Pentingnya Pupuk Nilai Kemaafan Dalam Diri Sendiri dan Anak-anak

Nilai kemaafan adalah sesuatu yang harus dididik pada anak-anak kerana ia mampu menjadikan anak itu lebih bertanggungjawab dan berjiwa besar.

Bayangkan dunia tanpa kemaafan dan dipenuhi kemarahan dan dendam. Tak best kan?

Mengajar Anak Memohon Maaf Dengan Ikhlas 💖

Bila kelembutan kasih-sayang dirasai oleh seseorang anak, hatinya penuh dengan kasih-sayang. EQnya berkembang. Ini menyebabkan anak itu boleh merasai perasaan orang lain terutamannya ibu bapa

Sabar Ajar Anak Tidur Berasingan

Seorang bapa yang sangat prihatin pernah bertanyakan Ibu soalan penting. Beliau mempunyai anak perempuan (sulung) berumur 5 tahun. Anaknya sangat rapat dengannya berbanding ibunya. Si bapa ini mahu mendidik anak agar tidur berasingan…

5 Sebab anak tak dengar kata

Alahai, stressnya rasa bila apa yang kita katakan, pesan atau nasihati anak tak diikut. Kalau kita dah mengulang-ulang benda yang sama banyak kali juga, masih tak memberi kesan, kat mana lagi yang tak kena. Kadang-kadang rasa nak ‘give up’!

Jika Anak Tak Pandai Belajar – Semak Semula Matlamat dan Tujuan Belajar

JIKA ANAK TAK PANDAI BELAJAR – SEMAK SEMULA MATLAMAT DAN TUJUAN BELAJAR

Tujuan menghantar anak-anak ke sekolah adalah untuk belajar. Supaya mereka menjadi bijak dan akhirnya boleh berdikari di dalam kehidupan mereka bila mereka sudah dewasa. Sekolah adalah institusi yang kita iktiraf untuk memandaikan anak-anak kita.

Dalam masa yang sama jangan terkeliru dengan MATLAMAT belajar. Belajar adalah untuk kita menjadi kaya ilmu dan menghayati ilmu itu supaya kita boleh menjadi lebih bijak berfikir lantaran bijak menilai yang baik dari yang buruk dan kita boleh menggunakan keistimewaan diri kita yang Tuhan bekalkan kepada kita untuk kita meningkatkan taraf kehidupan masyarakat. Dengan kata lain, untuk kita menambah nilai ke dalam kehidupan manusia sejagat.

Mendapat A, adalah SALAH SATU petanda anak-anak kita mendapat ilmu itu pada tahap yang tinggi. NAMUN, ia bukanlah satu-satunya petanda anak itu akan berjaya, berdikari dan boleh menambah nilai ke dalam hidupnya, keluarganya dan dunia.

Mendapat A di dalam mata pelajaran itu hanya menandakan anak itu bijak menjawab soalan seperti yang dikehendaki oleh sistem pemarkahan. Untuk anak itu boleh betul-betul berdikari di dalam hidupnya, anak itu perlukan skil lain pula.

Ibu BUKAN mengatakan A tidak penting. Jauh sekali itu maksudnya. Mendapat A penting. Namun ia bukanlah matlamat akhir. Ia bukan END GOAL di dalam pelajaran.

Bila kita menghantar anak belajar atau mengajar anak-anak belajar sesuatu ilmu, end goal adalah untuk menjadikan anak-anak itu FALL IN LOVE with learning dan merasakan belajar adalah suatu yang menyeronokkan dan menambah daya dirinya.

Jika sayang mengajar anak-anak hanya untuk mendapat A, sayang pastinya akan terlepas pandang untuk menjadikan anak-anak itu suka belajar sebab sayang akan stres memanjang jika anak-anakmu sedikit lambat memahami apa yang kamu ajar.

Kembali kepada SEBAB UTAMA BELAJAR DAN MENGAJAR; iaitu untuk menjadikan anak

  1. Lebih berdaya tinggi
  2. Lebih berdikari
  3. Lebih yakin akan kebolehan diri
  4. Lebih mampu menambah nilai ke dunia ini

MATLAMAT mengajar pula adalah supaya yang diajar akan beroleh keyakinan diri dimana dia juga boleh dan mampu menambah nilai dengan baiknya ke dunia ini.

Oleh itu, SABARlah mengajar terutama jika anak-anak itu kurang cepat menangkap apa yang diajar dan terutama jika anak-anak itu terlalu aktif.

Jika anak-anak tidak boleh faham, masalahnya bukan anak-anak itu, masalahnya cara mengajar itu tidak sesuai dengan cara anak itu boleh faham. So,carilah dan carilah cara yang boleh ilmu dipindahkan dengan mudah kepadanya. Dan ini memerlukan kekuatan diri merendahkan ego supaya kita mampu senantiasa belajar untuk meraih skil baru dan ilmu baru.

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

Tips hantar anak pergi ke sekolah buat kali pertama!

 

Awal tahun 2017 ini, pasti ramai ibu bapa yang pertama kali hantar anak pergi sekolah!

Alam persekolahan merupakan Alam Membentuk Karekter jaya anak-anak kita. Kini mereka perlu melalui hidup mereka tanpa kita di sebelah.

Ada anak-anak yang mudah independent. Bagus! Ada yang payah sikit. Sabar! Ada yang sangat susah nak lepaskan kita. Sabar dan mesti ada strategi!

=================================

Ibu nak share tips hantar anak ke sekolah kali pertama.

Satu kunci yang boleh diambil yang akan memberi shift yang banyak terhadap kes 2 dan 3 adalah perkenalkan mereka dengan kawan-kawan dan terutamannya guru mereka.

Untuk sehari dua atau jika sekolah beri dan anda ada masa, ambillah seminggu untuk menemaninya. Apa yang anak itu perlu adalah rasa selamat. Supaya anda dapat elakkan dia dari merasakan separation anxiety.

Dan setiap malam programkan ke minda bawah sedarnya agar dia jadi berani, mudah berkawan, enjoy school and independent dari anda.

Dan KUNCI PALING BESAR….ready nak tahu?

======================================

Anda kena bersedia melepaskan dia sepenuhnya!

Jika anda masih lagi memegang tali emosi itu…dia akan rasa dan dia akan pegang sama!

Let go and let God! Bersedia melepaskan agar Allah mengizinkan orang lain menjaga dia sama ia itu para gurunya.

Dan dia untuk boleh hidup untuk beberapa jam itu tanpa risau anda 🙂

Semoga Allah memudahkan anda!

Ikuti lebih banyak perkongsian di page Ibu, www.facebook.com/familyguru