Patutkah Anak Perfectionist di Label Ego dan Degil?

 

 

ANAK YANG TERLALU ‘PARTICULAR’ MACAM SEMUA MESTI PERFECT….DILABEL EGO DAN DEGIL, PATUTKAH?

Mungkin ada diantara anda yang mengalami keadaan begini…Ibu beri amaran sikit kat sini…panjang perkongsian ni…namun Ibu yakin anda boleh baca dan fokus. <3

SOALAN

Salam. Ibu Rose, saya amat sukakan tulisan Ibu dan bnyk tulisan Ibu yg membuatkan saya dan suami bermuhasabah dlm membesarkan anak kecil.

Anak saya baru berusia 2 tahun 1 bulan. Maklumlah kanak-kanak usia begini mmg fitrahnya bermain dan kami semua faham. Anak saya amat gemar bermain masak2. Dia akan susun cawan, mangkuk, senang kata peralatan dapurlah dan play pretend seolah dia sdg memasak.

Cuma bila dia bermain seorg diri, yg mana dia akan susun cawan dan pinggan, kalau ada yg menyentuh walau terlanggar sedikit, dia akan marah sangat sampai berguling. Dan kadang2 bila dia kecewa tak dpt buat sesuatu (tanggalkan seluar, pasang mainan, bila susun brg terlanggar yg lain) , mmg dia akan mengamuk sakan.

Ada saudara mara yg menyebut dia ada mslh anger management, atau panas baran. Dan ada masa, bila kita offer utk tolong, dia tak mahu. Dia akan usaha sampai dapat, dan bila sudah ketandusan idea, barulah dia cari kita minta tolong. Kalau begini pula, dikatakan anak saya ego.

Kecewa juga bila dgr begitu, namun saya cuba fahamkan perasaan anak. Dia masih kecil dan baru mengenal dunia, baru belajar menzahirkan emosi. Ibu ada tips tidak bagaimana sya perlu didik anak utk tidak kecewa sehingga mengamuk dan adakah sememangnya bila tak mahu diberi pertolongan itu tandanya dia seorang yg ego?

Terima kasih atas masa dan ruang yg Ibu berikan utk menjawab soalan saya.
——————————————————————————-
Jawapan Ibu

Ibu jawab santai ya.

Memang ada anak-anak yang berkarekter seperti ini. Dia amat ‘particular’ dan mahu sesuatu itu mengikut caranya dan kesempurnaan sepeti apa yang dia mahu.

Membaca soalan sayang ini, teringat Ibu akan cucu Ibu yang bernama Muhammad itu. Mungkin dari cerita ini, sayang akan nampak jalan penyelesaian masalah ini.

Muhammad ni belum begitu pandai untuk meluahkan apa yang dia mahu. Dia ni seperti mak dan datuknya, agak ‘perfectionist’. Dia ada specification dia sendiri. Oleh itu jika sesuatu itu tidak mengikut specificationnya, maka dia akan mudah tidak puas dan hati dan boleh membawa kepada marah.

Mujurlah mama dia pun dari ‘spesis’ yang sama 🙂 Difikir-fikirkan, tentu susah semasa mamanya membesar sebab si Nemmynya ini tak begitu. Namun, mujurlah si Grandfather Muhammad macam mamanya. Jadi fahamlah sedikit Nemmy yang kurang faham ni.

Kembali kepada cerita Muhammad ni. Pada birthday dia yang ke-3, si Nemmy ni pun buatlah kek special untuk Muhammad. Kek itu dibuat dari gabungan kek Cheese Giant dan twiggies yang coklat. dan diatasnya diletakkan ais-cream vanilla. Si Nemmy ni bawalah kek tu depan dia, dengan candle bagai. Nampak dia sangat terharu, terkelip-kelip matanya menahan air-mata berderai, terharu. Rupa-rupanya budak 3 tahun pun dah pandai terharu 🙂

