JADIKAN HARI INI HARI PALING POSITIF UNTUK ANDA!

Assalam dan salam sejahtera semua, hari ini jadikan hari yang paling positif bagi anda. Apa maksud positif? Maksudnya anda bergerak ke arah apa yang anda impikan.
.
Jika impikan anak yang soleh, baik dan mendengar kata, maka itulah yang anda penuhkan di dalam apa yang anda rasa dan anda fikirkan, (your think and feel). Maksudnya, bila sesuatu itu berlaku terutama kepada anak-anak anda, maka perasaan anda dan pemikiran anda mestilah menguatkan apa yang anda hajati dan bukan apa yang anda tidak mahu.
.
Contoh, anak tak mahu bangun pergi sekolah. Maka jika anda mahukan anak anda rajin ke sekolah dan rajin mendapat ilmu, maka anda tarik nafas dan bayangkan untuk sesaat dua anak anda senang bangun dan rasakan kuat dihati gembiranya melihat anak anda senang bangun.
.
Kemudian, keluarkan kata-kata yang membawa kepada anak itu bangun dengan mudah. Contoh kata-kata, “Abang yang suka sangat tengok mama gembira, bangun sayang.” “Along yang rajin bangun pagi ni, bangun sayang.” “Mama tahu letih dan susah nak bangun tapi, Along kuat semangat, sebab anak mama ni suka bagi mama gembira”…something like that.
.
Bila dah bangun, ucapkan tahniah dan terima kasih kerana berjuang melawan syaitan yang senantiasa mengganggu. Jika masih susah bangun, maka ambil air atau tuala basah dan ucapkan kata-kata manis sambil mengatakan; ‘Kali ini mama lapkan supaya senang kakak bangun sebab Mama sayang kakak, esok kakak bangun sendiri sebab kakak pun sayang mama.”
.
Semua ini akan berjaya bila anda betul-betul yakin dan kuatkan di hati anda anak anda itu memang seorang yang mendengar kata dan sayang kepada anda. Itulah syarat utama.
.
Jika ada keraguan, maka jangan hairan jika tidak berjaya. Jika ada keraguan contohnya; ‘biar benar, aku ada 6 orang anak yang malas bangun, macamana nak buat sorang-sorang!’ atau ‘ nanti manja dan lenja lah anak aku ni…tak de masa nak buat ni..” jika asyik beralasan, janganlah hairan jika tidak menjadi…kerana Nabi telah berpesan, ” semuanya bermula dengan NIAT. Buat dengan ikhlas dengan yakin, tentunya Allah akan menolong..Allah telah berpesan:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat … Allah menyebutkannya dalam al-Qur’an surat al-An’am ayat 40 :.
.
Bukankah nikmat bila anak-anak mendengar kata dan tahu tanggungjawab sendiri. Oleh itu jika hendak bertambah nikmat, maka bersyukurlah dengan segala kejayaan kecil anda dengan mereka dan kejayaan kecil mereka. Akan bertambahlah nikmat itu. Allah tidak pernah mungkir janji. 🙂
.
Salam Kasih,
Ibu Rose.

Tetaplah bersama Ibu di Facebook www.facebook.com/iburoselove

.
Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram.
Klik link ini t.me/iburoselove
.
Follow Instagram Ibu – https://www.instagram.com/iburoselove/
.
Terus ikuti Ibu di Twitter – https://twitter.com/IbuRoseLove

#BetterParentBetterChildren
#BPBC
#IkonMemperkasakanIbuBapaDanKeluarga
#IbuRoseLove
#FirstClassParents
#FirstClassParentsMovement