Apa kaitan kasihkan diri dengan berhenti marah anak…

Disebabkan kerja Ibu, Ibu berpeluang untuk kaunsel dan coach ramai ibu yang menderita kerana cabaran hidup mereka. Suami curanglah, anak-anak tidak hormat merekalah, mertua pilih kasihlah dan mertua suruh suami kahwin lainlah dan banyak lagi.

Ibu sebak sendirian mendengarkan kisah mereka. Tapi Ibu perlu professional. Tunjuk muka senyum tapi dalam hati, sedih.

Sedih tetapi bersyukur. Sedih kerana Ibu teringat betapa Ibu pun pernah melalui depresi begitu. Syukur sebab Ibu berjaya mendapatkan jalan keluar.

Bukan senang untuk keluar dari depresi. 10 tahun Ibu di dalam kegelapan mencari kekuatan diri. Semasa itu Ibu rasa rendah diri sangat-sangat. Dahlah memang rendah dan tak tinggi 😊.

(sumber foto dari google.com)

Ibu tak tahu pun pada ketika itu sebenarnya Ibu sedang mengalami depresi. Kemudian semasa anak Ibu yang ketiga lahir, Ibu mengalami post-mortem depression pulak. Mujurlah tidak kuat. Namun sempatlah macam hilang akal dan meroyan sorang-sorang dengan bertemankan anak-anak yang masih kecil. Yang sulung pun baru 3 tahun.

Fikir-fikirkan balik, bagaimana Ibu mengharungi hidup masa itu. Ekonomi pun meruncing. Maklumlah bila dah fail examination, scholarship pun ditariklah. So, mengharap scholarship suami untuk menampung kehidupan 5 beranak. Mahunya tak depress!

Namun, itu bukan punca semua depresi. Kerana ramai juga orang yang okay ekonominya tetapi tetap mengalami depresi.

(sumber foto dari google.com)

Apa yang Ibu telah dapati dari pembacaan, penyelidikan dan interbiu Ibu dengan ramai pesakit; semua ini bermula dari rasa benci terhadap diri sendiri. Rasa tidak puas hati, rasa geram, rasa kecewa dan rasa sangat bersendirian. Pendek kata lupa bahawa diri ini adalah pemberian Ilahi dan ia adalah anugerah yang sangat indah.

Cuba Ibu bertanya kepada anda, dalam sehari berapa kali anda bersyukur kepada Ilahi kerana diberi diri anda? Berapa kali anda rasa bersyukur bahawa anda ada mata, ada telinga , ada kepandaian, boleh memasak contohnya. Pendek kata berapa kali anda hargai diri anda?

Most of the time, and in most people, rasa tak suka kepada diri ini sangat kuat sehingga ia menyebabkan mereka bukan sahaja tidak nampak kebaikan diri mereka, mereka juga tidak nampak kebaikan diri orang lain. Disebabkan semua itu mereka menjadi pemarah dan perengus. Dan yang menjadi mangsa untuk mereka melepaskan geram adalah anak-anak kecil yang tidak berdosa!

(sumber foto dari google.com)

Semasa Ibu melalui kegelapan membenci diri itu; Ibu sering marah-marah dan senang sangat rasa lemas dengan hidup. Ibu marah kepada diri kerana kegagalan Ibu di dalam pelajaran. Ibu marah kerana Ibu tidak bekerja dan hanya suri rumah menjaga anak-anak kecil. Walaupun Ibu tahu semua itu baik. Duduk di rumah mendidik anak-anak sendiri itu adalah satu rezeki yang besar sebenarnya. Tapi kalau kita dah marah dan bencikan diri, semua kebaikan diri, dan orang terdekat karam di lautan bergelora di hati kita, bukan?

Semasa itu bukanlah setiap masa Ibu marah dan dalam kelemasan. Ada masa Ibu happy dengan anak-anak dan enjoy my life. Namun dari 10, mungkin 3 sahajalah yang Ibu enjoy. Selain itu, Ibu di dalam dunia yang gelap.

(sumber foto dari google.com)

Macamana Ibu bangun balik?

Ibu tersedar bila anak Ibu yang nombor 2 nampak sangat tiada konfiden. Nampak dia takut-takut dan banyak senyap. Dia anak yang baik. Semasa itu dialah yang sangat ringan tulang. Bayangkan 5 tahun sudah pandai basuh najis adik. 7 tahun sudah pandai gosok baju ayahnya. Tapi dia ni suka sangat mengamuk. Mudah sangat melawan! Masa itu, Ibu tidak faham sangat ilmu psikologi kanak-kanak ni, jadi bila dia mengamuk, Ibu lagi lah mengamuk. Ibu rasa dia anak yang bermasalah. Padahal yang bermasalah adalah Ibu.

Mujur Allah memberi Ibu kesedaran, dari pembacaan Ibu barulah Ibu faham, anak inilah yang paling terkesan bila Ibu marah-marah. Itulah yang menyebabkan dia mudah mengamuk.

(sumber foto dari google.com)

Banyaklah lagi hidayah yang Allah hantar kepada Ibu untuk Ibu bangun dan berubah. Namun, inilah salah satu sebab paling besar.

Untuk pendekkan cerita, apakah langkah yang Ibu ambil untuk keluar? Lima langkah ini.

1- Menerima keadaan Ibu pada masa itu dan berhenti menghakimi diri Ibu. ACCEPTANCE.

2- Mula melihat kebaikan dan keistimewaan dalam diri Ibu. FOCUS ON MY GOOD QUALITIES.

3- Mula melihat kejayaan-kejayaan kecil yang Ibu capai semasa kononnya semasa dalam kegelapan itu. ACKNOWLEDGE YOUR WINS.

4- Mula melihat keistimewaan setiap anak-anak dan menghargai mereka. BE GRATEFUL AND COUNT YOUR BLESSING.

5- Mula mengungkapkan syukur dan berhenti Komplain. SAY YOUR GREATFULNESS AND STOP COMPLAINING.

(sumber foto dari google.com)

Ibu mula melihat diri Ibu cantik semula dan berkemampuan untuk berjaya.

Itulah sebabnya di dalam penulisan ini Ibu nak beritahu sayang Ibu yang membaca ini, KASIHI DIRIMU, HARGAI DIRI MU…Sebenarnya KAU SANGAT BERHARGA.

Memahami keadaan DEPRESI ini boleh berlaku kepada ramai para ibu muda yang sedang membesarkan anak-anak; Ibu adun satu program yang berhasrat untuk membantu mereka ini. Ibu tahu kemelut di dalam jiwa semasa bergelut dengan suara yang menjatuhkan dan suara yang membangunkan. Dua-dua itu ada di dalam diri setiap kita. Dalam buku Thinking Big, mereka dikenali sebagai Mr. Triumph dan Mr. Defeat.

Ibu dah susun dan adun sebuah program berbentuk terapi HEAL ME PLEASE, I want To be A First Class Parent untuk ssesiapa yang mahu sembuh dari luka semalam.

Satulah yang Ibu sedar; jika kita ikhlas untuk pulih, Allah akan kirimkan jalannya melalui pelbagai cara.

(sumber foto dari google.com)

Bagi Ibu adalah buku “Psycho-Cybernetic”. Bila Ibu baca buku itu, fahamlah Ibu, selama hari di dalam kegelapan itu, Ibu lupa untuk kasih dan menerima diri Ibu dan bersyukur kepadaNya di atas diri ini.

Dan yang pasti sayang, Allah sayang kita. Allah tahu kita sakit bila diduga. Allah mahu kita sembuh dari sakit kita. Semua sakit itu adalah untuk menguatkan diri kita dan kebergantungan kita kepadaNya. Allah kasih kita, maka kasihlah Dia dan diri kita yang dianugerahkan olehNya.

(sumber foto dari google.com)

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(at-Taghaabun: 11)

Tetaplah bersama Ibu di Facebook www.facebook.com/iburoselove

.
Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram.
Klik link ini t.me/iburoselove
.
Follow Instagram Ibu – https://www.instagram.com/iburoselove/
.
Terus ikuti Ibu di Twitter – https://twitter.com/IbuRoseLove

#BetterParentBetterChildren
#BPBC
#IkonMemperkasakanIbuBapaDanKeluarga
#IbuRoseLove
#FirstClassParents
#FirstClassParentsMovement

Comments

comments