Apakah Kesan Penceraian Terhadap Anak-anak

Apakah Kesan Penceraian Terhadap Anak-anak


Kepedihan dan Kesengsaraan Hati Anak-anak Kesan Penceraian

Pada satu  hari  Ibu menonton siri popular Oprah di televisyen. Tajuk perbincangan hari itu ialah kesan keruntuhan rumah tangga kepada anak-anak.

Oprah telah menemu ramah kesan penceraian terhadap anak-anak yang telah melalui keadaan itu. Apa yang mungkin mengemparkan dan pelik bagi ramai penonton ialah mereka yang ditemu-ramah itu mengalami situasi itu 9 atau 10 tahun yang lalu, namun kepedihan dan kesengsaraan di hati mereka masih belum terubat.

Malah salah seorang daripada mereka telah pun mendirikan rumah tangga, namun peristiwa hitam  perpisahan ibu bapanya yang berlaku semasa usianya 10 tahun masih menghantuinya.

Apakah Kesan Penceraian Terhadap Anak-anak

“Sweep it Under The Carpet”

Apa yang ternyata mengenai semua mereka itu, yang mungkin boleh kita katakan mewakili mereka yang mengalami perceraian ibu bapa ialah luka mereka tidak terubat kerana ibu bapa mereka tidak mengambil masa untuk bercakap dengan mereka mengenai perkara itu.

Dalam kebanyakan keadaan, ibu bapa hanya menganggap tidak penting untuk kepedihan itu diperbincangkan. Maka semuanya ‘disapu ke bawah tikar’ – sweep it under the carpet. Dengan harapan kejadian pahit itu semua akan pergi. Namun, kesannya terhadap anak-anak sangat mendalam.

Apakah Kesan Penceraian Terhadap Anak-anak

TRUST ISSUE

Sesuatu perlu diketahui, hati tidak mengenal masa dan usia. Hati yang terluka walaupun jika itu berlaku semasa tuannya masih kecil, luka itu tetap berdarah.

Cuma apa yang ramai tidak ketahui bahawa darah itu tidak nampak mengalir seperti luka dianggota yang lain. Namun orang yang mempunyai mata hati akan nampak luka ini.

Orang yang luka hatinya terutama kerana kegagalan rumah tangga ibu bapa mereka, mempunyai masalah di dalam mempercayai orang lain.

Mereka mempunyai masalah TRUST.

Mereka payah untuk mempercayai orang lain kerana orang yang paling mereka kasihi dan yang mereka mahu paling mengasihi mereka, TIDAK BOLEH DIPERCAYAI!

Mereka juga tidak dapat mempercayai diri mereka kerana anak-anak yang mengalami perceraian ibu bapa selalunya menyalahi diri mereka.

Mahligai Cinta Bahagia

Ramai yang mengidamkan rumah-tangga yang bahagia. Ada yang berpendapat dan berkeyakinan bahawa bahagia atau tidaknya rumah-tangga itu bergantung kepada nasib dan tuah.

Ada pula yang mengatakan bahawa kebahagian rumah-tangga bergantung kepada kuat atau tidaknya cinta pasangan semasa mereka menjalin cinta.

Jika cinta itu tidak kuat maka cepatlah runtuhnya rumah-tangga itu.

Apabila perkahwinan bermula, maka terbinalah sebuah mahligai. Mahligai yang indah tersergam yang dihuni oleh pasangan suami isteri.

Masa terus berlalu  dan mereka dikurniakan zuriat untuk bersama merasai kenikmatan mahligai. Untuk mahligai terus tersergam indah, kawalan ketat mestilah dilakukan.

Maka berjagalah si suami di kanan mahligai dan isteri pula mengawal  di kiri mahligai.

Masing-masing memastikan tiada musuh dapat memasuki mahligai dan membuat kekacauan dan huru-hara. Amanlah hidup dan tenanglah jiwa-jiwa mereka yang berlindung di dalamnya.

Beginilah ibarat hidup bersuami isteri dan berkeluarga.

Kebahagiaan dan keceriaan sesebuah keluarga amat bergantung kepada kekuatan peribadi suami dan isteri.

Kekuatan inilah yang membuahkan kekuatan didalam ikatan yang menangkup kedua-dua hati mereka. Kekuatan kasih sayang ini adalah dari Rahmah Allah. Tanpa Rahmah ini sebuah rumah-tangga tidak mungkin bahagia.

Kekuatan peribadi suami isteri menyebabkan Allah memberi Rahmah itu.

Kita tuai apa yang kita tanam.

Tetapi…

Namun, orang yang di luar ada yang mengagumi keindahan dan kesejahteraan penghuni mahligai itu dan ada juga yang mencemburi.

Selain itu ada juga diantara penghuni ini yang menjadi bosan dengan hidup yang bahagia begitu. Mereka mahukan sesuatu yang lebih mencabar.

Maklumlah, syaitan itu memang bijak dan jarum keruntuhan rumah tangga ini memang jarum yang paling ia gemar.

Maka dibisikan ke telinga orang yang di dalam dan yang di luar untuk curang,  berasa jemu dengan pasangan, main kayu tiga dan pelbagai lagi sendiwara mainan hidup berumah-tangga.

Justeru, runtuh sebuah mahligai yang Agam!

 

Apakah Kesan Penceraian Terhadap Anak-anak

Apakah Kesan Penceraian Terhadap Anak-anak

Kita tidak boleh membayangkan kesan besar akibat perceraian. Itulah sebabnya Allah sangat tidak suka akan perkara ini walaupun ianya dibenarkan.

Kesan jangka panjangnya terlalu berat.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, jika faham, bahawa kesakitan yang ada di dunia ini iaitu peperangan, rompakan, merempit, membuli semuanya berpunca daripada kepedihan hati yang berlaku kepada individu-individu yang terluka disebabkan oleh kemungkiran dan ketidakbertanggung-jawab orang yang pernah dikasihi.

Luka yang berdarah di hati itu tidak meleleh keluar berwarna merah. Ia keluar dalam bentuk perangai yang menyakitkan atau menghampakan.

Kita hanya boleh memberi apa yang kita ada.

Jika kita banyak kasih sayang di dalam hati kita, maka kita boleh memberi kasih sayang. Jika yang ada adalah luka, maka kepedihanlah yang kita beri kepada dunia.

  Apakah Kesan Penceraian Terhadap Anak-anak

Perkahwinan Memerlukan Pengorbanan

Bagi yang berumah tangga, jagalah rumah tanggamu dengan baik. Bertanggung-jawablah ke atas kasih sayang yang perlu mengikat hubungan intim suami isteri.

Perkahwinan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan komitmen yang tinggi. Ia juga memerlukan kekebalan kasih sayang serta kesegaran cinta.

Jika perkahwinan anda menghilangkan rasa sayang dan kekaguman terhadap pasangan anda, berhati-hatilah.

Anda mungkin telah mula memberi masuk musuh ke dalam mahligai anda.  Jika anda mula melayani fantasia minda anda dengan orang lain, inilah pintu yang ada buka untuk musuh memasuki kubu anda.

Bagi yang belum berumah tangga, janganlah digoda suami orang atau isteri orang. Jangan sekali-kali kamu ingat dosamu tidak akan dibalas.

Jangan sekali-kali mengatakan, ‘bukan salah saya, ianya terjadi’!

Jangan sekali-kali ingat bahawa kesakitan yang kita lakukan kepada seseorang itu, kesalahan yang kita buat, tidak akan dibalas tuhan.

Tuhan itu Maha Adil dan Dia Maha Melihat.

Persediaan Untuk Anak-anak

Bagi yang telah tidak bersama, ambillah masa untuk menerangkan kepada anak-anak secara baik dan positif mengapa anda perlu mengambil jalan berpisah. Nyatakan bukan salah mereka. Tunjukkan kasih sayang anda kepada mereka.

Ini tidak boleh membasuh semua luka dan membalutnya, namun ia mengurangkan kepedihannya.

Sekurang-kurangnya mereka tahu mereka tidak bersalah dan mereka dikasihi.

Ya, saya faham itu bukan senang, kerana anda juga sakit.

Namun, jika anda fokuskan kepada kasih sayang kepada anak-anak anda dan kemahuan anda untuk mereka boleh hidup sejahtera, insyaAllah anda akan mempunyai kekuatan.

 kesan penceraian terhadap anak-anak Ibu Rose Blog 1

Kejayaan memerlukan kekuatan minda dan hati.