Lepas tiup candle, dan dipotong kek itu nak beri kepada dia, dia terperasan kek yang berwarna kuning itu dikelilingi oleh twiggies yang berwarna coklat…ha..mana memenuhi spec!!!….agaknya bagi dia kek kuning mestilah kuning semua…dan di atas meja tu ada twiggies butter yang berwarna kuning…apa lagi mulalah dia tak puas hati…tunjuk pada twiggies yang kuning tu untuk diganti dgn twiggies coklat…tapi si Nemmy tak faham…hampir nak tantrum jugalah…nasib baiklah Mak Su nya faham akan cara berfikir anak buahnya itu. Mak Su pun ambil kek cheese itu, ice-cream itu dan letak dua potong twiggies kuning kat piringnya…terus senyum dan puas hatilah si perfectionist itu. Tantrum pun tak jadi.. 🙂

Jangan cepat sangat melabel anak begini ego atau degil atau banyak kehendak…ini adalah golongan anak yang teliti dan mahu kerja mereka dilakukan dengan cermat. Mereka ini Engineer atau Accountant in the making 😉

Kita berilah ruang untuk dia ekspress kemahuannya dan kita ajar dia untuk komunikasikan kepada kita apa yang dimahu yang digambarkan di dalam mindanya. Selalunya, anak-anak begini lebih mudah tantrum sebab orang tak faham kemahuan untuk kesempurnaan yang tinggi itu. Bila dilabel ego dan sebagainya…lagilah confius dia…kasihanlah kepada mereka. Mereka masih kecil dan belum pandai lagi. Kita yang dah tua ni janganlah pula nak ajar mereka jadi ego dengan melabelkan mereka ego…sedih Ibu memikirkan orang-orang dewasa yang begini…alahai 🙁

Bayangkanlah, perkara ini ya…suatu hari, Ibu sekeluarga berada di airport. Masa itu mama Muhammad masih belum kawin tapi dan dewasalah…kami masuk kedai coklat kat airport tu…tiba-tiba nampak dia resah…dan ayahnya pun kata..” Shaimaa tak puas hati ya? Pergilah betulkan!” kata ayahnya…Dan anak Ibu Shaimaa’ mama kepada Muhammad itu pun pergilah membetulkan beberapa kotak coklat yang diletak senget dan tidak tersusun baik di rak coklat tu….boleh sayang bayangkan keadaan ini? Kami suami isteri senyum tanda faham…itulah Shaimaa’. Jadi tak heranlah kalau anak dia pun macam tu..:) it is a blessing to me…sebab dia sering betulkan dan nampak kat mana Mummy dia tercuai…orang macam ni memang perlu di dalam hidup kita.

You see, anak-anak ini sejak kecil lagi kita boleh nampak karekter atau personaliti atau lebih tepat meta-programmenya. Walaupun mak bapak sama, duduk di rumah yang sama, diasuh cara sama, seorang anak itu tetap unik dari yang satu lagi. dan semuanya ada keistimewaan yang Allah siapkan di dalam dirinya untuk misi yang perlu dia lakukan di atas muka bumi ini.

So, bagi sayang yang bertanya ini dan semua yang mempunyai cabaran yang sama, beri ruang anak itu untuk jadi perfectionist dan ajar dia secara perlahan-lahan bahawa jika orang terlanggar ke, atau benda itu tidak mencapai spec dia ke…it is okay dan boleh dibetulkan dan disempurnakan semula. Namun, mula-mula terimalah kemahuannya yang mahukan kesempurnaan itu.

Contoh cawannya dilanggar, tersengetlah sikit, maka sayang boleh katakan begini, ” Oh, cawan ni tersenget ya sebab kawan tadi langgar…sayang nak dia cantik ya…hendak buat yang sempurna tu bagus…kita boleh betulkan balik sebab kawan tadi tak sengaja. Memaafkan orang yang tersilap itu baik. memaafkan diri yang tersilap pun baik.” Kalau dua tahun dia belumlah faham sangat. Namun, kita bercakap dengan minda di bawah sedarnya bukan minda sedar sahaja. Itu pemprograman namanya.

Panjang dah ni…harap ianya membantu.