7 LANGKAH BAGAIMANA MEMBERHENTIKAN ANAK MENYUSU BADAN
Anak-anak kecil bila mereka menyusu terutamanya menyusu badan, ia bukan sekadar makan. Ia memberikan kepada mereka rasa dikasihi dan dilindungi.
.
Oleh itu bila mahu berhenti menyusukan anak kecil, anda mesti membuat perancangan. Jangan masuk perangkap seperti ramai para ibu yang tidak membuat perancangan, sedar-sedar anaknya sudah dua tahun. Kemudian barulah kelam kabut untuk menghentikan anak menyusu.
.
Oleh kerana kita kurang faham apakah maksud menyusu itu kepada anak itu, maka kemungkinan besar kita para ibu mudah gagal dan stres bila cuba menghentikan anak menyusu badan atau botol.
.
Ibu share apa yang anda boleh lakukan.
.
1- RANCANG
Rancang bagaimana anda akan mengurangkan jumlah anak itu menyusu.
.
2- PROGRAMKAN
Programkan ke dalam minda anak, bila dia sambut birthday kedua contohnya, dia akan berhenti menyusu. Sering katakan perkara ini BERSAMA mengurangkan jumlah anak itu menyusu badan.
.
3- UBAH CARA MENYUSU
Jika dulu anda menyusukan anak sambil baring dan membawa ke tidur, sekarang ini mulakan menyusu sambil duduk di ruang tamu dan elakkan sampai anak itu tertidur. Untuk dia biasa menyusu itu hanya sekadar dia mahu berasa dekat dengan ibunya dan bukan untuk menghilangkan lapar. Lakukan perubahan ini perlahan-lahan dengan mencadangkan perubahan itu kepada anak dengan lembut dan tegas.
.
4- SATU CARA BARU
Dapatkan satu cara baru yang membolehkan anak berasa dia dilindungi dan dikasihi. Contohnya, anda akan peluk dia sehingga 3 minit lamanya, atau baca buku dan peluk dia…apa sahaja aktiviti yang boleh anda lakukan dengan mudah tetapi sangat mesra, rapat dengan anak itu.
.
5- SELL
Faham bahawa anak itu perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu. SELL THE IDEA yang sekarang ini dia sudah besar dan nampakkan kelebihan menjadi budak yang lebih besar. SELL, SELL and SELL tanpa marah!
.
6- YAKIN
Anda sebagai ibu dan bapa yakin dia boleh berhenti menyusu badan dengan mudah!
.
7- DOA
Berdoa kepada Allah, agar usaha anda ini dipermudahkanNya.
Mudahkan bila ada ilmu. Insyaallah, tiada yang sukar sebenarnya. Teruslah upgrade diri dengan ilmu. Ibu doakan semoga anda semua mampu menjadi ibu yang bijaksana dan tenang. Semoga Ibu hari ni memberi manfaat buat anda.
Tetaplah bersama Ibu di Facebook www.facebook.com/iburoselove
.
Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram.
Klik link ini t.me/iburoselove
.
Follow Instagram Ibu – https://www.instagram.com/iburoselove/
.
Terus ikuti Ibu di Twitter – https://twitter.com/IbuRoseLove
#BetterParentBetterChildren
#BPBC
#IkonMemperkasakanIbuBapaDanKeluarga
#IbuRoseLove
#FirstClassParents
#FirstClassParentsMovement
FIRST CLASS PARENTS EDUCATIONAL PROGRAMME “Unleash Your Parenting Genius In Raising Children To Be Great” berdasarkan QURANIC SELF-ACTUALISATION TECHNOLOGY
Yang membawa keluar FITRAH KEHEBATAN DIRI! (Emancipate Your Greatness!)
APA ITU QURANIC SELF-ACTUALIZATION TECHNOLOGY? Ia adalah teknologi berdasarkan Quran dan Sunnah Nabi s.a.w yang membawa keluar FITRAH KEHEBATAN DIRI seseorang.
Ia juga boleh mengeluarkan KEPINTARAN KEIBUBAPAAN (PARENTING GENIUS) ANDA.