Bulan puasa dah nak dekat. Bagaimana didik anak sekecil usia 2 tahun untuk berpuasa?

Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi.  

Bersediakah anda  untuk menyambut bulan puasa dengan anak-anak?

 Ibu Rose Bagaimana didik anak sekecil usia 2 tahun untuk berpuasa?

(gambar sumber dari Google)

 Bagaimana didik anak sekecil usia 2 tahun untuk berpuasa? Bagaimana nak mulakan dengan anak berumur 2 tahun mengetahui mengenai puasa dan didik mereka berpuasa? Pada usia 2 tahun masih belum boleh bagi dia berpuasa tetapi kita sudah boleh didik dia untuk tahu erti bulan puasa.

Ibu mula latih anak berpuasa semasa mereka berumur 3 tahun. Ibu masih ingat anak sulung Ibu, Sumayyah sangat teruja nak berpuasa. Kenapa? Kerana pada tahun sebelumnya – pada usia 2 tahun Ibu sudah mula bercakap mengenai berpuasa. Beritahu dia apakah kelebihan bulan puasa.

Anak usia 2 tahun, kita dah boleh sell the idea of berpuasa. Apakah kelebihan berpuasa? Kita boleh beritahu anak-anak kita, pada bulan puasa Allah turunkan banyak kelebihan. Kita rasa tenang, kita rasa best. Agak-agak anak usia 2 tahun boleh faham ke? Dia mungkin tak faham atau memang pun dia tidak faham. 🙂

Tetapi RAHSIANYA ialah kita bukan bercakap dengan concious mind dia tetapi kita bercakap dengan unconscious mind dia. Bercakap seperti anda bercakap dengan orang dewasa. Lebih baik semasa dia sedang tidur, masa itu kita sedang programkan minda dia. Tidak mengapa kalau dia nampak confuse, its okay. Percayalah, minda bawah sedar ini ataupun unconcious mind ni sangat luar biasa kuasanya.

Antara yang Ibu praktiskan dahulu dengan anak-anak Ibu ialah dialog seperti ini:

“Sumayyah nak tahu, pada bulan puasa perut kita boleh berehat. Kita bertambah sihat. Dah nak bulan puasa dah ni. Happynya nak bulan puasa.   ” Budak usia 2 tahun mungkin akan fikir apa lah yang mak aku cakap. Tetapi its okay, yang penting state of energy kita.

Kita cakap dengan penuh rasa teruja!

Kita perbanyakkan share perkara-perkara yang baik-baik dengan anak kita.

Bila dah 3 tahun, apa yang Ibu buat?  Ibu bagi dia puasa 1 jam je. Bila dia bangun tidur, lepas gosok gigi. Bagi dia makan. Katakan waktu itu pukul 9 pagi. Jadi pukul 10 baru kita bagi dia makan.

Ibu katakan pada dia “Hari ni dah masuk bulan puasa. Sekarang ini pada pukul  9 pagi. Nanti pada pukul 10 pagi baru sayang boleh makan. Mungkin sayang akan rasa lapar. Tetapi Sumayyah kena kuatkan semangat. Bersabar. “.

Tujuannya di sini ialah supaya untuk berikan bagaimanakah rasanya lapar dan puasa itu. Untuk ajari dia erti kata berpuasa, semangat, sabar dan compassionate.

It wasn’t that easy sebab dia pun tak faham dan masih blur-blur. Tetapi dia  tunggulah waktu satu jam berdetik tu. . The next day tu Ibu tambah 1 jam setengah. Tetapi normally pada usia 3 tahun itu, kita tidaklah paksa dia puasa lebih dari 3 jam. Sebab apa, sebab dia masih lagi kecil. Pada usia 2 – 4 tahun ni, badan fizikal dia masih belum berpuasa penuh. Kita cuma ingin memberikan pendedahan awal.

Tetapi apa yang kita nak adalah supaya dia boleh rasa perasaan puasa itu. Menjadi sabar semasa dia tunggu nak makan tu. Jadi selepas itu, senang untuk kita debrief semula dengan dia. Kita tanya apa yang dia pelajari, apa pengajaran puasa dan lain-lain kebaikan berpuasa.

