Posts

VAK Sistem : 3 Cara Anak Atas 2 Tahun Mengambil Informasi

VAK SISTEM : 3 CARA ANAK ATAS 2 TAHUN MENGAMBIL INFORMASI 

VAK sistem anak belajar blog Ibu Rose

(foto sumber dari google.com)

Ada 3 orang Ibu yang anak mereka lebih kurang 2 tahun lebih. Mereka ingin buat test anak siapa yang paling dengar cakap.

Ibu A: “Kita nak beritahu pada anak kita, air dalam cerek ni panas. Kita tak nak dia pegang. Setuju?”

 

Tiga-tiga mereka mengangguk, Tetapi dalam diam rupanya ada seorang ibu ni sudah berdebar-debar sebab anak dia memang tak dengar cakap selama ini.

 

Ibu A

Anak dia memang  memang senang dengar cakap. Cakap sekali sahaja pun dah faham.

“Baby, panas.. panas.. jangan pegang”

Baby dia pun tak pegang sebab faham.

 

Ibu B

Anak si Ibu B ni kadang-kadang tak dengar cakap.

“Baby, ni panas. Jangan pegang”

Tetapi nampak seperti baby tu macam nak pegang tapi ibu dia cepat-cepat buat aksi menggambarkan keadaan panas.

Jadi baby pun tak pegang dan pergi ke tempat lain.

Jadi Ibu ni pun berkata, “not so bad lah anak aku boleh dengar cakap”. Senyum lega dan mungkin bangga.

 

Ibu C

Anak Ibu C memang tak makan saman, cakap lah macam mana pun dia tak dengar.

“Baby, panas. PANAS”.

Tapi anak dia datang juga menonong.

Ibu C cuba lagi dengan cakap “Baby.. panas. panas!” Sambil membuat aksi pegang dan rasa panas.

Tetapi baby dia memang tak makan saman! Anak dia tetap pegang dan rasa kepanasan dan menangis.

 

APA YANG ANDA BOLEH BELAJAR DARI CERITA INI?

Mengapa perkara ini terjadi?

Anak yang pertama faham informasi melalui audio. Jadi bila sebut panas, dia sudah faham.

Anak kedua, visual. Jadi apabila ibunya mendemonstrasikan rasa panas, dia boleh faham.

Tetapi, anak ketiga. Dengar atau lihat dia tak faham sehinggalah dia perlu pegang sendiri. Sebab dia adalah seorang kinestatik.

Tak ada cara yang lebih baik atau pandai. Ini cumalah cara kita menerima dan menyampaikan informasi ke otak.

Ibu ada terangkan panjang lebar dalam Kelas Audio Parenting Bijak Pro Ibu. Memang ada modul khas mengenai VAK sistem sahaja. Ramai ibu bapa atau pelajar tidak faham akan cara diri sendiri belajar dan akhirnya dianggap tak pandai oleh banyak pihak.

Parenting Bijak Pro Ibu Rose

✔ Audio Class PBP ini adalah Panduan Parenting Komprehensif untuk anak-anak berusia dari 0-17 tahun.

✔ Anda boleh download di komputer dan kemudian didengar melalui apa sahaja alat yang boleh menggunakan MP3. Di mana-mana sahaja dan bila-bila masa. Nak dengar masa drive pergi balik kerja redah jem pun seronok.
.
PBP Mengandungi 3 Modul Utama:

– MODUL 1 – 6 Topik Parenting Bijak:

01: Tujuan Utama Keibubapaan
02: Bagaimana Untuk Membebaskan Kehebatan Anak Anda
03: Kenali Diri Anak Anda
04: Pertumbuhan Anak 0-6 tahun
05: Pertumbuhan Anak 7-13 tahun
06: Pertumbuhan Anak 14-17 tahun

– MODUL 2 – Multiple Intelligences: Bagaimana Anak Anda Bijak?

– MODUL 3 – VAK Bijak Belajar

Kesemua modul lengkap ini Ibu susun dari penyelidikan dan pengalaman dalam bidang Parenting dan Pembangunan Manusia selama lebih 27 tahun. Anda hanya perlu dengar, hayati dan amalkan.

