kita ikut cara dia. Sebab rumah kita, kitalah yang menentukan apa yang selesa. Begitu juga dengan rumah dia, dialah yang menentukannya.

 

Oleh itu bagi yang memberi komen dan membandingkan cara sendiri dengan cara tuan rumah yang dikunjungi itu dan dalam konteks perbincangan kita ini, Chef Wan, kita perlulah sedar, itu rumah beliau dan beliau ada hak untuk menentukan cara yang selesa untuk beliau dalam menerima tetamu.

 

Of course sebagai tuan rumah beliau juga perlu memberi keselesaan kepada tetamu. Dan bukankah itu yang beliau lakukan? Di sediakan jamuan makanan yang best best, tempat makan yang selesa, suasana yang nyaman, rumah yang bersih….maka kita yang berkunjung pastikanlah keadaan itu berterusan dan bila meninggalkan rumah beliau, biarlah dalam keadaan yang baik. Dan doakan kebaikan untuk beliau dan keluarga. Bukankah, itu termaktub di dalam adab bertamu? kan sayang?

Sepatutnya kita yang perlu ikut cara tuan rumah itu.
Kita perlu hormati keselesaan tuan rumah juga. Ini yang ramai orang tidak menghalusinya dan terlepas pandang.

 

Malah mereka berfikiran hanya tuan rumah sahaja yang ada tanggung-jawab melayan tetamu. Tetapi tetamu boleh melakukan apa sahaja. Ini sebenarnya adalah penyakit yang merosakkan diri dan masyarakat. Penyakit ini dinamakan Entitlement Mindset. Dan kita perlu jauhi ia, sayang.

 

(Dan ketahuilah, ini sedang menular dengan banyaknya di dunia ini. Anak merasakan hak dia untuk ibu bapa reward dan lakukan perkara untuk dia. Jika dapat A, perlu bagi hadiah, jika berpuasa perlu bagi duit. Dan di sekolah pula, murid-murid mula merasakan bahawa para guru perlu bagi pelajaran itu menyeronokkan baru mereka hendak belajar. Sedangkan tanggung jawab belajar itu adalah tanggung jawab mereka. Jika para guru itu kurang bijak mengajar pun, pelajar yang tiada entitlement mindset akan memastikan dia belajar bersungguh untuk kejayaan dia! Dan guru yang tiada entitlement mindset pula akan memastikan dia mencari jalan memperbaiki cara dia mengajar.)

 

Dari Entitlement Mindset inilah lahirnya tanggapan salah yang sering kita dengar, iaitu untuk perubahan berlaku di dalam hidupnya, Orang di sekelilingnya yang perlu berubah dahulu!

 

Dan ini memang bercanggah dengan apa yang Allah sudah ingatkan di dalam Al-Quran. “Allah tidak akan mengubah Nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka!  (Quran, 13:11)

“Untuk sesuatu itu berubah, kita yang mesti berubah dahulu.”

 

Oleh itu kita perlu berhati-hati agar kita tidak masuk di dalam jerat Entitlement Mindset ini yang boleh meruntuhkan Institusi Kekeluargaan dan masyarakat.

Diantara jerat itu adalah kerana kita dikatakan tetamu membawa rezeki, maka tuan rumah perlu redho sahajalah. Memang kita sebagai tetamu, kita membawa bersama rezeki untuk tuan rumah. Namun, janganlah pulak bersangka sebab kita buka pintu rezeki untuk tuan rumah, kita tidak perlu mempunyai akhlak terpuji bila berziarah. Akhlak terpuji itu membolehkan rezeki masuk untuk tuan rumah dan rahmah ke atas kita juga. 🙂

 

Malah kita perlu sedar Islam mengajar kita menjaga pertalian sesama manusia dengan bertimbang rasa terhadap satu sama lain.

 

Itulah sebabnya di Islam, Allah sudah susun dengan baik bagaimana untuk bertamu dan menerima tetamu. Kedua-duanya ada hak dan tanggung-jawab masing-masing dan bukan satu pihak sahaja.

 

Jika kita jenis orang yang tidak kisah tetamu semakkan rumah atau melakukan sesuka hati mereka di rumah kita, kita tidak boleh membawa apa yang kita rasa selesa atau rules kita itu ke rumah orang yang kita kunjungi.

 

Sebab kita rasa okay, kita mahukan tuan rumah itu pun ikut cara kita?

 

Itu juga adalah manifestasi  Entitlement Mindset di dalam diri kita! Mari kita betulkan diri bila sudah tersedar kesilapan kita. Ingat mengaku kita tersilap itu adalah suatu kekuatan yang melonjakkan kita untuk mencapai kejayaan yang lebih besar!

 

Tidak nampak kesilapan kita bila ditegur, ini amat merbahaya dan boleh merosakkan pertalian dalam hidup sesama kita.

 

Dan juga boleh menyebabkan gagalnya kita dalam mendidik anak-anak untuk berakhlak mulia.

 

Sangkaan Yang Salah

Ada ibu bapa yang menyangkakan anak-anak kecil memanglah susah hendak dikawal oleh itu biarkanlah sahaja,

Alah bebudak!

Faham-faham sajalah!

Lalu dengan pemikiran seperti ini kita paksa tuan rumah untuk menerima kelakuan kurang terkawal anak-anak kita.

Ada yang mengatakan mereka sudah memberi amaran dah, tapi anak tidak mendengar juga.

Dijegilkan mata, dicubit pun anak buat tak kisah dan terus berkelakuan dengan kelakuan yang tidak disenangi!
Maaf ya Ibu perlu katakan ini, jika kita tidak suka anak kita ditegur dan dinasihatkan untuk berkelakuan senonoh, maka kita berusahalah menjaga akhlak anak-anak kita, terutamanya anak-anak kita yang telah 4 tahun lebih. Kenapa pada usia ini? Kerana anak pada usia ini sudah boleh memahami reason.

Jika anak kita yang sudah 4 tahun pun kita payah untuk kawal kelakuannya, maka itu petanda kita perlu Upgrade kemahiran parenting kita, ya sayang. Sebab kita layak menjadi juara di dalam mendidik anak-anak kita untuk anak-anak kita bukan untuk bertanding tetapi untuk melunaskan tanggung-jawab.

 

Anak Tak Dengar Cakap oleh Ibu Rose

Jika kita melarang dan menasihati anak dibuat tidak dengar, kita perlu sedar, ini petanda kita belum dapat bekomunikasi berkesan dengan anak-anak kita.

 

Sebenarnya anak anak yang sudah 3.5 – 4 tahun sudah boleh memahami sedikit sebanyak arahan dan penerangan jika disampaikan dengan betul.

 

Itulah sebabnya kita perlu belajar berkomunikasi dengan anak-anak kerana mereka adalah anugerah yang telah diamanahkan kepada kita.

 

Malah ada anak-anak yang sedang dalam Fasa Individuating (1.5 – 3.5 tahun) boleh memahami jika diterangkan dengan baik mengikut tahap perkembangan otak mereka. Caranya itulah yang kita perlu kuasai.

 

Oleh itu jangan hanya merungut yang kita sudah jegilkan mata, sudah mencubit anak untuk melarang, tapi anak terus juga melakukan yang dilarang; kita perlu faham itu maksudnya komunikasi kita belum berkesan.


Jadi perlu cari cara lain. Memukul atau marah pun belum tentu berkesan, kita kena ada kemahiran. Kita boleh belajar. Dan anak-anak kita layak dididik dengan berilmu.

 

Anak itu ada potensi menjadi baik dan berakhlak mulia.

 

Potensi Anak oleh Ibu Rose

Cara menyampaikan didikan itu perlu dilakukan dengan berilmu dan berskil.

Bila tiada kemahiran, maka menengking dan memarahilah alternatif yang paling cepat dilakukan.

Ini sebenarnya meletakkan BOM dalam badan anak itu!

Kerana tenaga marah boleh bertukar menjadi dendam dan baran.


Hasilnya, anak masih tidak memahami apakah akhlak yang baik itu. Malah bila berkunjung ke rumah orang tetap berkelakuan dengan berkelakuan yang tidak disenangi tuan rumah.

Malah menjadi-jadi lagi perangai mereka, kerana mereka sedar, jika di rumah orang, mak ayah segan untuk marah.


Oleh itu jadi kita ni pi mai pi mai tang tu juga!

Sebenarnya bagi pendapat Ibu, tidak salah untuk peningkatan diri kita, bila ada orang yang lebih berumur sanggup  memberi teguran, kita dengar dan berlapang dada menilai dan kemudian melihat dan mengkaji teguran itu. Jika baik maka kita terima untuk keindahan hidup kita.

 

Sebenarnya, Allah mentarbiyah kita dengan berbagai cara. Adakala DIA jentik hati kita bila DIA nampak kita sedang menuju ‘gaung’. Kadang-kadang cara Allah mendidik kita adalah melalui contoh hebat orang lain. Adakalanya melalui buku yang kita baca atau movie yang kita tonton. Adakalanya melalui musibah yang didatangi. Adakalanya juga melalui tegur pedih dari orang lain. Kita ambil mesej dari teguran itu dan kita gunakan dengan sebaiknya.

 

Eh, jangan salah tafsir, bukan Ibu nak mengatakan Chef Wan itu menerima wahyu! Bukan itu maksud Ibu! Nauzubillah!

 

Maksud Ibu, kita ni ada peranan untuk orang yang dekat dengan kita dan jauh dari kita. Kita sebenarnya adalah alat penyampai mesej. Mesejnya adalah Kasih Allah kepada kita!

 

Cuba fikir-fikirkan; pernah tak kita terasa macam nak call sesorang dan bila kita call dia, kita dapati dia sedang bersedih dan sedang mengharapkan kawan untuk meluah kesedihannya?

 

Pernah tak kita terasa sangat nak membeli sesuatu yang kita tidak perlu dan kemudian mendapati seorang yang lain amat memerlukannya tetapi tiada duit untuk membelinya dan kita dapat memberikannya sebagai sedekah?

 

Setiap kita ini bertaut diantara suatu sama lain dan Allah mahu kita menyampaikan mesej kasihnya kepada satu sama lain. Kadang-kadang mesej kasih itu Tough Love yang sedikit pedih. Namun, sedikit pedih itu boleh menjauhkan kita dari pedih yang lebih besar.

 

Bukankah amat pedih, jika anak-anak kita hari ini membesar menjadi individu yang tidak ada akhlak mulia? Yang lupa akan ibu bapa dan lupa akan keperluan orang lain. Mementingkan diri semata-mata?
Oopps dah banyak jadi dah kan?

 

Terlalu ramai yang hanya mementingkan diri sendiri hari ini! Bagaimana jadinya dunia kita sekarang ini?
Inilah mereka yang semasa kecil tidak dikenalkan dengan akhlak dan adab bergaul sesama manusia.
Oleh itu bila ada orang menegur, lihat kebenaran dan mesej di sebalik teguran itu. Apa yang boleh boleh diambil dan apa yang boleh diketepikan.

 

Elakkan terlalu defensif dan sensitif yang tidak membina diri kita.
Jika kita tersedar anak-anak kita di dalam kategori yang aktif dan tersangat aktif, maka kita carilah jalan untuk lebih boleh mengawal mereka terutama semasa bersama orang ramai.

 


Macamana tu? Ibu banyak berkongsi ilmu di Page Ibu. Sudilah ikuti di www.facebook.com/iburoselove

 

 

 

 

Jika berasa sedih kerana di “smash” begitu dan berasa gagal sebagai ibu atau bapa, jalan yang terbaik untuk diambil bukanlah memarahi orang yang menegur, tetapi berusaha memperbaiki diri kerana kita layak menjadi ibu bapa yang bijak.

 

Sebenarnya komen Chef Wan itu tidak pulak mengatakan  ibu bapa yang dimaksudkan itu ibu bapa gagal. Andaian itu mungkin ibu bapa itu sendiri yng buat kerana mereka membuat persamaan bahawa jika ada orang menegur anak-anak mereka, itu bermaksud mereka ibu atau bapa yang teruk.

Persoalannya adakah berfikiran begini membantu mereka dan anak-anak mereka? Is this a resourceful way of thinking?

 

Lebih baik untuk kita pegang semangat bahawa kesilapan boleh digunakan untuk membina kita. Dan teguran ikhlas sesorang boleh dijadikan pengajaran.

 

Dan orang yang sanggup menunjukkan kesilapan kita adalah guru yang mahukan kita berjaya sebenarnya.

Walaupun kita rasa kurang selesa menerima teguran itu pada mulanya tapi besarkan hati dan ambil pengajaran dari situ.

Jika kita payah menerima teguran, ketahuilah itu petanda EQ kita perlu diperkukuhkan. Mereka yang kukuh EQ dan Hormat Diri, mudah menerima feedback dan teguran. Itulah yang Ibu belajar selama hidup 57 tahun ini dan mengkaji selama lebih 37 tahun mengenai Psikologi Orang-Orang Berjaya.

 

Kita layak berjaya!

 

Remember, you are not a bad parent, it is just that you have not learn the competency. You have the potential to be the greatest parent to your children!

 

Cheerful loving family

Oleh itu belajarlah dan perbaiki diri!

Dan jika sudah tahu ini, tingkatkanlah kemahiran!

Betulkan sikap, raih skil dan ilmu!

InsyaAllah, anak akan mendengar cakap dan berakhlak mulia tanpa kita perlu marah-marah.

www.iburose.com/parentingbijakpro

 

 

 

Berbalik kepada isu anak-anak berkelakuan tidak keruan, berlari-lari di dalam rumah orang. Masuk bilik yang tidak sepatutnya.

 

Sentuh itu dan ini. Makan bertabur dan tidak duduk diam TETAPI  kita hanya biarkan sahaja hanya kerana anak itu masih kecil, KONONNYA.

 

Sebenarnya apa yang sedang kita ajar anak-anak kita bila kita berbuat demikian? Untuk berakhlak baik di rumah orang atau sebaliknya?

 

Bagi anak-anak kecil, bila kita diam dia ingat itu betul dan dia akan keliru apa yang dia boleh buat dan apa yang tidak.

 

Walaupun dia masih kecil, kita boleh kawal dan didik dia agar tidak masuk bilik orang dan ambil barang orang sesuka hati.

 

Kita boleh bercakap baik-baik dengan anak itu, tak perlu kita tengking dan jerkah.

 

Kita cuma perlu bagi sebab yang baik mengikut kefahaman anak kenapa tidak boleh.

 

Bila dia hendak naik ke bahagian atas rumah tetapi jamuan di ruang tamu contohnya, janganlah diamkan sahaja.

 

Ambil anak itu dan beritahu dia, elok dia bermain di ruang tamu dan makan di situ.

 

Janganlah pula menggunakan tuan rumah untuk menghalang anak.

 

Contohnya; ‘Jangan naik, nanti aunty ni marah!’

 

Apakata cakap begini;

“Mari main kat sini. Tengok aunty yang baik hati ni dah sediakan untuk kita makan kat sini. Mari kita say thank you to aunty dan makan baik-baik kat sini. Anak mama dengar cakap mamakan kan ”

 

Ada antara anda yang mungkin berfikiran begini: 

“Susahlah hendak cakap. Anak bukan hendak dengar. Selagi tidak dijerkah tidak berhenti!”

 

Persoalannya sayang, siapa yang memperkenalkan sistem jerkah itu?

 

Kalau kita yang perkenalkan sistem jerkah, kita juga boleh menyahkan sistem jerkah itu dan gantikan dengan sistem yang berkesan.

 

Akhlak Seorang Muslim

Ibu nak ajak sayang untuk berfikir betul-betul akan perkara ini:

hanya kerana kita tidak dapat mengajar anak untuk mengawal perangainya, maka kita lepaskan beban itu pada tuan rumah dan expect dia untuk terimalah apa yang anak kita buat? Terimalah seadanya, ya?

 

Macam tak betul saja cara berfikir begini!  

 

 

Eh, kita mesti ingat, bukan tanggung-jawab tuan rumah itu untuk terima kita seadanya.

Kita yang perlu datang dalam keadaan yang baik dan tidak menyusahkan tuan rumah.

Itu akhlak seorang Muslim. Itu hak tuan rumah terhadap kita.

 

Tapi…..

“Anak I memang macam tu, so macam mana, tak kan nak kurung kat rumah?”

Sekali lagi Ibu minta maaf kerana Ibu perlu menyatakan sesuatu yang mungkin bukan “halwa telinga” (benda yang best untuk didengar).

Ya, jika anak-anak terlalu aktif dan sukar dikawal, buat masa mereka masih belum cerdik dan boleh mengawal diri, jika perlu berkurung di rumah dulu, maka, berkurunglah.

Sampai bila? Sehingga anak itu sudah tahu berkelakuan sopan!

Atau mungkin boleh membawa dia ke beberapa rumah yang anda kenal rapat dan didik dia bagaimana nak bertamu di rumah sesaorang.

 

Boleh sebenarnya. Anak boleh dididik, kita sahaja yang kena sabar. 

 

Kita Kena….

  • Kita kena belajar bagaimana hendak mendidik dari hati kerana akhlak ini datang dari hati. Bukan sekadar dapatkan tips sahaja.
  • Kita kena sanggup belajar, kuasa skil berkomunikasi dan memimpin dan buang tanggapan yang kurang tepat  terhadap kebolehan kanak-kanak.

 

Ya kita perlu ubah sangkaan kanak-kanak memang tidak tahu mendengar arahan dan akan berkelakuan berlari-lari, meramas makanan, menyemakkan rumah tuan rumah, ambil itu dan ini tanpa meminta izin, sebab dia budak-budak, belum ada akal.

 

Maka biarlah sahaja, tidak perlu dididik!

 

Ini tidak tepat kerana perbuatan begini sebenarnya tanpa kita niat kita membina generasi yang tidak bertanggung-jawab.

Adakah itu yang kita nak?

Itulah Sebabnya…..

 

Itulah sebabnya kita banyak melihat sekarang ini “budak-budak di dalam badan orang berumur 30-40 tahun.” Badan dah dewasa, tapi akal belum sempurna.

 

Bagaimana tu?

 

  • Bila berziarah di rumah orang tidak tahu menjaga adab bertamu, makanan diambil selagi lalu dan kemudiannya dibuang sahaja dan membazir. Sedangkan mereka sedar ada orang yang belum makan!
  • Expect tuan rumah sediakan segala-galanya dan mengkeji jika tuan rumah tidak dapat melakukannya.
  • Bila sudah makan ditinggalkan sahaja bersepah. Sedangkan yang dikunjung adalah rumah orang yang telah uzur (tua).
  • Datang menziarah ikut sedap hati, terlalu pagi atau terlalu jauh malam sehingga mengganggu tuan rumah. Sudah pukul 12 malam, masih berborak-borak kosong dengan suara yang kuat sesama sendiri sedangkan tuan rumah sudah letih melayan.
  • Pegang itu dan ini barang-barang tuan rumah. Masuk sahaja ke bilik-bilik tuan rumah ikut sesuka hati.
  • Bertanya apa yang tidak sepatutnya ditanya dan menunjukkan mimik muka mencerca.
  • Menggunakan tandas yang bersih tetapi meninggalkannya dalam keadaan yang kotor. Lampin kotor anak-nak kecil tidak dibuang dengan baik. Di harap tuan rumah yang patut membersihkan kotoran yang dibuat.

 

Ya, memanglah tuan rumah buat rumah terbuka, tetapi bukan semua bahagian rumahnya dibuka untuk diselidik bagai.

 

Sudah Sampai Masa untuk Berhenti Beri Alasan

Kita perlu berhenti memberi alasan anak itu masih kecil dan tidak faham lagi.

Oleh biarkanlah sahaja.

Sebab kita tak rajin hendak belajar macamana kita boleh didik mereka untuk berkelakuan sopan bila bertandang maka kita biarkan sahaja anak kita?

Kasihan anak kita. Dia mengharapkan kepimpinan kita!

Ketahuilah

“Semuanya naik dan jatuh dengan kepimpinan “

John C Maxwell, Leadership Guru (Guru Kepimpinan).

 

Sebaliknya,


Kita hendaklah sering bercakap dengan baik. Mendidik dengan cermat dan penuh hormat.

Mempunyai skil berkomunikasi.

Tahu tahap perkembangan kanak-kanak.

Memberi sebab yang membina dan boleh diterima akal anak itu.

Ketahuilah anak yang sudah 2.5 tahun akan boleh berkelakuan baik di rumah orang.

Dan jika dia masih belum boleh, maka kita tenangkanlah dia dan dengan baik.

Tapi ada ibu bapa yang Ibu perhatikan ada ibu bapa yang suka ambil short cut yang membahaya.

Iatu dengan menggunakan kekerasan untuk memastikan anak mendengar cakap.

Jenis Short Cut yang Merbahaya

Ada ibu bapa; mereka expect anak berkelakuan baik, tetapi anak tidak diajar dengan bersungguh bagaimana hendak berkelakuan baik.

Malah sedihnya mereka sendiri pun menunjukkan contoh yang kurang baik.

Seperti mereka akan marah berlebihan di rumah tetamu bila anak itu tersilap tertumpah air atau terpecah gelas atau sebagainya.

 

Bila marah sering menggunakan ugutan pula tu; “ Biarkan, biar mak cik tu marah!”

Lepas tu sambung bersembang dan membiarkan tuan rumah membersihkan.

 

Tiada kesungguhan mendidik di situ!

Apa kata guna peluang ini mengajar anak itu minta maaf dan mintalah kain untuk lap dan bersihkan apa yang dah terpecah atau tertumpah itu bersama dengan anak.

Kita ibu bapa pun bersungguh-sungguhlah meminta maaf dari tuan rumah. Dan ajak anak untuk meminta maaf dengan baik.

Senangkan kerja tuan rumah.

 

Cara Selesa Memberi Anak Kecil Makan Semasa Bertamu

 

Seperkara lagi, jika tuan rumah menyediakan pinggan atau cawan plastik, maka gunalah yang plastik itu untuk anak kecil yang hendak makan sendiri.

Pastikan dia makan setempat dan sebolehnya elakkan dari makan atas sofa atau karpet bagi makanan yang mudah tumpah.

Yang terbaik, letak lapik dibawah makanan anak itu.

Bawalah tuala kecil untuk tujuan itu.

