Posts

Ramadhan dan Kemaafan

Ramadhan dan Kemaafan

 

Dalam hampir setiap agama mengajar kita untuk memaafkan kesalahan, baik yang dilakukan sendiri atau pun orang lain.

Sesetengah orang mudah memaafkan orang lain tetapi tidak diri sendiri.

Terdapat juga mereka yang lebih susah memaafkan kesilapan orang lain.

Mereka ini lebih memendam dendam .

Kebanyakan daripada mereka, jika dendam itu sudah membara, akan menunjukkan perangai yang menyakitkan mata dan hati.

Terutama bila di hadapan orang yang mereka marahkan.

Apakah yang terjadi kepada perasaan ini seterusnya?

 

Segala perasaan benci, marah, dendam adalah tenaga.Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Tenaga hanya boleh berubah bentuk. Maka tenaga negatif tadi akan bertukar menjadi ‘bintik-bintik hitam’ yang memenuhi kalbu sesaorang. Saya tidak bermaksud secara fizikal, tetapi meta fizikal.

 

Maka terjadilah seperti mana yang diingatkan oleh Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w;

 “Sesungguhnya dalam diri manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak, dan kotor maka rosaklah seluruh anggota badannya.. dan seketul daging itu adalah hati.

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)

 

Ramadhan dan Kemaafan Ibu Rose

(Sumber gambar dari google)

Hati yang dipenuhi noda hitam

 

Hati yang dipenuhi dengan noda hitam itu tidak dapat mengeluarkan suara hati sebenar,

kerana suara hati itu tenggelam oleh suara nafsu.

Itulah kenapa dianjurkan sangat agar kita memaafkan segala kesalahan yang telah diperlakukan kepada kita.

 

Datangnya bulan Ramadhan ini adalah suatu masa yang sangat istimewa untuk kita membersihkan hati. Kembali kita kepada fitrah kita yang bersih.

 

Bagaimana mungkin hati menjadi kotor?

 

Mungkin kupasan yang seterusnya dapat memberi pembaca sekelian sedikit gambaran.

Anak-anak yang sering dilukai perasaannya semasa kecil akan membesar menjadi individu yang

bermasalah kerana mereka membenci diri.

Hati mereka akan penuh dengan noda-noda hitam ini, terutama jika mereka tidak belajar memaafkan.

Bila emosi anak dicederakan tanpa belas, mereka tidak faham mengenai belas kasihan.

Apatah lagi jika mereka tidak kenal kepada Pencipta mereka.

Bukan semua, tetapi kebanyakan.

 

Ini adalah simtom atau petanda hati yang rosak.

 

Tambahan pula bila mereka berada di dalam suasana yang lagi menghentam  perasaan mereka, maka berlakulah

perkara-perkara yang sering kita dengar, seperti membakar makmal,

mengugut, membuli, melibatkan diri ke dalam kancah penagihan dadah dan berbagai lagi.

Setiap kali saya mengendalikan kursus untuk pelajar,

saya akan berhadapan dengan beberapa pelajar yang bermasalah begini.

 

Mereka adalah anak-anak yang berhati bersih pada mulanya tetapi hati mereka terluka.

 

Ramadhan dan Kemaafan Blog Ibu Rose

(sumber gambar dari google)

Ada diantaranya, kerana terlalu dikasari semasa kecil.

Ada pula kerana dibuli kawan-kawan.

Ada pula kerana perbuatan orang dewasa yang tidak berhemah dan bertangung-jawab.

 

Bayangkan jika anak-anak ini membesar dan mereka pula menjadi orang dewasa.

 

Bagaimana mereka akan mendidik anak-anak mereka?

Bagaimana mereka  mahu menjadi majikan atau pekerja yang berpotensi dan berdaya tinggi?

Cuba kita fikirkan sejenak. Tidak hairanlah mengapa dunia ini lebih dipenuhi oleh orang yang berfikiran negatif dan berhati kotor.

 

Ramadhan dan Kemaafan Blog Ibu Rose

 

 

Blog Ramadhan dan Kemaafan Ibu Rose

 

 

Memaafkan Diri Sendiri dan Orang yang Pernah Bersalah Terhadap Kita

 

Untuk mengubah keaadaan, cara yang terbaik untuk menghapuskan tenaga negatif ini ialah dengan memaafkan diri dan orang yang pernah bersalah terhadap kita. Belajar cara berundur balik .

Selagi kita tidak memaafkan selagi itulah tenaga itu wujud di dalam diri kita dan merosakkan diri kita sedikit demi sedikit.

Itulah sebabnya hampir semua agama menyarankan kita memaafkan musuh kita.

Bukan hanya untuknya tetapi untuk kesejahteraan diri kita.

Bila kita memaafkan, dia tidak lagi dapat merosakkan kita, walaupun dia masih berdendam dengan kita.

 

“Ketidakmaafan adalah ibarat meminum racun tapi mengharapkan orang yang didendami itu mati. Tetapi yang sebenarnya ‘mati’ adalah diri sendiri.”

 

Memaafkan Kesilapan Ibu Bapa Kita

 

Seorang ibu atau ayah, akan payah menjadi yang terhebat mendidik anak-anak mereka jika dendam terhadap

ibu bapa mereka masih bersarang.
Marilah kita memaafkan kesilapan ibu bapa kita jika ada semoga Allah akan memudahkan kita mendidik anak-anak

kita dengan menunjukkan contoh yang cemerlang.

 

Salam Pelukan Kasih

Ibu Rose

 

 

Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia

Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia Ibu Rose

Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia

Ramadhan bulan yang mulia bakal datang lagi menjengok kita. Boleh terasa kenyamanan suasana yang dibawa bersama oleh bulan penuh rahmah ini.

Ibu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia kepada semua.

Tentu banyak pengajaran yang boleh kita peroleh daripada latihan Ilahi kepada kita pada bulan ini.

Kita diminta untuk menahan nafsu berlapar, menahan dahaga dan menjauhkan perbuatan mungkar.

Banyak buku-buku agama menerangkan mengenaikan mengapa perlunya kita menahan nafsu makan, minum dan nafsu untuk melakukan kemungkaran.

Ibu bukanlah ahli untuk mengupas hal ini,apa yang ingin Ibu ketengahkan cuma satu perkara yang berkaitan rapat dengan kecemerlangan diri.

Dengarilah Suara Hati Kita

 

Allah yang menjadikan kita Maha Bijaksana dan tentunya lebih mengenali ciptaanNya lebih daripada ciptaanNya itu mengenali diri mereka.

Pada bulan Ramadhan ini kita diajar untuk menahan kehendak diri fizikal kita.

Peraturan Puasa Ibu Rose

Kita diajar untuk menutup kemahuan berlebihan diri fizikal kita.

Lantaran itu, kita mula dapat mendengar rintihan dan kemahuan diri spiritual kita.

Kita mula mendengar suara hati kita, kerana selama hari ini suara hati itu tenggelam dek jeritan bertubi-tubi oleh nafsu diri fizikal.

Suara hati kita senantiasa menginginkan kita melakukan perkara yang baik.

Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia Ibu Rose

“Jika suara di hati itu menginginkan keburukan itu bukan suara hati. Ingatlah itu bukan suara hati!”

Keajaiban Berpuasa

 

Suara hati senantiasa menginginkan kita rapat dengan Pencipta kita. Ia mahu kita meningkatkan ubudiah kita kepada Ilahi melalui segala perbuatan kita seharian.

Kita makan keranaNya, Kita belajar keranaNya, kita bekerja keranaNya pendek apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana yang Maha Esa.

Maka diri emosi kita akan berkembang.

Diri Intelek kita akan lebih bertumbuh, diri emosional kita akan lebih tenang dan yang lebih pentingnya diri spiritual kita akan hidup, bertumbuh dan berkembang.

Maka kehendak bukan-bukan diri fizikal kita dapat dimatikan.

Lalu jadilah kita hamba Allah yang rapat kepadaNya.

Bukankah itu tujuan penciptaan kita?

Itulah keajaiban berpuasa dan diantara rahmah bulan puasa.

Kenalkan Keindahan Ramadhan Kepada Anak-anak

 

Anak-anak kita perlu dikenalkan kepada keindahan Ramadan dan puasa.

Jangan kita kurangkan nikmatnya dengan memberi upah untuk dia berpuasa. Elakkan mengumpankan dengan wang ringgit.

Didiklah dia untuk faham keistimewaan berpuasa. Anak-anak di bawah 10 tahun, masih kudus.

Fitrah mereka masih mahu mencari keredhaan Ilahi.

 

Bimbing tangan mereka ke situ.

 

Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Mulia

 

Selamat menjalani ibadah berpuasa semua.

Semoga Allah merahmati kita semua dan dipermudahkan kita untuk menunaikan Rukun Islam yang ketiga ini.

 

Ibu Rose 6 Rahsia Didik Anak Cemerlang

Nota: Kelas Online Istimewa 6 Rahsia Utama Didik Anak Cemerlang, Berjaya & Berjasa berjalan seperti biasa pada bulan Ramadhan ini.