Suara Ibu Rose sendiri yang akan menjadi halwa telinga anda sepanjang MP3 ini. Diselang seli dengan lagu background yang menenangkan, anda pasti terhibur sambil belajar sesuatu dari nya.
.
Juga sebagai pembeli Audio Class MP3 ini, anda boleh hubungi Ibu Rose di FB Group Khas dan anda boleh bertanya sebarang pertanyaan dan permasalahan di situ.
.
Anda akan merasa seolah-olah Ibu Rose berada di depan anda, membimbing dan memimpin anda menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak anda.

“Sampai sekarang kalau anak saya buat salah dia akan buat ‘love note’ to say sorry. Or even dia akan selitkan love note ‘Azim sayang ibu’ dalam purse saya. Dia selalu datang kat saya dan nak pegang tangan saya. Ada ketika rasa stress jugak bila dia masih tak dengar cakap. Tapi benda tu tak macam dulu.. dulu saya mudah stres dan berhari-hari stres. Tapi sekarang saya stress 5 minit je lepas tu saya ok. Sebab saya ikuti nasihat Ibu Rose” 😁

“Saya suka parenting audio tu.. situ komprehensif 😃 Saya boleh dengar ulang2 kali. Bila rasa down dengan parenting skill diri saya, saya akan dengar semula dan remind sekali lagi apa yang tak kena dengan diri saya . Senang cakap audio tu untuk saya dengar selalu supaya saya keep reminding untuk keep enjoying dunia parenting. 😃 😍 😍”– Pn Naz”

Berapa harganya Ibu?

Harga sebenar adalah RM257.

Tapi sekarang Ibu Rose ingin membantu anda yang memerlukan, Ibu Rose nak bagi hanya RM97 sahaja. Anda JIMAT RM160! Wow!Banyak jimat tu.

Berminat? Tekan je link ni   www.wasap.my/60169731080/PARENTINGBIJAKPRO

ATAU Anda boleh terus ke http://iburose.com/parentingbijakpro/

 

Anak Usia 0-3 Tahun – Apa Penting Tahap Umur Baby Baring Melentang tu?

Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur BABY baring MELENTANG dan helpless tu…

Umur baby tentunya 0-3 bulan ke bawah. Baby tak tahu buat apa-apa, mungkin menganggah sahaja.

Selalunya, ibu bapa akan biarkan saja…paling-paling bagi susu, salin lampin dan biarkan saja baby sendirian.

Namun, ibu bapa yang bijak, tahu, pada usia ini anak tiada minda sedar. Yang wujud cuma yang bawah sedar. Diserapnya semua perkara yang berlaku di kelilingnya.

Bayangkan ibu bapa yang tidak prihatin tinggalkan anak dengan orang yang mulutnya asyik memaki dan mencela orang, itulah yang diserap. Orang di sekeliling anak itu pula asyik bergaduh dan bekelakuan kasar….serap lagi!

Aduh! mama papa bercakap penuh berbudi bahasa….sedar-sedar bila anak pandai bercakap…akhlaknya kasar dan perkataannya kasar…dari mana datangnya…ya dari apa yang dia serap semasa 0-3 bulan!

Kalau si ayah selalu memarahi si ibu atau si ibu memarahi si ayah di hadapan anak…maka terseraplah tenaga marah ke dalam diri anak itu…bila dia besar sikit…si ibu dan bapa hairan kenapalah si anak ni cepat sangat marah dan mempunyai perangai cepat marah…

mmmmm….jangan pandang rendah lagi apa yang boleh dibuat pada anak anda yang berumur 0-3 bulan

Ambil masa, cium, agah dan yang penting bercakap dengan anak itu. Tunjuk itu dan ini. Beri input…bacakan buku yang banyak gambar…janganlah pula bagi ipad atau tengok TV. Kesian sel otaknya!

Anak umur 0-3 bulan, sangat memerlukan input positif anda…lapangkan masa bagaimana sibuk pun. Cari jalan untuk bercakap dan bersembang dengannya…bersembang? Ya bersembang…kata nak anak cepat bercakap 🙂

Part 1: Peranan Ayah Dalam Keluarga – Mendidik Anak Dua Tahun

PERANAN AYAH DALAM KELUARGA – MENDIDIK ANAK DUA TAHUN..!

Semasa bersembang dengan beberapa ayah muda tempuh hari, seorang itu amat terkejut bila Ibu mengatakan anak-anak berusia 2 tahun memang akan tidak mendengar cakap. Malah sering mengatakan NO, atau yang sewaktu dengannya.

Dia agak terkejut kerana selama hari ini dia menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil dan macam biadap pun ada katanya.

Ibu katakan kepadanya, “Tak, itu bukan degil ke biadap dan buruk akhlak. Anak itu sedang melalui fasa Individuating…iaitu fasa yang menegapkan kewujudannya. Fasa dimana dia mahu menyatakan dia juga punyai hak memilih. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk bila anak itu besar nanti”

Nampak bulat mata si ayah-ayah tu. Soalannya yang seterusnya pula; ” sampai bila fasa ni Ibu?” Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap jer iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa ini dengan baik.

Jangan cepat melabel anak itu dengan label yang buruk sebab itu akan membawa kepada identiti diri anak itu dan pada usia 3 tahun, anak itu akan mengambil identiti yang sering diulang terhadap dirinya. Contoh, ‘budak degil, hiperaktif, jahat, nakal dan segala yang sewaktu dengan itu!

“Tak boleh marah ke Ibu?” tanyanya lagi…”marah berpatutanlah jika perlu sangat…tapi perlu faham anak pada usia ini belum faham pun.

Jika ada benda bahaya ambil sahaja dia dari situ dan tunjukkan benda yang selamat. Jika dia meronta, pegang jer dan sooth him…jangan kita pulak sama nak naik berang. Memang anak pada usia akan menangis bila disekat anginnya. So, just expect that without thinking anak itu degil atau anda ayah atau ibu yang bodoh.

It is just a phase…so chill a little bit 🙂 <3

“Zaman dulu mak ayah tak pun sibuk akan fasa ni? Ada juga yang berkata begitu.” sambungnya lagi. Jawapan Ibu, “siapa kata?”
“Sayang ingat ke macamana sabar emak ayah kamu mendidik? Mungkin ingat sikit-sikit ayah dukung atas bahu bawak pergi tengok burung, buah etc…itu bukankah cara si ayah mengalihkan pandangan supaya sayang tak menunjukkan tantrum…emak ayah dulu pun tahu dan ramai diantara mereka sangat sabar…mereka sering berkata…ala budak…kan? ada jugalah yang tak tahu dan tak sabar…itulah yang anak-anak mereka kemudiannya ada masalah emosi sikit dan mungkin banyak… nak pilih contoh yang mana?” tanya Ibu kepada yang bertanya tadi.

Termenung jugalah para ayah muda yang prihatin tu…kata-kata akhir seorang tu…”Eh, banyak kena tahu ni….besar tanggung-jawab ni.” ” Nanti Ibu cerita lagi boleh?” Ibu menganguk bersyukur.
Ibu senyum bersyukur dalam hati Ibu mendoakan mereka. Inilah contoh para Ayah yang senantiasa mahu memperbaiki diri demi kesejahteraan anak-anak dan isteri dan mereka ini tahu peranan besar mereka mendidik dan membentuk Ummah.

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

Bagaimana Untuk Melarang Anak Usia 3 Tahun ke Bawah dari Melakukan Sesuatu Berbahaya

 
Bila melarang anak-anak kecil usia 3 tahun ke bawah; perlu untuk kita terangkan mengapa tidak boleh.
 
Kita perlu terangkan dengan baik, tak cukup kerana ‘Nanti Allah Marah!’ saja.
 
Contoh senario: anak nak ambil pisau.
 
Perlu kita kata NO sayang! namun tak cukup sekadar cakap, kita perlu ambil pisau itu dan jauhkan dari anak itu dan kemudiannya letakkan benda yang selamat untuk menggantikannya.
 
