Posts

Anak-anak Sekarang Lebih Agresif? Atau Sebenarnya Mereka Itu Lebih Ekspresif!

ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF?

ATAU SEBENARNYA MEREKA ITU LEBIH

EKSPRESIF!

 

Anak Ekspresive Blog Ibu Rose

(sumber foto dari google.com)

 

Adakah anak anda mudah sangat:

  • memukul?
  • ketuk kepala?
  • mengigit?
  • membaling barang?

Mengapa anak-anak sekarang lebih agresif? Atau sebenarnya mereka lebih ekspresif.

 

“SEBENARNYA, PADA USIA 1.5 TAHUN HINGGA 3.5 TAHUN DAN MUNGKIN MEMBAWA KE 4,5,6 TAHUN ADALAH USIA DIMANA ANAK-ANAK MULA MENGEKSPRESIKAN DIRI MEREKA” 

 

Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu.

Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi ( bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi.

Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja.

Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu.

 

Ibu Rose Ebook Didik Anak Cemerlang

MEMAHAMI GENERASI MILLENNIA

 

ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF? ATAU SEBENARNYA MEREKA ITU LEBIH EKSPRESIF!

(gambar sumber dari google.com)

1-JANGAN CEPAT BERSANGKA BURUK

 

“JIKA ADA ANAK 1 HINGGA 2 TAHUN YANG KELIHATAN MAHU MEMUKUL ANAK LAIN, JANGAN CEPAT BERSANGKA BURUK KEPADANYA”

 

Dia sebenarnya  mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu.

Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar.

Apa yang Ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, Ibu tolong pegang  tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan;

‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’

Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya.Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.

 

2-SETIAP GENERASI MEMPUNYAI KARAKTER BERBEZA

 

Setiap generasi mempunyai karacter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan melinia berbeza dari segi kecenderungan dan karakter mereka.

 

“KEBANYAKAN GEN MELINIA INI LEBIH EKSPRESI. SELALU DIKATAKAN DEGIL, KERAS KEPALA DAN MENUNJUK PERASAAN”

 

3-SKIL PARENTING KURANG

 

Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Millennia  ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan.

 

“ADA IBU BAPA TERLALU LEMBUT SEHINGGA SEMUANYA DIBIARKAN.

ADA YANG TERLALU KERAS DAN TIDAK ADA RUANG BERBINCANG.

ADA YANG TERLALU SUKA MELARANG DAN MENAKUT-NAKUTKAN”

 

Sebenarnya Gen Millennia bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak.

Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu.

Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.

 

IBU KONGSIKAN 5 LANGKAH MUDAH DIDIK GENERASI MILLENNIA

 

ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF? ATAU SEBENARNYA MEREKA ITU LEBIH EKSPRESIF!

(sumber gambar dari google.com)

1 – BAWA ANAK-ANAK BERMAIN DENGAN AKTIF

1)   Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor.

Lebih baik outdoor.

 

“BILA MEREKA BERMAIN, MEREKA DAPAT MENGEKSPRESI DIRI MEREKA.

MEREKA BOLEH MENJERIT-JERIT, MELOMPAT DAN BERPELUH”

 

Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.

Cucu sulung ibu, semasa itu baru berusia 2 tahun suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kaji balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang.

Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.

 

2 – KURANGKAN GAJET

 

Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV.

 

“BILA ANAK-ANAK BERMAIN VIDEO GAMES, MEREKA AKAN MENGALAMI ADRENALIN RUSH”

 

Bila mereka tidak dapat bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka.

Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu.

 

“PILIH GAMES YANG BAIK DAN CUBA GAMES ITU DAHULU SEBELUM DIBERI KEPADA ANAK-ANAK KECIL ANDA.

JIKA ANDA SENDIRI RASA TAK MENENTU SELEPAS BERMAIN GAMES ITU, APATAH LAGI ANAK-ANAK KECIL”

 

3 – KURANGKAN GULA

 

Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak.

 

“GULA YANG TAK NAMPAK, MAKSUDNYA KITA SENDIRI YANG MEMASUKKAN GULA ITU.

GULA YANG TAK NAMPAK, CONTOHNYA MINUMAN SODA, FAST FOOD DSB”

 

Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang.

Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging. Tenaga dan ‘state’ kita semasa memasak adalah amat penting kerana itulah tenaga yang sampai kepada anak-anak kita.

Jika keadaan diri kita semasa masak banyak menyumpah-nyumpah, maka ke manalah perginya tenaga negatif itu kecuali keada makanan yang dimasak dan kemudiannya dimasukkan ke dalam badan anak.

Tenaga tidak boleh dimusnahkan atau dicipta. Ia hanya berubah bentuk.

 

4 – ELAKKAN MENJERIT-JERIT DAN KERAP MARAH-MARAH

 

Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu.

Contohnya sesuatu yang merbahaya baginya, seperti bermain di tengah jalan dsb.

 

“BILA TERLALU SUKA MEMARAHI, MARAH KITA ITU SUDAH TIDAK ADA MAKNANYA.

MALAH IA MENJADI CARA HIDUP YANG ANAK-ANAK AKAN IKUT”

 

Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu.

Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah.

Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter.

 

5- KAWAL DIRI BILA NAK MARAH

Jika anda nak marah sangat, jika anda sedang berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit sambil memekup muka ke bantal …

atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.

Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.

 

Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke semasa.

Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.

Salam Kasih dari Ibu.

 

  • Parenting Bijak Pro Ibu Rose