Okay, buat yang ini dahulu. Nanti Ibu akan share lebih banyak dalam post yang berikutnya. Jika bermanfaat boleh lah SHARE dan KOMEN supaya Ibu lebih bersemangat untuk berkongsi lebih dengan anda semua.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Ya Kareem.

Iklhas,

Ibu Rose

 

Kaedah Glenn Doman Rangsang Otak Anak

 Ibu Rose Kaedah Glen Doman Ransang Otak Anak

( Artikel ini adalah wawancara bersama Ibu Rose yang ditulis oleh Meran Abu Bakar yang diterbitkan pada September 1999 oleh Majalah Wanita)

Anak permata hati dan kebanggaan ibu bapa. Ransang anak anda sejak di kandungan lagi. Sekarang bukan perkara mustahil lagi untuk bakal ibu bapa mendidik anak, walau anak belum ada lagi di depan mata.
.
Banyak peralatan canggih membantu ibu bapa mendidik anak sejak mula kewujudannya di rahim ibu.💎💎💎

Bermula daripada awal kehamilan lagi, Rozieta dan Marzuki banyak membaca buku-buku tentang psikologi kanak-kanak dan bagaimana otak kanak-kanak boleh dirangsang sejak anak di dalam kandungan lagi. Akhirnya mereka terjumpa kaedah yang digunakan oleh seorang pakar psikologi kanak-kanak, Glenn Doman yang membuat kajian tentang bayi yang mengalami kecederaan putus salah satu urat otak akibat ibu mengalami kemalangan. Bayi ini mungkin mengalami kecacatan setelah dilahirkan. Bagaimanapun Glenn percaya bahawa bayi ini boleh menjadi normal jika otaknya sering dirangsang. Buktinya, bayi yang disangka cacat ini boleh bercakap dalam proses pembesarannya.

 

Beri reaksi sejak dalam kandungan 

Malah semasa Sofiyyah (anak kelima Marzuki dan Rozieta) masih di dalam kandungan, Marzuki banyak bercakap dengannya dan menyuruhnya memberikan reaksi dengan menendang jika Soffiyah setuju dengan apa yang diperkatakan. Selepas dilahirkan, Sofiyyah pantas menoleh bila mendengar suara ayahnya, Marzuki. Kini dalam usia tiga tahun Sofiyyah merupakan anak cerdik.

Dia boleh mengenal gambar-gambar organ manusia, haiwan dan sebagainya dan mengetahui apakah fungsi organ tersebut. Daya imaginasinya begitu kuat. Sofiyyah dapat membayangkan karekter sesuatu watak yang dilihatnya dengan hanya mendengar muzik sahaja seperti watak Mulan, Sailor Moon, Sau Hau dalam drama Cina ‘Good Old Days’ dan boleh melakonkannya semula. Begitu juga jika watak tersebut bertutur dalam bahasa Jepun atau Cina, dia dapat mengikut pertuturan tersebut dengan baik.

 

Gunakan kaedah ini pada yang normal

Marzuki dan Rozieta mula berfikir, jika bayi yang telah mengalami kecacatan otak boleh dirangsang semula semasa dalam kandungan lagi, tentu kaedah ini boleh digunakan pada kanak-kanak normal dan tentu kepintaran mereka boleh dipertingkatkan berpuluh kali ganda.

Kaedah merangsang otak bayi di dalam kandungan ini cuma memerlukan tiga konteks sahaja yang mengambil masa antara 15 hingga 30 saat, tiga kali sehari. Sekarang banyak ibu bapa yang bekerja dan dalam sehari mereka cuma mempunyai kira-kira dua jam sahaja bersama anak-anak. Bahagikan masa dua jam ini kepada tiga. Mulakan sejak anak baru lahir lagi dengan menunjukkan kad-kad bergambar sambil menyebut nama gambar tersebut. Walaupun mula-mula kita tidak nampak reaksi anak, tetapi mereka sebenarnya faham cuma mereka tidak tahu menyebut. Tunjukkan gambar tersebut dengan cepat kerana pergerakan perlahan membuatkan kanak-kanak bosan. Apabila mereka bosan, jangan paksa, berhenti dan tunggu masa yang kedua pula. Kanak-kanak cuma mahu bermain. Lagipun bila ibu bapa bermain dengan anak, akan wujud hubungan yang amat erat dan anak mendapat seratus peratus perhatian.

 

Kepintaran anak semasa 0 hingga 6 Tahun

Daripada apa yang dibaca oleh pasangan suami isteri ini, kepintaran kanak-kanak meningkat daripada usia 0 hingga enam tahun. Justeru itu Ibu bapa boleh menggunakan kaedah Glenn Doman ini kepada anak-anak mereka supaya mereka menjadi kanak-kanak yang terlebih pintar dan mampu mencapai kerjaya mereka kelak. Apabila mendapati pembelajaran mereka mudah dan senang, dengan sendirinya mereka akan suka belajar tanpa perlu dipaksa oleh ibu, bapa atau guru.

” Ibu bapa adalah guru yang paling baik untuk anak”- Glenn Doman 

PS: Ibu sudah menerbitkan ebook 6 Rahsia Utama Didik Anak Cemerlang, Berjaya dan Berjasa. Anda bukan sahaja akan menerima Ebook 68 muka surat, malah anda akan menjadi ahli dalam Special FB Group – Ibu Rose -Didik Anak  Cemerlang. BONUS:  Enam kelas dalam bentuk LIVE dan kemudian di videokan di Special FB Group yang nilainya melebih RM997! Semuanya dengan harga promosi RM27 sahaja! Baca sekarang di www.iburose.com/anakcemerlang 

 

 

E-BOOK 6 RAHSIA UTAMA – DIDIK ANAK CEMERLANG BERJAYA & BERJASA

 

Ibu Rose 6 Rahsia Didik Anak Cemerlang

E-BOOK

6 RAHSIA UTAMA – DIDIK ANAK CEMERLANG BERJAYA & BERJASA

 

Ramai yang meminta untuk Ibu mewujudkan buku Parenting supaya lebih senang mereka merujuk. Lama dah permintaan itu disampaikan kepada Ibu. Namun kerana kangkangan masa, Ibu terpaksa menundakan.

Sekarang, alhamdulillah, diatas galakan kasih-sayang ramai followers Ibu di Page Ibu ini, dan bantuan Team Ibu yang dedikasi, Ibu dapat akhirnya melahirkan ebuku ini.

Ibu mahu seramai mungkin yang dapat memilikinya, oleh itu Ibu memastikan pelaburan harga tidak tinggi.

Tetapi nilai buku ini tinggi. DITAMBAH pula dengan KELAS MENGUPAS isi buku ini akan diberi PERCUMA! Nilai kelas itu sahaja melebihi RM257 kerana ada 6 Kelas semuanya dan akan diberi kepada sesiapa yang melabur untuk ebuku ini.

Berapa pelaburannya?

Bukan RM257

Bukan RM97

Bukan juga RM57

Tetapi dengan tiga perkara yang anda bakal dapat dan 6 topik penting yang akan dikupas secara LIVE di Special FB Group,

Isi yang dikupas;_

1- Bagaimana anda boleh mastikan parenting anda membina bukan meruntuh jiwa anak-anak anda.

2-Bagaimana bentuk anak berdaya tinggi, konfiden dan tidak putus asa.

3- Kenal 5 Kesilapan Parenting dan bagaimana untuk mengelaknya.

4-Bagaimana nak undur balik dan membetulkan kesilapan di dalam parenting anda sebelum ini.

5- Memahami kunci utama dalam MENDISIPLIN dan MENGHUKUM anak dan anak menjadi lebih TAAT dengan penuh rela.

6- Membina pertalian kasih -sayang yang tebal dengan anak-anak, agar anak-anak berjaya dan berjasa.

PELABURAN ANDA HANYALAH RM27 SAHAJA!

RM27 sahaja? Ya, RM27 sahaja.

Kerana hasrat Ibu adalah supaya ramai yang mampu dan ramai yang boleh memilikinya.

Harap anda sudi untuk UPGRADE diri menjadi lebih bijak dan sabar mendidik anak-anak agar anak-anak cemerlang, berjaya dan berjasa.

Dapatkan sekarang dengan klik link ini

www.iburose.com/anakcemerlang

HARGA AKAN DINAIKKAN KE RM37 SELEPAS CUKUP KUOTA

3 PERKARA KURANGKAN STRES DALAM PARENTING

Ramai sangat paraibu hari ini yang menanggung stress yang amat di dalam kehidupan mereka, terutama dalam mendidik anak-anak. Mana tidaknya, banyak tanggung-jawab yang terletak di atas bahu mereka. Dunia pula bergerak pantas dan kepantasan dunia bergerak menyebabkan perubahan juga amat cepat.

ANDA SAYANG ANAK-ANDA BUKAN? 

Anda tahu mereka itu perlu dibesarkan dengan penuh kasih-anda dan disiplin, bukan?

Namun, dalam anda berjaga-jaga itu, dan dalam tahu akan perkara tadi, anda tetap senang hilang sabar dan tidak dapat mengawal marah. Akhirnya, marah berlebihan dan kemudian menangis menyesal. Dan ini menambah STRES dalam diri anda terhadap parenting anda.

Mulalah anda memikirkan, PEMIKIRAN RACUN ini…  “ I must be a bad mum! ”

“Tengok orang tu boleh jer sabar. Tenang jer bercakap dengan anak-anak mereka. Anak mereka pula senang jer nak dengar cakap!”

Jangan bersedih dan memukul diri dengan pemikiran racun ini. Cukup sekadar dia terkeluar untuk menimbulkan kesedaran di dalam diri anda untuk MEMPERBAIKI DIRI agar tidak lagi stress.

 

Mari sini Ibu belai  anda. Ibu faham perasaan mu anda.

I was there, and I know!

 So let Ibu share sikit, 3 petua agar  anda boleh kurangkan marah tanpa kawalan dan anda KURANG STRES.

Nak?

Teruskan membaca.

1.EXPECT THE UNEXPECTED 

Menerima hakikat bahawa dalam mendidik anak-anak, banyak kalanya apa yang anda telah susun dan expect untuk jadi, tidak menjadi malah akan menjadi lain.

Contohnya, anda telah susun supaya anak bangun pagi pukul 6 pagi untuk bersiap ke sekolah. Tapi bila dibangunkan, dia bangun tapi bila nak siapkan tu, Ya Allah macam batu! Diberatkan badan, di kakukan anggota, dan menungnya mengalahkan ikan termenung!

Siapa tak stress kan?

Tapi jika anda dah tahu fe’el anak anda demikian, maka anda akan gunakan TEKTIK pro-aktif.

Iaitu programkan minda dia semasa dia tidur.

Bisikan kepadanya betapa senangnya dia bangun dan bersiap untuk ke sekolah dsb. Macamane tu…InsyaAllah Ibu akan ajar special di dalam LIVE atau video Ibu.

 

 2. TINGKATKAN KEMAHIRAN anda di dalam perkara yang penting di dalam menguruskan tugasan anda.

Contoh anak payah nak mendengar kata. Ini bermaksud anda tak pandai nak influent.

Anda hanya guna senjata naikkan suara. Kan stress kalau hidup kena begini sahaja jadinya? Jom ubah!

Anda perlu belajar ilmu mempengaruhi, anda perlu belajar ilmu berkomunikasi.

Ketahuilah, anak-anak ni senang mendengar kata, jika anda faham SWITCH mana yang nak ditekan. Bila malas UPGRADE diri, maka padahnya, anda akan STRES senantiasalah! So, JOM TINGKATKAN ILMU, SKIL dan POSITIFKAN SIKAP, segera. 

 

3. MEMAAFKAN DIRI BILA TERSILAP dan BERSANGKA BAIK terhadap diri

…Oh yang ini memang ramai tak pernah buat dan tak selesa melakukan!

Maklumlah dah tebal dalam hidup ini sikap MEMUKUL DIRI SENDIRI bila melakukan kesilapan.

Kesan sikap ini ada TIGA.

PERTAMA, diri semakin menjadi tidak berdaya untuk improve!

KEDUA, disebabkan payahnya nak improve, maka escape mechanism diri agar terus boleh tegak berdiri adalah MENIDAKKAN, in denial of kelemahan diri, maka mula mengatakan semua ini salah orang lain terutamanya anak yang tak berdosa itu.

KETIGA, terus hilang kawal diri sampai bila-bila kerana satu kepercayaan baru timbul, anak itu memang perlu dimarah begitu baru tahu nak dengar cakap. Memang anak itu bermasalah!!!

Jangan sayang Ibu, jangan jadi sampai kronik begini. Belajar memaafkan diri dan seterusnya berazam membetulkan kesilapan. Fahamilah sebelum anda bergerak maju, anda perlu mengaku anda tersilap dan memaafkan diri kerana tersilap.

 

“UNFORGIVENESS TO SELF IS LIKE DRINKING A POISON. YOUR SOUL WILL DIE”

 

Imagine your parenting without soul you are like a zombie! STRESSFUL ZOMBIE! 

 

Semoga 3 Idea ini membantu anda untuk dapat mengurangkan stress dalam parenting anda. Malah anda akan jadi lebih seronok dan bahagia dalam mendidik anak-anak.

 

Ada satu lagi point penting yang Ibu nak share mengenai Kurangkan stress dalam parenting ini. Iaitu MENDAPATKAN KEKUATAN DALAMAN DIRI ANDA. Dan untuk share dengan anda perkara ini, Ibu tak boleh sekadar tulis. Ibu perlu tunjukkan dan bawak anda ke dalam diri anda.

Jika anda bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya, boleh set appointment SuccessParentCoach bersama Ibu . Hubungi  03- 61439727 untuk kami bantu.

Ibu juga baru melancarkan Ebook Terbaik di bawah harga pasaran.

EBOOK 6 RAHSIA ANAK DIDIK ANAK CEMERLANG, BERJAYA DAN BERJASA.
www.iburose.com/anakcemerlang

 

 

Mendidik Menggunakan Permissive Dan Neglectful Parenting Akan Mendidik ‘Sifat Kehaiwanan’ Anak?

KENAPA KITA TAK ELOK JADI PERMISSIVE atau NEGLECTFUL PARENTS…

Haiwan datang ke dunia ini dengan coding mereka untuk menjadi haiwan itu…contohnya itik tidak pernah confuse menjadi ayam atau kucing…itik tetap menjadi itik dan akan pandai berenang walaupun ia dijaga oleh emak ayam.

Namun, pernah wujud anak-anak manusia yang hilang di hutan dan hidup bersama haiwan lalu beroperasi seperti haiwan juga.
Kerana tiada input dari manusia.

Di dalam diri manusia memang ada bahagian ‘haiwan’ biasa. Contohnya, lapar, maka kita makan, rasa tidak selamat, maka kita akan mencari perlindungan, tergugat, kita lari atau melawan atau freeze, keperluan untuk membiak…dan banyak lagi…

Oleh itu kita lihat, bila anak-anak tidak diberi input, dididik dengan bijak dan sabar, dan nilai-nilai murni ditunjukkan dan dihayati, maka apa yang keluar adalah sifat kehaiwanannya.

Contohnya, Bila anak sudah 4 tahun bergaduh, tidak dileraikan dan ajar bagaimana untuk mengendalikan perasaan masing-masing…dan diberi input dan dididik untuk bertolak-ansur…maka anak itu akan bertindak dengan perasaan paling dominan dalam dirinya semasa itu, iaitu geram dan marah…kemudian apa yang terjadi? Ya, bergaduh sehingga boleh bertumbuk dan sebagainya.

Tak bolehlah semua nak biarkan anak itu memahami sendiri…anak itu perlu tunjuk ajar yang tidak melunturkan harga dan hormati diri merkea.

Baca post Ibu sebelum ini mengenai maksud Permissive dan Neglectful Parenting untuk memahami lebih mendalam.

Kita sambung lagi ya…

3 Jenis Gaya Parenting Penting Untuk Anda Fahami. Supaya Anak Tidak Menjadi ‘Tuan’ Kepada Ibu Bapa

RAMAI IBU BAPA TANPA NIAT SEDANG MENDIDIK ANAK-ANAK MEREKA MENJADI ‘TUAN’ KEPADA MEREKA!!!

Bukan senang untuk Ibu berkongsi pemerhatian Ibu ini. Namun, sebagai seorang yang faham akan Perkembangan Kanak-kanak, Psikologi Manusia dan Self-Actualisation Psychology.

Kenapa Ibu katakan perkara tadi.

Kerana 3 GAYA PARENTING ini yang SELALU SANGAT ibu bapa guna.

 

1- PERMISSIVE PARENTING

Ikut semua kehendak anak-anak kerana terlalu memanjakan. TAKUT anak tak sayang! TAKUT anak merajuk! TAKUT anak rasa tidak dikasih! Takut itu dan ini…ibu bapa seperti tiada tulang belakang dan anak tiada kawalan.
Contoh yang sering kita cakapkan adalah, ” Anakku Sazali”.

Menjadi TUAN yang hanya pandai menyuruh-sarah, Tiada belas kasihan terhadap kesusahan orang lain, kerana dia sendiri tidak pernah berasa susah.

 

2- NEGLECTFUL PARENTING

TIDAK KISAH LANGSUNG! Anak dibiar dan tidak dipantau. Tugas mendidik diberikan kepada orang lain dengan BERLEPAS TANGAN. Anak-anak merasakan tidak dihiraukan dan dikasihi. EMOSI anak terluka…ADAKAH AKU WUJUD DI HATI IBU BAPA KU?

Perkara ini boleh terjadi didalam perhubungan suami isteri. Dimana hanya seorang sahaja yang memikirkan, melaksanakan keibubapaan dan menjalin perhubungan dengan anak-anak. Yang seorang itu sambil lewa, tidak mengendahkan, bila diminta menjaga anak-anak, lebih menumpukan kepada games di dalam handphone, atau aktiviti sendiri contohnya…anak-anak terabai.

TUAN, yang dibentuk…hasil dari perasaan dendam kerana diabaikan. Maka abaikanlah saja tanggung-jawab kepada ibu bapa.

 

3- DOMINANT PARENTING

AKU BETUL, KAMU SALAH! Anak-anak tidak boleh bersuara atau memberi pendapat. Cara ibu/bapa sahaja yang betul. Kesalahan dan kesilapan akan dihukum tanpa soal-siasat dan tidak mengira umur.

Perasaan anak-anak tertekan. Anak hilang keyakinan diri atau menjadi pemberontak. Bila badan sudah besar, menjadi TUAN yang tiada belas kasihan. Kasar cara didikan, KASARlah cara anak itu berinteraksi dengan ibu bapa.

Ya, tidak semua anak-anak akan jadi sebegini. Namun, ramai yang akan menjadi begini.

Yang tidak jadi TUAN kepada ibu bapa mereka, adalah anak-anak yang belajar memaafkan kesilapan ibu bapa dan BERUSAHA mengubat sakit semalam dan MENGUTAMAkan KASIH sejati mereka dan perasaan kesyukuran mereka terhadap pengorbanan besar atau kecil ibu bapa.

Walaupun demikian halnya…bukankah lebih senang kita sebagai ibu bapa yang bertanggung-jawab bereusaha mengelakkan keberangkalian buruk tadi…

Bagaimana…jadilah ibu bapa yang mempraktikan LOVING & FIRM parenting. Nanti kita bincang yang ini pula ya dan kenapa ia melahirkan anak-anak yang berjasa kepada ibu bapa dan dunia.

Part 1: Peranan Ayah Dalam Keluarga – Mendidik Anak Dua Tahun

PERANAN AYAH DALAM KELUARGA – MENDIDIK ANAK DUA TAHUN..!

Semasa bersembang dengan beberapa ayah muda tempuh hari, seorang itu amat terkejut bila Ibu mengatakan anak-anak berusia 2 tahun memang akan tidak mendengar cakap. Malah sering mengatakan NO, atau yang sewaktu dengannya.

Dia agak terkejut kerana selama hari ini dia menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil dan macam biadap pun ada katanya.

Ibu katakan kepadanya, “Tak, itu bukan degil ke biadap dan buruk akhlak. Anak itu sedang melalui fasa Individuating…iaitu fasa yang menegapkan kewujudannya. Fasa dimana dia mahu menyatakan dia juga punyai hak memilih. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk bila anak itu besar nanti”

Nampak bulat mata si ayah-ayah tu. Soalannya yang seterusnya pula; ” sampai bila fasa ni Ibu?” Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap jer iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa ini dengan baik.

