Siri Membina Akhlak Mulia…

Bila kelembutan kasih-sayang dirasai oleh seseorang anak, hatinya penuh dengan kasih-sayang. EQnya berkembang. Ini menyebabkan anak itu boleh merasai perasaan orang lain terutamannya ibu bapa mereka. Mereka menjadi lebih prihatin.

.

Maka bila tiba masa untuk memohon maaf, hati mereka memang sudah besar dan merah menyala untuk itu. Kasih-sayang yang mereka rasai terhadap ibu bapa mereka, akan menginsafkan mereka dan ini menyebabkan mereka menghulur tangan dengan penuh keikhlasan.

(sumber foto dari google.com)

.

Itulah sebabnya, sebelum kita hendak mengajar anak memohon maaf dengan ikhlas, anak itu perlu merasai keikhlasan hati kita mendidik mereka.

.

Bagaimana tu?

.

Jangan banyak merungut bila membuat kerja kerana anak dan untuk anak. Bila hendak memandikannya, lakukan dengan ceria walaupun anda sedang mengejar masa. Rasakan di dalam hati, ‘This is my precious’. Lalu suruh mandi atau mandikan dengan penuh rasa bersyukur. Inilah Joyful & Loving Parenting. Tentunya pahala berganda-ganda.

(sumber foto dari google.com)

.

Bila nak mengajar memohon maaf semasa Hari Raya.

.

Sekarang sudah menjelang hari raya, maka mulalah bercerita mengenai apa maksud hari raya itu. Apakah yang penting dilakukan semasa hari raya. Dua perkara yang sangat penting, MENGUKUHKAN SILATURAHIM dan MERAIKAN KEMENANGAN mendidik hati semasa Ramadhan.

.

Kemudian terangkan bagaimana mengukuhkan silaturahim itu. Dengan memohon ampun maaf dan ziarah menziarahi. Menjaga kata-kata dan menjaga perangai serta perbuatan semasa bersama.

(sumber foto dari google.com)

.

Kemudian terangkanlah bagaimana untuk memohon maaf dengan ikhlas, supaya betul-betul kosong-kosong. Iaitu, buatlah kerana mahu mencari reda (redha) Allah. Jikalau dengan anak-anak kecil, bahasanya adalah, NAK BAGI ALLAH HAPPY.

.

Bila kita ikhlas memohon maaf dan memaafkan, maksudnya kita tidak lagi mengungkit kesilapan yang telah dimaafkan. Dengan anak yang sudah besar, tentu agak senang nak menerangkan. Tapi jika anak itu masih kecil, maka perlulah menerangkan dengan ayat mudah dan sabar menjawab soalan mereka.

.

Lakukanlah contoh supaya anak faham.

(sumber foto dari google.com)

.

PENTING

.

Jika sesuai, biar anak-anak melihat bagaimana anda suami-isteri bermaaf-maafan. Bila mereka melihat contoh yang baik, maka mudah untuk mereka melakukan yang betul.

.

Bila anak memohon maaf, ELAKKANLAH dari mengungkit kesalahan anak. ELAKKAN juga kata-kata seperti…” Nanti buat lagi!”. Bila anak minta maaf, PASTIKAN ANDA MEWUJUDKAN SATU SUASANA YANG ANAK ITU RASA SELAMAT UNTUK MEMINTA MAAF DAN MELUAHKAN RASA KESALNYA.

(sumber foto dari google.com)

.

Anda duduk di atas kerusi atau katil, dan anak bersalam sambil duduk di lantai, PEGANG LEMBUT KEPALANYA, USAP kepalanya dan CIUM dahi dan kepalanya. Jika dia mendongak mencari mata anda. Lihat matanya dengan pandangan penuh kelembutan kasih sayang. Ini akan memberanikan anak untuk memohon maaf.

.

ELAKKAN MEMBERI DUIT RAYA SELEPAS MEREKA MEMOHON MAAF. Jangan kaitkan duit raya dengan memohon maaf dengan penuh keikhlasan. Bagilah duit raya itu pada masa yang lain. Mungkin malam sebelum raya atau pada masa lain yang sesuai.

(sumber foto dari google.com)

.

MENGAPA?

.

Kerana kita tidak mahu anak-anak kecil terfaham bahawa bila minta maaf akan dapat duit. Kita tidak mahu anak-anak kita terfaham begitu. Memohon maaf biarlah seikhlas yang dia boleh lakukan.

.

ELAKKAN

.

Mengata anak tidak ikhlas meminta-maaf. Jika nampak anak acuh tak acuh meminta maaf. Ini petanda dia malu , rasa janggal dan dia belum berani lagi meluahkan hatinya. Mungkin kerana tidak biasa, atau anda sendiri tidak mewujudkan rasa selamat untuk dia meminta maaf atau hanya kerana dia belum matang lagi untuk memahami semua ini. Maka BERSABARLAH mendidik dan membina rasa selamat di dalam dirinya itu.

.

Jika anak masih tersangat kecil, maka memadai untuk anak kecil itu mengikut-ngikut sahaja.

.

KITA MEMINTA MAAF KEPADA ANAK. ADAKAH INI PERLU?

.

Bila anak sudah meminta maaf dan anda memberi maaf kepada anak, secara ikhlas mohonlah juga maaf dari anak. Anak itu juga manusia yang kita berinteraksi, ‘Hablumminannas’, maka elok juga untuk kita memohon maaf dengan baik darinya. Sebagai manusia kita mesti ada kesilapan dengan anak-anak kita. Tidak jatuh maruah kita bila kita memohon maaf dari anak-anak kita.

.

CONTOH

.

“Mama maafkan kakak. Kakak anak yang baik. Kakak selalu tolong mama. Kadang-kadang kakak ada tersilap, degil cakap mama, lawan mama. Mama maafkan semua itu sebab mama tahu anak mama baik dan mama tahu kakak tersilap dan boleh perbaiki perangai sayang.

Mama juga mohon maaf dari kakak sebab ada kalanya mama termarah lebih dan tak usul periksa. Mama manusia dan juga buat silap. Maafkan mama ya. Mama sayang sangat kakak dan mama terus berusaha menjadi mama yang lebih baik untuk anak-anak mama. Kita sama-sama maaf-memaafi ya….sayang anak mama ni.”

(sumber foto dari google.com)

.

BERTERIMA KASIH

.

Bila anak hendak pergi dan bangun dari tempat itu, ucapkan terima kasih kerana dia meminta maaf dengan ikhlas dan baik. Ini akan memberi keyakinan kepada anak itu untuk berakhlak mulia seperti itu. Ini adalah maklum balas yang diberi untuk anak berasa selamat untuk berbuat baik. Ketahuilah, ramai anak-anak confuse bagaimana untuk berkelakuan baik kerana bila mereka melakukan kebaikan, tidak ada maklum balas. Inilah kesalahan.

.

Semoga perkongsian Ibu ini membantu anda bagaimana mendidik anak-anak meminta maaf dengan ikhlas.

.

Harap sudi sebarkan ilmu ini jika didapati bermanafaat untuk anda.

Ibu mendoakan siapa yang membaca dan memanjangkan ilmu ini diberi Allah rezeki yang melimpah ruah. Amiin. 💖

Wallahua’lam.

Ibu Rose – Mesejnya KASIH

Tetaplah bersama Ibu di Facebook www.facebook.com/iburoselove

.
Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram.
Klik link ini t.me/iburoselove
.
Follow Instagram Ibu – https://www.instagram.com/iburoselove/
.
Terus ikuti Ibu di Twitter – https://twitter.com/IbuRoseLove

#BetterParentBetterChildren
#BPBC
#IkonMemperkasakanIbuBapaDanKeluarga
#IbuRoseLove
#FirstClassParents
#FirstClassParentsMovement

Comments

comments