7 Tips Menangani Anak Suka Bergaduh
Seorang ibu muda PENING kerana ANAK-ANAKnya SUKA BERGADUH. “Tak tahu apa nak buat lagi, Ibu,” keluhnya.
IBU SHARE di sini
7 Tips Menangani Anak Suka Bergaduh
1- Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.
2- Berhenti membanding-bandingkan mereka.
Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan. Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita. Tegas, tetap tegas, kerana tegas adalah sebahagian dari kasih sayang. Tegas bukan garang!
3- Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.
4- Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.
5- Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.
6- Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa. Ajak mereka berdoa dan jika perlu pisahkan mereka dahulu sehingga tenaga marah itu susut.
7- Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya kelahi- katakan; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah programming minda di bawah sedar mereka.
Memang memeningkan kepala bila anak-anak bergaduh. Apa tah lagi jika perlu menjadi referee. Penat betul! Inilah yang sering menjadi kita cepat naik darah dan marah-marah.
Bila kita hendak menyelesaikan masalah, kita perlu kaji dari mana masalah itu timbul. Apakah puncanya.
5 Sebab anak-anak suka bergaduh ;
1- Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki
2- Sering dibanding-bandingkan dengan sesaorang. Oleh itu dia mungkin ‘ retaliate’ atau memberontak. Lantaran bergaduh dengan orang yang dibanding tadi.
3- Sering menyaksikan pergaduhan. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.
4- Sekadar mahu mengekpresi perasaannya.
5- Masih belum bijak bergaul dan masih mementingkan diri sendiri. Skil bertolak-ansur ini hanya wujud setelah anak itu masuk 3 tahun. Kerana terawal itu anak masih dalam fasa ‘individuating’.
Namun, ada anak yang cepat berakhir fasa ini, ada anak yang lambat. Ada anak yang sampai tua pun masih mementingkan diri. Kerana semasa fasa, ‘individuating’ ini tidak dikendalikan dengan bijak oleh ibu bapanya atau yang menjaganya.
Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang bergaduh.
Semoga berjaya!
Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru
salam ibu..terima kasih atas tips untuk anak yang suka bergaduh..In Sha Allah saya akan cuba memperbaiki ‘komunikasi’ kami semua.
Terima kasih kerana memberikan komen anda Pn.Aimi. Sama-sama kita perbaiki perhubungan kita dengan anak-anak. InsyaAllah