Hari ini keputusan SPM keluar. Para pelajar tentunya berdebar. Ibu bapa pun begitu. Semoga anak anda mendapat keputusan cemerlang.
Satu perkara yang Ibu ingin berpesan, memanglah keputusan SPM itu penting terutama untuk memasuki IPTA atau IPTS. Dalam masa yang sama sebagai ibu bapa perlu ingatkan anak bahawa usaha mereka selepas inilah yang sangat penting untuk kejayaan mereka seterusnya.
Ibu merupakan salah seorang pelajar cemerlang di dalam SPM sebenarnya MCE, zaman tu ada MCE untuk English medium. Dan Ibu terpilih untuk ke England. Namun dik sebabkan kurang faham mengenai perjalanan hidup ini, Ibu kecundang di tahun pertama University. Memang down giler!
Namun, hidup kita adalah kita yang patut kemudikan. Didik anak-anak berjiwa kental agar mereka dapat menangani bukan sahaja kegagalan tetapi kejayaan besar juga.
==============================================
Bagi ibu bapa yang anak-anak mendapat keputusan cemerlang atau seperti yang dihajati – TAHNIAH! RAIKAN!
Bagi yang tidak….apa sahaja keputusannya hari ini, BERSYUKUR dulu dan plan langkah seterusnya dengan bijak. Jalan ke arah kejayaan itu banyak dan luas. Yang penting jelaskan matlamat dan lakukan usaha berterusan.
============================================
Jika anak mendapat keputusan kurang baik. Jangan dibenci, dimarah atau dipulang paku buah keras. Ambil masa ini untuk duduk bersamanya. Dan bila ada peluang keemasan, ajak dia meninjau kembali di mana kesilapan yang telah dilakukan. Selalunya ini mengambil masa beberapa hari barulah anak akan ada keterbukaan untuk meluahkan perasaan.
Jika anda bijak mengendalikan keadaan ini, anda akan dapati hubungan anda dan anak akan menjadi lebih rapat. Ini masa keemasan!
Jika digunakan masa ini untuk marah dan berleter, maka anda akan perlahan-lahan hilang anak anda. Mereka tidak akan berasa selamat dengan anda.
=============================================
Bagaimana pula jika mereka macam tidak kisah?
Itu bukan tidak kisah. Mereka berpura-pura agar mereka nampak cool jer. Fahamlah psikologi orang yang gagal. Ubatnya adalah SABAR, SUPPORT dan hantarkan tenaga kesudian mendengar rintihan mereka.
So, all the best parents!
And all the best students!