MENGAPA BAYI 9 BULAN SUKA SEMBUR MAKANAN

Salam Ibu,

Anak saya perempuan, umur 9 bulan dan dia suka sangat sembur bila makan.
Dan bila sembur, dia akan senyum.
Sebelum ni saya cuba nak tahu sebab dia sembur.
So bila dia sembur, saya akan bagi air. Mungkin dia dahaga. Tapi lepas bagi air, dia sembur juga.

Nak kata dia kenyang, dia akan buka mulut untuk suapan seterusnya.
Saya cuba avoid saying NO risau terlalu kerap sebut. Saya cuba ignore tapi dia tetap sembur.
Kalau bukan waktu makan, dia akan sembur air liur.
Boleh Ibu kongsikan cara untuk saya deal dengan situasi ni?
Terima kasih Ibu.

Jawapan Ibu
========

Dia sembur sebab dia mula nak test kendalian dia terhadap mulutnya.
Ini akan membantu dia untuk cepat bercakap.
Tak mengapa biarkan sahaja dia melakukannya.
Ini cuma fasa dalam pembesaran anak kecil.
Tiada kena mengena dengan akhlak.
Cuma anda perlu bijak untuk tidak letak makanan yang dihidangkan untuk orang lain dekat dgnnya supaya tidaklah semburan itu termasuk ke hidangan.

Ibu Rose.
Empower With Love

Tetaplah bersama Ibu di Facebook www.facebook.com/iburoselove

.
Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram.
Klik link ini t.me/iburoselove
.
Follow Instagram Ibu – https://www.instagram.com/iburoselove/
.
Terus ikuti Ibu di Twitter – https://twitter.com/IbuRoseLove

#BetterParentBetterChildren
#BPBC
#IkonMemperkasakanIbuBapaDanKeluarga
#IbuRoseLove
#FirstClassParents
#FirstClassParentsMovement