Anak Dua Tahun Suka Sangat Kata ‘NO!NO!NO!’…….Kenapa yer?
ANAK USIA DUA TAHUN SUKA SANGAT KATA ‘NO,NO,NO!’…KENAPA YER…
Pada usia 2 tahun begitu, anak suka sangat mengatakan NO, kenapa ya? Tanya seorang Ibu muda. Sudahlah suka kata NO, tak mahu disuap, dipakaikan baju…semua nak buat sendiri…jika tak beri siap lembikkan badan dan campak barang lagi…pening saya Ibu! sambungnya.
Ibu senyum saja. Mana tak senyum sebab bila tengokkan anaknya yang baru 2 tahun tu mengatakan NO, comel sangat. Dia ingat dia hebat sangatlah tu…sekali kita angkat jer dia, NO tak NO…apa yang dia boleh buatkan 🙂
Tapi, kita perlu sabar…mendidik dengan BIJAK dan SABAR itu sangat perlu…susah sekejap sekarang supaya senang pada masa akan datang.
Tentu ramai yang dah tahu kenapa…namun kita beritahu sekali lagi sebab setiap hari kita ada kawan-kawan baru yang join kita…mungkin mereka belum tahu kenapa…so biar Ibu share sekali lagi.
Usia 1.5-3 tahun ni adalah masa anak nak tegapkan keindividuaan mereka. Dalam English nama fasa ini adalah INDIVIDULISATION. Anak-anak nak beritahu dia ada say dan dia ada hak ke atas dirinya. Dia boleh pilih, dia boleh buat sendiri dan sebagainya.
Jalan terbaik walaupun nampak agak susah, adalah izinkan dia buat sendiri dan pilih sendiri. Ini sebenarnya membentuk KEBERTANGGUNGJAWAPAN dalam English- nya kita sebut OWNERSHIP.
Bila seorang anak itu ada rasa kebertanggungjawapan yang tinggi terhadap dirinya, inilah yang membolehkan dia berjaya bila dia besar nanti. Dia melakukan sesuatu bukan kerana terpaksa tetapi kerana mahu menunaikan tanggungjawab!
Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru