Posts

Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia

Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia Ibu Rose

Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia

Ramadhan bulan yang mulia bakal datang lagi menjengok kita. Boleh terasa kenyamanan suasana yang dibawa bersama oleh bulan penuh rahmah ini.

Ibu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia kepada semua.

Tentu banyak pengajaran yang boleh kita peroleh daripada latihan Ilahi kepada kita pada bulan ini.

Kita diminta untuk menahan nafsu berlapar, menahan dahaga dan menjauhkan perbuatan mungkar.

Banyak buku-buku agama menerangkan mengenaikan mengapa perlunya kita menahan nafsu makan, minum dan nafsu untuk melakukan kemungkaran.

Ibu bukanlah ahli untuk mengupas hal ini,apa yang ingin Ibu ketengahkan cuma satu perkara yang berkaitan rapat dengan kecemerlangan diri.

Dengarilah Suara Hati Kita

 

Allah yang menjadikan kita Maha Bijaksana dan tentunya lebih mengenali ciptaanNya lebih daripada ciptaanNya itu mengenali diri mereka.

Pada bulan Ramadhan ini kita diajar untuk menahan kehendak diri fizikal kita.

Peraturan Puasa Ibu Rose

Kita diajar untuk menutup kemahuan berlebihan diri fizikal kita.

Lantaran itu, kita mula dapat mendengar rintihan dan kemahuan diri spiritual kita.

Kita mula mendengar suara hati kita, kerana selama hari ini suara hati itu tenggelam dek jeritan bertubi-tubi oleh nafsu diri fizikal.

Suara hati kita senantiasa menginginkan kita melakukan perkara yang baik.

Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia Ibu Rose

“Jika suara di hati itu menginginkan keburukan itu bukan suara hati. Ingatlah itu bukan suara hati!”

Keajaiban Berpuasa

 

Suara hati senantiasa menginginkan kita rapat dengan Pencipta kita. Ia mahu kita meningkatkan ubudiah kita kepada Ilahi melalui segala perbuatan kita seharian.

Kita makan keranaNya, Kita belajar keranaNya, kita bekerja keranaNya pendek apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana yang Maha Esa.

Maka diri emosi kita akan berkembang.

Diri Intelek kita akan lebih bertumbuh, diri emosional kita akan lebih tenang dan yang lebih pentingnya diri spiritual kita akan hidup, bertumbuh dan berkembang.

Maka kehendak bukan-bukan diri fizikal kita dapat dimatikan.

Lalu jadilah kita hamba Allah yang rapat kepadaNya.

Bukankah itu tujuan penciptaan kita?

Itulah keajaiban berpuasa dan diantara rahmah bulan puasa.

Kenalkan Keindahan Ramadhan Kepada Anak-anak

 

Anak-anak kita perlu dikenalkan kepada keindahan Ramadan dan puasa.

Jangan kita kurangkan nikmatnya dengan memberi upah untuk dia berpuasa. Elakkan mengumpankan dengan wang ringgit.

Didiklah dia untuk faham keistimewaan berpuasa. Anak-anak di bawah 10 tahun, masih kudus.

Fitrah mereka masih mahu mencari keredhaan Ilahi.

 

Bimbing tangan mereka ke situ.

 

Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia

 

Selamat menjalani ibadah berpuasa semua.

Semoga Allah merahmati kita semua dan dipermudahkan kita untuk menunaikan Rukun Islam yang ketiga ini.

 

Ibu Rose 6 Rahsia Didik Anak Cemerlang

Nota: Kelas Online Istimewa 6 Rahsia Utama Didik Anak Cemerlang, Berjaya & Berjasa berjalan seperti biasa pada bulan Ramadhan ini.

Istimewa untuk Ramadhan kali ini, untuk setiap pembelian baru Ibu Rose akan menyumbangkan sebahagian untuk Perjuangan Demi Kebajikan Kanak-Kanak seperti Rumah Anak-anak Yatim dan banyak lagi mengikut fokus bulanan.

Sambil membeli anda juga beramal jariah dan bersedekah.

Maka pahala anda berlipat ganda. Sudahlah dapat ilmu, dapat saham pula untuk akhirat. 👏 👏👏
.
KLIK www.iburose.com/anakcemerlang untuk pembelian.

Anak Usia 0-3 Tahun – Apa Penting Tahap Umur Baby Baring Melentang tu?

Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur BABY baring MELENTANG dan helpless tu…

Umur baby tentunya 0-3 bulan ke bawah. Baby tak tahu buat apa-apa, mungkin menganggah sahaja.

Selalunya, ibu bapa akan biarkan saja…paling-paling bagi susu, salin lampin dan biarkan saja baby sendirian.

Namun, ibu bapa yang bijak, tahu, pada usia ini anak tiada minda sedar. Yang wujud cuma yang bawah sedar. Diserapnya semua perkara yang berlaku di kelilingnya.

Bayangkan ibu bapa yang tidak prihatin tinggalkan anak dengan orang yang mulutnya asyik memaki dan mencela orang, itulah yang diserap. Orang di sekeliling anak itu pula asyik bergaduh dan bekelakuan kasar….serap lagi!

Aduh! mama papa bercakap penuh berbudi bahasa….sedar-sedar bila anak pandai bercakap…akhlaknya kasar dan perkataannya kasar…dari mana datangnya…ya dari apa yang dia serap semasa 0-3 bulan!

Kalau si ayah selalu memarahi si ibu atau si ibu memarahi si ayah di hadapan anak…maka terseraplah tenaga marah ke dalam diri anak itu…bila dia besar sikit…si ibu dan bapa hairan kenapalah si anak ni cepat sangat marah dan mempunyai perangai cepat marah…

mmmmm….jangan pandang rendah lagi apa yang boleh dibuat pada anak anda yang berumur 0-3 bulan

Ambil masa, cium, agah dan yang penting bercakap dengan anak itu. Tunjuk itu dan ini. Beri input…bacakan buku yang banyak gambar…janganlah pula bagi ipad atau tengok TV. Kesian sel otaknya!

Anak umur 0-3 bulan, sangat memerlukan input positif anda…lapangkan masa bagaimana sibuk pun. Cari jalan untuk bercakap dan bersembang dengannya…bersembang? Ya bersembang…kata nak anak cepat bercakap 🙂

6 Cara Mengatasi Anak Mengamuk

 

Ada bebarapa orang bertanya; ‘BAGAIMANA UNTUK MENGATASI/ MENGAWAL ANAK-ANAK YANG BERUSIA 2HINGGA 6 TAHUN YANG SUKA MENGGAMUK’.

Pertama – Jika anak hilang kawalan, anda perlu lebih tenang dan TIDAK hilang kawalan diri anda pula.

Kedua –  Kaji sebab anak itu tantrum atau mengamuk. Jika letih, maka beri dia rehat. Jika dia kecewa, maka tenangkan  emosinya. Anda perlu menunjukkan dengan lebih lagi kasih sayang anda melalui ketenangan dan kesabararan pada ketika ini kerana anak hanya mengamuk bila mereka resah.

 

Ketiga – Jika anak mengamuk dan anda menjerit-jerit suruh dia diam. Maka payah untuk dia diam dan ikut kata-kata anda kerana apa yang berlaku pada ketika itu menunjukkan anda tidak mengawal keadaan dengan baik. Namun, anda boleh naikkan suara anda sedikit, to match suara dia, contohnya, panggil nama dia kuat sikit, katakan nama dia Azim. Tapi BUKAN dengan nada marah. AZIM (suara agak kuat untuk match dengan suara dia). Bila anda mendapat attention dia, kemudian teruskan kata-kata anda dengan perlahan sedikit dari segi nada dan sebutan.

 

Empat – ajak dia menarik nafas dan anda juga menarik nafas dgn tenang dan dalam-dalam. Semasa itu Istigfar dan ajak dia Istigfar. Anak sebesar ini sudah boleh mengikut. Sebut dgn tenang. Sehinggalah dia menjadi reda.

 

Sebelum anak reda, anda kena reda dahulu. Ini bukan masa untuk mahu memberitahu siapa yang lebih berkuasa dan kata-kata siapa yang hendak didengar.

 

Bayangkan begini, jika anda di pejabat dan suatu perkara mengejutkan dan mungkin berbahaya berlaku. Semua orang panik. Semua orang jadi rasa tidak menentu dan hilang-punca. Pada ketika itu, jika ketua di pejabat itu pun sama naik hilang punca dan menjerit-jerit dan mengeluarkan kata-kata tidak baik dan marah-marah dan menyalahkan anda, bagaimana pandangan anda kepada ketua itu? Anda mengharapkan dialah yang boleh memimpin semua untuk boleh tenang dan bertindak bijak. Tapi kepimpinannya menyebabkan keadaan menjadi lagi kecuh dan keruh. Bolehkah anda menghormati kepimpinannya itu?

 

Anak yang mengamuk, adalah seorang yang hilang kawalan. Ibarat dia sedang menghadapi badai dan taufan di dalam emosinya. Dia memerlukan sesaorang yang lebih bijak membawanya keluar dpd keadaan itu dengan selamat. Jika anda ibu bapanya, hilang kawalan sama, maka bertambah teruklah keadaan. Sama seperti ketua di pejabat tadi. Our children need our leadership especially in situation like this. Itu sebabnya marah yang melulu, tengking dan menjerit kepada mereka tidak akan memberi kesan yang positif bagi jangka panjang.Memanglah mereka diam dan NAMPAK seperti dengar cakap anda tetapi… hati dan jiwa mereka tercalar.

