“SAYA TAK NAK ANAK MENGAMUK – PENAT, TOLONG SAYA IBU!”
Cerita anak-anak mengamuk ni memang penuh dalam inbox Ibu. Ramai yang bertanya macam mana nak atasi keadaan ini. Ibu sertakan dua contoh di bawah ini. Mungkin bila anda baca, ada persamaan dengan apa yang anda alami.
“- ibu, anak saya satu tahun setengah..mcm anak puan Haslina di atas..makin peluk makin mengamuk..sampai ditendangnya saya..kalau time tu tgh dukung dia, dengan kita-kita hampir tergolek…dah bacakan surah pun still mengamuk-ngamuk…pujuk pun dengan tunjuk excavator..yg mainan dia tak layan pula..berapa kerat sangat la excavator jalan atas jalan raya kan…adakah saya terlalu manjakan dia sampai dia tak nak dengar kata..atau saya terlalu berlembut..nak marah pun dia baru setahun setengah..apa la yang dia tahu..macam mana ye ibu? “ – Ibu Keliru
“…umur anak dua tahun..bila dia mengamuk masa kat luar..perasaannya cara org pandang macam anak saya seorang perangai macam tu kat dunia ni” – Ibu Sedih
Jawapan:
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan sedemikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar.
Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
- Pegang dia seperti dalam gambar ini.
- Bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
- Baca ayat Quran dan A’uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang.
- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
Kedua, kita perlu faham apakah sebab anak itu mengamuk. Mungkin dia lapar, mungkin dia rimas, mungkin dia letih sangat-sangat, mungkin suasana itu bingar, mungkin dia sakit dan sebagainya.
Anak-anak tidak akan mengamuk jika dia okay. Mesti ada yang dia cuba memberitahu tetapi tidak difahami. Jika membaca ayat quran tidak meredakan, maka punca dia mengamuk bukanlah kerana gangguan syaitan sahaja. Mungkin ada ketidakselesaan yang lain. Dengan memastikan semua itu, maka puan akan lebih senang menenangkan dia. Pegangan yang hendak dipegang kukuh di sini ialah anak-anak kecil tidak akan mengamuk sekiranya dia selesa.
NAMPAK BENDA GHAIB
Satu perkara yang ibu bapa selalu lepas pandang atau tidak mengetahui. Anak-anak kecil boleh nampak benda yang ghaib. Ketahuilah di pasaraya banyak syaitan-syaitan dan iblis dan benda halus berkeliaran menghasut dan memujuk orang untuk berbelanja lebih. Nabi s.a.w telah berpesan kepada kita mengenai kehadiran mereka di pasar-pasar untuk tujuan itu. Kebanyakan anak-anak kecil nampak akan semua itu dan kebanyakan mereka tidak selesa.
Di setengah pasaraya mungkin tidak begitu tenat keadaannya, namun ada yang tenat keadaannya, maka ada anak kecil yang nampak dan mereka tidak selesa. Oleh itu jika dia mengamuk dan cuba diredakan tetapi tetap mengamuk, bawalah ke tempat lain yang lebih nyaman dan tenang. Bawak ke surau.
TENAGA TIDAK KERUAN
Seterusnya, di pasaraya terlalu ramai orang dan mereka juga boleh terganggu dengan tenaga-tenaga tidak positif. Tenaga negatif akan mudah memenatkan.
Selain itu anak-anak kecil, bila ramai orang dan mereka pula tidak didukung, mereka hanya nampak lutut atau peha orang-orang dewasa. Cuba bayang itu sahaja yang kita nampak di sepanjang 2 jam di sesuatu tempat, dengan kesesakan dan sebagainya. Memang memenatkan dan boleh membuat kita mengamuk, bukan? Begitu juga dengan anak-anak kecil.
Oleh itu jika dia mengamuk dan cuba diredakan tetapi jika tetap mengamuk, bawalah ke tempat lain yang lebih tenang dan boleh anda menumpukan kepada dirinya sahaja.
Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih mengenai parenting untuk usia 0-17 tahun, boleh klik pautan di bawah
Wallahualam.
Salam Kasih, Ibu Rose