Supaya jika dia tertumpah atau terjatuhkan makanan mudah untuk dibersihkan dan tidak merosakkan barang tuan rumah.

Kita kenalah ada perasaan timbang rasa juga kepada tuan rumah.

Mungkin itu sofa baru dia dan jika tertumpah apa-apa akan payah untuk hilang kotoran itu.

Jika kita beri anak gelas kristal, pinggan kristal dan bersangka anak boleh handle, sebenarnya kita membebankan anak kita.

 

Kesian anak kita dibebankan dengan satu tanggung-jawab yang besar bagi dia untuk kawal tangan dia yang masih kecil untuk membawa gelas atau pinggan kristal yang berat itu.

 

Ini sebenarnya common sense.Tapi tak tahu lah mengapa ada yang tidak tahu perkara seperti ini.

Petua Berguna

 

Mungkin juga anak itu baru 3 tahun ke bawah, memanglah ada yang belum faham lagi.

Tak guna kita marah dan cakap suruh behave. Mungkin payah hendak dikawal.

Oleh itu, untuk elakkan anak itu meramas biskut atau buat perkara begitu, ibu dan bapa bekerjasamalah.

Seorang pegang satu dan yang lagi seorang pegang yang satu lagi.

Duduklah di tempat yang senang anak-anak bermain dengan selamat.

Makan dan minum boleh lah bersuap.

Tetapi seperti yang Ibu katakan, jika kita ada kemahiran, anak yang di bawah 3 tahun pun boleh berkelakuan baik semasa bertamu.

Anak Kecil Mudah Meragam

Anak kecil tetap anak kecil, akan mudah rasa rimas dan kemudiannya jika dibiarkan akan meragam. Oleh itu bila nampak anak dan tidak selesa, bersegeralah mintalah izin untuk balik.

 

Bertandang itu tidaklah wajib lama-lama tetapi menjaga akhlak semasa bertandang itu wajib!

 

Cerita Pengalaman Ibu Sendiri

Didik Anak Dengan Rules Yang Membina.

Ibu pun pernah ada anak kecil juga.

 

Ibu pun pernah ditegur dengan pedih juga.

 

Dan pernah perlu membawa anak-anak 4 orang berderet bertandang. Memang payah!

 

Namun, sebab Ibu hendak menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak Ibu, Ibu belajar dari seseorang yang lebih pandai. Dan beliau mengajar Ibu untuk memperkenalkan rules  yang mudah dan membina dalam pelbagai hal kepada anak-anak Ibu. Termasuklah rules bila bertandang ke rumah orang.

 

Dan perkara ini Ibu cakap bukan semasa hendak bertandang sahaja.

 

Semasa mereka nak tidur, semasa mereka bermain dengan Ibu, Ibu selit rules ini dan cerita kepada mereka bagaimana gembirannya tuan rumah dan bangganya Ibu kalau mereka menjaga akhlak mereka semasa berkunjung.

 

Dan sekiranya adakalanya mereka terlepas laku, mungkin excited sangat.

Jadi Ibu ingatkanlah rules dan regulation yang telah dipersetujui.

Tapi jika terlebih dan nampak payah nak dikawal, maka Ibu ambil mereka dan ajak balik.

Tambah pula bila nampak ada kawan-kawan yang hendak memukul dan sebagainya.

 

Anak-anak kecil ni boleh dikawal sebenarnya.

 

Mereka boleh mempunyai akhlak terpuji bila bertandang dan bila-bila masa.

 

Apa yang boleh membantu mereka mempunyainya adalah kita menunjukkan contoh yang baik dan didik mereka dengan penuh sabar dan kasih-sayang.

 

Kita perlu bersedia memperbetulkan diri dan sikap kita untuk menerima teguran.

 

Kalau kita rasa  sedih dengan teguran Chef Wan atau mereka yang menegur kita sebab kita ada anak-anak yang susah hendak dikawal, kita perbaiki sahaja diri dan katakan kepada diri kita, kita mampu mendidik anak-anak kita mampu berakhlak terpuji.

 

Dan berazamlah untuk belajar!

Jangan pula sour grape!

InsyaAllah, Allah bantu kita mendidik mereka dengan lebih tepat.

 

Dimana salahnya teguran Chef Wan itu?

 

Bagi Ibu tiada salahnya teguran Chef Wan tu. Kata-kata beliau juga tidaklah keterlaluan. Cuma memanglah karekter beliau suka membebel. Tapi penulisannya, bagi Ibu tidaklah kasar dan tidaklah membebel. Beliau tidak pula mengatakan ibu bapa itu bodoh, atau celaka atau semua yang sewaktu dengannya.

Chef Wan BUKAN….

  • Beliau bukan mengatakan semua orang atau semua ibu bapa, tetapi segelintir!
  • Beliau bukan marah kepada ibu bapa yang telah berusaha mengawal anak-anak, beliau menegur ibu bapa yang buat tidak kisah.
  • Beliau bukan mengatakan semua orang tidak menjaga kebersihan tandas, dia menegur segelintir yang tiada civic mindedness.
  • Beliau bukan marah makan banyak-banyak makanan yang dihidang (yalah masakan Chef Wan kan, sapa tak nak makan banyak-banyak. Ibu pun nak!) Beliau hanya sedih orang ambil banyak-banyak tetapi tak makan habis dan buang sedangkan ada tetamu yang belum makan lagi.

So di mana salahnya teguran beliau?

 

Ibu tak tahulah jika ada entry beliau yang Ibu tak tahu. Tapi jika yang di Instagram itu, Ibu tidaklah nampak teguran beliau itu keterlaluan. Namun, itu pendapat Ibu lah. Nak setuju atau tidak tiada paksaan 🙂 I still love you!


Seperkara lagi beliau menggunakan perkataan segelintir. Kalau kita tidak tergolong dalam segelintir itu, tidak perlulah kita hendak terasa hati.


Jika kita termasuk di dalam segelintir itu, cara yang terbaik ialah membetulkan diri dan menjadi lebih baik.


Jadi lebih peka dan lebih prihatin. Kita mampu sebenarnya.

 

You know what?

Kita layak dihormati dan dikagumi.

Namun, semua itu akan datang kepada kita bila kita  hayati akhlak terpuji.

 

Ibu doakan agar Allah memudahkannya untuk kita semua senantiasa mencermin diri dan berusaha Upgrade diri kita supaya kita mampu menjadi ibu atau bapa yang terbaik untuk anak-anak kita. Itu hak anak-anak terhadap kita 🙂

Entri kali ini adalah mengenai adab kita sebagai tetamu. InsyaAllah, pada penulisan seterusnya, Ibu akan kupas adab kita sebagai Tuan Rumah juga. Semoga Allah mengizinkan dan memudahkan.

Salam Sayang, Ibu Rose

 

 

kesan penceraian terhadap anak-anak Ibu Rose Blog 1

 

 

Ramadhan dan Kemaafan

Ramadhan dan Kemaafan

 

Dalam hampir setiap agama mengajar kita untuk memaafkan kesalahan, baik yang dilakukan sendiri atau pun orang lain.

Sesetengah orang mudah memaafkan orang lain tetapi tidak diri sendiri.

Terdapat juga mereka yang lebih susah memaafkan kesilapan orang lain.

Mereka ini lebih memendam dendam .

Kebanyakan daripada mereka, jika dendam itu sudah membara, akan menunjukkan perangai yang menyakitkan mata dan hati.

Terutama bila di hadapan orang yang mereka marahkan.

Apakah yang terjadi kepada perasaan ini seterusnya?

 

Segala perasaan benci, marah, dendam adalah tenaga.Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Tenaga hanya boleh berubah bentuk. Maka tenaga negatif tadi akan bertukar menjadi ‘bintik-bintik hitam’ yang memenuhi kalbu sesaorang. Saya tidak bermaksud secara fizikal, tetapi meta fizikal.

 

Maka terjadilah seperti mana yang diingatkan oleh Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w;

 “Sesungguhnya dalam diri manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak, dan kotor maka rosaklah seluruh anggota badannya.. dan seketul daging itu adalah hati.

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)

 

Ramadhan dan Kemaafan Ibu Rose

(Sumber gambar dari google)

Hati yang dipenuhi noda hitam

 

Hati yang dipenuhi dengan noda hitam itu tidak dapat mengeluarkan suara hati sebenar,

kerana suara hati itu tenggelam oleh suara nafsu.

Itulah kenapa dianjurkan sangat agar kita memaafkan segala kesalahan yang telah diperlakukan kepada kita.

 

Datangnya bulan Ramadhan ini adalah suatu masa yang sangat istimewa untuk kita membersihkan hati. Kembali kita kepada fitrah kita yang bersih.

 

Bagaimana mungkin hati menjadi kotor?

 

Mungkin kupasan yang seterusnya dapat memberi pembaca sekelian sedikit gambaran.

Anak-anak yang sering dilukai perasaannya semasa kecil akan membesar menjadi individu yang

bermasalah kerana mereka membenci diri.

Hati mereka akan penuh dengan noda-noda hitam ini, terutama jika mereka tidak belajar memaafkan.

Bila emosi anak dicederakan tanpa belas, mereka tidak faham mengenai belas kasihan.

Apatah lagi jika mereka tidak kenal kepada Pencipta mereka.

Bukan semua, tetapi kebanyakan.

 

Ini adalah simtom atau petanda hati yang rosak.

 

Tambahan pula bila mereka berada di dalam suasana yang lagi menghentam  perasaan mereka, maka berlakulah

perkara-perkara yang sering kita dengar, seperti membakar makmal,

mengugut, membuli, melibatkan diri ke dalam kancah penagihan dadah dan berbagai lagi.

Setiap kali saya mengendalikan kursus untuk pelajar,

saya akan berhadapan dengan beberapa pelajar yang bermasalah begini.

 

Mereka adalah anak-anak yang berhati bersih pada mulanya tetapi hati mereka terluka.

 

Ramadhan dan Kemaafan Blog Ibu Rose

(sumber gambar dari google)

Ada diantaranya, kerana terlalu dikasari semasa kecil.

Ada pula kerana dibuli kawan-kawan.

Ada pula kerana perbuatan orang dewasa yang tidak berhemah dan bertangung-jawab.

 

Bayangkan jika anak-anak ini membesar dan mereka pula menjadi orang dewasa.

 

Bagaimana mereka akan mendidik anak-anak mereka?

Bagaimana mereka  mahu menjadi majikan atau pekerja yang berpotensi dan berdaya tinggi?

Cuba kita fikirkan sejenak. Tidak hairanlah mengapa dunia ini lebih dipenuhi oleh orang yang berfikiran negatif dan berhati kotor.

 

Ramadhan dan Kemaafan Blog Ibu Rose

 

 

Blog Ramadhan dan Kemaafan Ibu Rose

 

 

Memaafkan Diri Sendiri dan Orang yang Pernah Bersalah Terhadap Kita

 

Untuk mengubah keaadaan, cara yang terbaik untuk menghapuskan tenaga negatif ini ialah dengan memaafkan diri dan orang yang pernah bersalah terhadap kita. Belajar cara berundur balik .

Selagi kita tidak memaafkan selagi itulah tenaga itu wujud di dalam diri kita dan merosakkan diri kita sedikit demi sedikit.

Itulah sebabnya hampir semua agama menyarankan kita memaafkan musuh kita.

Bukan hanya untuknya tetapi untuk kesejahteraan diri kita.

Bila kita memaafkan, dia tidak lagi dapat merosakkan kita, walaupun dia masih berdendam dengan kita.

 

“Ketidakmaafan adalah ibarat meminum racun tapi mengharapkan orang yang didendami itu mati. Tetapi yang sebenarnya ‘mati’ adalah diri sendiri.”

 

Memaafkan Kesilapan Ibu Bapa Kita

 

Seorang ibu atau ayah, akan payah menjadi yang terhebat mendidik anak-anak mereka jika dendam terhadap

ibu bapa mereka masih bersarang.
Marilah kita memaafkan kesilapan ibu bapa kita jika ada semoga Allah akan memudahkan kita mendidik anak-anak

kita dengan menunjukkan contoh yang cemerlang.

 

Salam Pelukan Kasih

Ibu Rose

 

 

Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia

Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia Ibu Rose

Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia

Ramadhan bulan yang mulia bakal datang lagi menjengok kita. Boleh terasa kenyamanan suasana yang dibawa bersama oleh bulan penuh rahmah ini.

Ibu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia kepada semua.

Tentu banyak pengajaran yang boleh kita peroleh daripada latihan Ilahi kepada kita pada bulan ini.

Kita diminta untuk menahan nafsu berlapar, menahan dahaga dan menjauhkan perbuatan mungkar.

Banyak buku-buku agama menerangkan mengenaikan mengapa perlunya kita menahan nafsu makan, minum dan nafsu untuk melakukan kemungkaran.

Ibu bukanlah ahli untuk mengupas hal ini,apa yang ingin Ibu ketengahkan cuma satu perkara yang berkaitan rapat dengan kecemerlangan diri.

Dengarilah Suara Hati Kita

 

Allah yang menjadikan kita Maha Bijaksana dan tentunya lebih mengenali ciptaanNya lebih daripada ciptaanNya itu mengenali diri mereka.

Pada bulan Ramadhan ini kita diajar untuk menahan kehendak diri fizikal kita.

Peraturan Puasa Ibu Rose

Kita diajar untuk menutup kemahuan berlebihan diri fizikal kita.

Lantaran itu, kita mula dapat mendengar rintihan dan kemahuan diri spiritual kita.

Kita mula mendengar suara hati kita, kerana selama hari ini suara hati itu tenggelam dek jeritan bertubi-tubi oleh nafsu diri fizikal.

Suara hati kita senantiasa menginginkan kita melakukan perkara yang baik.

Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia Ibu Rose

“Jika suara di hati itu menginginkan keburukan itu bukan suara hati. Ingatlah itu bukan suara hati!”

Keajaiban Berpuasa

 

Suara hati senantiasa menginginkan kita rapat dengan Pencipta kita. Ia mahu kita meningkatkan ubudiah kita kepada Ilahi melalui segala perbuatan kita seharian.

Kita makan keranaNya, Kita belajar keranaNya, kita bekerja keranaNya pendek apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana yang Maha Esa.

Maka diri emosi kita akan berkembang.

Diri Intelek kita akan lebih bertumbuh, diri emosional kita akan lebih tenang dan yang lebih pentingnya diri spiritual kita akan hidup, bertumbuh dan berkembang.

Maka kehendak bukan-bukan diri fizikal kita dapat dimatikan.

Lalu jadilah kita hamba Allah yang rapat kepadaNya.

Bukankah itu tujuan penciptaan kita?

Itulah keajaiban berpuasa dan diantara rahmah bulan puasa.

Kenalkan Keindahan Ramadhan Kepada Anak-anak

 

Anak-anak kita perlu dikenalkan kepada keindahan Ramadan dan puasa.

