Pentingnya Pupuk Nilai Kemaafan Pada Diri Sendiri dan Anak-anak

Nilai kemaafan adalah sesuatu yang harus dididik pada anak-anak kerana ia mampu menjadikan anak itu lebih bertanggungjawab dan berjiwa besar.

Bayangkan dunia tanpa kemaafan dan dipenuhi kemarahan dan dendam. Tak best kan? Kita sendiri tidak tahu bila kita akan lakukan kesalahan. Kita manusia biasa. Namun penting untuk kita belajar untuk bertanggungjawab ke atas sesuatu kesalahan itu diiringi dengan kemaafan.

Memang sukar untuk sesiapa memohon maaf dan memaafkan kerana adakalanya situasi yang kita lalui amat menyakitkan hati dan mengambil masa untuk kita melupakan peristiwa itu. Tetapi ini bermaksud kita masih mempunya titik hitam itu dalam diri kita dan kita tidak mampu membuang ego kita, let it go dan move on. Kunci utamanya satu sahaja : CHANGE OUR MINDSET.

Jangan difikirkan meminta maaf itu adalah satu kerugian and we lost something. Fikirkan ia sebagai satu keuntungan kerana selepas itu kita akan lebih tenang. Mari ajarkan ini kepada anak-anak ya, sayang.

Jadi, sempena hari Raya yang bakal tiba ini, ingin Ibu kongsikan CARA-CARA YANG BETUL UNTUK MEMINTA MAAF dan juga CARA MENDIDIK ANAK UNTUK BIASAKAN DIRI MEMINTA MAAF.

CARA-CARA DAN ADAB MEMINTA MAAF

1. Akui Tindakan Kita Untuk Meminta Maaf Dan Sebutkan Dalam Hati.

Kita harus pasti yang kita betul-betul ingin meminta maaf dan let go of the feelings selepas itu. Susunkan ayat tersebut dalam fikiran dimulakan dengan ‘Saya memohon maaf…’ diikuti dengan punca kita minta maaf dan perasaan kita. Contoh : “Mama minta maaf sebab tengking Adib tadi. Mama terikut amarah mama dan menyesal berkasar dengan Adib. Mama sayang Adib.”

(sumber foto dari google.com)

2. Empati Dengan Perasaan Pihak Yang Tersinggung

Seterusnya, penting untuk kita tahu dan terima apakah punca yang menyebabkan pihak tersebut tersinggung. Kalau boleh jelaskan sebab tindakan kita yang menjadi punca kita melukai perasaan pihak tersebut, permintaan maaf akan jadi lebih ikhlas dan kita akan menyampaikan energi yang sangat positif. 

3. Akui Tanggungjawab

Kadang-kadang kita mahu terangkan kesalahan pihak yang tersinggung juga namun setiap permohonan maaf yang disambung perkataan TAPI akan dilihat sebagai ‘tidak ikhlas’ kerana mereka masih cuba mengubati perasaan mereka dari apa yang telah kita sakiti. Jadi, give them some time dan bila sampai masa dan mereka sudah tenang untuk berbincang, barulah berbual dan justify dengan mereka dengan cara yang baik. Kalau niat ingin perbaiki keadaan, jangan sekadar menunding jari kepada kesalahan mereka, remind mereka bahawa kita juga sedar salah kita menyakiti mereka namun
ingatkan juga bahawa kita mahu perbaiki situasi supaya tidak berulang semula, jadi cuba temui kata sepakat dan cadangkanlah sesuatu untuk kebaikan bersama untuk perbaiki keadaan ini.

4. Tawarkan Perjanjian Perubahan

Tanyalah “What can I do to make this better?” atau katakan “Next time, I promise it won’t happen again!”. To make changes, menunjukkan kita benar-benar ikhlas untuk perbaiki keadaan dan hubungan. Namun janganlah baut sesuatu yang membuatkan kita berdendam dengan mereka. Biarlah ianya sesuatu yang memang kita ingin lakukan kerana ingin perbaiki situasi dan ubati luka di hati pihak yang tersinggung. Keikhlasan adalah penentuan situasi ini.

PERINGATAN PADA DIRI APABILA MEMINTA MAAF.

1. Jangan Fikir Memohon Maaf Adalah Satu Kehilangan

Kalau minta maaf je, mesti fikir, hilang maruah, hilang ego, hilang air muka, hilang macam-macam. Walhalnya ia sebenarnya menjadi kita insan berjiwa besar dan akan meraih ketenangan dan kebahagiaan. Maaf juga tidak menunjukkan kita salah, ia menunjukkan kita lebih menghargai hubungan silaturrahim tersebut daripada ego kita. Change our mindset today!

2. Jangan Harap Orang Maafkan Dengan Segera

Ini adalah sesuatu yang paling sukar untuk dihadapi untuk pemohon maaf. Kerana padanya, dia sudah meletakkan maruah diri di bawah kaki insan yang tersinggung itu dan apabila insan itu tidak menerima maafnya segera, dia pula yang tersinggung dan marah semula, dan bergaduh semula. Maka sampai bila-bilalah takkan selesai. Begini, it takes some time to some people, bergantung kepada tahap sensitiviti mereka. Remember, they are hurt. And maybe we are hurt too but we choose to be the bigger person. So keep being the bigger person hingga habis sesi permohonan maaf kita. Bukan
mengamuk separuh jalan kerana tidak dimaafkan segera. Keep yourself in a positive state. Berikan mereka sedikit masa dan ruang. They will feel the positive aura and find you soon.

3. Perhatikan intonasi Suara Dan Body Language Sendiri Bila Meminta Maaf

Nada dikeluarkan, ekspresi muka, dan niat kira akan mempengaruhi aura kita ketika memohon maaf dan akan diperhatikan dan diadili oleh pihak yang tersinggung samada kita ni ikhlas atau tidak. Jadikannya sebahagian usaha untuk memohon maaf dan kebalkan hati dengan kata-kata sindiran
pihak yang tersinggung yang mungkin akan sakitkan hati kita. Remember you are the one with the bigger heart dan berhati mulia. Keep it up. You can do it.

CARA DIDIK ANAK UNTUK BIASAKAN DIRI MEMINTA MAAF

1) Jadikan kebiasaan sesama ahli keluarga. Tunjukkan contoh amalan bermaafan sesama keluarga.


2) Dididik dari awal supaya faham konsep kemaafan.


3) Say ‘Sorry’ walaupun kesalahan atau isu kecil, ini akan diperhatikan oleh anak.


4) Galakkan dan sokong mereka, bukan memaksa.


5) Pupuk dalam diri anak bahawa kemaafan adalah satu kebanggaan dan kehebatan, bukan kehilangan dan memalukan.

6) Didik anak untuk menggunakan bahasa dan ayat yang betul ketika meminta maaf

Semoga bermanfaat ya sayang. Dah nak Raya ni, eloklah kita jadi contoh yang baik pada anak-anak untuk memohon maaf dan memaafkan. Setiap didikan kita membentuk karakter anak-anak ketika membesar. Jadi, ini adalah salah-satu usaha untuk bentuk anak menjadi insan bertanggungjawab dan berhati mulia. Serlahkan nilai ini, bermula dari diri kita sendiri sebagai ibu bapa. InsyaAllah, akan memudahkan didikan sayang. Aminnnn.

Comments

comments