Kemudian terangkan kepada anak itu kenapa.
 
Adakah dia akan faham? Tidak. Dia tidak terus faham dan boleh mengambil tindakan yang baik. Namun, kita bukan bercakap dgn minda sedarnya. Bila kita menerangkan kpdnya, kita bercakap dgn minda di bawah sedarnya. Kita sedang memasukkan info yang baik untuknya.
 
Oleh itu guna ayat yang mmbina dan pastikan keadaan diri (state) adalah dalam state tenang, selamat dan kasih-sayang.
Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

Patutkah Anak Perfectionist di Label Ego dan Degil?

 

 

ANAK YANG TERLALU ‘PARTICULAR’ MACAM SEMUA MESTI PERFECT….DILABEL EGO DAN DEGIL, PATUTKAH?

Mungkin ada diantara anda yang mengalami keadaan begini…Ibu beri amaran sikit kat sini…panjang perkongsian ni…namun Ibu yakin anda boleh baca dan fokus. <3

SOALAN

Salam. Ibu Rose, saya amat sukakan tulisan Ibu dan bnyk tulisan Ibu yg membuatkan saya dan suami bermuhasabah dlm membesarkan anak kecil.

Anak saya baru berusia 2 tahun 1 bulan. Maklumlah kanak-kanak usia begini mmg fitrahnya bermain dan kami semua faham. Anak saya amat gemar bermain masak2. Dia akan susun cawan, mangkuk, senang kata peralatan dapurlah dan play pretend seolah dia sdg memasak.

Cuma bila dia bermain seorg diri, yg mana dia akan susun cawan dan pinggan, kalau ada yg menyentuh walau terlanggar sedikit, dia akan marah sangat sampai berguling. Dan kadang2 bila dia kecewa tak dpt buat sesuatu (tanggalkan seluar, pasang mainan, bila susun brg terlanggar yg lain) , mmg dia akan mengamuk sakan.

Ada saudara mara yg menyebut dia ada mslh anger management, atau panas baran. Dan ada masa, bila kita offer utk tolong, dia tak mahu. Dia akan usaha sampai dapat, dan bila sudah ketandusan idea, barulah dia cari kita minta tolong. Kalau begini pula, dikatakan anak saya ego.

Kecewa juga bila dgr begitu, namun saya cuba fahamkan perasaan anak. Dia masih kecil dan baru mengenal dunia, baru belajar menzahirkan emosi. Ibu ada tips tidak bagaimana sya perlu didik anak utk tidak kecewa sehingga mengamuk dan adakah sememangnya bila tak mahu diberi pertolongan itu tandanya dia seorang yg ego?

Terima kasih atas masa dan ruang yg Ibu berikan utk menjawab soalan saya.
——————————————————————————-
Jawapan Ibu

Ibu jawab santai ya.

Memang ada anak-anak yang berkarekter seperti ini. Dia amat ‘particular’ dan mahu sesuatu itu mengikut caranya dan kesempurnaan sepeti apa yang dia mahu.

Membaca soalan sayang ini, teringat Ibu akan cucu Ibu yang bernama Muhammad itu. Mungkin dari cerita ini, sayang akan nampak jalan penyelesaian masalah ini.

Muhammad ni belum begitu pandai untuk meluahkan apa yang dia mahu. Dia ni seperti mak dan datuknya, agak ‘perfectionist’. Dia ada specification dia sendiri. Oleh itu jika sesuatu itu tidak mengikut specificationnya, maka dia akan mudah tidak puas dan hati dan boleh membawa kepada marah.

Mujurlah mama dia pun dari ‘spesis’ yang sama 🙂 Difikir-fikirkan, tentu susah semasa mamanya membesar sebab si Nemmynya ini tak begitu. Namun, mujurlah si Grandfather Muhammad macam mamanya. Jadi fahamlah sedikit Nemmy yang kurang faham ni.

