“Saya Takut Anak Saya Tidak Hormat Saya”

Forum Anda Bertanya, Ibu Rose Menjawab

Soalan:

Masalah saya Ibu, anak sulung saya bila saya marah ada masa-masanya dia macam memberontak atau jalan hentak kaki dan lain-lain.. Saya rasa sedih dan tak tau macam mana nak handle dia.. sebab pada saya marah-marah sampai bab menengking-nengking bukan penyelesaiannya.. Macam mana bu ye? Saya tak nak adik-adik mengikut kelakuan si abangnya.. Dan saya paling Takut anak-anak tak hormatkan kita lagi.. Mohon pandangan Ibu..

JAWAPAN

Thank you sayang kerana sudi bertanya:

Bila anak remaja berkelakuan begini, itu menunjukkan dia memberontak dan menyatakan dia tidak suka. Namun, ini masih ‘mild’ yakni masih boleh dikawal dan baru pada peringkat awal.

Persoalannya di sini, mengapa anak remaja itu perlu menghentak kaki untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya? Bila kita faham akan soalan ini, maka kita akan mengambil langkah untuk memberi ruang anak-anak remaja kita menyatakan ketidakpuasan hati mereka dengan cara yang lebih sihat.

Bagaimana?

Di sinilah sejak anak itu kecil kita perlu memberi mereka ruang untuk bersembang dan memberitahu kita apa yang mereka tidak puas hati baik kepada kita mahupun orang lain.

Dan bila kita menerima ketidakpuasan hati mereka itu, apa yang perlu kita buat BUKANlah memberi alasan dan menyuruh mereka taat. Tetapi memberi penerangan mengikut kefahaman mereka agar mereka betambah faham.

Oleh kerana usia, mereka tidak akan faham sedalam kefahaman kita ibu bapa. Namun, bila kita menyediakan ruang untuk mereka menyatakan perasaan hati mereka, maka apa yang sayang akan dapati adalah pemberontakan itu akan jarang-jarang sekali berlaku.

Oleh itu untuk kes sayang tadi, untuk membetulkan situasi, biarkan dia reda dahulu. Bila dia sudah reda, datanglah kepadanya dan berbincang dan DENGAR apakah yang menyebabkan dia marah.

Dan beritahu kepadanya bahawa dimasa akan datang, jika dia rasa tidak puas hati, dia tidak perlu menghentak kaki atau memberontak, dia hanya perlu datang kepada sayang dan memberitahu dengan baik, supaya puan boleh membantunya untuk faham atau membetulkan keadaan.

Dan bagi adik-adiknya yang belum remaja dan yang melihat, ambillah masa setelah keadaan dengan remaja itu selesai, untuk memberi mereka faham bahawa mereka juga boleh menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada anda dengan cara baik.

Ramai orang membesar dengan keadaan perlu menyatakan ketidakpuasan hati dengan marah-marah. Sehinggakan ini terbawa ke dalam hidup dewasa kita. Contohnya di dalam komunikasi suami-isteri, bos dan pekerja, pelanggan dan service or product providers.

Lantaran itulah perang-perang kecil ini berlaku dan membawa kepada peperangan dunia yang besar.

Many people are not able to manage their state.

I love you <3

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

“Mengapa Anak Remaja Saya Malas Belajar?”

Sesi Forum Anda Tanya, Ibu Rose Menjawab

MENGAPA ANAK REMAJA SAYA MALAS BELAJAR?

Soalan:

Ibu..saya pula alami masalah anak sulung yang lelaki, berumur 16tahun dah sekarang ni..beza jarak umur yang jauh dengan adik-adik yang lain. Anak nombor 2 baru 9 tahun..nombor 3 5tahun dan paling last 1 tahun. Dengan adik-adik, Alhamdulillah dia ok cuma masalahnya disiplin dia di sekolah. Selalu sangat ponteng sekolah dan kalau pergi sekolah pun mesti lewat sampai dalam pukul 8 pagi.

Saya puas nasihatkan dan berdoa tak berhenti-henti supaya Allah lembutkan hati dia dan dengar nasihat ibu ayah dan guru-guru. Buat pengetahuan Ibu, sekarag anak-anak tinggal dengan saya dan bapa tiri diorang. Saya berkahwin kali kedua setelah perceraian dahulu dikurniakan 2 anak, anak yg sulung dan kedua hasil perkawinan pertama. Anak ketiga dan keempat hasil perkawinan kedua. Perhubung dia dan ayah tiri sanggat renggang, saya pun dah tak tahu nak buat macamana? Yang saya risaukan masalah pembelajaran dia..tapi Alhamdulillah adik-adiknya semua tak ada masalah apa. Saya harap Ibu dapat membantu saya dalam menghadapi karenah ank remaja saya ini, Terima kasih Ibu!

Jawapan Ibu Rose:

Pertama Ibu ucapkan tahniah kerana keberanian puan bertanya soalan berat seperti ini. It take courage and love. And I hope you are able to read my suggestion here.

Bila berlakunya penceraian, ia memang akan memberi kesan kepada jiwa anak-anak. Apatah lagi bila perhubungan dengan pengganti adalah tidak rapat.

Anak puan adalah seorang remaja yang baik. Masalahnya adalah sekarang ini dia confuse kerana apa yang berlaku diantara puan dan ayahnya dan ayah tirinya. Mungkin bila perceraian berlaku, dia sudah cukup besar untuk memahami tetapi adik-adiknya tidak. Itu sebab dialah yang paling terkesan akan ranjau hidup itu.

Tujuan Ibu bukan untuk memberi sayang rasa bersalah. Jauh sekali. Tujuan Ibu adalah untuk sayang faham dimana pergolakan emosi itu.

Apa yang sayang boleh buat untuk nya?

Sayang perlu merapatkan diri dengannya sehingga sayang boleh bercakap terus-terang akan perihal perceraian tanpa menyalahkan sesiapa. Anak-anak akan rasa bersalah, jika kita sering menyalahkan ibu atau bapa mereka. Oleh itu bijaklah menerangkan perihal perceraian itu.

Yang paling utama, beri dia rasa sayang kasih kepadanya dan sayang sendiri rasa ralat yang dia terpaksa berpisah dengan bapanya.

Jika bapanya seorang yang berhemah, maka izinkan dia berjumpa dan spend time dengan bapanya. Jika bapanya mempunyai masalah yang membahayakan, maka sayang perlu memberi penerangan yang masuk akal kenapa dia perlu jauhkan diri dari bapanya.

Pulihkan kembali hatinya…masalah pelajaran itu akan pulih dengan sendiri bila hatinya kembali hidup.

Ramai ibu bapa tidak memahami bahawa perihal belajar ni amat berkait dengan masalah hati.

Ibu doakan agar sayang berjaya.

I love you.

Ikuti banyak lagi perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru