Risau Tinggal Anak Semasa Kerja? 3 Langkah Ajaib kenalpasti Pengasuh Berkualiti Tinggi dan SELAMAT.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah perasaan bila Ibu membaca atau mendengar berita anak-anak kecil yang menjadi mangsa pengasuh.

Bagaimana perasaan ibu bapa itu? Dan jika anak itu masih hidup, bagaimana dia membesar dengan trauma yang kuat itu; hanya Allah yang tahu.

Bolehkah kita membendung kejadian ini dari terus menular dan menjadi ketakutan ramai ibu bapa yang terpaksa meningalkan anak-anak dengan pengasuh.

(sumber foto dari google.com)

Natijah dari cabaran ini, ramai para ibu yang berhenti kerja sebagai jalan penyelesaian kepada perkara ini. Mungkin itu yang terbaik.

Namun, ada keluarga yang tidak mampu mengambil tindakan itu kerana tekanan ekonomi dan kemungkinan juga kerana spesifikasi kerja yang memerlukan si ibu perlu terus bekerja. Selain itu, isu single mums, juga menjadi sebab mengapa berhenti kerja bukanlah jalan penyelesaian bagi sesaorang ibu itu.

3 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMASTIKAN PENGASUH ITU BETUL-BETUL BOLEH DIPERCAYAI.

1- Pastikan dia mempunyai kelulusan penjagaan kanak-kanak. Ini amat penting kerana ini akan memastikan kemahiran yang dimiliki. Jika ia adalah pusat penjagaan kanak-kanak, maka amat penting bahawa semua pekerjanya yang menjaga kanak-kanak mempunyai kelulusan penjagaan kanak-kanak yang diiktiraf.

(sumber foto dari google.com)

Tolong jangan tinggalkan anak kecil anda dengan sesaorang dan tempat jagaan kanak-kanak yang ikut tangkap muat sahaja. Keselamatan anak anda adalah tanggung-jawab anda. Tiada kompromi!

2- Buat siasatan dan kajian sebelum sah mengambil seorang atau pusat asuhan itu sebagai pengasuh anak-anak anda.

– Lihat track recordnya. Jangan hanya dengar apa yang dia atau mereka katakan. Ingat ya, mereka di dalam bisnes. Mereka boleh kata apa sahaja agar dapat sales.

– Interview kepada ibu bapa yang juga menghantar anak mereka di situ.

– Tanya anak kecil yang diasuh tu, jika ada yang sudah pandai bercakap. (Tapi tanyalah bila pengasuh tiada di situ) dan perhatikan gerak badan anak itu. Selalunya anak-anak kecil bercakap benar. Kalau nampak mata anak itu seperti takut-takut, tandakan ia sebagai satu petanda yang anda perlu kaji lagi. Kemungkina tempat itu kurang selamat adalah tinggi. Bertanyalah dengan anak-anak lain secara berasingan.

(sumber foto dari google.com)

– Dengar dan lihat bahasa dan lihat akhlak pengasuh-pengasuh, anak-anak mereka jika ada di situ dan juga kanak-kanak lain yang diasuh. Jika bahasa dan akhlak mereka kasar, anda mungkin mahu ‘cancel’ sahaja niat anda untuk menghantar anak anda di situ. JANGAN ambil mudah perkara seperti ini jika mahu anak anda berakhlak mulia. Jika mahu

3- Pantau Berkali kali. Sekiranya anda sudah yakin itulah tempat atau orang yang anda hendak tinggalkan anak anda, maka lakukan pantauan dari semasa ke semasa. Jika pengasuh atau tempat asuhan itu bagus, mereka tidak akan kisah dan marah anda datang memeriksa kerana mereka tidak ada apa yang hendak disembunyikan.

Jika mereka mengatakan jangan datang kerana tidak mahu anak anda terus menangis tidak mahu berpisah, maka anda boleh pantau dari luar atau lebih baik minta sesaorang yang anak anda tidak kenal untuk datang membuat pantauan.

Walaupun kita telah memilih tempat atau orang itu untuk kita tinggalkan anak kecil kita, kita masih bertanggung-jawab memastikan keselamatan anak kecil kita yang masih belum tahu apa-apa. Oleh itu pantau selalu dari semasa ke semasa. Terutama jika ada perubahan pekerja dan sepertinya.

Ini point tambahan yang sangat penting untuk anda lakukan.

Bila ambil anak balik.

-Buka mata dan lihat keadaan tempat itu. Dengarkan ‘bahasa’ yang digunakan. Adakah pengasuh masih boleh berbahasa berlembut dengan anak-anak asuhannya dan anak-anaknya sendiri? Jika tidak ini suatu yang perlu diselidik lagi.

– Balik rumah, terus check seluruh badan anak anda. Peka terhadap mood anak anda. Jika ada nampak kesan lebam atau yang sepertinya; maka selidik bagaimana ianya berlaku, jika anak itu sudah boleh bercakap. Jika tidak, esoknya tanyalah kepada pengasuh itu.

(sumber foto dari google.com)

Tak mengapa jika anda nampak cerewet. Jika pengasuh itu baik, mereka sendiri akan sangat prihatin dan ingin tahu apa sebenarnya dan mereka akan berhati-hati. Jika sebaliknya, maka anda perlu terus pantau.

Ada yang merasakan kalau sudah pilih pengasuh maka tawakal sahaja lah. Oh, ini sangat bahaya. Tawakal bukan bermaksud ‘tidak mengikat tali unta itu’. Kita tetap perlu terus berusaha memastikan keselamatan anak-anak kita. Membuat ‘checking mechanism’ itu bukan bermaksud kita tidak percaya. Itu bermaksud kita prihatin.

Kisah Benar #1

Seorang ibu mengadu yang anak perempuannya, 2 tahun di dapati asyik mengesel kemaluannya ke lantai.

Setiap kali dia mahu menghantar ke pengasuhnya, anak kecilnya akan menangis dan tidak mahu. Dan dia akan kata “ Abang tu buat!” dalam bahasa telurnya.

Mujur ibunya bertindak pantas dan berhenti menghantar dia ke pengasuh itu. Kini anak kecilnya tidak lagi menangis untuk dihantar ke pengasuh yang baru.

(sumber foto dari google.com)

Apa yang terjadi semasa di pengasuh yang pertama itu, Allah sahaja yang tahu. Dalam ilmu Ibu yang sedikit ini, Ibu nampak tanda-tanda kemungkinan besar anak itu kemaluannya telah ‘disentuh’ oleh abang yang dia takut itu!

Kisah Benar #2

Seorang datuk, ditangkap kerana didapati mencabul cucunya sendiri yang ditinggalkan untuk dijaga neneknya. Konon, setiap kali cucu itu hendak tidur, dialah yang akan membawa cucu itu tidur. Tapi rahsia apa yang dilakukannya semasa itu akhirnya terdedah bila si ibu anak itu mahu memandikan anaknya itu, mendapati kemaluan anak perempuannya itu berbau sangat kuat seolah-olah ada luka.

(sumber foto dari google.com)

Dia lantas membawa ke hospital dan di dapati anak kecil 4 tahun itu telah dicabul oleh datuknya sendiri. Apa yang lagi menyedihkan adalah si nenek itu sebenarnya tahu tetapi tidak berdaya menghalang tabiat buruk suaminya yang telah lama dipunyai oleh suaminya!

Perlu Bekerja

Memang kita sedih dan tersentap membaca cerita begini dan merasakan ia mungkin tidak akan terjadi kepada kita. Namun, tidak ada ruginya jika kita cerewet akan hal begini.

Bila anda membaca ini, kemungkinan anda merasakan bahawa takut untuk tinggalkan anak anda dengan pengasuh.

(sumber foto dari google.com)

Itu bukan matlamat perkongsian Ibu ini. Perkongsian Ibu ini bermatlamat agar pembaca akan tahu bagaimana untuk memastikan tempat asuhan yang anda tinggalkan anak-anak anda itu yang baik dan anak-anak anda selamat.

Anda perlu bekerja. Tidak kiralah kerana apa. Namun, pucuk pangkalnya anda perlu bekerja. Pergilah kerja dengan hati yang tiada was-was kerana anda telah memilih pengasuh yang bertanggung-jawab, baik akhlaknya dan menjaga keselamatan anak-anak anda.

Berdoa

Satu perkara yang PALING PENTING untuk anda lakukan setiap hari adalah BERDOA kepada Allah dan minta Allah jaga anak-anak anda. Minta dari Allah agar anak-anak mu dijauhi dari mereka yang tidak bertnaggung-jawab.

Kita boleh mengambil segala langkah ajaib, namun langkah berdoa kepada Allahlah yang paling utama. Kerana tidak bergerak sebiji zarah sekali pun kecuali dengan izin Allah.

(sumber foto dari google.com)

Allahlah yang menjaga anak-anak kita sebenarnya. Maka pohonlah daripadanya. Pohon anak-anak kita senantiasa selamat dari segala musibah dan penganiayaan Pohonlah agar hati pengasuh anak-anak kita itu ikhlas menjaga anak-anak kita. Doakan kebaikan untuk pengasuh anak-anak kita itu juga.

Hargai Pengasuh yang baik.

Dan sebelum Ibu mengakhiri perkongsian Ibu ini; pesanan Ibu, jika anda sudah menjumpai pengasuh yang baik, maka hargailah dia. Layan dia atau mereka baik-baik. Mereka adalah insan yang didatangkan kepada anda untuk memudahkan anda melakukan urusan hidup anda seharian. Itu rezeki yang sangat besar dan Allah telah berpesan;

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)

(sumber foto dari google.com)

Ibu mendoakan agar semua yang membaca ini, dilindungi Allah segala musibah samada berbentuk perkara yang dikongsikan atau yang lain.

Semoga sayang yang membaca ini dilimpahi rahmah dan dapat mewujudkan Syurga di rumah. Yang membawa kepada rumah di Syurga.

Salam Sayang,
Ibu Rose

Ibu baru mengeluarkan buku bertajuk, Tersemat Di Hati FIRST CLASS PARENTS, Anak ku, kau layak berjaya.

Boleh dapatkan buku Ibu terbaru di http://bit.ly/firstclassparents

#BetterParentBetterChildren #BPBC
#IkonMemperkasakanIbuBapaDanKeluarga
#ParentingBijakProCombo
#IbuRoseLove
#FirstClassParentsMovement

Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram.
Klik link ini t.me/iburoselove

Follow Instagram Ibu – https://www.instagram.com/iburoselove/

Parenting Bijak Pro (Audio Class)

Pakej 3 dalam 1 yang mengandungi Parenting Bijak Audio Class, Multiple Intelligence & VAK

  • Parenting Bijak Audio Class + Multiple Intelligence & VAK

    Parenting Bijak Audio Class merupakan set lengkap 6 Modul berasaskan seminar Parenting Bijak Ibu Rose. Ia merangkumi tujuan utama keibubapaan, mendalami diri anak anda, bagaimana untuk membebaskan kehebatan mereka dan perkara penting dalam pertumbuhan anak dari 0 hingga 17 tahun.
    Ilmu padat ini merupakan asas penting bagi Ibu Bapa yang ingin membesarkan anak-anak secara menyeluruh tanpa mencacatkan tumbersaran mental, emosi dan rohani mereka.

Kombo Parenting Bijak Pro & Ebook

Kombo 4 dalam 1 yang paling berbaloi untuk dimiliki.

  • 4 produk dengan harga menarik!

    Kombo ini mengandungi Parenting Bijak Pro yang terdiri daripada Parenting Bijak Audio Class, Multiple Intelligence (MI) dan VAK Bijak Belajar beserta Ebook 6 Rahsia Utama Didik Anak Cemerlang Berjaya dan Berjasa.

  • Kombo istimewa hanya untuk anda

    Kesemua produk ibu diatas boleh dibeli dengan harga yang istimewa. Tidak perlu membeli satu persatu. Dapatkan kombo ini untuk penjimatan yang lebih tinggi 🙂

Love & Sabar Video Class

10 Perkara yang bakal anda perolehi daripada Love & Sabar Video Class Mastery Programme ini

  • 4 Video 3 RAHSIA Membina Sabar
  • 6 Video MENINGKATKAN SABAR (Attain Higher Patience)
  • Ebook 17 Idea Parenting Berjaya (versi BM & BI)
  • 17 Video Untuk 17 Idea Parenting Berjaya
  • Learning Journal
  • FB Group Istimewa
  • Video Terapi Tenang & Sabar
  • Audio Terapi Tenang & Sabar
  • Ebook 10 Tips Didik Anak Bijak & Sabar