Kembali kepada cerita Muhammad ni. Pada birthday dia yang ke-3, si Nemmy ni pun buatlah kek special untuk Muhammad. Kek itu dibuat dari gabungan kek Cheese Giant dan twiggies yang coklat. dan diatasnya diletakkan ais-cream vanilla. Si Nemmy ni bawalah kek tu depan dia, dengan candle bagai. Nampak dia sangat terharu, terkelip-kelip matanya menahan air-mata berderai, terharu. Rupa-rupanya budak 3 tahun pun dah pandai terharu 🙂

Lepas tiup candle, dan dipotong kek itu nak beri kepada dia, dia terperasan kek yang berwarna kuning itu dikelilingi oleh twiggies yang berwarna coklat…ha..mana memenuhi spec!!!….agaknya bagi dia kek kuning mestilah kuning semua…dan di atas meja tu ada twiggies butter yang berwarna kuning…apa lagi mulalah dia tak puas hati…tunjuk pada twiggies yang kuning tu untuk diganti dgn twiggies coklat…tapi si Nemmy tak faham…hampir nak tantrum jugalah…nasib baiklah Mak Su nya faham akan cara berfikir anak buahnya itu. Mak Su pun ambil kek cheese itu, ice-cream itu dan letak dua potong twiggies kuning kat piringnya…terus senyum dan puas hatilah si perfectionist itu. Tantrum pun tak jadi.. 🙂

Jangan cepat sangat melabel anak begini ego atau degil atau banyak kehendak…ini adalah golongan anak yang teliti dan mahu kerja mereka dilakukan dengan cermat. Mereka ini Engineer atau Accountant in the making 😉

Kita berilah ruang untuk dia ekspress kemahuannya dan kita ajar dia untuk komunikasikan kepada kita apa yang dimahu yang digambarkan di dalam mindanya. Selalunya, anak-anak begini lebih mudah tantrum sebab orang tak faham kemahuan untuk kesempurnaan yang tinggi itu. Bila dilabel ego dan sebagainya…lagilah confius dia…kasihanlah kepada mereka. Mereka masih kecil dan belum pandai lagi. Kita yang dah tua ni janganlah pula nak ajar mereka jadi ego dengan melabelkan mereka ego…sedih Ibu memikirkan orang-orang dewasa yang begini…alahai 🙁

Bayangkanlah, perkara ini ya…suatu hari, Ibu sekeluarga berada di airport. Masa itu mama Muhammad masih belum kawin tapi dan dewasalah…kami masuk kedai coklat kat airport tu…tiba-tiba nampak dia resah…dan ayahnya pun kata..” Shaimaa tak puas hati ya? Pergilah betulkan!” kata ayahnya…Dan anak Ibu Shaimaa’ mama kepada Muhammad itu pun pergilah membetulkan beberapa kotak coklat yang diletak senget dan tidak tersusun baik di rak coklat tu….boleh sayang bayangkan keadaan ini? Kami suami isteri senyum tanda faham…itulah Shaimaa’. Jadi tak heranlah kalau anak dia pun macam tu..:) it is a blessing to me…sebab dia sering betulkan dan nampak kat mana Mummy dia tercuai…orang macam ni memang perlu di dalam hidup kita.

You see, anak-anak ini sejak kecil lagi kita boleh nampak karekter atau personaliti atau lebih tepat meta-programmenya. Walaupun mak bapak sama, duduk di rumah yang sama, diasuh cara sama, seorang anak itu tetap unik dari yang satu lagi. dan semuanya ada keistimewaan yang Allah siapkan di dalam dirinya untuk misi yang perlu dia lakukan di atas muka bumi ini.

So, bagi sayang yang bertanya ini dan semua yang mempunyai cabaran yang sama, beri ruang anak itu untuk jadi perfectionist dan ajar dia secara perlahan-lahan bahawa jika orang terlanggar ke, atau benda itu tidak mencapai spec dia ke…it is okay dan boleh dibetulkan dan disempurnakan semula. Namun, mula-mula terimalah kemahuannya yang mahukan kesempurnaan itu.

