Bila Anak Susah Makan Cuba Cara Ini…

Adalah sangat penting untuk tidak mengkaitkan sesi makan dengan kesedihan. Ibu faham adakalanya anak akan buat perangai semasa makan. Sebaiknya elakkan diri memukul atau mencubit atau menengking. Ini bukan suatu perbuatan yang patut dibanggakan.
.
Semasa Ibu kecil, I was a very sickly baby because I was suffering from asthma. Jadi Ibu kurang berselera makan. Maklumlah mulut ni sentiasa pahit.
.
Ibu masih ingat bagaimana sabar arwah ibu, Ibu memujuk dan bermacam cara dia menggayakan untuk Ibu hendak makan. Suatu hari, arwah memasukkan nasi berlaukkan kari daging dan sedikit kentang ke dalam besen kecil. Zaman dulu ada besen kecil tau!
.
Entah macamana Ibu rasa sedap sangat makan dalam besen tu. Banyak Ibu makan dan setiap kalilah juga Ibu mintak kalau nak makan, makan dalam besen.
.
Budak-budak kecil ni pelik kadang-kadang tu. Selalunya mereka mengkaitkan makan itu dengan perkara yang tidak seronok. Itu sebab bila ibu bapa sabar mencari jalan yang boleh menyebabkan dia akan bertukar fikiran, anda akan mendapati dia tidak lagi susah untuk makan.
.
NAMUN, kalau masa makan sudah dikaitkan dengan masa marah-marah, maka banyak kesan buruk yang akan muncul dikemudian hati.
.
Namun, jika anak tidak mahu makan, anda terpaksa mengambil langkah membiarkan dia lapar. It is okay. Biar dia faham, jika dia tidak makan mengikut schedule, dia akan berasa lapar. Yang Ibu cuba sampaikan di sini, jangan iringi cara anda handle perkara itu dengan pukul dan marah-marah yang berlebihan.
.
.
Salam Sayang,
Ibu Rose

Tetaplah bersama Ibu di Facebook www.facebook.com/iburoselove

.
Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram.
Klik link ini t.me/iburoselove
.
Follow Instagram Ibu – https://www.instagram.com/iburoselove/
.
Terus ikuti Ibu di Twitter – https://twitter.com/IbuRoseLove

#BetterParentBetterChildren
#BPBC
#IkonMemperkasakanIbuBapaDanKeluarga
#IbuRoseLove
#FirstClassParents
#FirstClassParentsMovement