Adakah Anda seorang ibu yang melalui luka dan emosi lampau yang tercalar hebat sehingga merasa terlalu sukar untuk menjadi ibu yang baik dan hebat?

Buat pertama kali melihat wajah anak, we tell ourselves, “Mama nak jadi the best mama for you!”. Tapi impian hanya tinggal impian kerana sakit semalam mengikat diri dari boleh menjadi ibu yang terhebat untuk anak-anak.

Semasa Ibu sendiri membesarkan anak-anak, Ibu sering kecundang dengan sabar dan menahan marah. Selalu sangat anak-anak menjadi ‘punching bag’ tempat Ibu melepaskan geram dan marah. Marah pada diri sebab tidak berjaya dalam hidup, sebab fail exam, sebab tak dapat degree dan akhirnya dicemuh orang. Marah pada diri, tapi anak-anak yang menerima bahangnya.

Lantaran itulah ibu wujudkan program ini. I have been there and I have came out successfully. Alhamdulillah! So, the next step adalah untuk membantu seramai mungkin para ibu yang melalui keadaan yang sama.

SESITARIKHSTATUS
HEAL ME PLEASE JUN29 JUN 2019TELAH BERAKHIR
HEAL ME PLEASE JULAI28 JULAI 2019PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG 💖
HEAL ME PLEASE OGOS24 OGOS 2019AKAN DATANG

Jadual terkini kelas Heal Me Please

Pra Syarat

  • Mestilah komited dengan sepenuh hati untuk menjadi ibu yang hebat, walaupun kurang pengalaman.
  • Telah membaca Bab 1-3 buku “First Class Parents” (versi Ebook akan diberikan melalui emel sebaik sahaja penyertaan anda disahkan. Buku FCP akan diberikan pada hari program)

Tentang Program

Tiga hari sebelum program, anda akan diberi beberapa latihan termasuk video yang akan membantu anda bersedia untuk program ini dan menadapat manafaat yang banyak. Diantara pengisian adalah;-

Up-Close & Personal dengan Ibu Rose.

Program ini merupakan “small group” dan mesra. Ia hanya dibuka kepada peserta wanita sahaja. Hanya tidak lebih daripada 30 orang peserta sahaja akan diterima.

Ini adalah kerana ia merupakan program ‘HEALING’ di mana segala luka atau trauma lama yang merantai ibu-ibu daripada menjadi ibu hebat; First Class Parents akan di ubati.

Program ini amat unik kerana Ibu Rose akan membawa peserta melalui sebuah perjalanan yang akan mentransformasikan peserta untuk menjadi ibu seperti yang mereka idamkan; sehinggakan selepas program, peserta akan dapat menjadi ibu yang sabar secara ‘AUTOMATIK.

Di Manakah Saya? – Fahami Tahap-Tahap ‘Healing’ anda.

‘From Lemon to lemonade’ – Ubah Fokus & Karang Semula Sejarah Lampau. Jadi Direktor hidup mu.

Perjalanan Ke Arah Kehebatan Diri – Unleashing My Best Self

Install LOVE & Kemaafan.

Kesyukuran.

Siapa Ibu Rose?

Kenali Ibu Rose

Di sini kami nyatakan sedikit sebanyak mengenai Ibu Rose dan Perjuangan beliau serta projek-projek beliau.

❤️

Rozieta Shaary yang juga dikenali sebagai Ibu Rose ialah Family & Love Guru yang telah berkecimpung di dalam bidang Pembangunan Modal Insan dan pendidikan melebihi 28 tahun. Pengalaman beliau yang luas mendidik ribuan peserta daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang, menjadikan beliau seorang penceramah dan jurulatih yang sangat berpengalaman dan bijak. Ditambah pula dengan kemahiran beliau menggunakan teknologi terkini di dalam komunikasi berkesan seperti Accelerated Learning, Subliminal Dynamic, Neuro-Linguistic programming, Sains Minda dan Sains Tenaga menjadikan program-program kendalian beliau ceria, amat berkesan, dinamik dan kaya ilmu.

Selain itu Ibu Rose banyak mengendalikan program bercorak pembentukan kecemerlangan diri bagi korporat. antara mereka ialah organisasi tersebut PERODUA, PROTON, ARB, ESSO, SHELL SIME-DARBY, PUSPAKOM, SIME SEMCORP, PETRONAS, TELEKOM BERNAS, JABATAN PEMBANGUNAN WANITA dan banyak lagi.

❤️

Setelah lama di dalam latihan korperat, Ibu Rose menyedari bahawa untuk dunia menjadi lebih baik, ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan bijak dan sabar. Beliau menyedari bahawa, kesan keibubapaan kepada sesaorang individu itu amat mempengaruhi diri sesaorang individu itu.

❤️

Oleh itu sejak tahun 2011, Ibu Rose mengambil gelaran Ibu Rose dan seterusnya memperjuangkan Loving & Firm Parenting iaitu corak parenting yang akan membantu membentuk dan memerdekakan kehebatan di dalam diri anak-anak lalu membentuk generasi yang pengasih, berjasa dan komited kepada pembangunan positif dunia. 

❤️

Menyedari usaha ini adalah sangat besar, Ibu Rose telah menubuhkan Akademi Ibu Rose dimana beliau bukan sahaja mendidik ibu bapa tetapi mendidik pelapis yang bakal menyambung perjuangan membina dunia penuh kasih sayang melalui ‘Loving & Firm Parenting. Beliau menggunakan Science Self-Actualization dengan pendekatan Islamik.

Ibu Rose mempunyai Ph.D di dalam Kajian dan Pembangunan Sosial serta merupakan Trainer NS-NLP Bertauliah. Beliau juga seorang yang berpengalaman luas di dalam bidang ‘Pembangunan Sumber Manusia’ (Human Capital Development). Beliau bukan sahaja seorang jurulatih yang dinamik dan berdaya tinggi tetapi juga berpengalaman serta mempunyai ilmu yang luas di dalam bidang ini.

❤️

Oleh itu beliau sering muncul di ruangan temubual samada di media cetak mahupun media elektronik. Di antara mereka ialah, Berita Harian, Pa & Ma, Mingguan Wanita, dan beberapa lagi. Program-program TV dan radio, seperti Selamat pagi Malaysia, Selamat Pagi Malaysia, Hello On Two, Malaysia Hari Ini, Wanita Hari ini, Malaysia Hari Ini, ASTRO, Suri, Radio IKIM, dan beberapa lagi.

Pendekatan unik beliau serta mesej yang dikongsikan membolehkan beliau memberi impak yang besar kepada golongan korporat, ibu bapa, para pelajar dan juga pelbagai golongan yang lain, baik di dalam kursus, seminar mahupun penulisan beliau.

❤️

Penulis buku ‘ A Love World’ dan ‘Aku Layak Berjaya’ ini berpegang dengan prinsip bahawa ‘Kasih adalah Pendorong Terkuat’ dan ini menjadi pendorong utama beliau mengajak setiap insan untuk mengatakan, ‘Saya Membawa Perbezaan Ke Dunia Ini’. Dengan mesej kasih yang beliau sebarkan melalui penulisan dan ceramah beliau membawa beliau ke pentas dunia. Buku A Love World penulisan beliau kini berada di pasaran dunia.

Perjuangan Ibu Rose

Ibu Rose adalah merupakan Pakar Keluarga dan Kasih Sayang. Beliau amat passionate membantu seramai ibu bapa yang boleh dalam mendidik anak-anak mereka agar menjadi insan berjasa dan penuh kasih-sayang dan tidak tersasar jalan membuang hidup menjadi sampah jalanan.

Beliau amat menyedari bahawa kesan parenting adalah sangat besar. Ia boleh membangunkan insan itu atau menjahanamkannya. Bagi beliau, Semuanya naik dan jatuh dengan parenting. Bila parenting sesaorang ibu atau bapa itu salah, anak itu boleh terhalang berkembangnya potensi dirinya atau yang lebih menakutkan anak itu membenci diri dan merosakkan dirinya.

Perjuangan Ibu Rose adalah untuk membantu ibu bapa agar sedar akan hakikat ini dan meningkatkan kemahiran mereka di dalam mendidik anak-anak. Walaupun ramai para ibu bapa zaman dahulu telah berjaya mendidik anak-anak mereka dengan baik, namun banyak ilmu parenting semalam tidak boleh digunapakai lagi kerana banyak masalah yang wujud hari ini memerlukan pendekatan baru.

❤️

Malah banyak perangkap baru yang timbul dan yang perlu dielakkan. Selain itu perubahan pemikiran generasi baru memerlukan ibu bapa meraih kemahiran baru. Banyak yang perlu diambil kira namun ramai yang masih belum celik akan perkara ini.

Maka beliau berjuang untuk membawa kesedaran ini supaya lebih ramai yang mahir dan dapat mendidik anak-anak mereka menjadi insan berjasa dan berjaya. Lantaran itu beliau aktif di Facebook Page beliau berkongsi ilmu dan untuk ramai dapat mendekati beliau. Beliau juga sering di TV membincangkan perihal parenting. Beliau juga telah mengeluakan beberapa buah buku dan produk yang memfokus kepada parenting dan pembangunan diri. Selain itu, beliau juga sering mengadakan seminar dan kursus parenting.

Ada soalan? Perlukan bantuan?

Telefon atau whatsapp kami di talian 017-6802364 (En. Anwar) atau 0107669255 (Aman)
sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.