Contoh cawannya dilanggar, tersengetlah sikit, maka sayang boleh katakan begini, ” Oh, cawan ni tersenget ya sebab kawan tadi langgar…sayang nak dia cantik ya…hendak buat yang sempurna tu bagus…kita boleh betulkan balik sebab kawan tadi tak sengaja. Memaafkan orang yang tersilap itu baik. memaafkan diri yang tersilap pun baik.” Kalau dua tahun dia belumlah faham sangat. Namun, kita bercakap dengan minda di bawah sedarnya bukan minda sedar sahaja. Itu pemprograman namanya.

Panjang dah ni…harap ianya membantu.

Part 2: Peranan ayah dalam mendidik anak usia 2 tahun

Sambung PERANAN AYAH dalam mendidik  ANAK DUA TAHUN…

Pada usia dua tahun atau lebih atau kurang sikit, merupakan masa yang paling mencabar ibu bapa. Seperti yang Ibu selalu katakan sebelum ini. Jika bijak ibu bapa kendalikan perangai anak-anak kecil itu semasa ini, InsyaAllah, akan lebih mudah menguruskan mereka bila sudah remaja nanti.

Tantrum yang sering ditunjukkan anak-anak kecil masa ini adalah cetusan-cetusan perasaan, rasa tidak selesa atau tak puas hati. Kadang-kadang tu, hanya sebab tak pandai makan dengan sudu pun dah boleh menyebabkan mereka mengamuk.

Kenapa?

Sebab pada usia ini dia nak buat macam orang dewasa tapi motor skil belum mahir. Itulah yang menyebabkan dia kecewa. Malah dia ingat dia dah dewasa pun. 🙂

Relaks, jangan cepat nak melenting bila dia jatuhkan sudu ke, apa ke. Kita pun jatuhkan sudu dan buat macam tak pandai makan dengan sudu juga…pasti dia terheran and tantrum terhenti…

Pada usia ini anak-anak hanya ada Attention dia belum ada Intention (niat).

Pada usia ini anak-anak tidak ada niat buat sesuatu kerana sesuatu. Contohnya, dia tidak menangis sebab nak beri ayah-mama pening! Dia tiada niat begitu pun!

Bila kita faham akan perkara ini, maka untuk menghalang anak-anak dari terus mengamuk kerana hendakkan barang atau nak menghalang anak dari pergi ke tempat yang bahaya…wujudkan sesuatu yang akan menarik perhatiannya dengan LEBIH lagi.

——
Mengapa tak elok kita marah terlebih pada mereka bila mereka show tantrum?

Sebab anak-anak kecil ni memang tak faham lagi dan bila kita marah terlebih, yang akan jadi adalah mereka menjadi lebih degil atau takut macam kura2 masukkan kepalanya. Oleh itu bila dia dah usia besar sikit, maka kedegilan yang ketara akan menjadi-jadi atau penakut dan tak confident yang teruk akan melanda anak itu…penat nak tarik dia nak belajar ke, nak buat apa-apa ke.

Jangan risau bila kita layan dengan baik anak itu tetap tantrum…bila dia nak menangis dan tantrum, kita beri dia peluang asal jangan membahayakan diri. Kita boleh duduk dekat dengannya, atau bawa dia ke tempat lain dan basahkan mukanya sambil sebut ” Ayah faham sayang letih…ni ayah dukung and peluk!”

Wahai ayah-ayah semua…gentlemen dan amazingnya anda jika anda bersabar begini…you show a higher level of leadership dan anak itu akan belajar akhlak mu 🙂

Orang akan kata…kita manjakan anak…itu orang yang tak faham mengenai perkembangan kanak-kanak! Kita tak perlu ikut kata-kata mereka. Bayangkan anak tu baru 2 tahun, kecil tu…dah nak ditengking dan dipukul bagai hanya kerana dia menangis kerana letih atau kecewa toys kena rampas ke…sepatutnya, kita bimbing dia macamana nak kendalikan frustration dia dan bukan kita pulak yang frustrated dengan anak kita yang comel tu…

Ibu mendoakan agar sayang semua akan bertambah bijak dan sabar mendidik anak-anak.

Ikuti lebih banyak perkongsian di page Ibu, www.facebook.com/familyguru