Jangan cepat melabel anak itu dengan label yang buruk sebab itu akan membawa kepada identiti diri anak itu dan pada usia 3 tahun, anak itu akan mengambil identiti yang sering diulang terhadap dirinya. Contoh, ‘budak degil, hiperaktif, jahat, nakal dan segala yang sewaktu dengan itu!

“Tak boleh marah ke Ibu?” tanyanya lagi…”marah berpatutanlah jika perlu sangat…tapi perlu faham anak pada usia ini belum faham pun.

Jika ada benda bahaya ambil sahaja dia dari situ dan tunjukkan benda yang selamat. Jika dia meronta, pegang jer dan sooth him…jangan kita pulak sama nak naik berang. Memang anak pada usia akan menangis bila disekat anginnya. So, just expect that without thinking anak itu degil atau anda ayah atau ibu yang bodoh.

It is just a phase…so chill a little bit 🙂 <3

“Zaman dulu mak ayah tak pun sibuk akan fasa ni? Ada juga yang berkata begitu.” sambungnya lagi. Jawapan Ibu, “siapa kata?”
“Sayang ingat ke macamana sabar emak ayah kamu mendidik? Mungkin ingat sikit-sikit ayah dukung atas bahu bawak pergi tengok burung, buah etc…itu bukankah cara si ayah mengalihkan pandangan supaya sayang tak menunjukkan tantrum…emak ayah dulu pun tahu dan ramai diantara mereka sangat sabar…mereka sering berkata…ala budak…kan? ada jugalah yang tak tahu dan tak sabar…itulah yang anak-anak mereka kemudiannya ada masalah emosi sikit dan mungkin banyak… nak pilih contoh yang mana?” tanya Ibu kepada yang bertanya tadi.

Termenung jugalah para ayah muda yang prihatin tu…kata-kata akhir seorang tu…”Eh, banyak kena tahu ni….besar tanggung-jawab ni.” ” Nanti Ibu cerita lagi boleh?” Ibu menganguk bersyukur.
Ibu senyum bersyukur dalam hati Ibu mendoakan mereka. Inilah contoh para Ayah yang senantiasa mahu memperbaiki diri demi kesejahteraan anak-anak dan isteri dan mereka ini tahu peranan besar mereka mendidik dan membentuk Ummah.

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

Allah Itu Maha Satu – Nasyid

Lirik Allah itu Maha Satu

Allah itu Maha Satu dan Maha Pencipta
Dia tiada ibu bapa Tiada anak juga
Alla itu satu saja Tidak dua tiga
Allah itu Maha Kaya dan Maha Berkuasa

Parenting Bijak Online – Part II

Pernahkah anda bertanyakan, “Kenapa anak-anak zaman sekarang mudah MENGAMUK dan seringkali PUTUS ASA sekiranya mereka tidak dapat melakukan apa yang diingini.

Mungkinkah sekiranya anda dapat memahami perkara ini dengan lebih mendalam dapat membantu anda untuk membesarkan anak-anak dalam suasana yang lebih positif sekaligus mengelakkan tabiat yang kurang produktif.

Di dalam video ini Ibu Rose berkongsikan cara-cara praktikal yang boleh dilakukan ibu bapa bagi dalam mendidik anak-anak dan menjadi PARENTING BIJAK.

– Dr. Rozieta Shaary FB Fanpage –
www.facebook.com/familyguru

Parenting Bijak Online – Part I

Pernahkah anda bertanyakan, “Kenapa anak-anak zaman sekarang mudah MENGAMUK dan seringkali PUTUS ASA sekiranya mereka tidak dapat melakukan apa yang diingini.

Mungkinkah sekiranya anda dapat memahami perkara ini dengan lebih mendalam dapat membantu anda untuk membesarkan anak-anak dalam suasana yang lebih positif sekaligus mengelakkan tabiat yang kurang produktif.

Di dalam video ini Ibu Rose berkongsikan cara-cara praktikal yang boleh dilakukan ibu bapa bagi dalam mendidik anak-anak dan menjadi PARENTING BIJAK.

– Dr. Rozieta Shaary FB Fanpage –
www.facebook.com/familyguru