BAGAIMANA BINA SEMULA HUBUNGAN DENGAN ANAK REMAJA

Jika anda baru menyedari remaja anda sudah tidak lagi rapat dengan anda.
Atau selama hari ini anda tidak membina pertalian yang rapat dengan remaja anda sejak kecil.

Di mana sekarang, anda sudah berasa kerenggangannya.
Nasihat Ibu, janganlah terburu-buru cuba memeluk dan menciumnya sebab nak rapatkan kembali perhubungan.

BINA PERLAHAN-LAHAN
Anda perlu berjinak dulu.
Bina balik pertalian tu sikit-sikit.
Cari peluang untuk bersembang.

Bina perlahan-lahan.

Sehingga anda boleh merasakan pertalian itu telah rapat semula.
Kemudian barulah bercakap benda-benda yang berat dan penting.

Lack of rapport is the main reason people reject what you said, including your teenagers.
Maka, anda perlu sangat bersabar untuk membina semula apa yang seharusnya anda bina lama dahulu.
Namun, usah bersedih, selagi ada kesedaran, usaha dan panjatkan doa padaNya, InsyaAllah pasti berhasil.

Bukankah HATI MANUSIA ini, ALLAH yang pegang.

Buat dan yakin saja.

Salam Kasih,
Ibu Rose.

Tetaplah bersama Ibu di Facebook www.facebook.com/iburoselove

.
Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram.
Klik link ini t.me/iburoselove
.
Follow Instagram Ibu – https://www.instagram.com/iburoselove/
.
Terus ikuti Ibu di Twitter – https://twitter.com/IbuRoseLove

#BetterParentBetterChildren
#BPBC
#IkonMemperkasakanIbuBapaDanKeluarga
#IbuRoseLove
#FirstClassParents
#FirstClassParentsMovement

Comments

comments