Jangan kita kurangkan nikmatnya dengan memberi upah untuk dia berpuasa. Elakkan mengumpankan dengan wang ringgit.

Didiklah dia untuk faham keistimewaan berpuasa. Anak-anak di bawah 10 tahun, masih kudus.

Fitrah mereka masih mahu mencari keredhaan Ilahi.

 

Bimbing tangan mereka ke situ.

 

Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia

 

Selamat menjalani ibadah berpuasa semua.

Semoga Allah merahmati kita semua dan dipermudahkan kita untuk menunaikan Rukun Islam yang ketiga ini.

 

Ibu Rose 6 Rahsia Didik Anak Cemerlang

Nota: Kelas Online Istimewa 6 Rahsia Utama Didik Anak Cemerlang, Berjaya & Berjasa berjalan seperti biasa pada bulan Ramadhan ini.

Istimewa untuk Ramadhan kali ini, untuk setiap pembelian baru Ibu Rose akan menyumbangkan sebahagian untuk Perjuangan Demi Kebajikan Kanak-Kanak seperti Rumah Anak-anak Yatim dan banyak lagi mengikut fokus bulanan.

Sambil membeli anda juga beramal jariah dan bersedekah.

Maka pahala anda berlipat ganda. Sudahlah dapat ilmu, dapat saham pula untuk akhirat. 👏 👏👏
.
KLIK www.iburose.com/anakcemerlang untuk pembelian.

Tips Mengajar Anak Kecil Berpuasa Untuk Pertama Kali

Ibu Rose Tips Mengajar Anak Berpuasa

Tips Mengajar Anak Kecil Berpuasa Untuk Pertama Kali

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ini, Ibu akan banyak menulis mengenai strategi meghadapi dan mendidik anak-anak kecil berpuasa. Tips mengajar anak kecil berpuasa untuk pertama kali ini, syarat pertamanya ialah, kita pasakkan dan betulkan dulu niat kita mendidik anak kita berpuasa bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk atau sebagainya.

“Every action starts with intention” 

Sesuai dengan hadis Rasulullah saw; Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia atau karena wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.”

(HR. Bukhari, Muslim, dan empat imam Ahli Hadits)

Ibu secara personally tak sokong mendidik anak berpuasa menggunakan cara paksaan atau sogok hadiah.

Ada yang menjanjikan seperti ini, “Kalau puasa nanti dapat RM1”. Bagi Ibu mengapa kita nak jatuhkan nilai puasa itu? Nilai puasa bukan RM1. Jangan beri anak fokus pada material dalam hal berpuasa. Namun, kita boleh beri dia hadiah at the end dia berpuasa, kita boleh beri penghargaan.

 

bu Rose Tips Mengajar Anak Kecil Berpuasa Untuk Pertama KaliBeri penghargaan kepada anak kita. (sumber gambar dari google)

Mari kita latih anak kita membuat sesuatu perkara kerana dia sendiri mahu. Supaya apabila dia membesar kelak, jiwa dia sudah terlatih ingin membuat sesuatu kerana kemahuan dia dengan bersemangat. Bentuk jati diri yang datang dari dalam diri mereka sendiri dan bukannya hanya kerana atas dasar sogokan atau hadiah.

Ramai  ibu bapa sekarang menghadapi masalah anak-anak tidak mahu belajar. Sebab anak itu mahu disogokkan dengan hadiah baru dia hendak belajar.

“You don’t have to pay your children to do something good. Let them learn to do something good by their own willingness. And this will make their heart grows bigger”

Elakkan meletakkan nilai wang kepada sesuatu ibadat khusus (solat, puasa) atau ibadat am (belajar) kerana kita sebenarnya sedang merampas dari anak itu satu kepuasan bahawa dia sudah melakukan sesuatu. Bila kita hendak mengajar anak itu berpuasa biar dia faham berpuasa itu adalah kerana Allah swt. Dia mungkin tidak faham konsep kerana Allah sebab dia masih kecil. Tetapi jika dia tidak boleh melaluinya kerana inginkan keredhaan Allah, jadi susah untuk dia ada sustainability atau kekuatan jiwa untuk dia melengkapkan ibadah puasa itu.

Adakan aktiviti khas di bulan puasa – meraikan bulan puasa!

Kita sebagai ibu bapa boleh didik anak kita supaya berasa simpati pada orang yang kurang bernasib baik. Boleh ajar mereka bersedekah, bawa pergi rumah anak yatim, jadi volunteer di soup kitchen, ini semua boleh membantu mendidik jiwa mereka supaya bersyukur dan menghargai orang yang lebih susah.

Cadangan: Kita boleh masakkan makanan yang special untuk anak kita yang berjaya berpuasa tu. Semasa berpuasa, kita boleh adakan aktiviti-aktiviti yang dia boleh lakukan bersama seperti menyediakan makanan atau duduk bercerita mengenai nabi tapi bukanlah pada setiap masa, lakukan apabila anda boleh. Jika yang bekerja mungkin semasa pada waktu cuti atau hujung minggu.

Lakukan sesuatu yang berbeza dari bulan-bulan yang lain untuk bentuk satu keseronokkan dan membuatkan anak tidak sabar menanti bulan Ramadhan Ya Kareem

Kita jumpa lagi di blog seterusnya! Untuk membaca perkongsian Ibu berkongsi bagaimana Ibu mendidik anak-anak Ibu sejak dari usia 2 tahun berpuasa boleh rujuk blog ibu sebelum ini. (Klik sini )

 Ibu Rose Tips Mengajar Anak Kecil Berpuasa Untuk Pertama Kali

E-BOOK 6 RAHSIA UTAMA – DIDIK ANAK CEMERLANG BERJAYA & BERJASA

 

Ibu Rose 6 Rahsia Didik Anak Cemerlang

E-BOOK

6 RAHSIA UTAMA – DIDIK ANAK CEMERLANG BERJAYA & BERJASA

 

Ramai yang meminta untuk Ibu mewujudkan buku Parenting supaya lebih senang mereka merujuk. Lama dah permintaan itu disampaikan kepada Ibu. Namun kerana kangkangan masa, Ibu terpaksa menundakan.

Sekarang, alhamdulillah, diatas galakan kasih-sayang ramai followers Ibu di Page Ibu ini, dan bantuan Team Ibu yang dedikasi, Ibu dapat akhirnya melahirkan ebuku ini.

Ibu mahu seramai mungkin yang dapat memilikinya, oleh itu Ibu memastikan pelaburan harga tidak tinggi.

Tetapi nilai buku ini tinggi. DITAMBAH pula dengan KELAS MENGUPAS isi buku ini akan diberi PERCUMA! Nilai kelas itu sahaja melebihi RM257 kerana ada 6 Kelas semuanya dan akan diberi kepada sesiapa yang melabur untuk ebuku ini.

Berapa pelaburannya?

Bukan RM257

Bukan RM97

Bukan juga RM57

Tetapi dengan tiga perkara yang anda bakal dapat dan 6 topik penting yang akan dikupas secara LIVE di Special FB Group,

Isi yang dikupas;_

1- Bagaimana anda boleh mastikan parenting anda membina bukan meruntuh jiwa anak-anak anda.

2-Bagaimana bentuk anak berdaya tinggi, konfiden dan tidak putus asa.

3- Kenal 5 Kesilapan Parenting dan bagaimana untuk mengelaknya.

4-Bagaimana nak undur balik dan membetulkan kesilapan di dalam parenting anda sebelum ini.

5- Memahami kunci utama dalam MENDISIPLIN dan MENGHUKUM anak dan anak menjadi lebih TAAT dengan penuh rela.

