KISAH RUMAH TANGGA…

Susah bila suami isteri tidak sepakat mendidik anak-anak.😭
.
Siapa setuju?
.
Apakah diantara kesannya bila keadaan ini berlaku.
.
Anak-anak payah memberi kerjasama dengan ibu bapa. Hormat pun tidak ada sebab ayah dan ibu tidak hormat satu sama lain.
.
Anak tak suka dengar cakap. Sebab mak ayah sering bertelagah diantara satu sama lain.
.
Anak mudah bergaduh dan tidak rapat diantara satu sama lain.
.
Anak mencari kawan-kawan yang senasib dengannya dan kebanyakan mereka ini adalah anak-anak bermasalah.

(sumber foto dari google.com)

.
Penting mak ayah bersefahaman dan menghormati pendapat satu sama lain. Tak bersetuju pendapat tu ok. Kita manusia mesti ada pendapat yang berbeza, namun hormatlah.
.
Kalau suami nak jadi ketua, jadilah ketua yang layak dihormati. Kalau di rumah tidak mahu melakukan kerja langsung, itu bukan ketua namanya. Maaflah, jika bunyinya kasar sikit. Tapi, itulah hakikatnya.
.
Ketua bukanlah seorang yang setakat mengarah dan menyuruh sahaja tetapi tidak melakukan apa yang disuruh.. Itu jenis ketua yang sudah lapuk. Tiada siapa yang hormat ketua begitu.

(sumber foto dari google.com)

.
Ketua yang dihormati hari ini adalah ketua yang menunjukkan teladan yang baik. Nak rumah bersih, sama-sama membersihkan rumah dengan isteri dan anak-anak. Nak anak rajin, si ayah pun rajin melakukan kerjanya. Nak isteri cantik, si suami rajin memuji isteri dan ringankan tugas isteri di rumah.
.
Oops, pasal tugas isteri di rumah. Dari mana kita dapat kefahaman yang masak, membersih baju, menyidai, membuang sampah, mengesahkan anak-anak itu tugas isteri semata-mata? jauh ke laut dah kefahaman ramai ni.

(sumber foto dari google.com)

.
Kisah rumah tangga, ada-ada sahaja…

Isteri pergi kerja bantu suami cari rezeki. Itu tak wajib baginya, tapi dia lakukan sebab sayangkan keluarga. Tidak logik, bila balik rumah dia sorang-sorang perlu hadap semua kerja di rumah dan didik anak-anak. Tidak cukup dengan itu, siap dimarah dan dikomen buruk jika tidak sempurna.
.
Bila seorang suami lakukan perkara ini pada isterinya, maka jatuhlah kualiti kepimpinannya. Apa yang lagi menyedihkan anak-anak lelakinya pula melihat lalu menyangka begitulah untuk dia hidup sebagai seorang lelaki!
.
Ibu ramai berjumpa para suami yang mengkagumkan Ibu. Balik kerja bantu isteri dengan kerja rumah walaupun si isteri sendiri tidak berkerja di luar. Bila ditanya kenapa perlu lakukan semua itu sedangkan isteri mu bukankan duduk di rumah sahaja? Jawapan mereka inilah yang memberi Ibu harapan yang berbunga ” Isteri saya sibuk dengan kerja yang tidak sudah-sudah. menjaga anak-anak kecil bukan mudah. Saya bantu dia kerana saya ini suami dia dan saya mahu dia tahu, she is appreciated.”
.
Wow, kan best macam tu.

(sumber foto dari google.com)

.
Ibu doakan lebih ramai suami yang begini. Dan Ibu yakin para suami yang membaca ini, adalah dari golongan yang prihatin dan mempunyai kepimpinan yang membanggakan💖.
.
Bagi ibu dan ayah yang sedar ni, please pastikan anak-anak lelaki mu menjadi lelaki yang berwibawa dan bertanggung-jawab. Jangan biarkan dia malas membuat kerja di rumah. Biasakan dia membasuh pinggan, basuh kain, mop lantai dan buat kerja-kerja yang perlu dilakukan di rumah. Anak lelaki jangan dibiasakan menjadi tuan dan menunggu sahaja dihidangkan dan dibersihkan pinggannya oleh adik beradik perempuannya. Itu akan melemahkan dia sebagai seorang lelaki yang bakal memimpin rumah tangganya.

(sumber foto dari google.com)

Tetaplah bersama Ibu di Facebook www.facebook.com/iburoselove
.
Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram.
Klik link ini t.me/iburoselove
.
Follow Instagram Ibu – https://www.instagram.com/iburoselove/
.
Terus ikuti Ibu di Twitter – https://twitter.com/IbuRoseLove

#BetterParentBetterChildren
#BPBC
#IkonMemperkasakanIbuBapaDanKeluarga
#IbuRoseLove
#FirstClassParents
#FirstClassParentsMovement

Comments

comments