Jangan Matikan “Suis Kehebatan Anak Mu”
Anak kecil, tidak pernah merasakan batasan untuk melakukan sesuatu. Walaupun dia tidak tahu, dia senantiasa merasakan dia boleh melakukan segala-galanya.
Ibu masih teringat akan cucu sulung Ibu yang semasa itu dia baru berusia 1 tahun; kami sedang berbincang siapa yang akan menghantar anak bongsu Ibu ke sekolah hari itu.
Walaupun Az-Zahraa cucu sulung Ibu semasa itu belum boleh bertutur, kami faham bahasa dia. Dia yang mendengar kami berbincang itu, terus menyampaikan kepada kami dengan gelagatnya, bahawa dia boleh menghantar Mak Su nya.
Kami ketawa melihat gelagatnya dan perasannya dia bahawa dia tahu dan boleh membawa kereta.
Namun, jauh di sudut hati, Ibu tersedar dan disedarkan satu peringatan yang bagi Ibu adalah sangat besar. Iaitu, anak-anak kecil seperti Az-Zahraa ini, tidak pernah merasakan mereka tidak boleh melakukan sesuatu.
Bagi mereka tiada yang mustahil. Bagi mereka semuanya boleh dilakukan. Namun, sehari demi sehari anak kecil ini belajar bahawa mereka tidak boleh melakukan segala-galanya. Kekecewaan demi kekecewaan melanda diri mereka dan jika ibu bapa mereka tidak pandai mendidik, anak ini akan merasakan putus asa untuk mencuba melakukan sesuatu.
Maka ramai yang akan membesar dengan penuh kekecewaan di dalam diri. Apatah lagi bila mereka sering dilarang melakukan apa yang mereka ingin lakukan. Dan bertambah teruk jadinya bila mereka dimarah, dihalang dengan kasar dan dipukul kerana mahu melakukan sesuatu. Bermulalah perasaan curiga terhadap diri. Bermulalah perasaan “Aku memang tidak mampu melakukan apa-apa!’.
Hari saban hari anak-anak kecil yang sudah merasakan demikian membesar menjadi remaja dan kepercayaan ini kemudian ianya beranak menjadi, ‘Aku memang tidak penting’ dan kemudiannya ‘ Aku tidak berharga!’
Bila ini melanda diri seseorang, maka semua benda menjadi susah. Semua benda menjadi bosan! Life have no meaning! Life is boring!
Kita melihat keadaan ini berlaku pada orang dewasa, remaja malah ramai sudah anak-anak sekecil 6 tahun sudah pandai mengatakan…” Saya rasa bosan!”
Bayangkan, bagaimana seorang yang begini menjalani hidupnya?
Seolah-olah suatu suis di dalam diri telah dimatikan! Hidup menjadi tiada haluan dan sekarang dikawal oleh orang lain ibarat zombi!
Bagaimana perasan anda jika ‘suis’ ANDA sudah dimatikan?
Atau itu yang sedang terjadi kepada anda sekarang?
Mungkin juga anak-anak anda?
Ibu doakan TIDAK.
Sayang Ibu, jika suis itu telah dimatikan, sayang perlu membukanya kembali. Terlalu banyak kebaikan yang ada di dalam diri mu. Jangan sia-siakan. Anda perlu ingat dan memahami betapa Kau Berharga! Dan kenapa amat perlu dirimu merasakan begini.
Jika dikau matikan suis mu maka, suis anak-anak mu pun akan turut mati. Payah untuk anda membantu anak-anak anda mengeluarkan kehebatan mereka jika anda sendiri tidak menghargai kehebatan diri mu.
Dan ingat, menghargai kehebatan itu adalah salah satu cara kita bersyukur kepada Allah diatas ciptaannya, iaitu diri kita.
Ibu abadikan beberapa komen dari beberapa orang ibu muda mengenai perkongsian ini semasa Ibu kongsikan pada kali pertama di FB.
Apa kata followers Ibu dari FB Page Ibu.
Sila turunkan komen anda jika ada di bawah;-
p/s
Gambar hiasan ini adalah gambar cucu Ibu Az-Zahraa semasa dia 2 tahun. Dengan penuh keyakinan dia merasakan dia boleh bermain piano itu- bukankah kita juga pernah begitu – yakin ‘SAYA BOLEH‘. Bilakah bermulanya kita meragui kebolehan kita? Cuba ingat kembali. Dan elakkan kita meneruskannya pada anak-anak kita.
Salam Kasih,
Ibu Rose
Jika anda hendak belajar lebih banyak mengenai ilmu parenting, anda boleh dapatkan Audio Class Parenting Bijak Pro –Combo sekali dengan ebook 6 Rahsia Didik Anak-anak Cemerlang Berjaya dan Berjasa.
Kombo Parenting Bijak Pro & Ebook
Kombo 4 dalam 1 yang paling berbaloi untuk dimiliki.
Love & Sabar Video Class
10 Perkara yang bakal anda perolehi daripada Love & Sabar Video Class Mastery Programme ini