6- Membina pertalian kasih -sayang yang tebal dengan anak-anak, agar anak-anak berjaya dan berjasa.

PELABURAN ANDA HANYALAH RM27 SAHAJA!

RM27 sahaja? Ya, RM27 sahaja.

Kerana hasrat Ibu adalah supaya ramai yang mampu dan ramai yang boleh memilikinya.

Harap anda sudi untuk UPGRADE diri menjadi lebih bijak dan sabar mendidik anak-anak agar anak-anak cemerlang, berjaya dan berjasa.

Dapatkan sekarang dengan klik link ini

www.iburose.com/anakcemerlang

HARGA AKAN DINAIKKAN KE RM37 SELEPAS CUKUP KUOTA

3 PERKARA KURANGKAN STRES DALAM PARENTING

Ramai sangat paraibu hari ini yang menanggung stress yang amat di dalam kehidupan mereka, terutama dalam mendidik anak-anak. Mana tidaknya, banyak tanggung-jawab yang terletak di atas bahu mereka. Dunia pula bergerak pantas dan kepantasan dunia bergerak menyebabkan perubahan juga amat cepat.

ANDA SAYANG ANAK-ANDA BUKAN? 

Anda tahu mereka itu perlu dibesarkan dengan penuh kasih-anda dan disiplin, bukan?

Namun, dalam anda berjaga-jaga itu, dan dalam tahu akan perkara tadi, anda tetap senang hilang sabar dan tidak dapat mengawal marah. Akhirnya, marah berlebihan dan kemudian menangis menyesal. Dan ini menambah STRES dalam diri anda terhadap parenting anda.

Mulalah anda memikirkan, PEMIKIRAN RACUN ini…  “ I must be a bad mum! ”

“Tengok orang tu boleh jer sabar. Tenang jer bercakap dengan anak-anak mereka. Anak mereka pula senang jer nak dengar cakap!”

Jangan bersedih dan memukul diri dengan pemikiran racun ini. Cukup sekadar dia terkeluar untuk menimbulkan kesedaran di dalam diri anda untuk MEMPERBAIKI DIRI agar tidak lagi stress.

 

Mari sini Ibu belai  anda. Ibu faham perasaan mu anda.

I was there, and I know!

 So let Ibu share sikit, 3 petua agar  anda boleh kurangkan marah tanpa kawalan dan anda KURANG STRES.

Nak?

Teruskan membaca.

1.EXPECT THE UNEXPECTED 

Menerima hakikat bahawa dalam mendidik anak-anak, banyak kalanya apa yang anda telah susun dan expect untuk jadi, tidak menjadi malah akan menjadi lain.

Contohnya, anda telah susun supaya anak bangun pagi pukul 6 pagi untuk bersiap ke sekolah. Tapi bila dibangunkan, dia bangun tapi bila nak siapkan tu, Ya Allah macam batu! Diberatkan badan, di kakukan anggota, dan menungnya mengalahkan ikan termenung!

Siapa tak stress kan?

Tapi jika anda dah tahu fe’el anak anda demikian, maka anda akan gunakan TEKTIK pro-aktif.

Iaitu programkan minda dia semasa dia tidur.

Bisikan kepadanya betapa senangnya dia bangun dan bersiap untuk ke sekolah dsb. Macamane tu…InsyaAllah Ibu akan ajar special di dalam LIVE atau video Ibu.

 

 2. TINGKATKAN KEMAHIRAN anda di dalam perkara yang penting di dalam menguruskan tugasan anda.

Contoh anak payah nak mendengar kata. Ini bermaksud anda tak pandai nak influent.

Anda hanya guna senjata naikkan suara. Kan stress kalau hidup kena begini sahaja jadinya? Jom ubah!

Anda perlu belajar ilmu mempengaruhi, anda perlu belajar ilmu berkomunikasi.

Ketahuilah, anak-anak ni senang mendengar kata, jika anda faham SWITCH mana yang nak ditekan. Bila malas UPGRADE diri, maka padahnya, anda akan STRES senantiasalah! So, JOM TINGKATKAN ILMU, SKIL dan POSITIFKAN SIKAP, segera. 

 

3. MEMAAFKAN DIRI BILA TERSILAP dan BERSANGKA BAIK terhadap diri

…Oh yang ini memang ramai tak pernah buat dan tak selesa melakukan!

Maklumlah dah tebal dalam hidup ini sikap MEMUKUL DIRI SENDIRI bila melakukan kesilapan.

Kesan sikap ini ada TIGA.

PERTAMA, diri semakin menjadi tidak berdaya untuk improve!

KEDUA, disebabkan payahnya nak improve, maka escape mechanism diri agar terus boleh tegak berdiri adalah MENIDAKKAN, in denial of kelemahan diri, maka mula mengatakan semua ini salah orang lain terutamanya anak yang tak berdosa itu.

KETIGA, terus hilang kawal diri sampai bila-bila kerana satu kepercayaan baru timbul, anak itu memang perlu dimarah begitu baru tahu nak dengar cakap. Memang anak itu bermasalah!!!

Jangan sayang Ibu, jangan jadi sampai kronik begini. Belajar memaafkan diri dan seterusnya berazam membetulkan kesilapan. Fahamilah sebelum anda bergerak maju, anda perlu mengaku anda tersilap dan memaafkan diri kerana tersilap.

 

“UNFORGIVENESS TO SELF IS LIKE DRINKING A POISON. YOUR SOUL WILL DIE”

 

Imagine your parenting without soul you are like a zombie! STRESSFUL ZOMBIE! 

 

Semoga 3 Idea ini membantu anda untuk dapat mengurangkan stress dalam parenting anda. Malah anda akan jadi lebih seronok dan bahagia dalam mendidik anak-anak.

 

Ada satu lagi point penting yang Ibu nak share mengenai Kurangkan stress dalam parenting ini. Iaitu MENDAPATKAN KEKUATAN DALAMAN DIRI ANDA. Dan untuk share dengan anda perkara ini, Ibu tak boleh sekadar tulis. Ibu perlu tunjukkan dan bawak anda ke dalam diri anda.

Jika anda bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya, boleh set appointment SuccessParentCoach bersama Ibu . Hubungi  03- 61439727 untuk kami bantu.

Ibu juga baru melancarkan Ebook Terbaik di bawah harga pasaran.

EBOOK 6 RAHSIA ANAK DIDIK ANAK CEMERLANG, BERJAYA DAN BERJASA.
www.iburose.com/anakcemerlang

 

 

3 Jenis Gaya Parenting Penting Untuk Anda Fahami. Supaya Anak Tidak Menjadi ‘Tuan’ Kepada Ibu Bapa

RAMAI IBU BAPA TANPA NIAT SEDANG MENDIDIK ANAK-ANAK MEREKA MENJADI ‘TUAN’ KEPADA MEREKA!!!

Bukan senang untuk Ibu berkongsi pemerhatian Ibu ini. Namun, sebagai seorang yang faham akan Perkembangan Kanak-kanak, Psikologi Manusia dan Self-Actualisation Psychology.

Kenapa Ibu katakan perkara tadi.

Kerana 3 GAYA PARENTING ini yang SELALU SANGAT ibu bapa guna.

 

1- PERMISSIVE PARENTING

Ikut semua kehendak anak-anak kerana terlalu memanjakan. TAKUT anak tak sayang! TAKUT anak merajuk! TAKUT anak rasa tidak dikasih! Takut itu dan ini…ibu bapa seperti tiada tulang belakang dan anak tiada kawalan.
Contoh yang sering kita cakapkan adalah, ” Anakku Sazali”.

Menjadi TUAN yang hanya pandai menyuruh-sarah, Tiada belas kasihan terhadap kesusahan orang lain, kerana dia sendiri tidak pernah berasa susah.

 

2- NEGLECTFUL PARENTING

TIDAK KISAH LANGSUNG! Anak dibiar dan tidak dipantau. Tugas mendidik diberikan kepada orang lain dengan BERLEPAS TANGAN. Anak-anak merasakan tidak dihiraukan dan dikasihi. EMOSI anak terluka…ADAKAH AKU WUJUD DI HATI IBU BAPA KU?

Perkara ini boleh terjadi didalam perhubungan suami isteri. Dimana hanya seorang sahaja yang memikirkan, melaksanakan keibubapaan dan menjalin perhubungan dengan anak-anak. Yang seorang itu sambil lewa, tidak mengendahkan, bila diminta menjaga anak-anak, lebih menumpukan kepada games di dalam handphone, atau aktiviti sendiri contohnya…anak-anak terabai.

TUAN, yang dibentuk…hasil dari perasaan dendam kerana diabaikan. Maka abaikanlah saja tanggung-jawab kepada ibu bapa.

 

3- DOMINANT PARENTING

AKU BETUL, KAMU SALAH! Anak-anak tidak boleh bersuara atau memberi pendapat. Cara ibu/bapa sahaja yang betul. Kesalahan dan kesilapan akan dihukum tanpa soal-siasat dan tidak mengira umur.

Perasaan anak-anak tertekan. Anak hilang keyakinan diri atau menjadi pemberontak. Bila badan sudah besar, menjadi TUAN yang tiada belas kasihan. Kasar cara didikan, KASARlah cara anak itu berinteraksi dengan ibu bapa.

Ya, tidak semua anak-anak akan jadi sebegini. Namun, ramai yang akan menjadi begini.

Yang tidak jadi TUAN kepada ibu bapa mereka, adalah anak-anak yang belajar memaafkan kesilapan ibu bapa dan BERUSAHA mengubat sakit semalam dan MENGUTAMAkan KASIH sejati mereka dan perasaan kesyukuran mereka terhadap pengorbanan besar atau kecil ibu bapa.

Walaupun demikian halnya…bukankah lebih senang kita sebagai ibu bapa yang bertanggung-jawab bereusaha mengelakkan keberangkalian buruk tadi…

Bagaimana…jadilah ibu bapa yang mempraktikan LOVING & FIRM parenting. Nanti kita bincang yang ini pula ya dan kenapa ia melahirkan anak-anak yang berjasa kepada ibu bapa dan dunia.

Part 2: Peranan Ayah Dalam Keluarga – Mendidik Anak Dua Tahun

Sambung….

PART 2: PERANAN AYAH DALAM KELUARGA – MENDIDIK ANAK DUA TAHUN…

Pada usia dua tahun atau lebih atau kurang sikit, merupakan masa yang paling mencabar ibu bapa. Seperti yang Ibu selalu katakan sebelum ini. Jika bijak ibu bapa kendalikan perangai anak-anak kecil itu semasa ini, InsyaAllah, akan lebih mudah menguruskan mereka bila sudah remaja nanti.

Tantrum yang sering ditunjukkan anak-anak kecil masa ini adalah cetusan-cetusan perasaan, rasa tidak selesa atau tak puas hati. Kadang-kadang tu, hanya sebab tak pandai makan dengan sudu pun dah boleh menyebabkan mereka mengamuk.

Kenapa?

Sebab pada usia ini dia nak buat macam orang dewasa tapi motor skil belum mahir. Itulah yang menyebabkan dia kecewa. Malah dia ingat dia dah dewasa pun. 🙂

Relaks, jangan cepat nak melenting bila dia jatuhkan sudu ke, apa ke. Kita pun jatuhkan sudu dan buat macam tak pandai makan dengan sudu juga…pasti dia terheran and tantrum terhenti…

Pada usia ini anak-anak hanya ada Attention dia belum ada Intention (niat).

Pada usia ini anak-anak tidak ada niat buat sesuatu kerana sesuatu. Contohnya, dia tidak menangis sebab nak beri ayah-mama pening! Dia tiada niat begitu pun!

Bila kita faham akan perkara ini, maka untuk menghalang anak-anak dari terus mengamuk kerana hendakkan barang atau nak menghalang anak dari pergi ke tempat yang bahaya…wujudkan sesuatu yang akan menarik perhatiannya dengan LEBIH lagi.

——
Mengapa tak elok kita marah terlebih pada mereka bila mereka show tantrum?

Sebab anak-anak kecil ni memang tak faham lagi dan bila kita marah terlebih, yang akan jadi adalah mereka menjadi lebih degil atau takut macam kura2 masukkan kepalanya. Oleh itu bila dia dah usia besar sikit, maka kedegilan yang ketara akan menjadi-jadi atau penakut dan tak confident yang teruk akan melanda anak itu…penat nak tarik dia nak belajar ke, nak buat apa-apa ke.

Jangan risau bila kita layan dengan baik anak itu tetap tantrum…bila dia nak menangis dan tantrum, kita beri dia peluang asal jangan membahayakan diri. Kita boleh duduk dekat dengannya, atau bawa dia ke tempat lain dan basahkan mukanya sambil sebut ” Ayah faham sayang letih…ni ayah dukung and peluk!”

Wahai ayah-ayah semua…gentlemen dan amazingnya anda jika anda bersabar begini…you show a higher level of leadership dan anak itu akan belajar akhlak mu 🙂

Orang akan kata…kita manjakan anak…itu orang yang tak faham mengenai perkembangan kanak-kanak! Kita tak perlu ikut kata-kata mereka. Bayangkan anak tu baru 2 tahun, kecil tu…dah nak ditengking dan dipukul bagai hanya kerana dia menangis kerana letih atau kecewa toys kena rampas ke…sepatutnya, kita bimbing dia macamana nak kendalikan frustration dia dan bukan kita pulak yang frustrated dengan anak kita yang comel tu…

Ibu mendoakan agar sayang semua akan bertambah bijak dan sabar mendidik anak-anak. <3

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

Teknik Jadi Ibu Bapa Proaktif Untuk Membantu Perkembangan Anak-anak

Contoh cara jadi ibu bapa PROAKTIF

1. Jika tidak mahu anak-anak merosakkan hiasan rumah, maka letaklah hiasan itu di tempat yang anak-anak itu tidak sampai dan tak nampak jika boleh.

2. Jika takut anak-anak bermain dengan benda yang bahaya, hias rumah tanpa ada benda yang bahaya di merata tempat.

Itulah maksudnya menjadi pro-aktif.

Kenapa?

Jika anak-anak terlalu kerap dilarang dengan kasar, maka kemahuan untuk berjaya- ‘Achievement Drive’ anak itu akan terbantut.

Jika anak-anak tiada ‘ruang’ untuk mencuba, maka anak-anak tidak boleh mengetahui kemampuan mereka sejauh mana.

Oleh itu dalam mencorak peribadi dan karekter anak-anak, jadilah pro-aktif bagaimana untuk dapat memberi ‘ruang’ untuk mereka mencuba dan dapat mengelak daripada terlampau kerap perlu melarang mereka.

Semoga Tuhan memudahkan usaha kita untuk mendidik anugerah yang menjadi amanah kita ini. <3

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

5 Langkah Menangani Anak Tantrum Usia 1.5 tahun ke 2.5 tahun

 

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini. 
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A’uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA.
Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.