Istimewa untuk Ramadhan kali ini, untuk setiap pembelian baru Ibu Rose akan menyumbangkan sebahagian untuk Perjuangan Demi Kebajikan Kanak-Kanak seperti Rumah Anak-anak Yatim dan banyak lagi mengikut fokus bulanan.

Sambil membeli anda juga beramal jariah dan bersedekah.

Maka pahala anda berlipat ganda. Sudahlah dapat ilmu, dapat saham pula untuk akhirat. 👏 👏👏
.
KLIK www.iburose.com/anakcemerlang untuk pembelian.

Tips Mengajar Anak Kecil Berpuasa Untuk Pertama Kali

Ibu Rose Tips Mengajar Anak Berpuasa

Tips Mengajar Anak Kecil Berpuasa Untuk Pertama Kali

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ini, Ibu akan banyak menulis mengenai strategi meghadapi dan mendidik anak-anak kecil berpuasa. Tips mengajar anak kecil berpuasa untuk pertama kali ini, syarat pertamanya ialah, kita pasakkan dan betulkan dulu niat kita mendidik anak kita berpuasa bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk atau sebagainya.

“Every action starts with intention” 

Sesuai dengan hadis Rasulullah saw; Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia atau karena wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.”

(HR. Bukhari, Muslim, dan empat imam Ahli Hadits)

Ibu secara personally tak sokong mendidik anak berpuasa menggunakan cara paksaan atau sogok hadiah.

Ada yang menjanjikan seperti ini, “Kalau puasa nanti dapat RM1”. Bagi Ibu mengapa kita nak jatuhkan nilai puasa itu? Nilai puasa bukan RM1. Jangan beri anak fokus pada material dalam hal berpuasa. Namun, kita boleh beri dia hadiah at the end dia berpuasa, kita boleh beri penghargaan.

 

bu Rose Tips Mengajar Anak Kecil Berpuasa Untuk Pertama KaliBeri penghargaan kepada anak kita. (sumber gambar dari google)

Mari kita latih anak kita membuat sesuatu perkara kerana dia sendiri mahu. Supaya apabila dia membesar kelak, jiwa dia sudah terlatih ingin membuat sesuatu kerana kemahuan dia dengan bersemangat. Bentuk jati diri yang datang dari dalam diri mereka sendiri dan bukannya hanya kerana atas dasar sogokan atau hadiah.

Ramai  ibu bapa sekarang menghadapi masalah anak-anak tidak mahu belajar. Sebab anak itu mahu disogokkan dengan hadiah baru dia hendak belajar.

“You don’t have to pay your children to do something good. Let them learn to do something good by their own willingness. And this will make their heart grows bigger”

Elakkan meletakkan nilai wang kepada sesuatu ibadat khusus (solat, puasa) atau ibadat am (belajar) kerana kita sebenarnya sedang merampas dari anak itu satu kepuasan bahawa dia sudah melakukan sesuatu. Bila kita hendak mengajar anak itu berpuasa biar dia faham berpuasa itu adalah kerana Allah swt. Dia mungkin tidak faham konsep kerana Allah sebab dia masih kecil. Tetapi jika dia tidak boleh melaluinya kerana inginkan keredhaan Allah, jadi susah untuk dia ada sustainability atau kekuatan jiwa untuk dia melengkapkan ibadah puasa itu.

Adakan aktiviti khas di bulan puasa – meraikan bulan puasa!

Kita sebagai ibu bapa boleh didik anak kita supaya berasa simpati pada orang yang kurang bernasib baik. Boleh ajar mereka bersedekah, bawa pergi rumah anak yatim, jadi volunteer di soup kitchen, ini semua boleh membantu mendidik jiwa mereka supaya bersyukur dan menghargai orang yang lebih susah.

Cadangan: Kita boleh masakkan makanan yang special untuk anak kita yang berjaya berpuasa tu. Semasa berpuasa, kita boleh adakan aktiviti-aktiviti yang dia boleh lakukan bersama seperti menyediakan makanan atau duduk bercerita mengenai nabi tapi bukanlah pada setiap masa, lakukan apabila anda boleh. Jika yang bekerja mungkin semasa pada waktu cuti atau hujung minggu.

Lakukan sesuatu yang berbeza dari bulan-bulan yang lain untuk bentuk satu keseronokkan dan membuatkan anak tidak sabar menanti bulan Ramadhan Ya Kareem

Kita jumpa lagi di blog seterusnya! Untuk membaca perkongsian Ibu berkongsi bagaimana Ibu mendidik anak-anak Ibu sejak dari usia 2 tahun berpuasa boleh rujuk blog ibu sebelum ini. (Klik sini )

 Ibu Rose Tips Mengajar Anak Kecil Berpuasa Untuk Pertama Kali

Bulan puasa dah nak dekat. Bagaimana didik anak sekecil usia 2 tahun untuk berpuasa?

Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi.  

Bersediakah anda  untuk menyambut bulan puasa dengan anak-anak?

 Ibu Rose Bagaimana didik anak sekecil usia 2 tahun untuk berpuasa?

(gambar sumber dari Google)

 Bagaimana didik anak sekecil usia 2 tahun untuk berpuasa? Bagaimana nak mulakan dengan anak berumur 2 tahun mengetahui mengenai puasa dan didik mereka berpuasa? Pada usia 2 tahun masih belum boleh bagi dia berpuasa tetapi kita sudah boleh didik dia untuk tahu erti bulan puasa.

Ibu mula latih anak berpuasa semasa mereka berumur 3 tahun. Ibu masih ingat anak sulung Ibu, Sumayyah sangat teruja nak berpuasa. Kenapa? Kerana pada tahun sebelumnya – pada usia 2 tahun Ibu sudah mula bercakap mengenai berpuasa. Beritahu dia apakah kelebihan bulan puasa.

Anak usia 2 tahun, kita dah boleh sell the idea of berpuasa. Apakah kelebihan berpuasa? Kita boleh beritahu anak-anak kita, pada bulan puasa Allah turunkan banyak kelebihan. Kita rasa tenang, kita rasa best. Agak-agak anak usia 2 tahun boleh faham ke? Dia mungkin tak faham atau memang pun dia tidak faham. 🙂

Tetapi RAHSIANYA ialah kita bukan bercakap dengan concious mind dia tetapi kita bercakap dengan unconscious mind dia. Bercakap seperti anda bercakap dengan orang dewasa. Lebih baik semasa dia sedang tidur, masa itu kita sedang programkan minda dia. Tidak mengapa kalau dia nampak confuse, its okay. Percayalah, minda bawah sedar ini ataupun unconcious mind ni sangat luar biasa kuasanya.

Antara yang Ibu praktiskan dahulu dengan anak-anak Ibu ialah dialog seperti ini:

“Sumayyah nak tahu, pada bulan puasa perut kita boleh berehat. Kita bertambah sihat. Dah nak bulan puasa dah ni. Happynya nak bulan puasa.   ” Budak usia 2 tahun mungkin akan fikir apa lah yang mak aku cakap. Tetapi its okay, yang penting state of energy kita.

Kita cakap dengan penuh rasa teruja!

Kita perbanyakkan share perkara-perkara yang baik-baik dengan anak kita.

Bila dah 3 tahun, apa yang Ibu buat?  Ibu bagi dia puasa 1 jam je. Bila dia bangun tidur, lepas gosok gigi. Bagi dia makan. Katakan waktu itu pukul 9 pagi. Jadi pukul 10 baru kita bagi dia makan.

Ibu katakan pada dia “Hari ni dah masuk bulan puasa. Sekarang ini pada pukul  9 pagi. Nanti pada pukul 10 pagi baru sayang boleh makan. Mungkin sayang akan rasa lapar. Tetapi Sumayyah kena kuatkan semangat. Bersabar. “.

Tujuannya di sini ialah supaya untuk berikan bagaimanakah rasanya lapar dan puasa itu. Untuk ajari dia erti kata berpuasa, semangat, sabar dan compassionate.

It wasn’t that easy sebab dia pun tak faham dan masih blur-blur. Tetapi dia  tunggulah waktu satu jam berdetik tu. . The next day tu Ibu tambah 1 jam setengah. Tetapi normally pada usia 3 tahun itu, kita tidaklah paksa dia puasa lebih dari 3 jam. Sebab apa, sebab dia masih lagi kecil. Pada usia 2 – 4 tahun ni, badan fizikal dia masih belum berpuasa penuh. Kita cuma ingin memberikan pendedahan awal.

Tetapi apa yang kita nak adalah supaya dia boleh rasa perasaan puasa itu. Menjadi sabar semasa dia tunggu nak makan tu. Jadi selepas itu, senang untuk kita debrief semula dengan dia. Kita tanya apa yang dia pelajari, apa pengajaran puasa dan lain-lain kebaikan berpuasa.

Okay, buat yang ini dahulu. Nanti Ibu akan share lebih banyak dalam post yang berikutnya. Jika bermanfaat boleh lah SHARE dan KOMEN supaya Ibu lebih bersemangat untuk berkongsi lebih dengan anda semua.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Ya Kareem.

Iklhas,

Ibu Rose