IDOLA KANAK-KANAK ADALAH ORANG DEWASA
Ini satu Perkongsian Pengalaman oleh Maya Marz. Ini anak pertama Ibu satu ketika dulu. Pada Ibu, ia nampak comel sangat. Jom kita cuba fahami apa yang tersirat dari tulisannya.
“Masa saya kecil, idola saya ialah ayah saya Marzuki Mohamed. Dia seorang jurutera awam. Engineer la, kan? Saya bercita-cita untuk menjadi engineer. Tapi, nak jadi engineer kena pandai Matematik. Kemudian, saya lihat ibu saya, Rozieta Shaary. Masa tu dia suri rumah yang membesarkan 4 orang anak yang kecil sambil mengambil long distance course. Saya pun tak tahu apa itu long distance course masa tu tapi nampak macam best, jadi saya fikir, jadi macam ibu pun best. Sekarang ibu saya seorang ‘public figure.’ Dia ada fanpage sendiri Prof. Dr. Rozieta Shaary. Hebatkan ibubapa saya?
Bila masuk sekolah, saya lihat guru-guru saya. Mereka baik dan pandai mengajar. saya nak jadi guru pula. Sepanjang waktu kecil saya ialah melihat orang dewasa yang saya admire dan ingin besar menjadi seperti mereka. Sebagai contoh, saya suka tengok tulisan bapa saudara saya, Muazzam Mohamed…jadi saya cuba-cuba tiru cara tulisan dia.”
====
Tersiratnya : Idola kanak-kanak adalah orang dewasa.
Tak kira baik atau jahat, jika orang itu dilihat pada mata kanak-kanak ini sebagai sayang pada mereka atau ambil berat tentang mereka, mereka akan jadikan orang dewasa itu idola mereka.
Oleh kerana mereka masih kecil, mereka tidak ada tapis baik atau buruk.
TAPIS BAGI SEORANG KANAK-KANAK IALAH ‘ADAKAH ORANG INI SAYANG ATAU TIDAK PADA SAYA?’.
Mereka akan serap semua tentang perangai orang yang mereka sayang itu. Tak kiralah, cara pertuturan, cara bergaul dengan orang, kata-kata yang disebut ketika memandu, cara berpakaian…semuanya diperhati oleh mata-mata kecil. Dari sinilah sebenarnya lahir nilai-nilai diri yang bakal dibawa bila mereka dewasa kelak.
Cuba bayangkan jika idola anak kita ialah orang yang berperangai kurang elok…seperti tidak menjaga tatatertib dan hemah bila berhadapan dengan orang, atau berprasangka buruk terhadap sesuatu isu. Tanpa prejudis, kanak-kanak ini akan mengikut perbuatan itu kerana mereka sayang orang dewasa itu.
Sebaliknya, jika idola anak kita ialah orang yang berakhlak tinggi, berhemah dan berbudi, juga tanpa prejudis kanak-kanak ini akan mengikut perbuatan itu juga kerana sayang.
Sebab itu, dalam Islam dan banyak agama lain, kita diajar untuk rapatkan diri dengan anak-anak kita supaya kita sentiasa boleh pantau idola mereka dan kita sendiri menjadi idola mereka. Beratkan, tanggungjawab orang dewasa?
Sebab itu Allah berikan kita akal untuk berfikir, hati untuk berasa sayang terhadap sesama insan dan kewarasan untuk kita pertimbangkan setiap tindak-tanduk kita sebelum kita melakukan sesuatu. Kesannya bukan sahaja terhadap diri kita tetapi juga pada mata-mata kecil yang memerhati kita dengan penuh kasih sayang.
Jadi, sebelum kita membuat sesuatu…tanya diri:
‘Jika saya buat ini…apakah kesannya kepada mata-mata kecil yang memerhati?’
Saya hari ini adalah kerana idola-idola saya. Anda hari ini adalah kerana idola-idola anda. Saya ingin anak saya menjadikan saya idola mereka. Saya ingin mereka membesar dengan hati yang penuh kasih sayang terhadap semua masyarakat dunia. Jadi, hati saya perlu dahulu penuh kasih sayang terhadap semua masyarakat dunia.
IDOLA KANAK-KANAK IALAH ORANG DEWASA!”
Salam Kasih,
Ibu Rose.
Tetaplah bersama Ibu di Facebook www.facebook.com/iburoselove
.
Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram.
Klik link ini t.me/iburoselove
.
Follow Instagram Ibu – https://www.instagram.com/iburoselove/
.
Terus ikuti Ibu di Twitter – https://twitter.com/IbuRoseLove
#BetterParentBetterChildren
#BPBC
#IkonMemperkasakanIbuBapaDanKeluarga
#IbuRoseLove
#FirstClassParents
#FirstClassParentsMovement
FIRST CLASS PARENTS EDUCATIONAL PROGRAMME “Unleash Your Parenting Genius In Raising Children To Be Great” berdasarkan QURANIC SELF-ACTUALISATION TECHNOLOGY
Yang membawa keluar FITRAH KEHEBATAN DIRI! (Emancipate Your Greatness!)
APA ITU QURANIC SELF-ACTUALIZATION TECHNOLOGY? Ia adalah teknologi berdasarkan Quran dan Sunnah Nabi s.a.w yang membawa keluar FITRAH KEHEBATAN DIRI seseorang.
Ia juga boleh mengeluarkan KEPINTARAN KEIBUBAPAAN (PARENTING GENIUS) ANDA.