 

Jika mereka tidak faham tindakan anda dan pertalian anda dengan mereka tidak rapat maka bila mereka semakin besar mereka tidak lagi menghormati anda, kerana anda tidak menunjukkan kepada mereka anda boleh mengawal keadaan dengan tenang dan tegas, penuh hormat dan kasih sayang dan tidak melukakan emosi dan jiwa mereka.

 

Memang kita geram dengan perangainya pada ketika itu. Tapi ingatlah, anak kita itu tidak dilahir sememangnya degil dan jahat dan suka mengamuk dan akan mengamuk hanya untuk menyakitkan hati ibu dan bapa yang dia sayang. Fikir-fikirkan kembali mengapa pula dia hendak menjadi degil? Adakah hanya kerana dia sememangnya dilahirkan degil dan berperangai seperti hantu? Adakah mereka ini keturunan Adam a.s yang taat dan kasih kepada Allah atau keturunan Iblis yang tidak mahu taat kepada Allah? Jawapan soalan ini memberi anda kesedaran betapa tidak baiknya kita bersangka buruk terhadap anak kita bila mereka lemah pada ketika itu.

 

Jika kita fikir sejenak, memang tidak logik untuk kita memikirkan anak kita ini mengamuk hanya kerana memang itu tabiatnya. Itulah sebabnya, bila kita mengawal diri kita, kita boleh tahu, anak ini mungkin letih, mungkin overwhelm, mungkin rasa tidak dikasihi dsb. Dan semua itu ada ubatnya. ]

Jadi soalan bagaimana hendak mengawal anak-anak yang suka mengamuk, membaling barang atau mengeluarkan perkataan tidak baik;

6 CARA MENGATASI ANAK MENGAMUK

1- tenangkan diri anda dulu – Istigfar.. jangan biar iblis menyemarakan apinya

2- lihat punca mengapa dia mengamuk dsb

3- Tegaskan suara anda untuk mendapat perhatian, kemudian pimpin mereka untuk menjadi lebih tenang dgn suara dan pergerakan anda yang lebih tenang, lembut, perlahan.

4- minta izin untuk pegang/peluk dia. Jangan terus peluk. Umur begini sudah mula faham ‘space’ mereka. Walaupun anda berniat baik, namun, anda perlu berhemah dan jangan terus invade space mereka. You gain more respect by respecting them. Respect is earn not demanded.

 

5- setelah tenang baru beritahu bahawa perangai mengamuk begitu bukanlah cara yang baik utk mendapat perhatian dan pertolongan anda. Jemput mereka untuk memberitahu resah hati mereka dengan baik dan beri mereka masa itu. Puji mereka bila mereka melakukannya. So that they know, that is the right behavior.

6- Avoid power struggle. They know you are in control when you actually show that you can manage situation like this with full of wisdom, love and empowering.

 

Semoga ini akan dapat membantu anda mengendalikan anak-anak berumur 2 hingga 6 tahun yang suka mengamuk.

Mengapa Perlu Stres Anak Kurang Pandai Seperti Anak Kawan?

MENGAPA PERLU STRES JIKA ANAK KITA KURANG PANDAI DARI ANAK KAWAN?

Jika sayang stres jika anak sayang kurang pandai dari anak kawan-kawan sayang, tanyalah kepada diri, kenapa sayang perlu stres.

Anak bukan trofi kita. Dia adalah anugerah yang diamanahkan untuk kita menbentuknya dengan bijak dan penuh hormat.

Sikap berjaya yang perlu kita pegang didalam mendidik anak-anak adalah; Setiap anak ada kelebihan dan kelebihan in sangat berkait dengan jalan untuk dia menambah kehebatan di dunia ini.

Didalam menjadi seorang yang hebat di dalam mengindahkan dunia ini, channelnya pelbagai. Ada yang bijak bermain bola, maka dia menjadi hero di dalam bidang itu dan menjadi inspirasi kepada orang lain, contohnya Pele, Beckham, Nakata dan ramai lagi. Jika keistimewaannya dalam bidang memasak, maka kita boleh lihat contoh seperti Jamie Oliver, Chef Wan dan ramai lagi. Jika kehebatannya di dalam ilmiah, Sains dan seperti itu, kita boleh lihat Hawking, Einstein dan ramai lagi….

Pendek kata tidak adil kita mengukur siapa paling pandai jika ukurannya hanyalah satu. Ikan tidak akan nyata pandai jika ukuran kita hanya siapa paling cepat memanjat. Maka tentulah monyet dan segala kaum kerabatnya. Namun, jika ukuran kita termasuk siapa boleh berenang paling cepat, maka itu bolehlah siikan ada peluang untuk menang juga.