Hati yang kuat ialah hati yang penuh dengan kasih sayang dan tidak mencurigai kasih sayang. Hati yang boleh memberi dan menerima kasih sayang.

Oleh itu jika kita mahu anak yang berjaya  dan cemerlang kita perlu bimbing dia supaya hatinya tenang.

Ikuti Ibu Rose di FB beliau : Ibu Rose – Mesejnya Kasih

Salam Kasih,

 

Artikel di tulis oleh Ibu Rose
Disusun oleh Nurul Idahayu Jalani

“Mengapa Anak Remaja Saya Malas Belajar?”

Sesi Forum Anda Tanya, Ibu Rose Menjawab

MENGAPA ANAK REMAJA SAYA MALAS BELAJAR?

Soalan:

Ibu..saya pula alami masalah anak sulung yang lelaki, berumur 16tahun dah sekarang ni..beza jarak umur yang jauh dengan adik-adik yang lain. Anak nombor 2 baru 9 tahun..nombor 3 5tahun dan paling last 1 tahun. Dengan adik-adik, Alhamdulillah dia ok cuma masalahnya disiplin dia di sekolah. Selalu sangat ponteng sekolah dan kalau pergi sekolah pun mesti lewat sampai dalam pukul 8 pagi.

Saya puas nasihatkan dan berdoa tak berhenti-henti supaya Allah lembutkan hati dia dan dengar nasihat ibu ayah dan guru-guru. Buat pengetahuan Ibu, sekarag anak-anak tinggal dengan saya dan bapa tiri diorang. Saya berkahwin kali kedua setelah perceraian dahulu dikurniakan 2 anak, anak yg sulung dan kedua hasil perkawinan pertama. Anak ketiga dan keempat hasil perkawinan kedua. Perhubung dia dan ayah tiri sanggat renggang, saya pun dah tak tahu nak buat macamana? Yang saya risaukan masalah pembelajaran dia..tapi Alhamdulillah adik-adiknya semua tak ada masalah apa. Saya harap Ibu dapat membantu saya dalam menghadapi karenah ank remaja saya ini, Terima kasih Ibu!

Jawapan Ibu Rose:

Pertama Ibu ucapkan tahniah kerana keberanian puan bertanya soalan berat seperti ini. It take courage and love. And I hope you are able to read my suggestion here.

Bila berlakunya penceraian, ia memang akan memberi kesan kepada jiwa anak-anak. Apatah lagi bila perhubungan dengan pengganti adalah tidak rapat.

Anak puan adalah seorang remaja yang baik. Masalahnya adalah sekarang ini dia confuse kerana apa yang berlaku diantara puan dan ayahnya dan ayah tirinya. Mungkin bila perceraian berlaku, dia sudah cukup besar untuk memahami tetapi adik-adiknya tidak. Itu sebab dialah yang paling terkesan akan ranjau hidup itu.

Tujuan Ibu bukan untuk memberi sayang rasa bersalah. Jauh sekali. Tujuan Ibu adalah untuk sayang faham dimana pergolakan emosi itu.

Apa yang sayang boleh buat untuk nya?

Sayang perlu merapatkan diri dengannya sehingga sayang boleh bercakap terus-terang akan perihal perceraian tanpa menyalahkan sesiapa. Anak-anak akan rasa bersalah, jika kita sering menyalahkan ibu atau bapa mereka. Oleh itu bijaklah menerangkan perihal perceraian itu.

Yang paling utama, beri dia rasa sayang kasih kepadanya dan sayang sendiri rasa ralat yang dia terpaksa berpisah dengan bapanya.

Jika bapanya seorang yang berhemah, maka izinkan dia berjumpa dan spend time dengan bapanya. Jika bapanya mempunyai masalah yang membahayakan, maka sayang perlu memberi penerangan yang masuk akal kenapa dia perlu jauhkan diri dari bapanya.

Pulihkan kembali hatinya…masalah pelajaran itu akan pulih dengan sendiri bila hatinya kembali hidup.

Ramai ibu bapa tidak memahami bahawa perihal belajar ni amat berkait dengan masalah hati.

Ibu doakan agar sayang berjaya.

I love you.

Ikuti banyak lagi perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru