Mengapa Bayi 9 Bulan Suka Sembur Makanan

Anak saya perempuan, umur 9 bulan dan dia suka sangat sembur bila makan. Dan bila sembur, dia akan senyum. Sebelum ni saya cuba nak tahu sebab dia sembur.

7 Langkah Bagaimana Memberhentikan Anak Menyusu Badan

Anak-anak kecil bila mereka menyusu terutamanya menyusu badan, ia bukan sekadar makan. Ia memberikan kepada mereka rasa dikasih…

Jangan Dipukul Anak 3 Tahun yang sedang Mengamuk

Ibu ingin berpesan sedikit, bila anak kecil anda 0-3 tahun membuat perangai…menangis kuat, melembik atau mengeraskan badan, mengamuk kerana…

Mengapa Anak Membaling Barang

Jika anak itu adalah DIBAWAH USIA SATU TAHUN, maka itu adalah lebih kerana dia di dalam tahap membaling barang. Ada sebabnya ini berlaku kepada setiap anak-anak pada usia ini. Ini adalah kejadian Allah untuk membolehkan anak ini…

Tahukah Anda Bayi 0-3 Bulan Tiada Minda Sedar!!

Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur BABY baring MELENTANG dan helpless tu…Umur baby tentunya 0-3 bulan ke bawah. Baby tak tahu buat apa-apa, mungkin menganggah sahaja.

Fahami Mengapa Anak 3 Tahun ke Bawah Selalu Mengamuk

“Kenapalah anak saya ni buat perangai gini. Selalu sangat mengamuk. Aduhai..stress saya dibuatnya.”

Bila Anak Mengamuk

Cerita anak-anak mengamuk ni memang penuh dalam inbox Ibu. Ramai yang bertanya macam mana nak atasi keadaan ini. Ibu sertakan dua contoh di bawah ini. Mungkin bila anda baca, ada persamaan dengan apa yang anda alami.

Anak Usia 0-3 Tahun – Apa Penting Tahap Umur Baby Baring Melentang tu?

Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur BABY baring MELENTANG dan helpless tu…

Umur baby tentunya 0-3 bulan ke bawah. Baby tak tahu buat apa-apa, mungkin menganggah sahaja.

Selalunya, ibu bapa akan biarkan saja…paling-paling bagi susu, salin lampin dan biarkan saja baby sendirian.

Namun, ibu bapa yang bijak, tahu, pada usia ini anak tiada minda sedar. Yang wujud cuma yang bawah sedar. Diserapnya semua perkara yang berlaku di kelilingnya.

Bayangkan ibu bapa yang tidak prihatin tinggalkan anak dengan orang yang mulutnya asyik memaki dan mencela orang, itulah yang diserap. Orang di sekeliling anak itu pula asyik bergaduh dan bekelakuan kasar….serap lagi!

Aduh! mama papa bercakap penuh berbudi bahasa….sedar-sedar bila anak pandai bercakap…akhlaknya kasar dan perkataannya kasar…dari mana datangnya…ya dari apa yang dia serap semasa 0-3 bulan!

Kalau si ayah selalu memarahi si ibu atau si ibu memarahi si ayah di hadapan anak…maka terseraplah tenaga marah ke dalam diri anak itu…bila dia besar sikit…si ibu dan bapa hairan kenapalah si anak ni cepat sangat marah dan mempunyai perangai cepat marah…

mmmmm….jangan pandang rendah lagi apa yang boleh dibuat pada anak anda yang berumur 0-3 bulan

Ambil masa, cium, agah dan yang penting bercakap dengan anak itu. Tunjuk itu dan ini. Beri input…bacakan buku yang banyak gambar…janganlah pula bagi ipad atau tengok TV. Kesian sel otaknya!

Anak umur 0-3 bulan, sangat memerlukan input positif anda…lapangkan masa bagaimana sibuk pun. Cari jalan untuk bercakap dan bersembang dengannya…bersembang? Ya bersembang…kata nak anak cepat bercakap 🙂

Part 2: Peranan Ayah Dalam Keluarga – Mendidik Anak Dua Tahun

Sambung….

PART 2: PERANAN AYAH DALAM KELUARGA – MENDIDIK ANAK DUA TAHUN…

Pada usia dua tahun atau lebih atau kurang sikit, merupakan masa yang paling mencabar ibu bapa. Seperti yang Ibu selalu katakan sebelum ini. Jika bijak ibu bapa kendalikan perangai anak-anak kecil itu semasa ini, InsyaAllah, akan lebih mudah menguruskan mereka bila sudah remaja nanti.

Tantrum yang sering ditunjukkan anak-anak kecil masa ini adalah cetusan-cetusan perasaan, rasa tidak selesa atau tak puas hati. Kadang-kadang tu, hanya sebab tak pandai makan dengan sudu pun dah boleh menyebabkan mereka mengamuk.

Kenapa?

Sebab pada usia ini dia nak buat macam orang dewasa tapi motor skil belum mahir. Itulah yang menyebabkan dia kecewa. Malah dia ingat dia dah dewasa pun. 🙂

Relaks, jangan cepat nak melenting bila dia jatuhkan sudu ke, apa ke. Kita pun jatuhkan sudu dan buat macam tak pandai makan dengan sudu juga…pasti dia terheran and tantrum terhenti…

Pada usia ini anak-anak hanya ada Attention dia belum ada Intention (niat).

Pada usia ini anak-anak tidak ada niat buat sesuatu kerana sesuatu. Contohnya, dia tidak menangis sebab nak beri ayah-mama pening! Dia tiada niat begitu pun!

Bila kita faham akan perkara ini, maka untuk menghalang anak-anak dari terus mengamuk kerana hendakkan barang atau nak menghalang anak dari pergi ke tempat yang bahaya…wujudkan sesuatu yang akan menarik perhatiannya dengan LEBIH lagi.

——
Mengapa tak elok kita marah terlebih pada mereka bila mereka show tantrum?

Sebab anak-anak kecil ni memang tak faham lagi dan bila kita marah terlebih, yang akan jadi adalah mereka menjadi lebih degil atau takut macam kura2 masukkan kepalanya. Oleh itu bila dia dah usia besar sikit, maka kedegilan yang ketara akan menjadi-jadi atau penakut dan tak confident yang teruk akan melanda anak itu…penat nak tarik dia nak belajar ke, nak buat apa-apa ke.

Jangan risau bila kita layan dengan baik anak itu tetap tantrum…bila dia nak menangis dan tantrum, kita beri dia peluang asal jangan membahayakan diri. Kita boleh duduk dekat dengannya, atau bawa dia ke tempat lain dan basahkan mukanya sambil sebut ” Ayah faham sayang letih…ni ayah dukung and peluk!”

Wahai ayah-ayah semua…gentlemen dan amazingnya anda jika anda bersabar begini…you show a higher level of leadership dan anak itu akan belajar akhlak mu 🙂

Orang akan kata…kita manjakan anak…itu orang yang tak faham mengenai perkembangan kanak-kanak! Kita tak perlu ikut kata-kata mereka. Bayangkan anak tu baru 2 tahun, kecil tu…dah nak ditengking dan dipukul bagai hanya kerana dia menangis kerana letih atau kecewa toys kena rampas ke…sepatutnya, kita bimbing dia macamana nak kendalikan frustration dia dan bukan kita pulak yang frustrated dengan anak kita yang comel tu…

Ibu mendoakan agar sayang semua akan bertambah bijak dan sabar mendidik anak-anak. <3

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

Bagaimana Untuk Melarang Anak Usia 3 Tahun ke Bawah dari Melakukan Sesuatu Berbahaya

 
Bila melarang anak-anak kecil usia 3 tahun ke bawah; perlu untuk kita terangkan mengapa tidak boleh.
 
Kita perlu terangkan dengan baik, tak cukup kerana ‘Nanti Allah Marah!’ saja.
 
Contoh senario: anak nak ambil pisau.
 
Perlu kita kata NO sayang! namun tak cukup sekadar cakap, kita perlu ambil pisau itu dan jauhkan dari anak itu dan kemudiannya letakkan benda yang selamat untuk menggantikannya.
 
Kemudian terangkan kepada anak itu kenapa.
 
Adakah dia akan faham? Tidak. Dia tidak terus faham dan boleh mengambil tindakan yang baik. Namun, kita bukan bercakap dgn minda sedarnya. Bila kita menerangkan kpdnya, kita bercakap dgn minda di bawah sedarnya. Kita sedang memasukkan info yang baik untuknya.
 
Oleh itu guna ayat yang mmbina dan pastikan keadaan diri (state) adalah dalam state tenang, selamat dan kasih-sayang.
Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru