Posts

3 Langkah Mudah Anak Dengar Cakap

3 Langkah Mudah Anak Dengar Cakap. Sebelum itu Point No 3 Pasti Buat Anda Terkejut Kenapa Anak Tak Dengar Cakap

 

Anak Tak Dengar Cakap Blog Ibu Rose

(sumber foto dari google.com)

Parenting Bijak Pro Ibu Rose

Ibu sering dapat mesej di inbox Ibu ramai ibu bapa mengadu anak tak mendengar cakap. Sampai STRES mereka dibuatnya! 

Grrrrr.. geram betul kan? Sabar. Ibu pun pernah mengalami hal begini tetapi iyelah Ibu pun sudah berpengalaman lebih 28 tahun pengalaman dalam bidang pembangunan insan jadi melalui kajian dan pengalaman Ibu,

mungkin coretan Ibu kali ini akan dapat membantu anda semua.

Setuju ke jika Ibu katakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, perlulah kita tahu dahulu apakah SEBAB/PUNCA terjadinya permasalahan itu.

Oleh itu, di bawah Ibu senaraikan dahulu :

5 SEBAB IBU BAPA TIDAK TAHU KENAPA ANAK TAK DENGAR CAKAP

Anak Tak Dengar Cakap

(sumber foto dari google.com)

1. IBU BAPA SENDIRI TAK DENGAR CAKAP SESEORANG YANG LEBIH TUA

Mungkin anak anda pernah lihat anda tidak dengar orang yang lebih tua- contohnya seperti ibu bapa anda, suami atau isteri.

Bila dia nampak cara dan akhlak kita begitu, dia pun tiru. Mungkin pada pendapat mereka itulah caranya untuk behave

Yang penting adalah untuk anda lebih peka akan kelakuan anda.

Ibu nak ingatkan dengan penuh kasih sayang, bahawa anda adalah pemimpin kepada anak anda.  

Contoh ibarat anda panjat bukit, anda sudah ke hadapan, dan anak di belakang. 

Jadi dia akan ikut cara anda. Walaupun ada jalan lain tetapi dia akan cenderung melihat dan mengikut cara anda.

Dia ada idea dia sendiri dan dia ingin buktikan idea dia.

Dia mahu anda dengar idea dia. Nampak mcam dia tak dengar cakap tapi apa yang anda perlu buat ialah berikan dia ruang untuk bercerita.

 

2.ANDA PERNAH BUAT TAK TAHU APABILA DIA MEMINTA SESUATU

Cuba anda ingatkan semula, pernah atau tidak terjadi kejadian anak anda minta sesuatu tetapi anda buat tak tahu.

Atau kadang-kadang anak anda cakap atau cerita sesuatu, anda tidak sedar atau peduli.

Mungkin kerana anda tengah sibuk dengan kerja anda.

Jika pernah, pada pemikiran anak anda, itulah behaviour yang dia belajar.

Jadi dia pun akan melakukan perkara yang sama. Ataupun jika dia dengar pun mungkin kerana dia takut akan anda.

 

3.SELF PRESERVATION – MENYELAMATKAN DIRI

Ibu rasa tak ramai yang sedar akan perkara ini. Anak itu tak dengar cakap sebab dia tak rasa selamat. Apa tanda-tanda dia?

Jika anak tidak rasa selamat. Sama ada dia tutup telinga dia atau dia nak lari dari situ.

Atau seperti dia ada di situ tetapi dia tak ada. Kenapa?

Sebab kadang-kadang bila mak bercakap, mak akan marah jer

Jadi dia nak selamatkan diri dia, dia akan switched off. Terutamanya yang remaja.

 

4.ANAK ANDA SEDANG DALAM ‘GENIUS STATE

Apa itu ‘GENIUS STATE’? – Ianya adalah satu keadaan apabila anda sedang ralit melakukan sesuatu dengan sebegitu kusyuk dan fokus.

Apa yang selalu berlaku, ada sesetengah ibu bapa apabila melihat anak sedang bermain,

mereka akan ada satu tanggapan yang dia sedang membuang masa.

Sebab bermain itu adalah membuang masa. 

Tetapi bagi anak,  bermain adalah cara dia belajar.

Contoh anak usia 10 tahun, dia sedang bermain. Sebenarnya dalam dunia dia mungkin itulah istana dia.

Segala benda dari luar dia tak sedar. ‘Genius state’ sangat penting untuk seseorang itu ada supaya dia boleh fokus dengan apa yang dia sedang buat.

Tetapi apabila sering diganggu lama-lama dia tak boleh nak fokus. 

Itu yang akan ada masalah anak susah nak fokus

Sebenarnya semasa anak anda  dalam ‘genius state’ dia tak dengar pun apa yang anda cakap.

Jadi bila tak dengar, dia tidak menyahut. Bila tak menyahut, ada yang akan labelkan “kenapa tak ikut cakap mak?”

Yang lebih teruk sampai tahap marah dan pukul anak.

Lainkali kalau  anda panggil 2-3 kali tetapi tidak disahut, anda pergi tengok apa sebenarnya yang dia sedang lakukan.

Okay, pasti ada yang nak tahu bagaimana cara nak break the genius state.

Ikuti langkah ini:

1.Pergi ke tepi anak  dan pegang sedikit bahu atau tangan dia dan kata,” sayang tadi mama panggil”

2.Mungkin dia akan terkejut, anda cakap,

“It’s okay mungkin tadi sayang sedang fokus. I just want you to know that tadi mama panggil dan mama suruh buang sampah. Boleh tak sayang stop main dahulu dan buat apa yang mama suruh dan lepas tu boleh sambung main semula”

Dan saksikan magiknya selepas itu. Boleh komen di bawah selepas menggunakan tips ni ya. Ibu pun nak tahu juga apa jadi 🙂

 

5. PENERANGAN TIDAK CUKUP JELAS

Ini satu perkara yang Ibu notice apabila Ibu terdengar perbualan Ibu bapa di luar sana.

Bahasa yang digunakan tidak child-friendly.

Contoh anak itu berusia 3 tahun, anda berharap dia boleh faham seperti anak usia 15 tahun.

Jadi anak anda tak faham apa yang anda cakap kerana usia dia. Dia belum lagi matang dan belum lagi memahami seperti yang anda harap dia fahami.

Ada beberapa perkataan yang dia sendiri belum pandai.

Dalam kes begini ramai yang beranggapan anak tak dengar cakap sedangkan bukan anak tak dengar cakap tetapi dia tak faham apa sebenarnya yang anda cuba sampaikan.

Contoh:

Anda suruh dia pergi solat. Dan dia tidak solat. Kerana dia tak faham apa itu solat.

Mungkin masa itu dia berusia 7 tahun atau lebih muda dari itu.

Anda pula tak ambil masa untuk jelaskan apakah solat , kebaikan solat, kenapa kita perlu solat.

Ramai yang berikan example begini:  “kita kena solat kalau tak Allah marah”.

Sebenarnya penerangan itu tak cukup untuk dia faham sebenarnya.

Atau contoh ini: “Jangan  bergaduh, bergaduh tak baik”.

Kenapa tak baik? Penjelasan tak cukup mantap untuk dia terpengaruh untuk tidak melakukan sesuatu yang terlarang.

Okay, sekarang anda sudah faham SEBAB/PUNCA, jom baca apa pula tips untuk:

3 LANGKAH MUDAH ANAK DENGAR CAKAP

 

anak dengar cakap blog Ibu Rose 1

(sumber foto dari google.com)

 

1.MEMAHAMI TAHAP PERKEMBANGAN DAN EMOSI ANAK

Ramai ibu bapa tidak ada pemahaman mengenai tahap perkembangan anak-anak mengikut usia.

Oleh kerana tidak tahu, sebab itulah ramai yang cenderung membuat anggapan buruk pada anak dan akhirnya stres.

Contoh : Anak umur 2 tahun – anak ni masih dalam ‘Fasa Individuating’ atau lebih dikenali dengan – Fasa Mengamuk.

Apabila kita memahami fasa yang sedang anak lalui, jadi apabila anak sedang mengamuk,

kita berikan ruang untuk dia bertenang dulu.

Kemudian barulah merapati anak itu. Bila dah tenang barulah kita bercakap dan memberikan arahan.

Cakap dengan tenang, tegas dan kasih sayang.

 

2. KENAL PASTI VAK SISTEM ANAK ANDA

Setiap orang belajar dan menerima maklumat dengan cara yang sangat berbeza.

V- VISUAL

A- AUDITORY

K- KINESTATIC

KLIK SINI UNTUK BACA  : VAK Sistem : 3 Cara Anak Atas 2 Tahun Mengambil Informasi

 

3.TENAGA/EMOSI PERKATAAN SAMA LEVEL DENGAN PERBUATAN

Contoh : Anda ingin mengajak anak anda pergi mandi. Masa tu mungkin dia sedang seronok menonton televisyen. Antara mandi dan menonton rancangan kartun kegemaran dia, mana yang lebih seronok?

Tentulah TV tu kan!

Jadi apa yang anda perlu buat ialah, anda perlu tingkatkan tenaga anda dan create excitement.

Anda masukkan elemen emosi dalam arahan anda.

Sekarang, anda perlu mengajak anak anda itu mandi dengan penuh excitement dan seronok!

Bila anda boleh samakan level tenaga dan emosi anda dengan perkara yang anda ingin dia lakukan, supaya anak anda akan rasa teruja nak ikut arahan anda.

Semoga membantu 🙂

 

(Blog ini adalah transkrip dari FB LIVE di FB Page Ibu Rose-Mesejnya Kasih setiap Jumaat, 12.45tgh hari dan 3.15ptg di FB Group Love Circle With Ibu Rose. Jemput tonton ya 🙂

 

Nota: ‘Genius state’ adalah salah satu modul dalam Accessing Personal Genius – Neuro Semantic NLP. Jika anda berminat ingin tahu lebih lanjut sila hubungi 03-6143 9727

 

 

 

Anak Usia 0-3 Tahun – Apa Penting Tahap Umur Baby Baring Melentang tu?

Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur BABY baring MELENTANG dan helpless tu…

Umur baby tentunya 0-3 bulan ke bawah. Baby tak tahu buat apa-apa, mungkin menganggah sahaja.

Selalunya, ibu bapa akan biarkan saja…paling-paling bagi susu, salin lampin dan biarkan saja baby sendirian.

Namun, ibu bapa yang bijak, tahu, pada usia ini anak tiada minda sedar. Yang wujud cuma yang bawah sedar. Diserapnya semua perkara yang berlaku di kelilingnya.

Bayangkan ibu bapa yang tidak prihatin tinggalkan anak dengan orang yang mulutnya asyik memaki dan mencela orang, itulah yang diserap. Orang di sekeliling anak itu pula asyik bergaduh dan bekelakuan kasar….serap lagi!

Aduh! mama papa bercakap penuh berbudi bahasa….sedar-sedar bila anak pandai bercakap…akhlaknya kasar dan perkataannya kasar…dari mana datangnya…ya dari apa yang dia serap semasa 0-3 bulan!

Kalau si ayah selalu memarahi si ibu atau si ibu memarahi si ayah di hadapan anak…maka terseraplah tenaga marah ke dalam diri anak itu…bila dia besar sikit…si ibu dan bapa hairan kenapalah si anak ni cepat sangat marah dan mempunyai perangai cepat marah…

mmmmm….jangan pandang rendah lagi apa yang boleh dibuat pada anak anda yang berumur 0-3 bulan

Ambil masa, cium, agah dan yang penting bercakap dengan anak itu. Tunjuk itu dan ini. Beri input…bacakan buku yang banyak gambar…janganlah pula bagi ipad atau tengok TV. Kesian sel otaknya!

Anak umur 0-3 bulan, sangat memerlukan input positif anda…lapangkan masa bagaimana sibuk pun. Cari jalan untuk bercakap dan bersembang dengannya…bersembang? Ya bersembang…kata nak anak cepat bercakap 🙂

Part 1: Peranan Ayah Dalam Keluarga – Mendidik Anak Dua Tahun

PERANAN AYAH DALAM KELUARGA – MENDIDIK ANAK DUA TAHUN..!

Semasa bersembang dengan beberapa ayah muda tempuh hari, seorang itu amat terkejut bila Ibu mengatakan anak-anak berusia 2 tahun memang akan tidak mendengar cakap. Malah sering mengatakan NO, atau yang sewaktu dengannya.

Dia agak terkejut kerana selama hari ini dia menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil dan macam biadap pun ada katanya.

Ibu katakan kepadanya, “Tak, itu bukan degil ke biadap dan buruk akhlak. Anak itu sedang melalui fasa Individuating…iaitu fasa yang menegapkan kewujudannya. Fasa dimana dia mahu menyatakan dia juga punyai hak memilih. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk bila anak itu besar nanti”

Nampak bulat mata si ayah-ayah tu. Soalannya yang seterusnya pula; ” sampai bila fasa ni Ibu?” Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap jer iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa ini dengan baik.

Jangan cepat melabel anak itu dengan label yang buruk sebab itu akan membawa kepada identiti diri anak itu dan pada usia 3 tahun, anak itu akan mengambil identiti yang sering diulang terhadap dirinya. Contoh, ‘budak degil, hiperaktif, jahat, nakal dan segala yang sewaktu dengan itu!

“Tak boleh marah ke Ibu?” tanyanya lagi…”marah berpatutanlah jika perlu sangat…tapi perlu faham anak pada usia ini belum faham pun.

Jika ada benda bahaya ambil sahaja dia dari situ dan tunjukkan benda yang selamat. Jika dia meronta, pegang jer dan sooth him…jangan kita pulak sama nak naik berang. Memang anak pada usia akan menangis bila disekat anginnya. So, just expect that without thinking anak itu degil atau anda ayah atau ibu yang bodoh.

It is just a phase…so chill a little bit 🙂 <3

“Zaman dulu mak ayah tak pun sibuk akan fasa ni? Ada juga yang berkata begitu.” sambungnya lagi. Jawapan Ibu, “siapa kata?”
“Sayang ingat ke macamana sabar emak ayah kamu mendidik? Mungkin ingat sikit-sikit ayah dukung atas bahu bawak pergi tengok burung, buah etc…itu bukankah cara si ayah mengalihkan pandangan supaya sayang tak menunjukkan tantrum…emak ayah dulu pun tahu dan ramai diantara mereka sangat sabar…mereka sering berkata…ala budak…kan? ada jugalah yang tak tahu dan tak sabar…itulah yang anak-anak mereka kemudiannya ada masalah emosi sikit dan mungkin banyak… nak pilih contoh yang mana?” tanya Ibu kepada yang bertanya tadi.

Termenung jugalah para ayah muda yang prihatin tu…kata-kata akhir seorang tu…”Eh, banyak kena tahu ni….besar tanggung-jawab ni.” ” Nanti Ibu cerita lagi boleh?” Ibu menganguk bersyukur.
Ibu senyum bersyukur dalam hati Ibu mendoakan mereka. Inilah contoh para Ayah yang senantiasa mahu memperbaiki diri demi kesejahteraan anak-anak dan isteri dan mereka ini tahu peranan besar mereka mendidik dan membentuk Ummah.

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

Anak Dua Tahun Suka Sangat Kata ‘NO!NO!NO!’…….Kenapa yer?

ANAK USIA DUA TAHUN SUKA SANGAT KATA ‘NO,NO,NO!’…KENAPA YER…

 

Pada usia 2 tahun begitu, anak suka sangat mengatakan NO, kenapa ya? Tanya seorang Ibu muda. Sudahlah suka kata NO, tak mahu disuap, dipakaikan baju…semua nak buat sendiri…jika tak beri siap lembikkan badan dan campak barang lagi…pening saya Ibu! sambungnya.

Ibu senyum saja. Mana tak senyum sebab bila tengokkan anaknya yang baru 2 tahun tu mengatakan NO, comel sangat. Dia ingat dia hebat sangatlah tu…sekali kita angkat jer dia, NO tak NO…apa yang dia boleh buatkan 🙂

Tapi, kita perlu sabar…mendidik dengan BIJAK dan SABAR itu sangat perlu…susah sekejap sekarang supaya senang pada masa akan datang.

Tentu ramai yang dah tahu kenapa…namun kita beritahu sekali lagi sebab setiap hari kita ada kawan-kawan baru yang join kita…mungkin mereka belum tahu kenapa…so biar Ibu share sekali lagi.

Usia 1.5-3 tahun ni adalah masa anak nak tegapkan keindividuaan mereka. Dalam English nama fasa ini adalah INDIVIDULISATION. Anak-anak nak beritahu dia ada say dan dia ada hak ke atas dirinya. Dia boleh pilih, dia boleh buat sendiri dan sebagainya.

Jalan terbaik walaupun nampak agak susah, adalah izinkan dia buat sendiri dan pilih sendiri. Ini sebenarnya membentuk KEBERTANGGUNGJAWAPAN dalam English- nya kita sebut OWNERSHIP.

Bila seorang anak itu ada rasa kebertanggungjawapan yang tinggi terhadap dirinya, inilah yang membolehkan dia berjaya bila dia besar nanti. Dia melakukan sesuatu bukan kerana terpaksa tetapi kerana mahu menunaikan tanggungjawab!

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

Patutkah Anak Perfectionist di Label Ego dan Degil?

 

 

ANAK YANG TERLALU ‘PARTICULAR’ MACAM SEMUA MESTI PERFECT….DILABEL EGO DAN DEGIL, PATUTKAH?

Mungkin ada diantara anda yang mengalami keadaan begini…Ibu beri amaran sikit kat sini…panjang perkongsian ni…namun Ibu yakin anda boleh baca dan fokus. <3

SOALAN

Salam. Ibu Rose, saya amat sukakan tulisan Ibu dan bnyk tulisan Ibu yg membuatkan saya dan suami bermuhasabah dlm membesarkan anak kecil.

Anak saya baru berusia 2 tahun 1 bulan. Maklumlah kanak-kanak usia begini mmg fitrahnya bermain dan kami semua faham. Anak saya amat gemar bermain masak2. Dia akan susun cawan, mangkuk, senang kata peralatan dapurlah dan play pretend seolah dia sdg memasak.

Cuma bila dia bermain seorg diri, yg mana dia akan susun cawan dan pinggan, kalau ada yg menyentuh walau terlanggar sedikit, dia akan marah sangat sampai berguling. Dan kadang2 bila dia kecewa tak dpt buat sesuatu (tanggalkan seluar, pasang mainan, bila susun brg terlanggar yg lain) , mmg dia akan mengamuk sakan.

Ada saudara mara yg menyebut dia ada mslh anger management, atau panas baran. Dan ada masa, bila kita offer utk tolong, dia tak mahu. Dia akan usaha sampai dapat, dan bila sudah ketandusan idea, barulah dia cari kita minta tolong. Kalau begini pula, dikatakan anak saya ego.

Kecewa juga bila dgr begitu, namun saya cuba fahamkan perasaan anak. Dia masih kecil dan baru mengenal dunia, baru belajar menzahirkan emosi. Ibu ada tips tidak bagaimana sya perlu didik anak utk tidak kecewa sehingga mengamuk dan adakah sememangnya bila tak mahu diberi pertolongan itu tandanya dia seorang yg ego?

Terima kasih atas masa dan ruang yg Ibu berikan utk menjawab soalan saya.
——————————————————————————-
Jawapan Ibu

Ibu jawab santai ya.

Memang ada anak-anak yang berkarekter seperti ini. Dia amat ‘particular’ dan mahu sesuatu itu mengikut caranya dan kesempurnaan sepeti apa yang dia mahu.

Membaca soalan sayang ini, teringat Ibu akan cucu Ibu yang bernama Muhammad itu. Mungkin dari cerita ini, sayang akan nampak jalan penyelesaian masalah ini.

Muhammad ni belum begitu pandai untuk meluahkan apa yang dia mahu. Dia ni seperti mak dan datuknya, agak ‘perfectionist’. Dia ada specification dia sendiri. Oleh itu jika sesuatu itu tidak mengikut specificationnya, maka dia akan mudah tidak puas dan hati dan boleh membawa kepada marah.

Mujurlah mama dia pun dari ‘spesis’ yang sama 🙂 Difikir-fikirkan, tentu susah semasa mamanya membesar sebab si Nemmynya ini tak begitu. Namun, mujurlah si Grandfather Muhammad macam mamanya. Jadi fahamlah sedikit Nemmy yang kurang faham ni.

Kembali kepada cerita Muhammad ni. Pada birthday dia yang ke-3, si Nemmy ni pun buatlah kek special untuk Muhammad. Kek itu dibuat dari gabungan kek Cheese Giant dan twiggies yang coklat. dan diatasnya diletakkan ais-cream vanilla. Si Nemmy ni bawalah kek tu depan dia, dengan candle bagai. Nampak dia sangat terharu, terkelip-kelip matanya menahan air-mata berderai, terharu. Rupa-rupanya budak 3 tahun pun dah pandai terharu 🙂

Lepas tiup candle, dan dipotong kek itu nak beri kepada dia, dia terperasan kek yang berwarna kuning itu dikelilingi oleh twiggies yang berwarna coklat…ha..mana memenuhi spec!!!….agaknya bagi dia kek kuning mestilah kuning semua…dan di atas meja tu ada twiggies butter yang berwarna kuning…apa lagi mulalah dia tak puas hati…tunjuk pada twiggies yang kuning tu untuk diganti dgn twiggies coklat…tapi si Nemmy tak faham…hampir nak tantrum jugalah…nasib baiklah Mak Su nya faham akan cara berfikir anak buahnya itu. Mak Su pun ambil kek cheese itu, ice-cream itu dan letak dua potong twiggies kuning kat piringnya…terus senyum dan puas hatilah si perfectionist itu. Tantrum pun tak jadi.. 🙂

Jangan cepat sangat melabel anak begini ego atau degil atau banyak kehendak…ini adalah golongan anak yang teliti dan mahu kerja mereka dilakukan dengan cermat. Mereka ini Engineer atau Accountant in the making 😉

Kita berilah ruang untuk dia ekspress kemahuannya dan kita ajar dia untuk komunikasikan kepada kita apa yang dimahu yang digambarkan di dalam mindanya. Selalunya, anak-anak begini lebih mudah tantrum sebab orang tak faham kemahuan untuk kesempurnaan yang tinggi itu. Bila dilabel ego dan sebagainya…lagilah confius dia…kasihanlah kepada mereka. Mereka masih kecil dan belum pandai lagi. Kita yang dah tua ni janganlah pula nak ajar mereka jadi ego dengan melabelkan mereka ego…sedih Ibu memikirkan orang-orang dewasa yang begini…alahai 🙁

Bayangkanlah, perkara ini ya…suatu hari, Ibu sekeluarga berada di airport. Masa itu mama Muhammad masih belum kawin tapi dan dewasalah…kami masuk kedai coklat kat airport tu…tiba-tiba nampak dia resah…dan ayahnya pun kata..” Shaimaa tak puas hati ya? Pergilah betulkan!” kata ayahnya…Dan anak Ibu Shaimaa’ mama kepada Muhammad itu pun pergilah membetulkan beberapa kotak coklat yang diletak senget dan tidak tersusun baik di rak coklat tu….boleh sayang bayangkan keadaan ini? Kami suami isteri senyum tanda faham…itulah Shaimaa’. Jadi tak heranlah kalau anak dia pun macam tu..:) it is a blessing to me…sebab dia sering betulkan dan nampak kat mana Mummy dia tercuai…orang macam ni memang perlu di dalam hidup kita.

You see, anak-anak ini sejak kecil lagi kita boleh nampak karekter atau personaliti atau lebih tepat meta-programmenya. Walaupun mak bapak sama, duduk di rumah yang sama, diasuh cara sama, seorang anak itu tetap unik dari yang satu lagi. dan semuanya ada keistimewaan yang Allah siapkan di dalam dirinya untuk misi yang perlu dia lakukan di atas muka bumi ini.

So, bagi sayang yang bertanya ini dan semua yang mempunyai cabaran yang sama, beri ruang anak itu untuk jadi perfectionist dan ajar dia secara perlahan-lahan bahawa jika orang terlanggar ke, atau benda itu tidak mencapai spec dia ke…it is okay dan boleh dibetulkan dan disempurnakan semula. Namun, mula-mula terimalah kemahuannya yang mahukan kesempurnaan itu.

Contoh cawannya dilanggar, tersengetlah sikit, maka sayang boleh katakan begini, ” Oh, cawan ni tersenget ya sebab kawan tadi langgar…sayang nak dia cantik ya…hendak buat yang sempurna tu bagus…kita boleh betulkan balik sebab kawan tadi tak sengaja. Memaafkan orang yang tersilap itu baik. memaafkan diri yang tersilap pun baik.” Kalau dua tahun dia belumlah faham sangat. Namun, kita bercakap dengan minda di bawah sedarnya bukan minda sedar sahaja. Itu pemprograman namanya.

Panjang dah ni…harap ianya membantu.

Part 2: Peranan ayah dalam mendidik anak usia 2 tahun

Sambung PERANAN AYAH dalam mendidik  ANAK DUA TAHUN…

Pada usia dua tahun atau lebih atau kurang sikit, merupakan masa yang paling mencabar ibu bapa. Seperti yang Ibu selalu katakan sebelum ini. Jika bijak ibu bapa kendalikan perangai anak-anak kecil itu semasa ini, InsyaAllah, akan lebih mudah menguruskan mereka bila sudah remaja nanti.

Tantrum yang sering ditunjukkan anak-anak kecil masa ini adalah cetusan-cetusan perasaan, rasa tidak selesa atau tak puas hati. Kadang-kadang tu, hanya sebab tak pandai makan dengan sudu pun dah boleh menyebabkan mereka mengamuk.

Kenapa?

Sebab pada usia ini dia nak buat macam orang dewasa tapi motor skil belum mahir. Itulah yang menyebabkan dia kecewa. Malah dia ingat dia dah dewasa pun. 🙂

Relaks, jangan cepat nak melenting bila dia jatuhkan sudu ke, apa ke. Kita pun jatuhkan sudu dan buat macam tak pandai makan dengan sudu juga…pasti dia terheran and tantrum terhenti…

Pada usia ini anak-anak hanya ada Attention dia belum ada Intention (niat).

Pada usia ini anak-anak tidak ada niat buat sesuatu kerana sesuatu. Contohnya, dia tidak menangis sebab nak beri ayah-mama pening! Dia tiada niat begitu pun!

Bila kita faham akan perkara ini, maka untuk menghalang anak-anak dari terus mengamuk kerana hendakkan barang atau nak menghalang anak dari pergi ke tempat yang bahaya…wujudkan sesuatu yang akan menarik perhatiannya dengan LEBIH lagi.

——
Mengapa tak elok kita marah terlebih pada mereka bila mereka show tantrum?

Sebab anak-anak kecil ni memang tak faham lagi dan bila kita marah terlebih, yang akan jadi adalah mereka menjadi lebih degil atau takut macam kura2 masukkan kepalanya. Oleh itu bila dia dah usia besar sikit, maka kedegilan yang ketara akan menjadi-jadi atau penakut dan tak confident yang teruk akan melanda anak itu…penat nak tarik dia nak belajar ke, nak buat apa-apa ke.

Jangan risau bila kita layan dengan baik anak itu tetap tantrum…bila dia nak menangis dan tantrum, kita beri dia peluang asal jangan membahayakan diri. Kita boleh duduk dekat dengannya, atau bawa dia ke tempat lain dan basahkan mukanya sambil sebut ” Ayah faham sayang letih…ni ayah dukung and peluk!”

Wahai ayah-ayah semua…gentlemen dan amazingnya anda jika anda bersabar begini…you show a higher level of leadership dan anak itu akan belajar akhlak mu 🙂

Orang akan kata…kita manjakan anak…itu orang yang tak faham mengenai perkembangan kanak-kanak! Kita tak perlu ikut kata-kata mereka. Bayangkan anak tu baru 2 tahun, kecil tu…dah nak ditengking dan dipukul bagai hanya kerana dia menangis kerana letih atau kecewa toys kena rampas ke…sepatutnya, kita bimbing dia macamana nak kendalikan frustration dia dan bukan kita pulak yang frustrated dengan anak kita yang comel tu…

Ibu mendoakan agar sayang semua akan bertambah bijak dan sabar mendidik anak-anak.

Ikuti lebih banyak perkongsian di page Ibu, www.facebook.com/familyguru