Tak perlu stres dan berlawan dengan kawan-kawan yang suka sangat membandingkan anaknya dengan kebolehan anak anda. Just know bahawa anak anda yang mungkin sekarang lambat sikit di dalam bidang yang dibandingkan itu, ada kelebihannya dan berkat keyakinan, kepercayaan dan petunjuk penuh hormat dan kasih-sayang anda kepada anak ini, HE WILL MAKE YOU PROUD and you will feel so honored mengandung dan membesarkannya.

Stop being stress and start being grateful.

Berhenti stres tak menentu dan mulalah BERSYUKUR dan yakin Allah itu MAHA TAHU dan dia memberi yang terbaik kepada setiap hambaNya mengikut kehebatan hambaNya. Ini termasuklah anak-anak yang dilahir ‘istimewa’. Bukan calang-calang ibu bapa yang boleh membesarkan anak itu dengan sempurna.

Love you! <3

Ikuti lebih banyak perkongsian di page Ibu, www.facebook.com/familyguru

Part 2: Peranan ayah dalam mendidik anak usia 2 tahun

Sambung PERANAN AYAH dalam mendidik  ANAK DUA TAHUN…

Pada usia dua tahun atau lebih atau kurang sikit, merupakan masa yang paling mencabar ibu bapa. Seperti yang Ibu selalu katakan sebelum ini. Jika bijak ibu bapa kendalikan perangai anak-anak kecil itu semasa ini, InsyaAllah, akan lebih mudah menguruskan mereka bila sudah remaja nanti.

Tantrum yang sering ditunjukkan anak-anak kecil masa ini adalah cetusan-cetusan perasaan, rasa tidak selesa atau tak puas hati. Kadang-kadang tu, hanya sebab tak pandai makan dengan sudu pun dah boleh menyebabkan mereka mengamuk.

Kenapa?

Sebab pada usia ini dia nak buat macam orang dewasa tapi motor skil belum mahir. Itulah yang menyebabkan dia kecewa. Malah dia ingat dia dah dewasa pun. 🙂

Relaks, jangan cepat nak melenting bila dia jatuhkan sudu ke, apa ke. Kita pun jatuhkan sudu dan buat macam tak pandai makan dengan sudu juga…pasti dia terheran and tantrum terhenti…

Pada usia ini anak-anak hanya ada Attention dia belum ada Intention (niat).

Pada usia ini anak-anak tidak ada niat buat sesuatu kerana sesuatu. Contohnya, dia tidak menangis sebab nak beri ayah-mama pening! Dia tiada niat begitu pun!

Bila kita faham akan perkara ini, maka untuk menghalang anak-anak dari terus mengamuk kerana hendakkan barang atau nak menghalang anak dari pergi ke tempat yang bahaya…wujudkan sesuatu yang akan menarik perhatiannya dengan LEBIH lagi.

——
Mengapa tak elok kita marah terlebih pada mereka bila mereka show tantrum?

Sebab anak-anak kecil ni memang tak faham lagi dan bila kita marah terlebih, yang akan jadi adalah mereka menjadi lebih degil atau takut macam kura2 masukkan kepalanya. Oleh itu bila dia dah usia besar sikit, maka kedegilan yang ketara akan menjadi-jadi atau penakut dan tak confident yang teruk akan melanda anak itu…penat nak tarik dia nak belajar ke, nak buat apa-apa ke.

Jangan risau bila kita layan dengan baik anak itu tetap tantrum…bila dia nak menangis dan tantrum, kita beri dia peluang asal jangan membahayakan diri. Kita boleh duduk dekat dengannya, atau bawa dia ke tempat lain dan basahkan mukanya sambil sebut ” Ayah faham sayang letih…ni ayah dukung and peluk!”

Wahai ayah-ayah semua…gentlemen dan amazingnya anda jika anda bersabar begini…you show a higher level of leadership dan anak itu akan belajar akhlak mu 🙂

Orang akan kata…kita manjakan anak…itu orang yang tak faham mengenai perkembangan kanak-kanak! Kita tak perlu ikut kata-kata mereka. Bayangkan anak tu baru 2 tahun, kecil tu…dah nak ditengking dan dipukul bagai hanya kerana dia menangis kerana letih atau kecewa toys kena rampas ke…sepatutnya, kita bimbing dia macamana nak kendalikan frustration dia dan bukan kita pulak yang frustrated dengan anak kita yang comel tu…

Ibu mendoakan agar sayang semua akan bertambah bijak dan sabar mendidik anak-anak.

Ikuti lebih banyak perkongsian di page Ibu, www.facebook.com/familyguru